You are on page 1of 44

HASIL TUGASAN

NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON KELAS NAMA KURSUS : : BM A : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH KOD KURSUS PENSYARAH MENTOR : 3117 : :

BIODATA DIRI

NAMA TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR ALAMAT RUMAH

: : : :

ALAMAT BERTUGAS : STATUS :

SEKAPUR SIRIH Didahului dengan kalimah Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, serta selawat dan

salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW, saya mulakan bicara dalam ruangan ini, iaitu Kerja Kursus Bahasa Melayu 3117 Kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai seorang guru, pengisian ilmu perlulah diperbaharui seiring dengan perkembangan pendidikan masa kini. Biar pun telah bergelar seorang guru namun saya merasakan penambahan ilmu dan memantapkan ilmu yang telah diperoleh sebelum ini sangatlah penting demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Saya

mendapat

banyak

faedah

daripada

tugasan

ini

terutama

dalam

mengaplikasikan pelbagai kaedah dan pendekatan serta teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Jika sebelum ini saya keliru dengan pelbagai istilah yang terkandung dalam sukatan Bahasa Melayu, namun kini saya semakin memahami dan cuba mengamalkan di sekolah nanti.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada xxxx pensyarah pembimbing Bahasa Melayu 3117, yang begitu mengambil berat tentang penghasilan kerja kursus ini. Beliau telah memberi garis panduan yang tepat dengan memberi penerangan dan penyampaian ilmu yang bernas bagi memudahkan saya dan rakan-rakan pelajar lain memahami objektif kursus ini.

Walau pun menghadapi kekangan masa dan komitmen tugas sebagai guru, saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan ini mengikut tarikh yang ditetapkan. Segala rintangan dan cabaran yang saya lalui semasa saya menghasilkan tugasan ini, akan saya jadikan sebagai dorongan untuk saya terus maju kehadapan. Untuk itu juga saya ingin mengucapkan penghargaan kepada rakan-rakan sekelas dan keluarga saya yang turut memberi komitmen sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini. Sekian. Terima kasih

ISI KANDUNGAN BIODATA SEKAPUR SIRIH JADUAL PELAKSANAAN TUGAS BORANG BUKTI KOLABORASI TEORI PEMEROLEHAN BAHASA PENGENALAN DEFINISI BAHASA TEORI BEAHAVIOURISME TEORI MENTALIS TEORI KOGNITIF TEORI INTERAKSIONALISME TEORI KONSTRUKTIVISME

MUKA SURAT

KONSEP DAN PELAKSANAN P&P STRATEGI PENDEKATAN TEKNIK KAEDAH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ANALISA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN APLIKASI PENDEKATAN DALAM RPH PENGAJARAN KONTEKSTUAL DALAM RPH PENGAJARAN KONTRUKTIVISME DALAM RPH

REFLEKSI BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

JADUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS NAMA PELAJAR : KUMPULAN KURSUS PENSYARAH : PPG BM A : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SR BMM 3117 :

TARIKH 25 Feb 2012

PERKARA Interaksi yang pertama bersama pensyarah. Menerima BMM3117 Mengumpul maklumat melalui pembacaan dan melayari internet. soalan tugasan kerja kursus

CATATAN

10 Mac 2012

Interaksi

yang

kedua.

Penerangan

dan

taklimat oleh pensyarah mengenai kerja kursus. Perbincangan dengan rakan. 15 Mac 2012 Mula menaip muka depan, sekapur sirih dan tajuk pemerolehan bahasa. 31 Mac 2012 Interaksi yang ketiga. Perbincangan bersama pensyarah mengenai kerja kursus. 2 April 2012 Mengumpul maklumat berkaitan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik. Perbincangan dengan rakan. 5 April 2012 Menaip bahan bertajuk strategi pengajaran dan pembelajaran 7 April 2012 Membina RPH berdasarkan soalan dan membuat pendekatan 10 April 2012 Menyiapkan dan membuat penambahbaikan terhadap hasil kerja dalam komputer. 14 April 2012 Interaksi yang keempat. Menghantar hasil tugasan. analisa berkaitan konsep

BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS NAMA PELAJAR KUMPULAN KURSUS PENSYARAH : : PPG BM A : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SR BMM 3117 :

TARIKH 25 2012

PERKARA

CATATAN

Februari Interaksi kali pertama. Menerima BMM3117 Mengumpul maklumat melalui pembacaan dan Menghubungi Rohana untuk bertanyakan perkembangan maklumat yang dikumpul Interaksi yang Kedua. Penerangan lebih lanjut oleh pensyarah. Perbincangan bersama Norhaniza melalui telefon. Perbincangan telefon dan sms Perbincangan telefon Interaksi yang ketiga. Perbincangan secara umum bersama pensyarah. bersama Ruslida melalui bersama Rohana melalui soalan tugasan kerja kursus

1.0 PENGENALAN Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Bayi dan kanak-kanak memperoleh bahasa secara semula jadi dan dipengaruhi oleh alam sekitar. Ia berlaku sedikit demi sedikit dan berperingkatperingkat mengikut perkembangan otaknya. Kanak-kanak akan belajar bermula dengan bunyi-bunyian pada peringkat bayi, diikuti dengan perkataan iaitu hasil gabungan beberapa bunyi dan seterusnya membentuk ayat secara langsung dan tidak langsung tanpa kita sedari.

Keupayaan individu berbahasa dengan berkesan dapat melahirkan komunikasi yang amat diharapkan. Ini adalah kerana bahasa telah wujud sebagai alat berkomunikasi antara satu sama lain seiring dengan kemajuan manusia. Perhubungan sesama manusia adalah melalui bahasa yang digunakan semasa berkomunikasi.

Melalui bahasa, manusia dapat menyampaikan idea, pemikiran atau perasaan dengan lebih berkesan.Dalam hal ini,bahasa merupakan alat perhubungan yang sangat penting dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah menekankan beberapa kemahiran berbahasa iaitu kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya.

Sebagai seorang guru , kita perlu memahami apa sahaja masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang diajar. Oleh sebab itu , guru perlu memahami bagaimana seorang kanak-kanak memperoleh bahasa dan menggalakkan mereka

menggunakan bahasa yang bersesuaian untuk berhubung dengan berkesan. Guru juga perlu sentiasa sedar dan mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah kemahiran berbahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak agar proses pembelajaran berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


1.1 Definisi Bahasa Terdapat berbagai-bagai definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Diantaranya adalah seperti berikut: Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu (Reed, C.A., 1994) Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenang ( arbitary) untuk dipakai oleh seuatu masyarakat untuk berhubung. (Simanjuntak, 1978) Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi. (Bloom, 1988)

Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambanglambnag pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitary). Menurut Hayakawa (1964), arbitary bermaksud sebagai no necessary connection between the symbol and that which is symbolized

Bagi menjelaskan lagi maksud sewenang-wenang atau arbitary ini, Asmah Hj. Omar (1986) menerangkan bahawa unit yang kita tuturkan sebagai rumah itu bukanlah benda yang konkrit yan mempunyai bumbung, lantai, dinding, tingkap, dan pintu yang menjadi tempat berteduh, tetapi adalah apa yang mewakili benda itu. Dengan itu benda-benda yang konkrit yang mempunyai ciri-ciri yang disebut itu boleh mempunyai lambang-lambang lain. Misalnya bait ( bahasa Arab), house ( bahasa Inggeris), het huis ( bahasa Belanda), griya ( bahasa Jawa halus), dan walay ( bahasa Kadazan), dan sebagainya.

