You are on page 1of 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2011

KOD KURSUS HBPE 3403 TAJUK KURSUS PENGURUSAN SUKAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI 800404015029

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

BIL 1.0 Pengenalan

PERKARA

MUKA SURAT

1.1 Definisi Pengurusan 1.2 Definisi Kepimpinan 2.0 3.0 Kepentingan Analisis Keperluan Latihan Pendekatan Teori 3.1 Teori X 3.2 Teori Y 3.3 Teori Z 4.0 Penutup -Borang soal selidik analisis keperluan latihan -Borang soal selidik selepas latihan / kursus 5.0 Rujukan

2 2-3 3-7

7-8 9-10 10-11 11 12-13 14 15

1.0 Pengenalan 1.1 Pengurusan


2

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

Pengurusan adalah atu bidang yang luas merangkumi segala aspek kehidupan manusia dan hubung kaitnya dengan persekitaran. Sains pengurusan telah wujud dari zaman dahulu lagi. Disebabkan pengurusan yang hebatlah terbinanya Piramid dan tembok besar Cina yang sehingga sekarang menjadi binaan yang menakjubkan di dunia. Menurut Steer (1985) mendefinasikan pengurusan sebagai satu proses merancang, menganjur, memimpin dan mengawal aktiviti-aktiviti pekerja selaras dengan sumber yang ada untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu, menurut Koontz dan O Donnel (1976) pula menyatakan pengurusan boleh dibahagikan kepada beberapa fungsi yang utama iaitu perancangan, penganjuran, kepimpinan dan pengawalan. Berdasarkan daripada beberapa definasi tadi, pengurusan bolehlah dikatakan satu proses yang mengandungi empat elemen penting iaitu perancangan, penganjuran, kepimpinan dan pengawalan. Tidak kira diaplikasikan dibidang mana, empat elemen ini hendaklah diguna pakai.

1.2 Kepimpinan Kepimpinan pula satu kata terbitan pimpin yang bererti bimbing, pandu dan tunjuk. Menurut Kamus Dewan ( 1994 ), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin dan kepemimpinan pula bererti keupayaan sebagai pemimpin dan daya seseorang pemimpin. Menurut Cartwright dan Halpin ( 1960 ), kepimpinan ialah suatu tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tetentu untuk membolehkan objektif organisasi tercapai. Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan disamping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat. Seorang ahli pengurusan mendefinasikan kepimpinan sebagai satu proses cubaan mempengaruhi suatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat meransang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama (Gribben 1972).

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

Berdasarkan definisi-definisi di atas, kepimpinan boleh dikatakan seorang ketua yang memimpin orang bawahan dengan menggunakan caranya untuk mencapai objektif organisasi. Kepimpinan juga menggambarkan seorang yang mempunyai kuasa untuk mengarah dan membimbing.

2.0 Perbincangan kepentingan Analisis Keperluan Latihan Latihan ialah satu proses memperolehi dan merperbaiki pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk mempertingkatkan kemahiran prestasi kerja. Analisis keperluan latihan adalah satu proses yang sistematik bagi mengenal pasti latihan-latihan dan kumpulan sasar yang perlu dilatih dalam jangka masa tertentu. Oleh yang demikian, analisis keperluan latihan merupakan proses pemikiran yang sama di mana maklumat seperti siapa yang memerlukan latihan, apa jenis latihan yang diperlukan dan bagaimana penilaian programakan dilaksanakan (Ford and Noe 1987). Dalam latihan fokus kepada pembelajaran adalah penting kerana akan membolehkan peningkatan prestasi berlaku. Setiap latihan atau kursus tentunyanya mempunyai tujuan dan matlamat untuk dicapai. Penilaian perlu dibuat untuk mengetahui dan memastikan keberkesanan latihan yang dilaksanakan. Setiap latihan juga mempunyai kelemahan dan juga kelebihan. Oleh itu penilaian juga untuk memperbaiki apa jua kelemahan dan juga memastikan apa yang betul dapat diteruskan untuk memantapkan lagi latihan tersebut. Kewangan merupakan faktor utama dalam setiap latihan maka dengan itu penilaian bertujuan untuk membuat perkiraan kewangan yang berkesan supaya setiap sen yang dikeluarkan dan dibelanjakan memberi manfaat kepada latihan. Untuk mengambil peserta latihan pada sesi seterusnya, penilaian juga perlu di buat untuk menentukan hanya mereka yang perlu sahaja yang mendapat latihan yang sewajarnya. Ini adalah bertujuan untuk menentukan peserta yang berkeperluan sahaja yang dihantar untuk mengikuti latihan.

