7.1 .1Konsep
Berdasarkan rangka konsep di atas, mari kita fahami dan lihat kelainan pengertian antara ketiga-tiga istilah tersebut.
i.Apakah maksud pengujian?
Antara ketiga-tiga istilah yang disebut di atas,
pengujian
selalunya dianggap yangtersempit maksudnya.
Pengujian
memberi erti proses penyerahan satu set terpiawai soalan-soalanyang perlu dijawab, atau satu instrumen atau satu prosedur sistematik bagi mengukur satu sampeltingkah laku atau perubahan sebahagian daripada semua tingkah laku seseorang individu. Hasildaripada jawapan tersebut ialah satu ukuran yang diberi dalam bentuk numerik (dipanggil markat)yang menjadi ciri kepada individu itu. Oleh itu, pengujian menjelaskan tentang
berapa baguskah prestasi individu
tertentu.Maksud terpiawai di sini, adalahlah bahawa semua prosedur telah dinyatakan awal lagi dansemua pelajar dalam sesuatu kumpulan diuji dengan soalan atau masalah yang sama dan dengancara yang sama di samping mendapat arahan yang sama.Markat atau skor (juga biasa dikenali dengan markah dalam ujian di sekolah) yangdiperolehi hasil daripada jawapan kepada sesuatu ujian ialah sebagai indikator atau penunjuk numerik tentang prestasi pelajar. Mengapakah kita perlukan markat numerik dan tidak hanyamenggunakan penjelasan adjektif seperti “lemah”, “amat baik” atau “hampir baik” untuk menjelaskan prestasi pelajar?Markat dalam bentuk numerik diperlukan kerana ketepatannya. Ketepatan inilah yangmembezakan antara markat-markat, contohnya, dua pelajar yang mencapai tahap “hampir sama baik” iaitu 79% dan 80%. Walaupun terdapat satu markah perbezaan sahaja tetapi dua pelajar inimemperoleh gred yang berbeza iaitu B+ untuk 79% dan A untuk 80%. Selain daripada itu, jikakeputusan diberi dalam bentuk markat, analisis selanjutnya boleh dilaksanakan dan ini akanmembantu untuk membuat sesuatu keputusan. Tegasnya, pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan berguna untuk menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai.
ii.
Apakah pula maksud ujian?
Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulisatau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar.Akan tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika pentadbir ujianmenggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian perlulah digunakansesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudahsemestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan.
MSJ 2007
2
Fakta Penting
Pengujian
Satu alat atau prosedur sistematik bagi mengukur satu sampel tingkah laku. Ini menjawab soalankepada setakat mana prestasi individu jikadibandingkan dengan prestasi individu yang lain,atau berbanding dengan tugas yang ditentukan.