You are on page 1of 41

HAK CIPTA TERPELIHARA

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran kepada Allah dengan limpah kurnia-Nya. Selawat dan salambuat nabi junjungan, nabi pembawa rahmat ke seluruh alam. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, En. Zulkifli bin Senin yang banyak memberikan bimbingan dan dorongan untuk terus maju dalam pelajaran. Tidak ketinggalan juga buat sahabat sekalian yang menjadi pembantu ketika senang dan susah. Buat bonda dan ayahda, terima kasih kerana banyak memberi sokongan dan bantuan dari segi kewangan dan emosi. Akhir kalam, saya dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

ISI KANDUNGAN

SOALAN TUGASAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN PENGENALAN a) PETA MINDA b) CARTA KONSEP PERLEMBAGAAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

SEHINGGA TAHUN 1963 DI MALAYSIA. c) LAPORAN 1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA 2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN 3.0 KONTRAK SOSIAL 3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL 3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL 3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL 3.4 KESIMPULAN 3.5 BIBLIOGRAFI 3.6 LAMPIRAN KOLABORASI

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PENGENALAN

Kira-kira 1000 tahun lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat Melaka. Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826. Britain atau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Penempatan awal kolonial British ini bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminat untuk mendapatkan Tanha Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil mentah seperti biji besi dan timah. Pada tahun 1810-an, British mula mengambil peluang campurtangan dalam negeri-negeri Melayu. Disebabkan perang saudara,dan gangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand. Di Borneo pula, Borneo Utara British dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris). Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila British mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang proMelayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk

Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura. Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada bulan Mei 1969. Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukan bangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhan sebuah negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun 1963 dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asing tersebut meninggalkan banyak kesan terhadap bangsa dan budaya masyarakat malah mengubah sosio-politik negara.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

a) PETA MINDA

KONSEP PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN

KONSEP

JENIS-JENIS

BERTULIS

TIDAK BERTULIS

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

KONSEP PERLEMBAGAAN

TUN SALLEH ABAS Surat catatan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden.

SHAMSUL AMRI Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis. Menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.

SALMAH HUSSAIN Suatu catatan yang amat penting dalam menyatakan kedaulatan dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan kemasyarakatan. Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan Perlembagaan juga berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa.

RUSLAN ZAINUDDUIN Satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaaan dan hak-hak rakyat.

BERTULIS: Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Contoh: Perlembagaan Malaysia TIDAK BERTULIS: Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang adat. Contoh: adat perpatih.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

UNSUR UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA


BAHASA MELAYU AGAMA ISLAM
KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK

INSTITUSI BERAJA

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

BAHASA MELAYU

BM adalah bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi maksud Tiada larangan menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain.

AGAMA ISLAM

Perkara 3(1), agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK

Jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan, kemudahan khas. Tanah rizab orang Melayu dilindungi daripada diselenggara oleh orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu.

INSTITUSI BERAJA

Raja berkuasa mutlak pembesar Dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik sebelum penjajahan British.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

b) CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA TAHUN 1963 DI MALAYSIA

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PERJANJIAN PANGKOR 1874

Sejarah perlembagaan Malaysia bermula apabila Sultan iiii menandatangani Perjanjian Pangkor pada 10 September 1877 di Pulau Pangkor. Merupakan perjanjian bertulis antara negeri Perak dengna British. Perjanjian tersebut menjadi kesinambungan kepada pembentukan perlembagaan Malayan Union.

MALAYAN UNION
Menyatukan semua negeri Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran pusat. Ditentang hebat oleh Orang Melayu.

JAWATANKUASA KERJA (1946)


Ditubuhkan pada Julai 1946 oleh British. Dianggotai oleh 4 orang wakil Raja Melayu, 2 wakil UMNO, 6 wakil pegawai British. Rangka perlembagaan baru yang boleh diterima orang Melayu.

JAWATANKUASA PERUNDING (1946)


Dianggotai oleh 5 orang Eropah, 2 orang Cina, 2 orang India. Mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf perlembagaan oleh Jawatankuasa Kerja.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948


British isytihar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM 1949 (CLC)


Memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.