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

Masa depan latihan adalah penting untuk sesuatu program bagi memastikan latihan pada masa depan adalah berkesan dan memberi kesan yang mendalam kepada peserta kursus. Untuk membuat keputusan yang berkesan pada masa depan setiap butiran atau maklumat yang diperolehi mestilah disimpan dengan baik kerana ia akan membantu membuat keputusan mantap. Oleh itu penilaian dalam setiap latihan adalah penting untuk memastikan setiap latihan itu memberi kesan pada masa sekarang dan juga untuk masa hadapan. Terdapat beberapa objektif analisis keperluan keperluan. Antaranya ialah: Memastikan sumber-sumber dapat sampai kepada pihak-pihak yang memerlukan dan mereka diberikan keutamaan secara tepat. Menyediakan landasan asas mana-mana raancangan pembangunan yang berkesan Membantu individu atau kumpulan mencapai prestasi yang lebih baik, memberi sumbangan positif terhadap kepuasan kerja, moral dan motivasi. Menyediakan keberkesanan. Sebagai suatu proses yang sesuai untuk meningkatkan perkembangan konsep dalam organisasi. Proses mengenalpasti keperluan latihan boleh dilakukan pada beberapa peringkat iaitu peringkat individi, jawatan dan organisasi. Selain itu boleh dilaksanakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu seperti pengurus, penyelia atau pekerja baru. Keperluan latihan boleh dijelaskan dengan melihat komponen-komponen seperti pengetahuan, kemahiran dan kecekapan, sikap serta nilai dan informasi. Perlu menjelaskan komponen-komponen ini supaya keperluan latihan boleh dibincang mengikut tajuk, bidang latihan dan modul-modul. Ia juga membolehkan seseorang 'trainer' untuk memilih aktiviti latihan yang sesuai dan membina objektif program. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 dengan harapan dapat melahirkan warganegara yang sihat, cergas dan produktif. Ini berdasarkan kepada rasional merangkumkan unsur-unsur Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di mana kedua-dua disiplin ilmu tersebut mempunyai perkaitan yang saling memperkukuh antara satu sama lain. Unsur-unsur Pendidikan Jasmani yang terdapat ialah berkaitan dengan bidang olahraga, permainan, pendidikan pergerakan,
5

landasan

yang

konstruktif

untuk

meningkatkan

prestasi

dan

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

pendidikan artistik dan gimrama, manakala unsur-unsur Pendidikan Kesihatan pula ialah bidang pemeliharaan, pencegahan dan peningkatan tahap kesihatan. Sehubungan dengan itu, guru diberi tanggungjawab dan perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan perjalanan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menuju kearah misi dan objektif yang ditetapkan selama ini. Berdasarkan kepesatan dan perkembangan terhadap bidang dan aspek pendidikan jasmani, pelbagai latihan atau kursus dalaman di peringkat sekolah wajar dan patut diadakan sebagai pendedahan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani di sekolah. Ini bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengenai pelbagai aspek seperti pengetahuan tentang permainan, olahraga, peraturan, aspek keselamatan di dalam setiap acara sukan dan permainan terkini, pengetahuan tentang peralatan, sistem fail dan rekod, pengurusan bilik stor sukan, etika pakaian guru dan murid sewaktu mata pelajaran pendidikan jasmani dan sebagainya. Penyampaian yang berkesan ini sangat penting proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan seperti yang dirancang dan objektif tercapai. Ini juga supaya maklumat yang disampaikan guru dapat diterima dan difahami secara maksimum yang boleh. Justeru itu, cara dan kaedah pengajaran guru yang kreatif dan inovatif melalui penilaian yang sistematik sangat diperlukan . Sebagai contoh, masa yang diperuntukkan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan amat kurang iaitu hanya dijalankan selama 60 minit seminggu bagi tahap dua dan 90 minit bagi tahap satu. Ini mendatangkan masalah kepada guru untuk merekod, menganalisis serta melaporkan keputusan ujian dengan sistematik dan berkesan. Di samping itu juga, peruntukan masa yang terhad menyebabkan guruguru juga kekurangan pengetahuan tentang cara dan teknik penilaian yang efektif. Sebagaimana yang kita sedia maklum, motivasi merupakan satu elemen penting di dalam mempengaruhi individu dan organisasi dalam mencapai matlamat dan objektif yang telah dirancang. Motivasi dapat memberi dorongan dan semangat kepada seseorang untuk bertindak bagi mencapai sesuatu tujuan. McCelland seorang pakar psikologi dari Universiti Harvard di Amerika Syarikat mengemukakan bahawa corak pekerjaan seseorang akan dipengaruhi oleh virus mental. Virus tersebut merupakan
6

