Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
RAWATAN BATU KARANG

RAWATAN BATU KARANG

Ratings: (0)|Views: 81 |Likes:
Published by azlankgv

More info:

Published by: azlankgv on May 16, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/23/2012

pdf

text

original

 
RAWATAN BATU KARANG
Sebelum teruskan bicara, Erisya ingin mohon maaf kerana tidak pernah membalas pertanyaan mengenairawatan batu karang di Melaka....bukan apa , kerana kami sendiri tak pernah ke sana! Sekarang baruErisya berani memberikan alamat dan no tel.Ahad lepas,kami sekeluarga ke rumah en Jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka. Kami ikutlebuhraya Utara-Selatan. Kami keluar melalui exit 231 Ayer Keroh. Dari plaza tol kami terus memanduke arah jejantas/jambatan di hadapan.Selepas jejantas/jambatan , kami belok ke kiri iaitu ke arah SungaiUdang (ada signboard). Terus memandu ikut arah Sg Udang. Dalam perjalanan , boleh nampak PLKN disebelah kiri.Setibanya di traffic light yang ke DUA , belok ke kanan (ada signboard Durian Tunggal). Perlahankankereta. Di sebelah kiri ada gerai kecil dan signboard UMNO bahagian Gangsa. Masuk ke lorong tersebut.Di sebelah kanan ada parking lot (RM2). Selepas parking berjalan ikut lorong tadi. Setibanya di rumah berwarna putih, belok ke kiri. Dihujung lorong ini adalah rumah en Jamil. Ada orang menjual jajan disebelah kirinya.Oh ya..Jangan lupa bawa bekas air kosong ke sana. Tapi kalau tak ada pun tak pe sebab di sana jiran2menjual bekas kosong dengan harga RM4.Kemudian pesakit harus ambil nombor giliran (macam hospital lak..tapi tak de misi/suster cun!). Namunnasib kami baik kerana orang tak ramai jadi tak perlu lah ambil no. Lima orang masuk ke dalam bilik rawatan. Erisya tak ikut masuk sebab seganlah...semua lelaki! Menurut suami, en Jamil menggosok2 bahagian belakang pinggang. Kemudian beliau pegang bahagian perut kanan...rasa pedih ..tetiba voila!ada seketul batu. Menurut suami, semasa orang sebelah terima rawatan, dia asyik memandang tangan enJamil...kotlah ada batu! tapi kedua belah tangan memang kosong..tetiba .terdengar bunyi batu bergeser semasa en Jamil menggosok...bila en Jamil keluarkan tangan, .rupanya ada dua biji batu dikeluarkan dari pesakit sebelah!Keluar bilik, pesakit dibekalkan air yasin dan satu bekas krim panas (RM10)...bayaran lain, berilahseikhlas hati.Erisya enggan membuat spekulasi mengenai kaedah rawatan beliau. Yang pasti, suami tidak lagi kencing berdarah, ari-ari dah tak sakit dan perutpun tidak senak lagi. Namun masih belum berkesempatan nak scan di hospital lagi. Menurut seorang kenalan, dia pernah membawa anaknya menerima rawatan di situ.Bila ke hospital, doktor pun heran sebab tiada batu karang lagi!Semua nya dengan keizinan Allah taala. Kita hanya berusaha. Bagi yang berminat untuk mencuba:
En JamilKpg Gangsa , Durian Tunggal MelakaNo Tel: 016-6166694Pusat Rawatan dibuka setiap hari KECUALI Isnin, Khamis Jumaat (jam 6 pagi hingga 4 ptg)
Sebetulnya en Jamil ni boleh merawat lain-lain penyakit juga...namun kebanyakan pesakit adalah penghidap sakit batu karang. Rakan sekerja juga pernah bercerita, sedaranya pernah berubat batu karang(tapi tak ingat di mana). Semasa rawatan, mereka sekeluarga boleh melihat batu tersebut. Namun biladilihat dalam foto, batu itu tak kelihatan...invisible! wallahuaklam..namun bagi pesakit en Jamil...masing-masing pulang membawa souvenir....batu karang bukan dari lautan.... tapi dari badan.
 