PENGENALAN SISTEM AHLI (1951)


Wakil Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan. Beri latihan dan peluang kepada pemimpin tempatan memerintah secara demokrasi.

PILIHANRAYA PERSEKUTUAN (1955)


Diadakan pada 27 Julai 1955. Parti Perikatan menang 51 kerusi, PAS menang 1 kerusi.
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PERJANJIAN LONDON (1956)


Tunku Abdul Rahman dan 8 orang wakil berangkat ke London untuk berunding mengenai kemerdekaan dengan pihak British.

PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU (1957)


Perlembagaan ini diambil dari Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. ia dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu sahaja.

SURUHANJAYA COBBOLD (1962)


Terdiri daripada 2 orang wakil British dan 2orang wakil kerajaan. Tujuan suruhanjaya ini adalah meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak untuk membina satu perlembagaan baru.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PERLEMBAGAAN MALAYSIA (1963)


Ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

c) LAPORAN

1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan sebagai tulang belakang sebuah negara selalunya muncul serentak dengan pembentukan sesebuah negara itu. Ini mungkin berlaku akibat revolusi, kemerdekaan atau sesuatu perubahan yang amat mendadak menyebabkan sebilangan besar rakyat atau golongan yang berpengaruh mahukan satu titik tolak yang baru. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dan disambut baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini memudahkan British menguasai Malaysia melalui badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak dan selesai pada Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 Jun 1962 . Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di luluskan pada 26 Ogos 1963 untuk menyesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 september 1963. Antara Akta Malaysia ialah yang dipersetujuai adalah hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat, agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama kepada penganut agama lain, bahasa Melayu bahasa sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan, negeri-negeri di Borneo beransuransur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu, negeri-negeri di Borneo diberi kuasa imigresan dan perkhidmatan awam dan semua warganegara Persekutuan, negeri-negeri Borneo dan Singapura mendapat kewarganegaraan secara automatik dan akan mendapat hak yang sama hak yang sama seperti orang Melayu.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan apa yang terkandung di dalam Malayan Union dan Federated of Malaya iaitu kekuasaan akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan Agong hanya menjadi Ketua Agama Islam seluruh Persekutuan serta setiap negeri mempunyai Majlis Agama yang menasihati Raja-raja tentang agama Islam. Ia masih sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu Raja sebagai pengendali Agama dan adat-Istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan daripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat Malayan Union kekuasaan tertumpu pada Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya adalah mengikut apa yang terkandung d idalam Perlembagaan Malayan Union. Menurut Tun Mohamed Suffian (1990), perlembagaan Malaysia mempunyai ciriciri berikut iaitu pertama, Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah negera persekutuan. Kedua, Malaysia sebagai sebuah negara raja

berperlembagaan. Ketiga, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen. Keempat, perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dengan jelas menjamin kebebasan beragama. Selain itu juga, Malaysia yang akan dibentuk mempunyai perlembagaan yang memperuntukkan pengasingan kuasa ketigatiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai Perdana Menteri akan dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga mempunyai status yang sama. Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan parlimen manakala eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian dan hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia mengikut cara persekutuan iaitu kuasa-kuasa Parlimen Persekutuan dan Dewan Negeri disebut dengan nyata sementara segala baki kuasa tereserah kepada kerajaan negeri. Perlembagaan Malaysia juga menjelaskan tentang hubungan antara Persekutuan dan negeri-negeri. Ia

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

diterangkan melalui senarai persekutuan iaitu meliputi hal-ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan secara sivil jenayah serta pentadbiran keadilan, kewarganegaraan, dan beberapa perkara lain. Senarai bersama iaitu senarai ini menyenaraikan perkara-perkara yang membolehkan badan perundangan Negeri membuat undang-undang tetapi jika ada pertentangan antara undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan

hendaklah dipakai. Antaranya ialah perlindungan bagi kanak-kanak, biasiswa, perlindungan bagi binatang liar dan burung liar, perancangan Bandar dan kampong, kesihatan awam dan lain-lain lagi. Senarai negeri iaitu senarai perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri semata-mata bertujuan untuk buat undang-undang. Ia meliputi hokum syarak, dan undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri, jentera kerajaan negeri dan beberapa perkara lain. Perlembagaan mempunyai fungsi utama iaitu memperincikan kuasa.