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

kondisi jiwa yang akan mendorong seseorang untuk bekerja. Seseorang pekerja perlu mengembangkan virus tersebut melalui persekitaran dan lingkungan kerja bagi mencapai matlamat organisasi. Bagi meningkatkan semangat guru-guru supaya sentiasa positif dalam bekerja, tidak menganggap pekerjaan sebagai bebanan yang boleh mengakibatkan tekanan dan mencapai tahap perkhidmatan yang cemerlang, adalah amat wajar satu kursus motivasi dalaman diadakan di peringkat sekolah. Kursus membina motivasi adalah amat wajar dan penting kerana para guru pada hari ini menghadapi pelbagai cabaran baru dari segi pengisian kurikulum baru untuk pengajaran dan pembelajaran, membuat dokumentasi dan merekod serta mengatasi pelbagai karenah murid, masyarakat termasuk ibu bapa, membina hubungan dengan rakan sejawat mahupun pihak pentadbir dan pihak atasan. Sebagai pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah pula meraka haruslah memainkan peranan penting untuk melicinkan pelaksanaan subjek Pendidikan Jasmani di sekolah. Ada pihak sekolah yang memandang enteng mata pelajaran ini kerana persepsi sekolah yang beranggapan mata pelajaran ini tidak penting seperti mata pelajaran teras yang lain dengan memberi mata pelajaran pendidikan jasmani ini diajar oleh sebarang cikgu bagi memenuhi kekosongan jadual. Sekiranya kegiatan pembelajaran disusun dengan baik, dan terdapat asas psikologi yang kukuh dalam penggunaan bahan, kaedah dan proses pengajaran, maka persekolahan akan menjadi lebih cekap. Murid suka menerima pembelajaran yang tersusun dan teratur. Sekiranya guru mengajar dengan cara tidak teratur atau kurang bermakna, murid akan membentuk pertimbangan dan konsep sendiri. Prinsip pembelajaran meninggalkan banyak kesan kepada murid, guru dan pentadbiran sekolah. Jawapan kepada persoalan yang berkaitan dengan tugasan, seperti menyelesaikan masalah, mengulas dan sebagainya yang perlu untuk pengajaran yang baik, bergantung kepada pemahaman guru tentang prinsip pembelajaran tersebut. Kegiatan guru hendaklah disusun secara teratur supaya dapat disesuaikan dengan kegiatan murid. Guru mestilah tahu bila dan bagaimana hendak memberi bimbingan, membetulkan kesilapan, memperkenalkan bahan baru, dan mengambil bahagian dalam perbincangan. 3.0 Penerangan tentang Teori X, Y dan Z 3.1 Teori X
7

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

Dalam teori ini McGreor menyatakan pada dasarnya manusia ialah makhluk pemalas yang tidak berminat untuk bekerja serta mengambil mudah kerja dan tanggungjawab yang telah diberikan padanya. Teori ini juga tentang pekerja yang mempunyai tenaga atau keupayaan yang kecil untuk mencapai sasaran yang ditetapkan tetapi mahukan imbuhan dan balasan yang tinggi. Teori X menyatakan bahawa sebahagian besar pekerja suka diperintah dan tidak berminat dengan tanggungjawab yang diberikan. Teori X juga beranggapan seperti berikut: i. Pihak pengurusan bertanggungjawab kepada penyusunan unsur-unsur keusahawanan yang produktif : wang, bahan, alatan dan orang untuk kepentingan ekonomi . ii. Berhubung dengan manusia, ini adalah proses mengarah usaha mereka, memotivasi mereka, mengawal tindakan mereka, untuk menyesuaikan tingkah laku mereka dengan keperluan organisasi . iii.Tanpa campur tangan pihak pengurusan, manusia menjadi pasif, bahkan menolak keperluan organisasi. Oleh itu mereka mesti dipujuk, diberi ganjaran, dihukum, dikawal dan aktivitiaktiviti mereka mesti diarah. Inilah tugas pihak pengurusan iaitu mengurus orang bawahan. iv. Manusia biasa adalah secara tabiinya malas dan bekerja sedikit yang mungkin . v. Manusia biasa kekurangan cita-cita, tidak sukakan tanggungjawab dan lebih suka dipimpin. vi. Manusia biasa secara semula jadi tidak ambil kisah tentang keperluan organisasi. vii. Manusia biasa secara tabiinya menolak perubahan. viii.Manusia biasa adalah mudah ditipu, tak cerdas, pak turut kepada orang yang berpura-pura mempunyai kebolehan. Berdasarkan daripada penerangan di dalam teori x, kursus yang sesuai dilaksanakan ialah kursus motivasi bagi meningkatkan semula tahap motivasi guru-guru dari teori x ini supaya sedar akan kepentingan tanggungjawab dalam kerjaya dibidang pendidikan. Kursus motivasi ini juga boleh mengembalikan prinsip kerja berkualiti bagi mencapai sasaran organisasi iaitu sekolah. Kursus memupuk kerja berpasukan atau team building juga sesuai dilaksanakan terhadap pekerja dalam kategori ini. Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu untuk
8