1.2 Teori Behaviourisme Teori ini lebih menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa daripada fenomena mental. Aliran ini banyak dipengaruhi oleh teori-teori dan ilmu psikologi. Pelopor teori ini antaranya ialah Bloomfeild, Edward Sapir, Fries, Boas dan 8

Brooks. Manakala ahli psikologinya terdiri daripada B. F Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Mereka menganggap pelajaran suatu proses mekanis bagi membentuk sesuatu kebiasaan dan pembelajaran mempunyai kaitan dengan perubahan tingkah laku iaitu hasil daripada ransangan dan tindak balas.

Proses pengajaran seharusnya menekankan latihan dan pengulangan yang banyak. Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, stu bentuk latihan melanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekirtaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.

Skinner dan Brain telah melanjutkan teori ini dalam menghuraikan pembelajaran bahasa. Ia menekankan kepentingan pengaruh persekitaran dalam pembelajaran bahasa. Sesuatu unjuran yang dilafazkan dan diucapkan tebentuk dengan adanya ransangan dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa.

Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kana-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu pelakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Diantara ganjaran yang diberikan adalah pujian, seperti pandai, senyuman, ciuman,tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.

B.F Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semulajadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris. Kanak-akank juga bertutur disebabkan ada orang yang bercakap dengannya atau kanak-kanak itu sendiri yang perlu bercakap untuk memenuhi keperlluan asasinya seperti makanan, minuman, keselesaan dan lain-lain.

Bentuk-bentuk bahasa yang betul yang dihasilkan perlu diteguhkan dengan cara pengulangan. Terdapat pelbagai cara peneguhan yang boleh dilakukan oleh ibu 9

bapa atau guru contohnya dengan senyuman, kata pujian, semangat dan lainlainlagi. Proses ulangan memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa. Kanak-kanak akan cepat mempelajari sesuatu jika sering di beri peneguhan dan pengulangan.

1.2.1 i.

Antara ciri-ciri teori behavioris adalah: Pembelajaran ialah suatu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas.

ii.

Sesuatu gerakbalas akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran dan peneguhan yang positif akan membentuk kebiasaan.

iii.

Proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan.

iv. v.

Pembelajran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta- merta. Latih tubi amat digalakakan semasa proses pembelajaran. Pengajara tatabahasa berdasarkan pendekatan induktif iaitu dengar kemudian tutur.

vi.

Pembelajaran mementigkan persekitaran.

1.2.2

Prinsip-prinsip Teori Behaviourisme

Prinsip pertama ialah bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan.Bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme telah menegasakan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahului dengan bahasa lisan. Ini diikuti pula dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Prinsip seterusnya ialah bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini amat esuia sekali diterapkan ke dalam proses pembelajaran bahasa kedua di mana tabiat bahasa yang baru perlu diajar kepada murid-murid itu. Untuk membentuk kebiasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa diutamakan. Pembelajaran bahasa kedua mestilah dilaksanakan secara intensif dan bukan secara selang seli. Ini akan segera menolong membentuk kebiasaan yang diingini itu.

Prinsip ketiga ialah pengukuhan adalah syarat penting dalam pembelajaran. Hal ini karana ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa, pengukuh-pengukuhnya 10

adalah pujian. Keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Sesuatu ujaran terbentu karana adanya rangsangan dan gerak balas sama ada dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa. Antara contohnya ialah penggunaan kata bagus, syabas, dan anggukan . Jika setiap kali kanak-kanak melakukan sedmikian tingkah lakunya pasti akan mendapat pujian. Mengikut prinsip dan falsafah Behaviourisme, sesuatu gerak balas yang betul perlu diberikan peneguhan oleh guru dengan cara melafaz kata-kata bertatasusila dan sopan-santun.

Prinsip keempat ialah latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Latihan yang dimkasudkan ialah ulangan satu satu gerak balas dengan satu-satu ransangan. Laihan dan latih tubi hendaklah dijalankan dalam keadan yang bermakna. Kebijaksanaan guru mengurus dan melaksanakan latihan dengan sistematik dan sempurna akan menghasilkan pembelajaran yang berkekalan sepanjang masa. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa dan komputer. Jika murid melakukan kesilapan atau kegagalan, ia boleh diperbetulkan oleh guru. Ini kerana menurut fahaman teori ini, pengajaran adalah berdasarkan pendekatan induktif atau kaedah terus, dengar tutur, dan teknik latih-tubi.

Manakala prinsip kelima ialah model-model bahasa yang terbaik haruslah dikukuhkan. Kanak-kanak menguasai daripada apa yang didengar dan dialami. Oleh itu, dari segi pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah , bahasa guru adalah model yang mutlak yang diikuti oleh murid-murid tanpa banyak bicara. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang betul, matlamat hal ini akan menguntung murid-murid itu.

Akhir sekali ialah prinsip keenam iaitu wujud operasi ransangan dan tindakbalas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi dan tindakbalas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika sekiranya kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan.

11

1.2.3

Kebaikan Teori Behaviourisme

Kebaikan-kebaikan teori ini ialah: i. Proses pemerolehan atau penguasaan sesuatu bahasa dalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa adapat dilakukan secara bersistem. ii. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. iii. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.

1.2.4

Kelemahan Teori Behaviourisme.

Walaupun demikian terdapatbeberapa kelemahan teori ini iaitu: i. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar. Contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pembelajaran, guru perlu menghasilkan banhan bantu mengajar bagi membolhkan penjaran dan pembelajaran dijalankan. ii. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri. iii. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimmbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar.

1.2.5

Mengaplikasikan teori dalam Kelas Bacaan.

Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulang-ulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut sukukata contohnya KV + KVK ( rumah), guru akan meminta murid mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinan kekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasan murid itu. Sekiranya murid itu cepat belajar, pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak lam sesuai dengan kemahiran murid. Setelah 12

menguasai kemahiran menyebut suku kat, guru akan memperkenalkan perkataanperkatan yang terbina daripada suku kata tadi. Seterusnya murid diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku.

Kesimpulannya teori ini terbahagi kepada empat konsep yang penting iaitu tindak balas (ransangan) daripada murid. Ia boleh dilakukan dengan cara aktiviti soal jawab secara lisan, ganjaran, latih tubi dan pengulangan.

1.3 Teori Mentalis Teori mentalis dikenali juga dengan nama Koda Kognitif atau Innatif. Ahli-ahli pemikiran yang terlibat ialah Jean Piaget, E.H Lennerberg, Robert Lee, Robin Lakoff, George Miller, D. Slobin, dan Mangantar Simananjuntak. Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu.