Perlembagaan menjadi dokumen yang memperincikan hak dan tanggongjawab sesuatu golongan, sebab itulah ia menjadi dokumen yang ciri undang-undangnya lebih menonjol. Ini tidak sahaja releven dalam soal individu malah releven dalam hubungan antara wilayah. Dalam negara persekutuan, perlembagaan amat penting dimana setiap wilayah mempunyai hak dan batasan, begitu juga dengan kerajaan yang berada di peringkat pusat. 2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN Setiap perlembagaan atau undang-undang ada kepentingannya. Begitu juga dengan perlembagaan Malaysia ini. Kebanyakkan kepentingannya banyak mengekalkan perpaduan dan keistimewaan orang melayu di Malaysia ini. Antara keistimewaannya ialah. Menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Di dalam merangka dan membentuk pentadbiran ketua atau Perdana Menteri bersama ahli cabinet hendaklah meneliti dahulu perlembagaan. Perlembagaan dijadikan sebgai panduan di dalam merangka sesuatu kenyataan. Dengan mengambil

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

kira perlembagaan semasa merangka dan bentuk pentadbirannya kestabilan sesebuah Negara dapat di nikmati dengan baik. Selain itu juga dengan adanya perlembagaan ini dapat membantu dan menjamin kecekapan ,kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan

pemerintahan sesebuah kerajaan. Ini kerana di dalam perlembagaan terdapat garis pandua bagaimana cara gerak kerja sesuatu pentadbiran agar segala tindakan dapat dijalankan dengan lancar sehingga berjaya. Selain itu juga aspek yang paling penting di dalam pentadbiran ialah kejujuran, keadilan dan ketelusan sesebuah pentadbiran menjalankan tugas di dalam sesebuah Negara. Kerana di sini lah terletaknya kepercayaan rakyat terhadap seseorang pemimpin sebagai wakil mereka untuk membangunkan sebuah Negara yang maju dan harmoni. Perlembagaan juga sebagai panduan pemimpin setiap semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Ini kerana masa hadapan rakyat dan Negara terletak diatas bahu seorang pemimpin yang berkaliber dan bertanggung jawab di dalam mengatur dan mengurus Negara supaya segala kemudahan dan kesenangan dapat di kecapi oleh semua golongan masyarakat. Dengan cara yang telus, jujur dan amanah berpandukan perlembagaan inilah rakyat akan terus menyokong pemimpin yang menjaga kepentingan rakyat. Dengan tertubuhnya perlembagaan ini juga Menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan Negara lain akan dilucutkan kerakyatan kewarganegaraannya dan boleh dilucutkan kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Malaysia secara khususnya tidak memerlukan golongan yang derhaka pada Negara yang akan membawa kepada kehancuran dan kemusnahan yang disebabkan tiada kesetiaan pada Negara. Oleh itu dengan perlembagaan ini rakyat Malaysia akan terus

mempertahankan hak mereka supaya tidak mudah di cabuli. Dan bagi mereka yang tidak ada kesetiaan mereka akan dikenakan tindakan yang sewajarnya. Dan yang terakhir, dengan adanya perlembagaan ini hak keistimewaan orang melayu tidak akan dipersoalkan lagi. Ini kerana majoriti masyarakat Malaysia adalah terdiri daripada orang melayu. Selain itu juga orang melayu hendaklah