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

mencapai matlamat organisasi atau institusi.Secara jelasnya pasukan yang terdiri daripada gabungan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan , kepakaran , kemahiran dan juga pengetahuan mampu melaksanakan tugas secara bersama melalui sikap akuantibiliti , komitmen terhadap prestasi berpasukan. Melalui kerja berpasukan juga , kakitangan yang berprestasi rendah akan dibantu oleh rakan yang mempunyai semangat dan berkemahiran supaya dapat samasama meningkatkan mutu kerja. Lapan nilai utama yang menjadi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan ialah matlamat yang sama, tanggungjawab bersama, saling mempercayai, berkongsi idea, saling membantu, bertolak ansur, musyawarah dan kerjasama. Namun dalam melaksanakan kerja berpasukan elemenelemen seperti kemampuan pekerja , persekitaran pekerja dan motivasi pekerja perlu diberikan penekanan. Terdapat enam teras yang perlu diketahui oleh pihak pentadbir dalam melaksanakan kursus ini untuk membentuk kejayaan sesebuah pasukan yang berprestasi tinggi iaitu: 1. Kopetensi anggota pasukan 2. Kemahiran, proses dan cara kerja 3. Kemahiran interpersonal, komunikasi dan kelebihan personaliti 4. Sistem nilai 5. Visi, matlamat dan hala tuju yang sama 6. Nilai organisasi Akhir sekali setiap pekerja perlu diberitahu dengan jelas tentang bidang kuasa , peranan dan tanggungjawab mereka. Komunikasi yang berkesan dan jalinan kerjasama yang erat sangat diperlukan antara pihak pengurusan dan orang bawahannya. Pengembelingan usaha ini mampu memastikan panitia Pendidikan Jasmani mencapai matlamatnya seperti yang telah dirancang dengan lancar.

3.2 Teori Y

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

Setelah menyedari kelemahan dalam teori X ini, McGregor memperkenalkan teori lain iaitu Teori Y. Teori Y ialah teori yang bertentangan dengan teori X. McGregor menyatakan bahawa pekerja tidak malas dan boleh dipercayai. Teori Y ini menyatakan pekerja tidak perlu terlalu diawasi dengan ketat kerana sememangnya mereka ada kemahuan dan motivasi untuk bekerja dan mencapai tujuan organisasi. Mengikut Teori Y juga, pekerja mengarahkan diri untuk melakukan tugasnya dan mencapai matlamat organisasi. Sistem penggajian dan insentif adalah diwujudkan dengan tujuan mempengaruhi pekerja di dalam kumpulan ini. Pekerja-pekerja seperti ini akan cari peluang untuk menyumbang dengan lebih banyak lagi. Peluang perlu diberi dan galakan untuk menggunakan kreativiti apabila menyelesaikan masalah. Mereka yang memiliki jenis teori Y akan bekerja dengan sendirinya tanpa perintah atau pengawasan dari atasannya. Jenis Y ini adalah jenis yang sudah menyedari tugas dan tanggungjawab pekerjaannya. Teori ini beranggapan kerja adalah sesuatu yang penting dilakukan oleh m a n u s i a . Pekerja dalam kategori ini mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi dalam mencapai matlamat dalam kerjaya mereka. Pekerja seperti ini memiliki sifat kerja yang amat teratur dan mempunyai daya kerajinan kuat, komited terhadap kerja yang diamanahkan serta bertanggungjawab. Teori Y mengklasifikasikan individu dalam kumpulan ini mempunyai banyak sifat yang positif dalam diri mereka. Berdasarkan teori Y, Pihak panitia boleh mencadangkan kepada pihak pengurusan supaya latihan atau kursus seperti pengurusan pendidikan jasmani, rekod dan dokumentasi dilaksanakan bag guruguru pendidikan jasmani dan kesihatan. Oleh kerana guru-guru seperti dalam teori Y mempunyai sifat yang positif, bertanggungjawab serta boleh melakukan kerja mengikut prosedur dan lebih sistematik. Pekerja yang mempunyai sifat mengikut teori ini mampu melaksanakan tugas dengan efektif dan efesien.