Menurut

Chomsky,

kanak-kanak

akan

mengalami

beberapa

peringkat

perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat rendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa , kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua criteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehuingga semua murid berjaya.

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini, kanakkanak berpotensi secara semulajadi untuk mempelajari apa sahaja bahasa.

Chomsky mendasarkan torinya kepada satu hipotesis iaitu hepotesis Nurani (The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi ( genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD (Language Acquisition Device). 13

Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu: i. ii. Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. Proses pemerolehan bahasa tidak ada kaitan dengan kecerdasan ( anak yang IQ nya rendah juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hamper sama) iii. Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak; dan iv. Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut; i. Wujudnya unsure-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada cirri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substanif yang berupa kategori-kategori tatabahasa. ii. Bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan iii. Kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh empat hingga lima tahun dan tanpa keupayaan dikuasai. sejadi bahasa itu tidak akan

Manurut aliran mentalis, iaitu Kohler, teori belajar menjadi bermakna jika fikiran dimasukkan ke dalam satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan. Dalam pemecahan persoalan , sesorang itu mesti menggunakan pola fikiran. Kohler berpendapat pembelajran dan pemecahan masalah ialah perubahan yang terjadi pada penglihatan. Perubahan diperoleh dengan mempelajri situasi dan elemenelemen situasi.

Menurut George A. Miller pula, proses mental berlaku apabila seseorang pendengar menghadapi sesuatu pertuturan. Proses yang terlibat ialah mendengar, memadan, menerima,mentafsir, memahami dan mempercayai. Peerubahan ini melibatkan mental, sebab itulah teori ini dikenali sebagai teori mentalis.

14

1.3.1 i.

Ciri-ciri Teori Mentalis Manusia sejak lahir mempunyai kebolehan menguasai bahasa yang dinamakan Jentera Penguasaan Bahasa.

ii.

Seseorang mempunyai kecekapan iaitu undang-undang bahasa yang ada dalam stok mental seseorang.

iii.

Seseorang mempunyaiprestsi iaitu merupakan penggunaan dan penghasilan bahasa berdasarkan apa yang diketahui atau apa yang ada pada kecekapan.

iv.

Bahasa mengandungi cirri-ciri kretiviti iaitu penutur mempunyai daya cipta menggunakan bahasa yang dimakluminya.

v. vi.

Terdapat hubungan yang erat antara bahasa dengan pemikiran. Murid-muriod harus diajar dengan ayat gramatis iaitu ayat yang sempurna bentuknya dan makna dengan ketetapan pola-pola. Ia adalah amat penting dalam proses pembentukan ayat

vii. viii. ix.

Dalam menghjuraikan bahasa nahu transformasi generative diterapkan. Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran. Pengajaran tatabahasa diajar secara formal.

1.3.2

Kebaikan Teori Mentalis

Teori Mentalis sangat menekankan proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid itu. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkatperingkat.

Selain itu, teori ini juga menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar seuatu pengetahuan ataui kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitf mereka sendiri.

Teori Mentalis juga menekankan kaedah berpusatkan murid. Pengajaran berpusatkan murid bermaksud murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajran berbanding guru. Oleh itu, ia amat sesuai digunakan untuk mengajar Kemahiran Berbahasa.

15

1.3.3

Kelemahan Teori Mentalis

Walau bagaimana pun, Teori Mentalis mempunyai kelemahan yang mana ia mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran Bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (kemahiran mendengar dan bertutur).

1.3.4

Aplikasi teori dalam kelas bacaan.

Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebaris ayat yanglengkap.

Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua criteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan dating dan begitulah seterusnya sehingga semua murid Berjaya mencapai criteria tersebut.

Kesimpulannya, teori Mentalis mengutamakan kemahiran membaca dan menulis. Pengajaran tatabahasa diajar secara formal.

16

1.4 Teori Kognitif Kognitif pada diri manusia membezakan manusia dengan haiwan serta makhluk lain di dunia. Kognitif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan minda dan akal. Menurut kamus elektronik Besta, kognitif ialah perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses penerimaan maklumat, pemahaman dan penggunaan pengetahuan. Bagi Haliza Hamzah dan Joy N Samuel (2009: 42), kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, member pendapat, memahami, mengingat, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,

mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Menurut merka lagi perkembangan kognitif merupakan corak perubahan pemikiran yang berlaku daripada zaman kanak-kanak.

Bagi Mok Song Sang (2008:75) kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Atan Long (1982 :261) pula menyatakan kognirif adalah melibatkan proses penanggapan, pembinaan, konsep, penaakulan, penilaian dan penyelesaian masalah. Pembinaan daya pemikiran kanak-kanak dipengaruhi oleh penekanan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Bagi Mok Song Sang (2008:42) lagi, kemahiran kognitif membolehkan individu member pendapat,memahami, dan mengingat perkara-perkara yang berlaku di sekeliling. Jelaslah di sini bahawa perkembangan kognitif sebenarnya melambangkan proses mental. Semakin berkembang mental individu semakin berkembang kemahiran minda mengikut kadar umur bagi kanak-kanak normal. Bagi kanak-kanak yang tidak normal, kognitif mereka berkembang dengan corak yang sama tetapi pada kadar yang berbeza.

Ahli-ahli pemikiran kognitif yang terdiri daripada Jean Peaget dan Sinclair, masing-masing berpendapat pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan mengikut tahap perkembangan kognitif. Mazhab kognitif berpendapat pembelajaran bahasa ialah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli psikologi Bruner dan Peaget menekankan kepada cara pembelajaran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan inkuiri dan pengkategorian.

17

Menurut Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat perkembangan kognitif yang sam tetapi pada usia yang berbeza. Mereka membina pengetahuan secara aktif untuk memahami persekitarannya. Beliau menggariskan empat konsep utama. i. Skema Skema merupakan struktur mental di mana individu menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan persekitarannya. Struktur mental berubah dan boleh disesuaikan semasa berlakunya perkembangan mental dan pembelajaran.Skema digunakan untuk mengenal pasti, memproses dam menyimpan maklumat yang mengalir masuk malah boleh diertikan sebagai kategori-kategori di mana individu mengelas dan menyimpan maklumat spesifik serta pengalaman. Ia membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

ii.

Asimilasi Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang pelajar

mengintegrasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia ada.

iii.

Akodomasi Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang pelajar

mengintegrasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia ada. Semasa pembelajaran , proses asimilasi berlaku hasil daripada interaksi pengalaman dengan skema yang ada. Skema berkembang dengan bertambahnya pengalaman baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh itu, proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep baru dengan bantuan skema yang ada.

iv.

Adaptasi Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akodomasi dengan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

18

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul pada tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif adalah berbeza, berubah-ubah melalui empat peringkat. Tahp perkembangan tersebut ialah:

1. Peringkat Sensorimotor @ deria motor ( dari lahir hingga 2 tahun)

Kanak-kanak mula menggunakan deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning).

2. Peringkat Praoperasi ( 2 tahun hingga 7 tahun) Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting pada tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada pada tahap ini mula

menggunakan simbol dalam permainan , contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Kanak-kanak mula menggambarkan sesuatu konsep, contoh bola berbentuk bulat, air untuk diminum, susu rasanya sedap dan sebaginya. Pemikiran kognitif kanak-kanak mula meningkat.

3. Peringkat Operasi konkrit ( 7 tahun hingga 12 tahun) Kanak-kank mula mempelajari konsep transformasi dan boleh belajar lebih daripada satu perkara pada satu masa.

4. Peringkat Formal ( 12 tahun hingga 21 tahun) Peringkat remaja dan boleh berfikir secara abstrak dan menyelesaikan masalah yang kompleks. Ciri-ciri Teori Kognitif adalah seperti berikut: 1. Pengetahuan bukan latihan peancaindera tetap[I pemikiran manusia. 2. Adanya ciri-ciri kesejagatan yang ada hubungan dengan kognitif. 3. Bahasa besifat kreatif, iaitu tidak hanya terbatas kepada objek dan peristiwaperistiwa atau pengalaman-pengalaman perilaku. 19

4. Komponen bahasa berkembang secara kreatif yang melangkau batasan pengalaman naluriah, iaitu ransangan dan tindak balas. 5. Peranan otak / kognitif (akal) amat penting dalam menproses bahasa. 6. Teori belajar hanya bermakana jika fikiran dimasukkan ke dalam pemikiran sebagai satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan.

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran muridmurid dan menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran.

Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid banyak membantu mereka menyelesaikan masalah.Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid ialah merangsang ingatan kanak-kanak semula.

Pembelajaran kognitif lebih kepada menggunakan pengalaman yang tersedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitf dapat meransang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanakkanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan semasa pra sekolah, tentu situasi ini tidak menyukarkan kanak-kanak itu mempelajari pada Tahun Satu.

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan perubahan tingkah laku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga dewasa. Jean Peaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka 20

masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahp atau pun tingkat umur mereka.

Di samping itu, implikasi pemikiran kognitif yang lain ialah isi-isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Oleh yang demikian, isi pelajaran yang disampaikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap pemikiran masing-masing. Di sini guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.

1.5 Teori Interaksional Teori ini dikenali juga sebgai teori Halliday kerana ahli pemikiran yang terlibat dalam aliran ini ialah Mark halliday mula berkembang dalam tahun-tahun 1960an hingga 1970an.Ahli pemikirann lain yang terlibat dalam teori ini ialah Bloom, Bowemen dan Schlesinger yang berpendapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pengusaan bahasa. Ini adalah kerana kebolehan kognitif hanya membolehkan kanak-kanak mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa.

Menurut Halliday, perkembangan bahasa melibat proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Interaksi bahasa penting untuk menbantu kanak-kanak menguasai system baku. Beliau menegaskan kepentingan peranan situasi social dalam pemerolehan bahasa.

1.5.1 i.

Antara Prinsip-prinsip Teori Interaksionalisme ialah: Dalam komunikasi penyampaian, makna lebih diutamakan. Pembelajaran bahasa bukan sahaja mempelajari struktur bahasa tetapi apa yang amat penting ialah belajar untuk berinteraksi.

ii. iii. iv.

Pembelajaran merupakan proses mental dan linguistic Unsur makna dan struktur bahasa adalah penting. Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna.

21

Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian barulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bemakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.

Selain itu, pengajaran bertutur mestilah melaui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat percikan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam satu wacana.

Pengajaran bertutur juga hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsure bahasa dalam konteksnya. Dengan erti kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsure-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsure-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilalatih amal.

Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.

Yang penting sekali teori ini mementingkan komunikasi dan interaksi. Contoh komunikasi secara lisan ialah bercerita, berpidato, syarahan, dan sebagainya. Kanak-kanak menguasai bahasa melalui interaksi. Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan mental dan linguistic dan menyarankan agar guru member banyak latihan kepada murid-murid. Pembelajaran bahasa bukan hanya

mempelajari struktur tetapi makna dan belajar untuk berinteraksi secara lisan juga melalui tulisan.

22

1.6 Teori Konstruktivisme Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalm minda manusia. Mengikut Kefahaman Konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang sempurna. Murid-murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh balajar untuk murid.

Untuk membantu murid mebina konsep atau pengetahuan baru, guru haruslah mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu penegt5ahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang tekemika berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut teori ini, pengetahuan kanak-kanak dibina secara aktif oleh kanak-kanak melalui daya pemikirannya. Kanak-kanak akan menyesuaikan segala maklumat baru yang diterimanya dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengtahuan baru dalam mindanya.

Ada juga yang berpendapat teori ini adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan bagaimana kanak-kanak belajar. Ia menuinjukkan bahawa setiap kanak-kanak membina pengetahuan dan bukannya hanya penerima pengetahuan. Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikan dengan situasi baharu meallui pengintegrasian pengetahuan baru yang diperoleh dengan bunaan intelektual yang sedia ada.

23

Antara implikasi teori ini terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah yang pertama pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Yang kedua

pengetahuan yang diterima oleh murid adalah hasil daripada aktiviti oleh murid dan bukannya pengajaran yang diterima oleh murid secara pasif. Yang ketiga guru kan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajaran. Yang keempat guru berpernan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Akhir sekali guru sebagai fasilitator yang membantu murid menyelesaikan masalah dan memberi pengetahuan baru.

Contoh dalam pengajaran Penulisan yang bertajuk Lawatan ke Kuala lumpur, guru boleh bersoaljawab dengan murid mengenai pengalaman mereka ketika ke Kuala Lumpur.

Guru boleh memberi bahan bacaan ataupun gambar tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur sebagi rujukan untuk murid. Murid juga boleh menulis surat kiriman kepada rakanuntuk menceritakan pengalaman mereka ketika melawat Kuala Lumpur. Terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan dalam Teori ini.

1.6.1 i.

Kebaikan

Konstruktivis menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham.

ii. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akan berusaha untuk memperkambangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan penerokaan dan penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah. iii. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupik semangat berdikari di kalangan murid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran meskipun tanpa kehadiran guru, ataupun di luar waktu kelas.

24

1.6.2

Kelemahan

i. Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh merangsang minda pelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu dengan pengalaman sedia ada mereka. Ini menyebabkan guru terpaksa menyediakan pengajarannya. ii. Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau sedia ada tentang apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah perkara utama dalam pendekatan ini. Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat, berkemungkinan murid tidak akan dapat mengikuti pembelajaran tersebut. Kesimpulannya teori konstruktivisme merupakan satu teori yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. pelbagai bahan bantu sebelum dapat melaksanakan

Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif.

25

2.1 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Semua bidang memerlukan strategi dan perancangan yang rapi agar objektif yang dirangka dapat mencapai matlamatnya. Kamus Dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang diatur untuk mencapai matlamat atau kejayaan . Strategi juga bermakna kebijaksanaan mengurus sesuatu perkara.