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

mempertahankan hak mereka dan bertolak ansur jika sesuatu masalah yang di bangkitkan agar tidak menimbulkan huru-hara sesama kaum. Kesimpulannya Bolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari Malayan Union adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya beberapa peruntukan diubah untuk mengabui pandangan dan pendirian orang Melayu tetapi konsep atau pengisiannya adalah bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan Malaysia dibawah kerajaan British. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah

kemerdekaan dalam Komenwel dan masih lagi dalam bentuk neo-colonialisme. Pembentukkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak serta Singapura merupakan satu agand untuk menyatukan pentadbiran dan menggabungkann negerinegeri ini dibawah satu pentadbiran. Singapura pula punya pendirian yang sama. Sekiranya dilihat Perlembagaan Malayan Union diteruskan kerana di dalam Perlembagaan Union yang dibicarakan di atas telah jelas dinyatakan bahawa Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu dan mempunyai pentadbiran tersendiri dan sehingga ini, perlembagaan itu etrleksana apabila Singapura memang mempunyai pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi di dalam Komenwel. 3.0 KONTRAK SOSIAL Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara. Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan. [Nazaruddin Mohd Jalil, 2001] 3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Dalam sistem demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihan raya. Pilihan raya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistem demokrasi berparlimen. Di Malaysia pilihan raya diadakan setiap lima tahun bagi pemerintah menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat. Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu mendapat mandat baru daripada rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak mengundi. Pada umumnya kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan masyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap pentingnya faham memahami, hormat menghormati, harga menghargai dan bertolak ansur. Manfaatnya terjelma dalam kehidupan sebauah negara yang aman damai dapat dinikmati bersama. Justeru kontrak sosial adalah semangat dalaman yang

kepentingannya tidak semata-mata dihujahkan dengan bersandarkan perundangan dan perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi hakikat sejarah dan keikhlasan hati menjunjung hasrat murni sebuah negara. Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di negara ini. Seperti dalam mana-mana kontrak atau perjanjian, walaupun ada sebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipinda mengikut keadaan, namun segala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan bersama atau keizinan bersama. Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja. Semua yang

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

terlibat dalam perjanjian itu mesti setuju kepada perubahan dan pindaan. Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan menyuratkannya ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, asal usul dan rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan, diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasi muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahami dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal ini amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi kehidupan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Penyebaran luas maklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara sungguh-sungguh, terutama melalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama ada rendah, menengah, kolej dan universiti. 3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. [Ahmad Mohd Ibrahim, 1995] Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum [Mohamed Suffian Hashim, 1984]. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak. Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada

perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka iaitu institusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula tergugat. Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum member kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997]. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan [Abdul Aziz Bari, 1999] Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka sebagai penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China dan India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member jaminan kepada masyarakat pribumi. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undangundang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan: Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan [Perkara 3: Perlembagaan Persekutuan] Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan. 3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam

perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum. Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran. Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu. Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.[Utusan Malaysia, "Suqiu keterlaluan - PM -Kerajaan menolak sama sekali tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu", 24 Disember 1998]. Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.[Utusan Malaysia, "Lupakan formula kontrak sosial antara kaum - Keng Yaik", 14 Ogos 2005]. Menurut beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati. Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen penerangan mereka.[Utusan Malaysia, "Agama: Amaran Pemuda UMNO bangkit kesedaran", 16 November 2006]. Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kes perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga si mati dan juga Jabatan Agama Islam. Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka akan memebi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia. Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang kontrak sosial secara terbuka. 3.4 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Formula ini sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju. Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial ini dengan menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang erat dan padu serta mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan menyenangkan. Dalam kata-kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Dan inilah semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama dalam sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

LAMPIRAN

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PENGENALAN Di dalam bab ini, kita akan melihat beberapa perkara penting mengenai sejarah penggubalan perlembagaan negara Malaysia. Ia merangkumi beberapa bahagian perbincangan iaitu konsep perlembagaan, unsur-unsur yang terdapat dalam