3.3 Teori Z Teori Z pula ialah satu teori yang dicetuskan oleh Willian Ouchi. Teori ini banyak diguna pakai pada banyak perusahaan di Amerika Syaikat dan Jepun. Teori Z ini lebin menekankan pada peranan dan posisi pegawai dalam organisasi yang dapat membuat para pekerja menjadi lebih selesa, senang dan merasa menjadi sebahagian penting dalam organisasi atau perusahaan. Dengan
10

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

itu pekerja akan bekerja dengan lebih efektif dan penuh tanggungjawab. Berikut adalah ciri Teori Z.

Individu diberikan tanggungjawab dan tugas secara perseorangan. Kakitangan bebas menggunakan kreativiti yang ada. Pengambilan keputusan dilakukan secara terbuka dan walaupun mengambil masa yang lama , hasil keputusan lebih dipersetujui kerana mendapat sokongan majoriti pekerja. Perubahan dilaksanakan secara beransur- ansur bermula dari proses penilaian prestasi dan dilakuikan secara berhatihati supaya tidak menimbulkan masalah kepada semua pekerja.

Teori Z bertentangan dengan Teori X yang menyatakan bahawa pekerja secara tidak suka bekerja dan perlu dipaksa melaksanakan tugas manakala Teori Y yang menyatakan bahawa kerja adalah seimbang dan puncak kepuasan pada keperluan manusia. Teori Z ini menumpukan pada kesetiaan pekerja kepada organisasi dengan memberikan jaminan perkerjaan sepanjang hayat semasa dan selepas kerja. Bagi pekerja dalam kategori ini , kursus komunikasi yang berkesan mampu dilaksanakan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan para kakitangan dan pentadbir. Sikap yang bertanggungjawab yang ada pada pekerja ini mampu melancarkan perjalanan organisasi dan juga pentadbiran.Teori ini menekankan perkembangan hubungan kepercayaan antara pemimpin dan yang dipimpin atau pentadbir sekolah dengan guru-gurunya. Ianya beranggapan motivasi boleh dipupuk secara kolektif dan dilakukan secara perlahanlahan. Oleh itu , dengan adanya komunikasi yang berkesan mampu merapatkan jurang di antara pekerja yang memiliki sikap dalam kedua- dua teori sebelum ini. Pekerja dalam teori ini perlu didedahkan dengan bengkel latihan yang berterusan untuk mempertingkatkan mutu komunikasi dan kepimpinan dalam bidang hubungan di antara rakan sejawat, kemahiran dalaman dan juga kemahiran yang memerlukan teknikal. Mereka perlu diberi peluang agar pengetahuan teknikal seperti kepimpinan pembelajaran dan teknologi maklumat mampu diaplikasikan di sekolah iaitu dalam bilik darjah supaya mencapai hasil sasaran yang maksimum. 4.0 Penutup

11

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

Perancangan penilaian latihan yang dibuat menggunakan kaedah model penilaian, kaedah pemanatauan dan soal selidik untuk mengumpul data. Soal selidik ini akan diberikan kepada guru pendidikan jasmani untuk mengenalpasti keperluan guru. Refleksi berupa soal selidik juga dibuat bagi guru yang menyertai latihan. Ini bertujuan untuk menilai keberkesanan dan juga mencari kelemahan yang terdapat dalam latihan ini supaya latihan yang akan datang akan lebih memberi kesan kepada guru yang menyertai latihan atau kursus. Sesungguhnya penilaian ini penting untuk memastikan guru yang menghadiri program latihan ini mendapat latihan yang sewajarnya dan mencukupi supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang mereka dapat di dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam kelas atau di padang. Setelah keputusan penilaian diperolehi keputusan itu akan dianalisis untuk mendapatkan hasil supaya pihak pengurusan Panitia pendidikan jasmani dapat memantapkan lagi latihan yang akan dijalankan pada masa hadapan.