Posted On Tuesday, January 04, 2011 at at8:16 PMby Kasawari  Seawal jam 4:45 pagi saya dikejutkan dengan alunan suara Maher Zain dari penggera telefon bimbitku.. pagi ini saya harus ke sesuatu destinasi.. tidak boleh tangguh lagi, selepas mandi dan bersiap, saya segera memandu mengambil abang Long yang sudi menemani saya. Laluan di ataslebuhraya menghala ke utara agak sedikit lengang.Kami berhenti di hentian R&R Pagoh untuk bersolat dan bersarapan. Sebungkus nasi lemak dansecawan milo o menjadi santapan.. dan selepas itu kami terus menuju ke destinasi. Kami keluar diTol Air Keruh dan terus menuju ke lebuhraya Batu Berendam, berbekalkan panduan sms yangdiberikan, agak senang untuk mencari destinasi kami.Kami tiba lebih kurang jam 7:50 pagi dan terdapat beberapa kenderaan sudah mula berada di situ,saya didekati oleh seorang kakak dan memberi kupon parking RM2 untuk meletakkan kenderaandi situ. Kami bertanyakan arah rumah yang ingin dituju dan ditunjukkan arah itu, sambil berjalankaki ke dalam, kami terlihat beberapa orang sedang menjual bekas air, ada yang besar dan adayang kecil.. lebih kurang 4 tempat yang menjual bekas air tersebut.Tiba di sebuah rumah, kelihatan agak ramai juga orang yang sedang menunggu, lantas sayamemberi salam dan bertanyakan di mana tempat hendak mengambil nombor, lantas saya beratur didepan pintu, ada 2 orang yg juga menunggu untuk mengambil nombor, dan beberapa orang yangsedang menunggu giliran.Waktu itu, saya terpandang nombor gilirang yang terpampang di dinding kelihatan nombor 18, bermakna sudah ada 18 orang "pesakit" yang sudah dirawati dari jam 6 pagi tadi. Bila pesakit lainkeluar, saya dan mereka yang menunggu nombor masuk kedalam untuk mengambil nombor giliran, kelihatan seorang lelaki separuh usia memberikan nombor giliran.. saya mendapat nombor 47..Terus aku menunggu di tempat duduk yang disediakan, semakin lama semakin ramai orang datang berbagai ragam, ada yang bertongkat, ada yang dipimpin dan ada yang muda belaka cergas sihattubuh badan. Di situ kelihatan seorang yang sedang menjual bekas air dan sedang rancak berbualdengan salah seorang yang juga sedang menunggu.. dari perbualan mereka dan perbualan bersamasaya juga, saya tertarik dengan beberapa fakta;1) orang yang pertama mendapat giliran no 1 tiba pada jam 3 pagi, dan ada kalanya mereka tidur diruang tamu yang disediakan2) terdapat pesakit yang datang dari negara Arab juga3) pesakit akan diberikan 1 nombor, tetapi boleh membawa masuk 2 orang pesakit4) jika hari Sabtu dan Ahad, nombor giliran akan mencecah sehingga 2005) 4 petang adalah waktu rawatan ditutup, tetapi jika ada pesakit yang telah mengambil nombor giliran.. akan dirawat juga
 
6) kebanyakkan yang datang adalah untuk penyakit Batu Karang, tetapi rawatan penyakit lain boleh dilakukanDari apa yang saya lihat, bukan hanya bangsa Melayu sahaja datang untuk dirawat, malah Cina danIndia juga ada datang untuk mendapatkan rawatan.Sewaktu menunggu, saya juga berkesempatan berbual dengan seorang Ustaz yang mendapat nogiliran yang ke 80, dia memberitahu saya supaya menjaga pemakanan dan juga banyak minum air,dan ini kali ke dua dia datang untuk mendapatkan rawatan. Sehingga jam 10:45 pagi, baru lah nogiliran saya tiba, saya masuk dengan ditemani oleh abang Long saya, perawat menyuruh sayaduduk di atas kerusi dan bertanyakan apa masalah saya, bila saya menceritakan tentang BatuKarang, lantas dia bertanyakan nama saya dan ibu saya dan menyuruh saya berdiri dan memintasaya menyelak baju saya, dengan mengambil krim putih dia menyapukan kirim tersebut di bahagian bawah perut saya.. sambil bertanyakan kepada saya dari mana asal saya.Tidak sampai beberapa saat, saya merasakan sesuatu rasa dalaman ditempat yang disapu krimangin tersebut, tiba-tiba muncul seketul batu keluar dari kulit perut saya dan dipegang olehnya,kejadian ini disaksikan oleh abang Long saya yang masih hairan dengan apa yang dilihatnya. BatuKarang yang dikeluarkan itu dimasukkan ke dalam plastik dan diberikan kepada saya. Perawatmemberitahu saya supaya jangan sesekali makan KACANG, segala apa jenis kacang terutamakacang tanah, beberapa kali dia memesan jangan makan kacang.Saya dirawat tidak sampai 5 minit dan diberikan sebotol minyak (size botol minyak Attar) untuk disapu, perawat tidak meminta bayaran cuma pesakit bolehlah memberi seberapa yang ikhlas didalam tabung yang disediakan.Sebelum balik, saya menunggu untuk mengambil air yang diberikan, deretan bekas air diletakkandi atas tembok siap dengan nama yang tertulis di bekas air tersebut supaya tidak ada kekeliruan.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->