perlembagaan dan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia. 1.1 KONSEP PERLEMBAGAAN Menurut buku Perlembagaan Persekutuan, terbitan International Law Book Service (1994) menyatakan bahawa konsep perlembagaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Salleh Abas, takrifan bagi perlembagaan yang dijelaskan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang pengertian yang lebih luas dan menyeluruh. Menurut beliau, perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi semua undang-undang yang telah diwartakan atau yang akan dibuat. Sekiranya terdapat sesuatu undang-undang yang telah diwartakan atau baru hendak dibuat itu bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbatal dengan sendirinya mengikut setakat mana percanggahan yang berlaku. Ruslan Zainuddin (2005), memberi takrifan perlembagaan sebagai satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaaan dan hak-hak rakyat. Ia digubal untuk menjadi garis panduan tentang cara memerintah, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, disamping memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Setiap perlembagaan dinyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap negara. Tun Salleh Abas (1999), perlembagaan negara berfungsi untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil, saksama dan mampu untuk memenuhi tuntutan

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

dan kehendak rakyatnya. Kerana itu, beliau menambah bahawa penggubalan dan pewartaan sesuatu undang-undang hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat. Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlkunya penyalahgunaan kuasa. Sebagai contoh, kezaliman dan

penyelewengan yang dilakukan pihak berkuasa Perancis, iaitu Raja Louis XIV yang memerintah Perancis pada kurun ke-17 memaksa seorang ahli fikir Perancis, Montesquieu mencipta satu teori yang dinamakan Teori Pengasingan Kuasa. Teori ini mengenengahkan bahawa kuasa pemerintahan tidak boleh dikawal dan dipegang oleh seorang pemerintah sahaja, ini kerana berkemungkinan berlakunya penyelewengan kuasa adalah lebih besar. Beliau berpendapat Teori Pengasingan Kuasa perlu digunakan. Perlembagaan atau dikenali juga sebagai Piagam (bahasa Arab dikenali sebagai Dustur) merupakan suatu catatan yang amat penting dalam menyatakan kedaulatan dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan kemasyarakatan. Piagam tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan piagam juga berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa (Salmah, 2007). Piagam ini dibuktikan melalui perjanjian antara Rasulullah dengan masyarakat Madinah yang terdiri dari suku bangsa Arab iaitu Aus dan Khazraj di samping beberapa kabilah Yahudi seperti Bani Quraizah dan Bani Nadhir sehingga diwartakan Piagam Madinah. Dalam laman sesawang Wikipedia, perlembagaan dinyatakan sebagai 1.2.UNSUR-UNSUR DALAM PERLEMBAGAAN Menurut Montesquieu, di dalam bukunya Spirit des Lois menyatakan bahawa unsur-unsur pembinaan sesebuah perlembagaan hendaklah mengambil kira kuasa pemerintah iaitu badan pemerintah, badan kehakiman dan badan penggubalan undangundang disamping kedudukan dan hak rakyat. Pendapat beliau ini bersandarkan kepada Teori Pengasingan Kuasa.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Namun begitu, dalam konteks perlembagaan negara Malaysia, unsur-unsur yang menjadi asas kepada pembinaan perlembagaan dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan kuasa asing. Kebanyakan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada penjajah, kecuali peruntukan pentadbiran, parlimen dan kewarganegaraan. Terdapat empat unsur-unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam perlembagaan negara iaitu institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. 1.3 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN 1.3.1 PERJANJIAN PANGKOR Sejarah perlembagaan bagi Malaysia bermula pada 10 Sepember 1877 di Kuala Kangsar apabila Raja Muda Yusuf dan Residen British Sir Hugh Low menerangkan tujuan diadakan Majlis Mesyuarat Negeri, "To submit for. Consideration. And in the hope at receiving advice and assistance all important subjects concerning the welfare of the states and it's inhabitats which might present any dificulties. Involve extensve modifcations of existing laws or custum, or be considered of general interest". Namun, apabila dirujuk Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 didapati keterangan ini adalah bercanggah dan boleh dikatakan bahawa perlembagaan yang diperkenalkan oleh British sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undang mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan pembesar Melayu. Sultan dan pembesar Melayu hanya berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat Melayu. Ini didasari melalui Perjanjian Pangkor 20 Januari 1876, perkara 6 yang menyatakan bahawa Residen adalah berkuasa penuh dalam semua hal dan dan bertindak sebagai mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya kecuali yang berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu. Secara tidak langsung, bermula pada tahun 1874, Sultan dan pembesar Melayu telah hilang kuasa dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau menaungi kepentingan negeri.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