Sebagai seorang guru strategi adalah penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru perlu memastikan beberapa sumber seperti kemudahan dalam bilik darjah, pencahayaan, bahan bantu mengajar dan tempat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran seperti dalam kelas, makmal komputer dan sebagainya sesuai dengan kehendak objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada masa itu.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengjara kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu.

Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mengatur strategi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pertama, pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan. Kedua, penyusunan kaeda dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Ketiga, pengagihan masa untuk setiap pengajaran dan pembelajaran dirancang secara optimum. Keempat, penggunaan BBM mengikut keperluan kaedah dan teknik yang telah dipilh. Kelima, pengurusan kelas berdasarkan keperluan pendekatan yang digunakan.

Terdapat tiga jenis Strategi. Pertama ialah pemusatan guru. Dalam strategi ini guru memainkan peranan yang penting . Komunikasi adalah dalam bentuk sehala. Guru banyak bercakap dan mengeluarkan pendapat. Kepimpinan guru secara autokratik. Pencapaian objektif guru diutamakan. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi. Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat. Interaksi antara murid adalah pasif. Kaedah yang digunakan adalah untuk seluruh kelas. 26

Teknik yang digunakan ialah penerangan, syarahan, taklimat, bercerita dan sebagainya.

Jenis Strategi kedua ialah pemusatan kepada murid. Murid memainkan peranan penting. Komunikasi adalah berbentuk dua hala. Guru akan menyoal dan membimbing murid. Kepimpinan guru secara demokratik. Pencapaian objektif murid diutamakan. Begitu juga dengan perkembangan murid dari segi JERI dapat dilihat.Strategi ini juga dapat memberi peluang murid berinteraksi positif bersama murid lain. Kaedah yang digunakan dalam strategi jenis ini ialah kaedah kumpulan yang berbeza kecerdasan. Teknik yang digunakan pula ialah inkuiri, perbincangan, penyelesaian masalah , simulasi, main peranan, sumbangsaran, dan sebagainya.

Strategi ketiga ialah pemusatan bahan. Bahan pembelajaran memainkan peranan yang penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Objektif akan tercapai berdasarkan bahan-bahan yang digunakan. Komunikasi berlaku sama ada antara guru dengan bahan atau murid dengan bahan. Kecekapan atau kemahiran penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kumpulan kecil seperti ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya.

Sebagai seorang penyampai ilmu, guru perlu bijak merancang strategi dan menginterasikan pendekatan yang dipilih dengan kemahiran-kemahiran lain Khususnya Kemahiran terkini supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menyeronokkan murid-murid.

2.2 PENGENALAN PENDEKATAN Pendekatan bermaksud arah atau hala yang diambil untuk menuju sasaran. Dalam pengertian lain boleh diertikan sebagai jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu yang biasanya dipilih berasaskan kepada teori dan generalisasi tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran pendekatan bermaksud cara bagaimana sesuatu pembelajaran itu diajarkan mengikut objektif yang ditentukan. Dengan kata lain pendekatan bermakna satu pandangan , pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi,

27

gagasan pendekatan bercorak abstrak kerana falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu bersifat teoritis.

Menurut Kamus Dewan (1998) definisi pendekatan ialah cara atau langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah.Kamarudin Hj. Husin (1998) pula berpendapat pendekatan satu kumpulan andaian yang saling berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Menurut Gestalt pula pendekatan ialah situasi mempelajari sesuatu secara kesweluruhan dahulu dan kemudian mempelajari elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuah teori pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan.

Pendekatan dalam pengajaran bahasa harus mencerminkan teori linguistic, iaitu teori pengajaran dan pembelajaran. Ia memerlukan kaedah-kaedah tertentu dan sesuatu pendekatan pengajaran itu wujud berasaskan sesuatu teori. Sehubungan dengan itu, pengajaran bahasa terbahagi elektif dan komunikatif. kepada empat iaitu induktif, deduktif

2.2.1

Pendekatan Induktif

Pendekatan Induktif dipelopori oleh aliran pemikiran Behaviourisme di mulai dengan contoh-contoh khusus kepada kesimpulan umum. Ia merupakan satu pendekatan pengajaran yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi. Menurut John .M. Kierzek dan Walker Gibson (1960) pendekatan ini dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh, kemudian bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Manakala Kamarudin Hj. Husin (1998), pula berpendapat induktif merupakan satu pendekatan pengajaran yang bermula dengan contoh-contoh kemudian guru membuat pengitlakan terhadap unsure-unsur yang terdapat dalam contoh-contoh tersebut. Dalam konteks ini , iaitu pengajaran dan pembelajaran bahasa, guru-guru akan mengumbpulkan contoh-contoh daripada teks, kemudian menerangkan dan menunjukkan kesimpulan yang sesuai berdasarkan contoh-contoh yang diberikan.

Dalam pengajaran bahasa pendekatan ini lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal, iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsure-unsur tatabahasa yang dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya. 28

Kaedah pencarian digunakan, iaitu melibatkan proses pemerhatian, kajian,dan analisis tentang aspek bahasa pada awal pengajaran, kemudian kesimpulan umum daripada data-data yang dipelajari. Dalam pendekatan ini guru-guru digalakkan memberi definisi , menerangkan peraturan, isi atau kandungan keseluruhan pengajaran dan pada akhir pengajaran guru perlu membuat generalisasi.

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendekatan Induktif Proses pertama, sebelum memulakan pengajaran, guru perlulah memahami dahulu idea keseluruhan yang melibatkan proses pengajaran secara induktif.Dalam konteks ini bermakna guru-guru perlu memastikan matlamat yang ingin dicapai dan hasil yang perlu disampaikan dan kemudiannya memberikan contoh-contoh yang sesuai. Dengan adanya elemen ini, murid akan dapat membentuk konsep dengan mudah dan membuat generalisasi mengenai perkara yang dipelajari.

Proses kedua ialah pelaksanaan aktiviti. Dalam hal ini, guru akan memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan isi pelajaran. Contoh yang dikemukakan oleh guru haruslah menepati objektif atau hasil pembelajaran pada hari itu dan kemudia guru akan menyimpulkan hasil pembelajaran yang dipelajari. Peringkat seterusnya, guru perlu memberikan beberpa contoh tambahan bagi mengukuhkan lagi konsep dan generalisasi murid dan membuat penilaian secara tidak formal.

Proses ketiga ialah penilaian aktiviti

yang melibatkan proses melihat kembali

keberkesanan pengajaran yang disampaikan kepada murid-murid. Pada peringkat ini guru akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran. Di samping itu guru juga berpeluang mengubahsuaikan pendekatan yang digunakan dan mencari beberapa alternative lain bagi mengatasi kelemahan dalam proses pelaksanaan aktiviti yang menggunakan pendekatan induktif.

