Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
keterampilan membaca

keterampilan membaca

Ratings: (0)|Views: 158|Likes:

More info:

Published by: Nurul Ashikin Rofiee on May 20, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/05/2013

pdf

text

original

 
Kemahiran Membaca dan Pentafsiran Makna
Cara paling baik bagi memahami bacaan menurut pendapat pendidik bahasa (1960-an,1970-an dan1980-an) adalah dengan mengenal pasti satu set kemahiran yang dikenali sebagai “ kemahirankefahaman”. Fokus pengajaran pembacaan dalam pengajaran Bahasa Melayu berdasarkankemampuan membaca menguasai setiap bahagian kemahiran yang berasingan seperti membacalantang, memberi makna perkataan atau frasa, mencari maklumat yang terkandung dalam bahandan menjawab soalan yang dikemukakan. Pengajaran bacaan dijadikan alat untuk mengukukemampuan pelajar mencapai matlamat memahami petikan yang dibaca secara berasingan,persiapan bagi memperkukuhkan kemahiran mereka menguasai bahasa dan kemahiran berfikir. Selain itu, ia dijadikan alat ganti untuk mengajar,dalam keadaan ini guru hanya melatih para pelajar “mengetahui” bahan yang diberikan pada mereka dengan bermatlamat mereka dapatmendekod setiap perkataan dan merapatkan jurang antara jawapan yang diberikan oleh pelajar dalam soalan pemahaman dengan jawapan yang telah disediakan oleh guru terlebih dahulu.Pencapaian pelajar dinilai berdasarkan kemampuan mereka mencapai kemahiran memahami petikan sebagai matlamat terakhir dalam sesuatu pengajaran pemahaman bacaan. Kemahiran bacaan dianggap tercapai sekiranya pelajar telah dapat memahami petikan apabila mereka datamenjawab semua soalan pemahaman yang berkaitan atau menjalankan pelbagai aktiviti yang dapatmembuktikan bahawa mereka telah memahami petikan dengan jelas.Penilaian terhadap jawapan bagi soalan pemahaman pula berdasarkan kemampuan pelajar menulisatau mengucap semula kandungan petikan dalam bahasa atau ayat yang mereka bina sendiri.Jawapan yang hampir sama dengan atau menepati kehendak skrip jawapan yang telah disediakanoleh guru atau penulis buku teks akan mendapat markah yang tinggi manakala jawapan yang tiadakaitan dengan skrip jawapan atau tidak mempunyai “isi” seperti yang terkandung dalam petikandianggap sebagai jawapan yang terpesong dan tidak menepati kehendak soalan serta tidak diberikan markah. Bagi kebanyakan guru, penulis buku teks atau penyedia kertas peperiksaan,solan pada tahap ini dianggap mudah dibentuk dan dinilai kerana pada kebiasaannyatidak menyimpang jauh daripada mengenal pasti maklumat yang terkandung dalam petikan. Soalan pada tahap ini dapat menguji kemampuan pelajar menggunakan kecekapan berbahasa bagi tujuanmengguna dan menyusun perkataan serta ayat bagi menemukan maklumat yang bersesuaiandengan kehendak soalan yang dikemukakan. Namun,soalan pada tahap ini tidak dapatmembekalkan pelajar dengan kemahiran menggunakan bahasa bagi tujuan menyelesaikan masalah,komunikasi serta menggunakan daya pemikiran yang kritis dan analitik seperti yang diharapkandalam mencapai matlamat pendidikan pada abad ke-20.Kemahiran membaca bukan sahaja terhad pada memahami sesuatu petikan semata-mata dan dapatmenjawab pelbagai soalan pemahaman yang dikemukakan pada akhir pelajaran atau latihan pemahaman. Matlamat uatama pangajaran pemahaman bacaan adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran berbahasa daripada terus terabai. Kemahiran berbahasa termasuk kemahiran menggunakan maklumat bagi menyelesaikan masalah, mengaitkan maklumat dengan
 
