WAJ 3104 LITERASI BAHASA
TAJUK 1MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN
1.1 SINOPSIS
Tajuk ini membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
•
Konsep Prabacaan
•
Bentuk Aktiviti Prabacaan
•
Aktiviti-Aktiviti PrabacaanKesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerimapengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yangmelibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membacadan seterusnya, peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihatsebagai potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu danberkebolehan menyatakan semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosidikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan, sama adamembelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminatmendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepadakemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkanbunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaanatau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagaibunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadidan buatan).
Syed Abu Bakar (1994)
menyatakan bahawa peringkat kesediaanmembaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebihdahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia,malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibubapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaansemula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuhmereka.