Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
24Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Nota SJH1106 - Imperialisme Di Asia Tenggara

Nota SJH1106 - Imperialisme Di Asia Tenggara

Ratings: (0)|Views: 1,848|Likes:
Published by Hazman Azhar
Konsep Merkantilisme&Imperialisme

Faktor2 Imperialisme
Kesan Imperialisme
Dasar Imperialis
Konsep Merkantilisme&Imperialisme

Faktor2 Imperialisme
Kesan Imperialisme
Dasar Imperialis

More info:

Published by: Hazman Azhar on May 19, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/12/2013

pdf

text

original

 
Nota SJH1106 Hazman©ipda20121
IMPERIALISME DI ASIA TENGGARAMERKANTILISMEKonsep Merkantilisme
 
Merkantilisme boleh ditakrifkan sebagai satu sistem campur tangan kerajaan dalamhal ehwal ekonomi negara. Merkantilisme bertujuan untuk mengukuhkan kekuasaanpolitik dan kekayaan negara.
 
Melalui campur tangan secara langsung dalam bidang ekonomi, kerajaan dapatmemastikan supaya perkembangan ekonomi yang berlaku seiring dengan matlamatdan kepentingan sesebuah negara bangsa.
 
Dasar merkantilisme menjadi penting setelah kejatuhan sistem feudal di Eropah yangmenyaksikan pembentukan kerajaan berpusat dan moden yang membolehkanpercantuman politik dan ekonomi di bawah satu pentadbiran.
 
Oleh itu, pembentukan sistem ekonomi baharu ini telah berjaya mewujudkan satupasaran ekonomi tunggal, yang membawa kepada perkembangan bidangperekonomian seperti pertanian, industri dan perdagangan yang akhirnyameledakkan Revolusi Perindustrian di Eropah.
 
Para pemikir Barat yang mendukung prinsip merkantilisme termasuklah John Hales,
Milles dll yang berpendapat bahawa, “ negara yang berjaya adalah negara yang
berjaya memasukkan emas sebanyak-banyaknya ke dalam negara, sehingga negaramenjadi kaya dan makmur. Asas utama dalam merkantilisme adalah emas (hasilnegara) adalah penentu kepada kekuatan dan kekayaan sesebuah negara.
 
Perkataan merkantilisme adalah berasal dari perkataan
“merchant” 
dalam bahasa
Inggeris yang bermaksud “pedagang”. Oleh itu, berdasark
an fahaman merkantilisme,setiap negara yang ingin maju haruslah memajukan sektor perdagangan,terutamanya yang melibatkan negara-negara luar.
 
Justeru, semenjak awal abad ke-16, para pedagang Eropah mula merintis jalanperdagangan ke seluruh dunia terutamanya para pedagang dari Portugis, Sepanyol,Belanda, England dan Perancis.
 
Nota SJH1106 Hazman©ipda20122
 
Kemudiannya, dalam akhir abad ke-19, muncul pula kuasa imperialis Barat yangbaharu seperti Jerman, Russia dan Amerika Syarikat yang turut merintis perdaganganke seluruh dunia.
Perluasan Perdagangan
 
Perdagangan bangsa Eropah keluar dari benua mereka bermula dengan penemuan jalan laut ke Timur, bermula dengan penemuan Tanjung Harapan di Afrika Selatanoleh Bartolomeu Dias, telah membuktikan bahawa terdapat jalan lain ke Timur.
 
Dengan galakan dan dorongan oleh Raja Portugal, King Emanuel, pelayaran Vasco daGama kemudiannya berjaya tiba di Goa di India, seterusnya memulakan pertapakankuasa Eropah di Timur.
 
Berdasarkan semangat “gold,gospel and glory”, maka usaha untuk menguasai
perdagangan di Timur sehingga ke China telah dimulakan oleh para pedagang dariPortugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris dan Perancis dalam usaha merekamemecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang-orangIslam terutamanya perdagangan rempah.
 
Semenjak itu, para pedagang Eropah, samada melalui campurtangan ataupun tidaktelah menguasai perdagangan di Timur termasuk di Asia Tenggara terutamanya dilaluan perdagangan penting di Selat Melaka.
 
Pembinaan pelabuhan Portugis di Melaka dan Belanda di Betawi telah membolehkankuasa-kuasa ini memonopoli perdagangan di Tanah Melayu dan Indonesia. Portugismisalnya walaupun diancam perang tiga segi dengan Johor dan Acheh telahmenjalinkan hubungan dengan kerajaan seperti Pedir dan Aru yang mempunyaiantara pelabuhan terpenting di Selat Melaka.
 
Belanda di bawah VOC pula lebih berhati-hati dan menjalankan hubungan dagangyang baik dengan kuasa-kuasa tempatan bagi memenuhi keperluan perdaganganmereka. Misalnya, dengan membantu Johor-Riau menjatuhkan Portugis di Melakatelah membolehkan VOC menguasai hasil perdagangan di Tanah Melayu yangdibawa berdagang ke pelabuhan Melaka, manakala bantuan VOC dalammenjatuhkan kedudukan Bugis di Tanah Melayu setelah diminta oleh Sultan Mansor
 
Nota SJH1106 Hazman©ipda20123
Terengganu membolehkan Belanda mendapatkan monopoli lada daripada negeritersebut.
 
Perluasan perdagangan bangsa Eropah kemudiannya sampai ke China yangmerupakan antara pasaran terbesar di dunia disebabkan jumlah penduduknya yangramai selain barang perdagangan yang diperlukan di Eropah terutamanya sutera danteh.
 
Hasil perluasan perdagangan bangsa Eropah sehingga ke China, perasaan untukmenguasai negara-negara tersebut dalam menguasai kegiatan perdagangan di Timurtelah membawa kepada perlaksanaan imperialisme Barat di Timur termasuklah diAsia Tenggara.
IMPERIALISMEKonsep Imperialisme
 
Secara umumnya, imperialisme bermaksud kecenderungan dan kegiatan sesebuahmasyarakat atau negara meluaskan penguasaannya terhadap masyarakat ataunegara lain.
 
Imperialisme menonjolkan sifat-sifat keunggulan (hegomoni) oleh sesuatu bangsa keatas bangsa lain.
 
Konsep imperialime juga meragkumi gerak perluasan masyarakat atau negarabangsa tertentu untuk membina empayar. Bentuk empayar boleh bersifat tanah jajahan atau memperoleh kedudukan istimewa dalam kegiatan pasaran, penguasaanbahan-bahan mentah dan penindasan terhadap penggunaan buruh.
 
Justeru, konsep imperialisme mempunyai kaitan dengan hubungan ekonomi yangtidak seimbang antara dengan rakan perdagangan kecil, besar, miskin dan kaya, yangakan melibatkan pergantungan politik dan ekonomi pihak yang miskin dan kecilkepada negara yang besar dan kaya.

Activity (24)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Genji Madi liked this
Asyraf Safwan liked this
zairultepen liked this
Cosmas Chelmas liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->