1.3.2 PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehinggalah Jepun menjajah Malaysia dan apabila Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua, British kembali ke Tanah Melayu dan memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union ini adalah untuk menukarkan status 'melindungi' kepada status "koloni" penuh British seperti yang dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid " The British for from trying to make amend for it's failure to honour the treaties of protection insteand tried to colonies Malaya, Changing the states of the Malay States from protec torates to colonies" . British telah menyatakan untuk terus menguasai 'Tanah Melayu' dan menjadikannya jajahan penuh British. Oleh kerana itu, Harold Macmicheal telah dihantar untuk membuat perjanjian formal dengan Sultan Melayu dan telah menyelesaikan tugasnya pada 25 Disember 1945 . Selain itu, Malayan Union ini juga mempunyai peranan lain iaitu memudahkan pentadbiran British dengan menyatukan pentadbiran. Segala kuasa terletak di tangan Gabenor yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan manakala Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat orang-orang Melayu sahaja. Sultan telah hilang kuasa setelah menandatangani perjanjian ini dan ini bermakna Sultan hanya boneka semata-mata untuk memastikan orang Melayu tidak menentang British. Lantaran itu, Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan 'Labour' yang memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah; 1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan. 2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan yang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor memerlukan nasihat itu. Apabila Malayan Union ditubuhkan, Negeri-negeri Selat dimansuhkan sementara Singapura telah dijadikan sebuah Tanah Jajahan British yang

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

berasingan dan disebabkan Malayan Union, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di mansuhkan. Dalam perkara ini rancangan Malayan Union menjelaskan bahawa British mengambilalih kuasa yang dipunyai oleh Sultan negeri-negeri Melayu termasuklah Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka dicantumkan dibawah kuasa pusat yang diketuai oleh gabenor. Manakala Singapura adalah jajahan yang terasing daripada Malayan Union. Gabenor dinasihatkan oleh Sultan tetapi tidak semestinya mengikuti nasihat Sultan ini. Sultan hanya menjadi ketua agama dalam negeri-masing-masing . Jelas ini amat berbeza dengan Perjanjian Pangkor 1874, iaitu Sultan harus meminta nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya. Tetapi perlembagaan Malayan Union, gabenor akan diberi nasihat tetapi tidak semestinya mematuhinya. Jelas Sultan kehilangan kuasa selain hanya sebagai ketua agama negeri masing-masing. 3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang walaupun tanpa pandangan Sultan. Disini menunjukkan Sultan telah tidak ada peranan lagi malah boleh dikatakan Sultan seperti rakyat biasa saja. Sultan hanya lambang bagi orang Melayu agar orang Melayu tidak bangkit memberontak. 4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiaptiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja. Berdasarkan pernyataan ini ia mempunyai persamaan dengan Perjanjian Pangkor 1874 . Ini bermakna Malayan Union terus saja menggunakan perjanjian Pangkor sebagai asas untuk mengabui Sultan dan masyarakat Melayu. 5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan majlisnya sendiri. Atas aasan bahawa rakyat Singapura mempunyai kerakyatan tersendiri dan dengan menyatakan untuk mengimbangi orang Melayu dan Cina serta India di Singapura ketika itu kaum Cina dan India bilangannya adalah lebih 3 juta orang. Bila dirujuk pembentukan Malaysia, Singapura telah turut serta dan setelah diistiharkan 'merdeka' Singapura keluar dan terus menjadi satu entiti negara yang berasingan. Berdasarkan ini, Perlembagaan Malaysia adalah jelas menunjukkan penerusan perlembagaan Malayan Union.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. 7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri inI adalah negeri mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Abdullah . Prinsip ini juga dikenali sebagai Jus Soli seperti dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid . Malayan Union ini juga sebenarnya telah disokong oleh masyarakat Cina kerana ia membolehkan mereka mendapat kewarganegaraan. Malah Tan Cheng Lock juga telah menghantar memorandumnya kepada pihak British tentang pendirian masyarakat Cina terutamanya dalam hal kewarganegaraan . Harold Mac Micheal tiba di Malaysia untuk membuat laporan kepada pihak British pada Oktober 1945 hingga Januari 1946, tujuannya ialah; 1. Mendapatkan perjanjian rasmi dengan Sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan kuasa penuh diserahkan kepada British. 2. Melaporkan tentang pendirian raja. 3. Menggesa supaya meyetujui Malayan Union. Dan sehingga Januari 1946 Harold Mac Micheal telah mendapatkan sembilan tandatangan Sultan dan April 1946 Malayan Union telah diwartakan dan gabenor pertamanya ialah Edward Dent. Namun kerana protes orang Melayu yang memulaukan Majlis Penasihat dan Sultan-Sultan Melayu tidak menghadiri upacara angkat sumpah menyebabkan Malayan Union dimansuhkan atas desakan orang Melayu. Namun British masih berdalih untuk menyatukan negeri Melayu menjadi satu agar mudah diperintah dan dikendalikan, walaupun Malayan Union tidak dilaksanakan tetapi semangat Malayan Union masih terus dilaksanakan. Lantaran itu, satu perjanjian telah dibuat antara Raja Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948 dan terbentuklah Federation of Malaya atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

1.3.3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Federated Malay State) masih lagi mengekalkan beberapa isi penting perlembagaan Malayan Union iaitu; 1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih lagi terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara automatik ataupun membuat permohonan . Iaitu; Kerakyatan automatik Kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja. Kerakyataan permohonan Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada masa 12 tahun sebelum memohon. Atau Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada masa 20 tahun sebelum memohon. 2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun. Ini bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian Pangkor 1874. 3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British. PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis mesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini . Dan ini menunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor. 4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Desakan

mahukan

kemerdekaan

menyebabkan

British

terpaksa

mengadakan

Pilihanraya. Pilihanraya ini telah diadakan dan keputusan pilihanraya telah dimenangi oleh Parti Perikatan yang mengandungi UMNO, MCA dan MIC dengan mendapat 51 kerusi . Setelah pilihanraya , badan Membuat Undang-undang dibentuk dan satu mesyuarat Perlembagaan diadakan di London dari 8 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh empat wakil raja, ketua Menteri, tiga menteri lain, Pesuruhjaya Tinggi dan penasihatnya. Perlembagaan dibentuk untuk Federated Malay State atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu supaya mampu berkerajaan sendiri dan "merdeka dalam Komanwel". Perlembagaan ini berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957 . Perlembagaan Malaysia adalah yang tertinggi dan agak sukar untuk dipinda iaitu ia terkandung Dalam fasal (1) perkara 4 Perlembagan Malaysia disebutkan

"Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi bagi persekutuan dan mana-manan undang-undang yang dibuat selepas hari merdeka yang bertentangan dengan Perlembagaan ini mana setakat mana pertentangannya akan terbatal undang-undang itu . Oleh kerana ketinggiannya Perlembagaan bertulis mempunyai 3 syarat ; 1) Perlembagaan itu kukuh iaitu sukar hendak dipinda melainkan ada peruntukan di dalam Perlembagaan itu yang membolehkan pindan itu dibuat 2) Parlimen hanya mempunyai kuasa membuat undang-undang didalam apa-apa perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan itu 3) Tafsiran Perlembagaan terletak di tangan mahkamah. Sekira diperhatikan perlembagaan ini juga pada pandangan Muhamed Suffian Hashim menggabungkan peruntukan daripada perlembagaan India yang telah diubahsuai dan kelihatan di atas kertas amatlah kompleks dan menyebabkan seorang pemerhati beranggapan perlembagaan Malaysia telah ditulis oleh seorang profesor gila dalam bidang undang-undang perlembagaan yang mencuba dengan sebebas-bebasnya teoriteori perlembagaan.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

1.3.4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dan disambut baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini memudahkan British menguasai Malaysia dengan badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak dan selesai pada Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 jun 1962 . Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 september 1963. Antara Akta Malaysia ialah ; 1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat 2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama 3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan 4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu 5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan 6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam. 7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan secara automatik dan akan dapat hak yang sama 8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu. Setelah sekian lama maka kerajaan Malaysia memudahkan tugasnya dengan mengubah dan membuat beberapa pindaan sehinggalah terbentuk Perlembagaan Malaysia yang memasukkan Sabah dan Sarawak di Dalam Perlembagaan ini. Dan Sehingga sekarang Perlembagaan Malaysia ini mengandungi 1) Ketinggian Perlembagaan Persekutuan

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

2) Yang Dipertuan Agung 3) Raja dan Yang Dipertua Negeri 4) Jemaah Menteri 5) Parlimen 6) Pilihan raya 7) Kehakiman 8) Perkhidmatan awam 9) Negeri-negeri 10) Perhubungan persekutuan dan negiri 11) Peruntukan kewangan 12) Kebebasan asasi 13) Perbuatan surbertif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan 14) Agama Islam 15) Kewarganegaraan 16) Orang melayu dan bumiputera di sabah dan sarawak 17) Bahasa kebangsaan 18) Ibukota persekutuan 19) Pindaan perlembagaan Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan apa yang terkandung di dalam Malayan Union kemudian Federated of Malaya iaitu kekuasaan akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan Agung hanya menjadi Ketua Agama Islam seluruh Persekutuan serta setiap negeri

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

mempunyai Majlis Agama yang menasihati Raja-raja tentang agama Islam . Ia masih sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu Raja sebagai pengendali Agama dan adat-Istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan daripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat Malayan Union kekuasaan tertumpu pada Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya adalah mengikut apa yang terkandung didaam Perlembagaan Malayan Union. Kesimpulannya Bolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari Malayan Union adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya beberapa peruntukan diubah untuk mengabui pandangan dan pendirian orang Melayu tetapi konsep atau pengisiannya adalah bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan Malaysia dibawah kerajaan British. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah

kemerdekaan dalam Komenwel dan masih lagi dalam bentuk neo-colonialisme. Pembentukkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak serta Singapura merupakan satu agande untuk menyatukan pentadbiran dan menggabungkann negerinegeri ini dibawah satu pentadbiran. Singapura pula punya pendirian yang sama. Sekiranya dilihat Perlembagaan Malayan Union diteruskan kerana di dalam Perlembagaan Union yang dibicarakan di atas telah jelas dinyatakan bahawa Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu dan mempunyai pentadbiran tersendiri dan sehingga ini, perlembagaan itu etrleksana apabila Singapura memang mempunyai pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi didalam Komenwel.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

BIBLIOGRAFI

__________.(1994). Perlembagaan Persekutuan. International Law Book Service. __________.(2008). Garis Masa Penaklukan Jepun dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman www.wikipedia.com __________.(2008). Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman www.wikipedia.com __________.(2008).Malaysia www.wikipedia.com __________.(2008). Penjajahan Jepun Di Tanah Melayu dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman www.wikipedia.com __________.(2008).Perlembagaan www.wikipedia.com __________.(2008). Perlembagaan Malaysia dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman www.wikipedia.com Ahmad Ibrahim. (1992). Sistem Undang-Undang Di Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamed Salleh Abas, Tun. (1999). May Day For Justice. Mohamed Salleh Abas, Tun.(1987). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamed Salleh Abas, Tun. (1992). Unsur-Unsur TradisiDalam Perlembagaan Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Nasir Sulaiman. (2005). Sejarah (Fakta Diagramatik).Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Nik Safiah Karim (2006). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustka. Ruslan Zaharuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Salmah Hussain. (2007). Pengenalan Kepada Sistem Kemasyarakatan dan

Kenegaraan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA). Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA) Suriati Puteh. (1995). Sejarah Malaysia. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Zaid Ahmad, Dr. (2006) Hubungan Etnik Di Malaysia. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

You might also like