2.2.2

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hokum-hukum tertentu dan

menggunakan penaakulan yang tinggi. Menurut Kamarudin hj. Husin (1988), pendekatan deduktif melihat aspek pembelajaran secara keseluruhan pada awalnya 29

sebelum membuat kesimpulan yang spesifik tentang aspek pembelajaran. Pendekatan ini selaras dengan teori pembelejaran Gelstalt yang menjelaskan bahawa kita mempelajari seuatu situasi secara keseluruhan sebelum mempelajari elemen-elemen situasi itu. Kemudian bimbingan diberikan bersama-sama dengan contoh yang sesuai.Dalam pendekatan ini pemahaman murid amat dipentingkan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pendekatan deduktif melibatkan murid-murid mempelajari perturan-peraturan dan diberikan maklumat-amaklumat tertentu tentang bahasa yang hendak dipelajari. Mereka kemudian mengaplikasikan peraturan-peraturan itu apabila menggunakan bahasa tersebut. Dalam kebayakan situasi, terutama dalam menyusun isi, pendekatan ini mengutamakan generalisasi dilakukan pada bahagian awal pengajaran dan bergerak kepada contoh-contoh yang disediakan.Dalam konteks ini , guru memberikan definisi, menerangkan peraturanperaturan, isi dan kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan.

Selain itu guru juga boleh memberitahu objektif pengajaran pada bahagian awal pengajaran. Sebagai contoh, jika guru hendak mengajar tajuk kata nama, guru akan memberikan definisi kata nama dahulu, misalnya kata yang digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, tempat, dan benda. Selepas itu barulah guru memberikancontoh-contoh dalam ayat dan latihan-latihan berdasarkan contoh yang diberikan bagi mengukuhkan pemahaman murid.

Kelebihan Pendekatan Deduktif Walaupun penyampaian pengajaran adalah berbentuk tradisional, tetapi guru dapat menyampaikannya dengan mudah kerana guru tidak perlu menggunakan banyak masa untuk membuat persediaan . Justeru, banyak tenaga dan masa dapat dijimatkan ,malah aktiviti pengajarandan pembelajaran lebih terkawal terutama kepada murid yang pandai sebab mereka mudah memahami dan mengikutinya. Kepada murid yang sederhana dan lemah, mereka boleh menghafal dan memberikan contoh-contoh berdasarkan peraturan-peraturan bahasa yang telah dipelajari.

30

2.2.3

PENDEKATAN EKLEKTIK

Eklektik atau Eclektic bermakna campuran atau gabungan. Pendekatan eklektik merupakan pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pembelajaran. Segala cirri yang baik yang baik bagi kedua-dua pendekatan ini digabungkan untuk digunakan dalam satu-satu pengajaran. Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan ini bertujuan untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang, berfaedah, berkesan dan mantap untuk mengajarkan bahasa kepada murid-murid.

Dalam konteks ini , guru tidak perlu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya pasti lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut keperluan muridmurid. Tegasnya, pendekatan eklektik ialah pendekatan yang cuba mencantumkan unsure-unsur penting kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan deduktif untuk menghasilakan satu strategi yang seimbang.

Pendekatan Eklektik boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu a) Contoh b) Generalisasi generalisasi contoh contoh ganeralisasi

Dalam variasi pertama, pengajaran dimulakan dengan contoh-contoh berkaitan dan contoh tambahan daripada murid. Kemudian murid dibimbing langkah demi langkah untuk menghasilkan generalisasi. Akhirnya murid dibimbing untuk memberikan contoh-contoh lain dalam konteks yang hamper sama apabila generalisasi berkenaan diaplikasikan. Dalam variasi kedua, pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan menyatakan generalisai yang berkenaan. Kemudian contoh-contoh diberikan oleh guru dan pelajar untuk menjelaskan generalisasi berkenaan. Akhirnay generalisasi ini diaplikasikan dalam konteks yang sama.

Kelebihan Pendekatan Eklektik Pendekatan Elektik memudahkan guru mengubahsuai pengajaran mereka mengikut keperluan murid sama ada memberikan contoh, generalisasi dan contoh dahulu atau generalisasi, contoh dan generalisasi dalam proses pembelajaran bahasa. 31

Pendekatan ini sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada muridmurid yang menpunyai pelbagai kebolehan. Murid dapat belajar dan mengikuti pembelajaran dengan mudah dan yakin mengikut kebolehan masing-masing.

Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan secara tidak langsung dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam setiap pendekatan dan akhirnya penggunaannya dapat diseimbangkan.

2.2.4

PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Pendekatan Komunikatif diasaskan oleh ahli-ahli linguistic fungsional yang berpendapat bahawa bahasa ialah satu sistem yang terbuka dan dinamik dan digunakan oleh sesuatu masyarakat untuk bertukar-tukar pandangan atau pendapat. Penguasaan bahasa bukan semata-mata merupakan penguasaan rumus-rumus tatabahasa, tetapi juga merangkumi penguasaan peraturan-peraturan menggunakan bahasa dalam konteks kewujudan sama da dalam wacana lisan atau penulisan.

Menurut Juriah Long (1985) penganjur-penganjur pendekatan komunikatif yang terdiri daripada ahli linguistik Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan sahaja kecekapan berbahasa,iaitu penguasaan sistem tatabahasa , tetapi juga kecekapan komunikatif.Pada masa berkomunikasi , kecekapan bahasa akan membolehkan seseorang menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan struktur bahasa yang tepat khususnya dari segi tatabahasa.

Strategi pengajaran bahasa yang dimajukan oleh pendekatan komunikasi berasaskan proses perolehan bahasa ibunda kanak-kanak. Hal ini demikian selaras dengan tujuan seseorang memperoleh bahasa ibundanya, iaitu untuk memenuhi keperluan-keperluannya.Keperluan-keperluan mereka akan tercapai sekiranya kanak-kanak tersebut memilih struktur ayat yang paling tepat dari segi

tatabahasanya dan sesuai dari segi maknanya dengan konteks bahasa yang dihadapinya.

32

2.3 PENGENALAN KAEDAH Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur yang tersusun dan berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.

Mengantar Simanjuntak (1982) berpendapat kaedah merupakan satu rencana (Prosedur yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang pada keseluruhannya mestilah berdasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Parera (1986) pula berpendapat kaedah ialah satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagian yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan pendekatan.

Mengikut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau aturan ( membuat dan melakukan sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Berdasarkan pendefinisian dan pendapat tokoh-tokoh di atas, ini bermakna bahawa tiada satu kaedah terbaik untuk semua mata pelajaran bagi setiap murid dalam setiap keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan, masa, tempat dan kumpulan murid..Oleh yang demikian, guru harus pandai dan bijak memilih kaedah yang terbaik , sesuai dengan keadaan dengan mengambil kira faktor murid, masa, kemudahan,objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat pelbagai kaedah mengajarkan kemahiran bahasa mengikut teori linguistik atau perolehan bahasa. Berikut ialah contoh-contoh kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa; i. ii. iii. iv. v. vi. Kaedah Natural Kaedah Tatabahasa Terjemahan Kaedah Terus Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah Kod-Kognitif Kaedah Linguistik 33

vii. viii.