situasi yang dihadapi, mengulas dan membuat penilaian serta kesimpulan berdasarkan maklumatyang diperoleh serta menggunakan maklumat bagi mencipta sesuatu yang baru. Matlamat pengajaran pemahaman bacaan pada masa kini adalah untuk meningkatkan kemampuan pelajar menggunakan bahan bacaan bagi kepentingan meningkatkan kemampuan literasi pelajar padatahap yang lebih holistik.Pengkaji-pengkaji di barat (Amerika Syarikat) dalam bidang bahasa, psikologi atau linguistik telahmerangka pelbagai teori untuk mendalami fenomena seseorang pembaca memahami bahan yangdibaca dan mencapai tahap literasi yang diharapkan pada peringkat usia tertentu. Mereka cubamengesahkan teori tersebut dengan menjalankan pelbagai kajian empirikal secara kuantitatif dankualitatif serta mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yang timbul daripada teori tersebut.Kajian yang dijalankan pada masa tersebut kebanyakannya merujuk pada kajian awal yangdilakukan oleh beberapa tokoh bahasa dan kesusasteraan yang unggul di Amerika Syarikat. LoiusRosenblatt (tokoh bahasa dan kesusasteraan) menyuarakan saranan bahawa membaca merupakansatu proses transisi antara si pembaca dengan teks yang dibaca. Beliau juga memperkukuhkankepercayaan bahawa si pembaca mempunyai hak mutlak untuk menentukan maksud yangterkandung dalam petikan yang dibaca. Hal ini bermaksud pembaca boleh menentukan maknayang ingin diinterpretasikan oleh mereka sendiri berdasarkan keupayaan dan pengalaman latarnyasendiri.Kajian yang telah dijalankan membuka perspektif baru terhadap pendidikan literasi bahasa dalamkalangan kanak-kanak yang dianggap tidak mempunyai peluang dan pendedahan yang cukupdengan alam bacaan. Pengajaran literasi tidak seharusnya menumpukan semata-mata pada empatkemahiran asas berbahasa secara terpisah antara satu sama lain. Pendekatan pendidikan literasisecara holistic mementingkan penggabungan keempat-empat kemahiran mendengar, bertutur,membaca dan menulis, yang kemudiannya ditambah degan kemahiran be.rfikir. Hal ini bermaksud pengajaran pelbagai kemahiran tersebut perlu dibuat secara serentak dan saling berhubungan antarasatu sama lain.
 
PENDEKATAN PENGAJARAN LITERASI
Satu Pendekatan Holistik 
Literasi bahasa ialah kemampuan menggabungkan keseluruhan kemahiran berbahasa iaitumendengar, bertutur (kecuali bagi mereka yang mempunyai kecacatan kekal pendengaran dan pertuturan), membaca, menulis dan berfikir. Kemahiran tersebut perlu dilakukan secara serentak dan bukan terpisah-pisah. Kemahiran berfikir mendampingi keempat-empat kemahiran asastersebut. Setiap kemahiran seharusnya tidak diajar secara berasingan atau diajar dalam tajuk yangterpisah-pisah kerana semua aspek tersebut terbina secara bersepadu dan saling bertalian.Pada masa dahulu, penekanan terhadap aspek bacaan dilakukan pada peringkat awal persekolahan.Kanak-kanak diajar menghafal huruf-huruf A hingga Z dan dilatih tubi dengan membaca cartahuruf dan kad imbas supaya dapat menguasai bacaan berdasarkan suku kata yang terkandungdalam bahasa Melayu. Kemahiran bacaan ini hanya tertumpu pada tahap mengenal huruf semata-mata, mereka hanya mempunyai kemampuan menyebut perkataan yangditunjukkan menerusi cartaatau kad imbas tersebut tanpa mengaitkan bahan yang dibacanya dalam satu situasi yang lebih luasdan bermakna. Pada masa yang sama, perkembangan pendidikan bahasa Melayu di sekolah juga percaya bahawa kanak-kanak perlu belajar membaca terlebih dahulu sebelum diajar menulis.Pengajaran penulisan secara bemakna hanya berlaku setelah pelajar memasuki tahun kedua persekolahan. Penulisan karangan hanya diperkenalkan kepada pelajar pada tahun tiga dan empat.Kelewatan mendedahkan pelajar pada pengalaman membaca dan menulis yang jitu akanmenyebabkan kebantutan dalam proses menguasai kemahiran tersebut. Ada kajian yang dijalankanyang membuktikan sekiranya seseorang murid itu lambat didedahkan kepada kemahiran membacadan menulis yang bersepadu serta tidak dapat menguasai kedua-dua kemahiran tersebut pada akhir tahun ketiga persekolahannya, dia akan terus ketinggalan dalam kemahiran membaca dan menulisserta dalam semua aspek akademik yang lebih tinggi.Kanak-kanak pada awal usia persekolahan perlu didedahkan dengan pengalaman membaca danmenulis yang sebenar secara bersepadu. Melatih tubi dengan menggunakan kad imbasan atau cartahuruf yang disediakan oleh guru tidak mencukupi bagi mengayakan mereka dengan pengalamantersebut. Mereka perlu disuakan dengan pelbagai bahan bacaan yang diterbitkan dalam bentuk asalseperti buku cerita yang mempunyai tema dan mesej yang khusus, di samping mengandungiilustrasi menarik. Mereka juga perlu diberikan peluang menyalurkan apa yang terkandung dalam pemikiran mereka dalam bentuk penulisan dengan kemampuan yang ada pada peringkat usiamereka sendiri. Walaupun sebahagian daripada hasil penulisan mereka nanti ada yang berbentuk cakaran huruf yang tidak jelas dan tidak membawa makna yang tertentu tetapi ini merupakanlangkah awal bagi membina pengalaman yang lebih kukuh pada peringkat yang lebih matang.Ejaan ciptaan yang digunakan oleh kanak-kanak pada eringkat awal ini menjadi asas bagimemperkenalkan mereka dengan alam penulisan yang sebenar pada peringkat yang lebih dewasa.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->