BORANG SOAL SELIDIK ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN Borang soal selidik ini adalah untuk mengkaji keperluan latihan guru-guru matapelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan bagi tujuan mengumpul maklumat dan menganalisis latihan yang diperlukan. Anda perlu menjawab kedua-dua bahagian iaitu Bahagian A dan B dengan menandakan ruangan yang berkenaan. BAHAGIAN A 1. Jantina :

di

Lelaki

Perempuan

2.

Umur :

20 30 tahun

31 40 tahun
12

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

41 50 tahun

51 tahun ke atas

3.

Opsyen

Pendidikan jasmani dan kesihatan

Lian-lain ( nyatakan ) __________________

4.

Tempoh Perkhidmatan :

Kurang 3 tahun

3 5 tahun

Lebih 5 tahun hingga 10 tahun

10 tahun ke atas

5.

Tahap Pendidikan Tertinggi :

SPM

Diploma

STPM

Ijazah

Sarjana / PHD

13

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

6.

Faktor yang mempengaruhi anda menyertai sesuatu program latihan :


Objektif kursus Mencukupi 7 hari kursus Menambah pengetahuan / kemahiran

Kaitan dengan bidang tugas Lokasi Penceramah

7.

Tempoh kursus yang mempengaruhi minat anda :

Setengah hari

1 hari

Lebih satu hari

BAHAGIAN B : Sila tandakan kursus yang anda perlukan bagi memenuhi keperluan latihan anda. BIL 1 2 3 4 5 NAMA KURSUS Kursus Kejurulatihan Sukan Kursus Kepegawaian Sukan Kursus Pengajaran dan pembelajaran pjk menggunakan ICT Kursus keselamatan dalam pendidikan jasmani Kursus pengajaran pendidikan kesihatan berbantukan komputer SANGAT PERLU PERLU KURANG PERLU

Kursus Yang Dicadangkan BIL 1 2 3 4 NAMA KURSUS JUSTIFIKASI CADANGAN

14

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

5 BORANG SOAL SELIDIK SELEPAS LATIHAN / KURSUS

Borang soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan yang terdapat semasa latihan dijalankan untuk ditambah baik untuk kegunaan latihan masa akan datang. Sila bulatkan skor anda mengikut soalan. Sangat tidak setuju 1 Tidak setuju 2 Memuaskan 3 Setuju 4

1. Saya mendapat perhatian dengan sepenuhnya

(1)

(2) (3) (4)


dari pelatih lain 2. Saya rasa jadual latihan adalah bersesuian

(1)

(2) (3) (4)


3. Saya merasakan mudah memahami sukatan

(1)

(2) (3) (4)


pembelajaran yg diberi 4. Saya merasakan latihan ini bersesuaian dengan

(1)

(2) (3) (4)


bidang kerja saya 5. Saya berasa seronok semasa latihan

(1)

(2) (3) (4)


6. Saya merasakan latihan ini berkesan untuk

(1)

(2) (3) (4)


mempertingkatkan kemahiran 7. Saya mendapat kerjasama yang cukup

(1)

(2) (3) (4)


15

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

daripada jurulatih / penceramah 8. Saya mendapat pengalaman baru semasa

(1)

(2) (3) (4)


menjalani latihan ini 9. Saya merasakan kelas yang digunakan selesa

(1)

(2) (3) (4)


10. Saya merasakan kemudahan yang disediakan

(1)

(2) (3) (4)


adalah mencukupi Rujukan

Abdullah Hassan. (1999). Komunikasi untuk guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Abd Rahim Abd Rashid. (1999). Pendidikan sejarah falsafah,, teori dan amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Abd Rahim Abd Rashid (1989) Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Asma Abdullah (2006), Ke Arah Glokal Dimensi Budaya Dalam Pengurusan Malaysia,Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur. Rahmad Shukor (2010) , HBME 2203 Pendidikan Moral Tahun 3, Kuala Lumpur Open University. Murray (1938) dan Edwards (1959), The Seven Habits of Highly Effective People. Simon and Schuster, New York. Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Van Hooser, Phillip (1998) Triangle of Success. Van Hooser Associates, Ocala, Florida, USA.
http://blackice89.blogspot.com/2007/12/teori-x-dan-teori-y-douglasmcgregor.html http://www.ramkur.com/2008/05/douglas-mc-gregor-dengan-teori-x-dany.html 16

HBPE 3403 september 2011

Pengurusan Sukan Dalam Pendidikan Jasmani

http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2011/09/teori-x-dan-teori-y.html http://www.scribd.com/doc/5045236/4-TEORI-MODEL-KEPIMPINAN

http://www.searchinpdf.com/Analisis-keperluan-latihan

17

You might also like