Kaedah Bahasa Komuniti Kaedah Oral-Aural

Setiap

jenis

kaedah

tersebut

mempunyai

kelebihan

dan

kekurangannya.

Kesemuanya bergantung kepada kebijaksanaan dan kewibawaan guru yang melaksanakannya dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

2.4 PENGENALAN TEKNIK Teknik merupakan satu set himpunan kelakuan atau cara dalam kaedah. Contohnya, jika kaedah yang hendak digunakan oleh guru ialah kaedah penerangan, maka teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi menyampaikan penerangan tersebut ialah melalui teknik bercerita, syarahan, taklimat dan sebagainya.

Pendapat lain mengatakan teknik merupakan pelaksanaan kaedah dalam bilik darjah. Teknik juga digunakan untuk mencapai satu-satu objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh , penggunaan pita rakaman ialah satu bentuk pengajaran untuk memenuhi keperluan Kaedah Bunyi, Kaedah Pandang dan Sebut dan sebagainya.Setiap teknik yang digunakan harus seirama atau selaras dengan kaedah yang digunakan.

Berikut ialah jenis-jenis teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. Teknik latih tubi Teknik Simulasi Teknik Main Peranan Teknik Sumbangsaran Teknik Permainan Bahasa Teknik Soal jawab Teknik Bercerita Teknik Drama Teknik Inkuiri Teknik Perbincangan Teknik Forum Teknik Perbahasan 34

xiii.

Teknik Kuiz.

Kesimpulannya kesemua istilah yang dibincangkan berkaitan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran membawa maksud yang berbeza , namun ia terangkum dalam satu pengertian yang besar . Perbezaan dan persamaan itu dapat dirumuskan sebagai strategi ialah perancangan yang menyeluruh melibatkan tiga jenis iaitu berpusatkan murid, berpusatkan guru, dan berpusatkan digunakan bahan. Pendekatan teori dirumuskan sebagai kaedah-kaedah linguistik, iaitu teori pengajaran yang dan

berdasarkan

pembelajaran.Kaedah pula dirumuskan sebagai cara-cara atau langkah-langkah berurutan yang disusun untuk disampaikan mengikut pendekatan yang dipilih. Manakala teknik pula dirumuskan sebagai cara melaksanakan kaedah untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada masa yang tertentu.

35

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun Bil. Murid Tema Tajuk Tarikh Masa : 3 Arif : 43 orang : Masyarakat di Malaysia : Hidup Berjiran : 4 September 2011 : 2.10 - 3.10 petang ( 60 minit )

Fokus utama

6.1 : Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat internet. Aras 2 (i) : Merujuk kamus peribahasa untuk mendapatkan makna simpulan bahasa yang betul.

Fokus sampingan

3.3 : Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti terancang.

Aras 2 (i) : Mengemukakan pandangan tentang sesuatu isu dengan menggunakan diksi yang tepat dan maklumat yang betul.

Objektif

: Pada akhir pelajaran murid dapat; i) Merujuk kamus peribahasa untuk mendapatkan makna bagi simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan. ii) Menyatakan hidup berjiran. pandangan tentang kepentingan

36

Sistem Bahasa : Kosa kata bertolak ansur, erat, menghargai, mengamal

Ilmu

: Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Nilai

: Kerjasama, baik hati, kasih sayang

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, mencirikan, menilai, menjana idea. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, verbal-linguistik

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengetahui tentang jiran Bahan Bantu Belajar : Buah-buahan dalam bakul, carta simpulan bahasa, Lembaran kerja, Buku Teks jilid 1 dan buku aktiviti Jilid 1.

LANGKAH

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI

CATATAN

SET INDUKSI (5 MINIT)

Bercerita tentang jiran yang yang sakit dan dimasukkan ke hospital. Sebagai jiran, kita perlu melawat jiran yang sakit.

a. Murid melihat guru membawa sebakul buahbuahan ke dalam kelas. b. Guru bercerita tentang jiran yang sakit dan buah tangan yang dibawa untuk melawat jiran yang berada di hospital.

KB T : Kontekstual Menghubung kaitkan Isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid.

BCB : Mendengar aktif BBB : Buah-buahan dalam bakul atau dijadikan hamper.

37

LANGKAH 1 (15 MINIT)

Membaca teks tajuk Hidup Berjiran.

a. Murid membaca teks Hidup Berjiran secara kuat. b. Murid lain mendengar.

BCB : Membaca mekanis, mendengar

Bersoal jawab tentang isi

c. Ulang beberapa orang murid. BBB : Buku Teks Jilid 1 muka surat 64

kandungan teks. d. Murid dan guru bersoal jawab tentang isi petikan.

Ilmu : Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Nilai : Baik hati, kasih sayang.

LANGKAH 2 (15 MINIT)

Mengenal pasti simpulan bahasa dalam petikan.

a. Murid kenal pasti simpulan bahasa yang berhuruf tebal dalam petikan. b. Murid mencari makna

KB T : Kemahiran berfikir menjana idea

Mencari makna simpulan bahasa dalam kamus peribahasa.

simpulan bahasa dalam kamus peribahasa. c. Murid bacakan makna yang mereka dapat. d. Pastikan semua murid cuba mencari makna dalam kamus.

BCB : Bercerita dan berbincang

BBB : Kamus Peribahasa, Teks petikan.

38

Nilai : Berusaha, berdikari,rajin

LANGKAH 3 (20 MINIT)

Latihan mencari makna Simpulan Bahasa.

a. Murid membaca carta KBT : Simpulan Bahasa. Kontekstual-

b. Murid bincang dalam menghubungkaitk kumpulan makna mencari an Simpulan bahasa ayat. simpulan dengan

Melengkapkan ayat dengan

Bahasa yang diberi c. Murid melengkapkan

Simpulan Bahasa sesuai. yang

ayat dengan simpulan KB : bahasa yang sesuai. d. Minta murid Kemahiran

baca membaca

semula ayat-ayat yang telah dilengkapkan. BBB : Carta , lembaran kerja.

PENUTUP (5 MINIT)

Penutup kognitif Membuat rumusan isi pelajaran.

a. Murid diberikan soalan kuiz tentang simpulan bahasa. b. Murid berikan dengan cepat makna simpulan

KB : Kemahiran mendengar dan bertutur

Menjalankan aktiviti kuiz Siapa Cepat

bahasa apabila guru bacakan kad-kad simpulan bahasa. c. Kuiz boleh dijalankan

KBT : BCB kemahiran mengingat

Penutup sosial Memberi pujian dan motivasi.

antara murid lelaki dan murid perempuan.

39

4.0 ANALISIS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3 ARIF


4.1 Analisis Pendekatan dalam pengajaran dan Pembelajaran Rancangan Pelajaran Harian yang disediakan ini, adalah merujuk kepada pendekatan Eklektik yang mana guru menggabungkan dua pendekatan iaitu pendekatan deduktif dan pendekatan induktif. Guru tidak terikat dengan mana-mana kaedah dan pengajaran lebih luas dan mudah diubah mengikut keperluan murid.

Pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan memberikan contoh simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan. Guru membimbing murid menghasilkan generalisasi mengenai simpulan bahasa. Kemudian,murid diminta memberikan contoh-contoh simpulan bahasa yang lain dalam konteks yang sama . Akhir sekali, generalisasi mengenai simpulan bahasa diaplikasikan dalam aktiviti kemahiran membaca,kemahiran bertutur dan mendengar dan kemahiran menulis.

4.2 Analisis Pengajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual merupakan kaedah pembelajaran yang menggabung isi kandung pelajaran dengan pengalaman harian murid atau individu, masyarakat dan alam pekerjaan.

Berdasarkan langkah-langkah pengajaran tersebut, murid akan melalui satu atau atau lebih kaedah yang diringkaskan sebagai REACT dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti menghubungkaitkan pengetahuan baru mengenai simpulan bahasa dalam teks dengan contoh-contoh simpulan bahasa lain. Mereka perlu merujuk kepada kamus untuk mencari makna dan seterusnya diaplikasikan dalam bentuk kemahiran menulis iaitu melengkapkan ayat dengan simpulan bahasa yang sesuai.

4.3 Analisis Pengajaran Kontruktivisme. Pengajaran dan pembelajaran Konstruktivisme terdiri daripada Koperatif dan

kolaboratif. Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran dalam kumpulan kecil. Murid bekerjasama , membantu sesama sendiri bagi memenuhi kehendak tugasan individu dan kumpulan. Pembelajaran kolaboratif 40 pula merupakan pembelajaran

berdasarkan perkongsian maklumat dan kuasa antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

Berdasarkan langkah-langkah dalam RPH tersebut, Pengajaran koperatif dapat dilihat dalam langkah 3 yang mana murid dibahagikan dalam kumpulan. Mereka dikehendaki mencari makna simpulan bahasa yang dinyatakan dalam lembaran kerja. Setiap murid perlu bekerja sama untuk menyelesaikan tugasan mereka dengan aktiviti membaca ayat, mencari makna simpulan bahasa, menulis makna simpulan bahasa dan membentangkan hasil tugasan.

Pembelajaran koperatif juga dapat dilihat dalam langkah penutup, yang mana murid dibahagikan mengikut jantina untuk melaksanakan aktiviti pengukuhan iaitu menjawab soalan berbentuk kuiz. Ahli dalam kumpulan boleh memilih kad soalan untuk dijawab oleh kumpulan lain. Sekirannya pihak yang menjawab tidak dapat menjawab soalan dengan betul, ahli dalam kumpulan tersebut boleh membantu. Pada akhir aktiviti, kumpulan yang menang diberi ganjaran berbentuk alatulis sebagai menghargai usaha mereka.Begitu juga kumpulan yang kalah akan diberi tepukan semangat oleh ahli kumpulan yang menang.

5.0 REFLEKSI Tiada perkataan yang lain yang dapat saya luahkan sebaik sahaja saya berjaya menyiapkan tugasan ini selain rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan masa dan kebaikan kesihatan pada sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pensyarah iaitu Dr. Tuan Jah bt. Tuan Yusuf di atas penerangan dan maklumat berkaitan kerja kursus ini. Tidak terkecuali ahli keluarga dan rakan-rakan yang menjadi motivasi saya untuk melengkapkan kerja kursus ini.

Mengimbas kembali perasaan saya semasa mula-mula mendapat kerja kursus ini ialah perasan was-was. Pelbagai pertanyaan yang datang dalam minda saya ketika itu. Persoalan apa ?, bagaimana ?, bila ? datang silih berganti. Walau bagaimana pun saya cuba bersikap positif bahawa jika orang lain boleh mengapa saya tidak boleh.

41

Saya cuba merancang strategi dengan melakukan beberapa tindakan. iaitu peringkat pertama ialah mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber antaranya melalui pembacaan , maklumat dari internet dan perbincangan sesama rakan. Pada masa ini juga saya cuba mentafsirkan kehendak soalan tugasan. Saya cuba membuat pemetaan agar hasil tertinggal. yang dibuat nanti tidak terpesong atau

Tindakan seterusnya ialah mendapatkan seberapa banyak maklumat daripada pensyarah berkaitan kerja kursus ini setiap kali diadakan kelas atau interaksi. Saya cuba mendapatkan contoh daripada rakan untuk mendapatkan gambaran sebenar tugasan ini. Selain itu, saya juga menghubungi rakan-rakan untuk bertukar-tukar maklumat berkaitan kerja kursus ini.

Walaupun ketika itu saya merasakan belum cukup maklumat yang dikumpul, saya tetapkan hati untuk menaip tugasan agar saya mempunyai cukup masa untuk membuat penambaikan hasil tugasan ini.Setiap kali saya menaip maklumat saya akan membuat penambahbaikan sehingalah tugasan ini selesai.Aktiviti menaip ini mengambil masa yang agak lama.Pada peringkat ini, saya perlu mengagihkan

masa antara tugas sebagai guru, isteri, ibu dan ahli masyarakat agar segalanya berjalan dengan lancar. Akhirnya dengan berkat kesabaran dan kesungguhan, saya dapat menyiapkan tugasan ini.

Selepas saya menyiapkan tugasan ini, banyak manfaat yang saya peroleh. Antaranya ialah sentiasa bersikap positif apabila berhadapan dengan tugasan yang mencabar yang memerlukan kesabaran dan ketekunan. Jangan mudah putus asa apabila gagal mendapat apa yang diimpikan. Yakin dengan apa yang dilakukan dan tetap pendirian apabila telah berada dalam landasan yang betul.

Perkara yang sangat penting, selepas saya menyiapkan tugasan ini ialah anjakan paradigma. Jika sebelum ini saya kurang arif dengan konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran, insyaallah selepas ini saya akan cuba praktikkan pengetahuan ini semasa saya mengajar terutama dalam kelas ajaran saya yang terdiri daripada murid-murid tahun satu. Segala pengalaman dan pengetahuan yang peroleh ini diharap dapat menjadikan saya seorang guru yang berdedikasi. 42

Sekian, terima kasih.

43

BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Abdul Talib (2000) Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip Kaedah Dan Teknik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamaruddin Hj.Husin ( 1995 ) Pedagogi Bahasa , Perkaedahan . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Mok Song Sang ( 1994 ), Pedagogi Asas Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Noraiti A.Rashid ( 2009 ), Siri Pendidikan Guru, Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn.Bhd

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 2003 : Krikulum Bersepadu Sekolah Rendah, sukatan Pelajaran Bahasa Melayu : Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuan Jah Tuan Yusof PhD (2012), Kadah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Kuala Lumpur, Multi Media.

Sumber daripada internet http:// www.scribd.com/doc/3951911/ TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

http://slideshare.net/search/slideshow?lang=**&submit=post&q=+teori+nahu+tradisio nal &commit=search

44

You might also like