You are on page 1of 6

Refleksi Mingguan.

Minggu Pertama Pada minggu pertama kelas, jurlatih Silat iaitu Abang Zul banyak menerangkan kepada kami apakah sebenarnya Seni Silat Serimau Hitam untuk gambaran awal kepada kami sebagai pelajar baharu Seni Silat Serimau Hitam. Selain itu, Jurulatih juga, memberi penjelasan mengenai yuran persatuan dan juga baju untuk persatuan. Yuran adalah sebanyak RM 19 untuk satu semester. Yuran ini terpaksa dibayar kerana ia terikat dengan persatuan luar. Dalam minggu ini juga, beberapa jurus silat juga telah ditunjukkan kepada pelajar sebagai pengenalan kepada Silat Serimau Hitam. Antara jurus yang diajarkan ialah jurus tumbuk 3 kali pusing. Namun penekanan turut diberikan kepada Senaman Sembah Sejarah persatuan secara ringkas juga telah diajarkan. Instruktur telah menunjukkan demontrasi tempur tanpa senjata kepada pelajar. Pelajar juga dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 2 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan wanita. Selain itu, pasangan juga dibahagikan untuk tujuan bermain buah.

Minggu Kedua. Pada minggu kedua, kami melakukan upacara tawap sebelum masuk ke gelangang. Tawap dilakukan dengan membaca alFatihah sebanyak 3 kali, dan selawat keatas Nabi sebanyak 3 kali dengan diakhiri doa memohon kepada Allah untuk memberi keselamatan kepada pelajar semasa latihan diadakan. Pada kali ini kami juga diajarkan secara serba sedikit mengenai tumbuk 3 kali pusing. Namun ia hanyalah latihan yang biasa saja. Kami belajar mengenai Senaman Sembah.

Senaman Sembah dalam Seni Silat Serimau Hitam mengandungi 6 pergerakan iaitu pergerakan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Setiap pergerakan yang dilakukan mengandungi fungsi yang tersendiri. Latihan ditumpukan kepada Senaman Sembah. Latih tubi dilakukan berkali-kali supaya pelajar dapat mengingati pergerakan yang dilakukan.

Minggu ketiga Pada minggu ni, hujan agak rintik-rintik turun semasa latihan dilakukan. Namun itu, tidak mematahkan semangat untuk kami meneruskan latihan kami pada hari tu. Kami melakukan 2 perkara pada hari ini. Pertama kami melakukan latihan untuk Senaman Sembah. Banyak kali kami membuat latihan Senaman Sembah kerana ia merupakan komponen penting kepada silat itu sendiri. Kedua, kami belajar jurus pertama iaitu Asas 12 Separuh Tiang. Asas 12 Separuh Tiang merupakan jurus pertama dalam kompenan Seni Silat Serimau Hitam. Ia dilakukan dengan keadaan separuh atau dan melakukan sebanyak 12 pergerakan dalam keadaan separuh tiang tersebut. Pergerakan tersebut ialah pergerakan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, dan 12.

Minggu keempat. Pada minggu ini, pelajar masih latih berlatih dengan Senaman Sembah untuk mengigat kembali apa yang diajarkan. Masih ada pelajar yang sudah lupa akan pergerakan yang diajar dan ada juga pelajar baru yang masuk ke kelas. Selain Senaman Sembah kami juga mengadakan latihan Asas 12 Separuh Tiang. Dan pada kali ini, kami juga diajarkan jurus yang baru iaitu jurus kedua Tumbuk 3 Kali Pusing. Dalam jurus ini mengandungi 4 pergerakan iaitu pergerakan 1, 2, 3 dan 4. Selepas sesi

latihan tamat, instructor telah mengadakan sesi deontrasi silat untuk dilihat oleh pelajar mungkin sebagai daya penarik untuk memberi lebih komitmen kepada pelajar untuk terus mempelajari ilmu persilatan. Sebelum balik dari kelas, kami telah membayar yuran sebanyak RM 19 dan juga membayar harga baju persatuan.

Minggu kelima. Pada minggu ini, kami telah mengulang pelajaran yang sama iaitu Senaman Sembah, Asas 12 Separuh Tiang dan Tumbuk 3 Kali Pusing. Kami melakukan latihan keatas ketiga-tiga jurus tersebut secara bergilir-gilir antara satu sama lain. Kebanyakan pelajar sudah mulai faham namun ada yang masih kurang mengingati buah tersebut disamping ada pelajar baru yang cuba mengikuti perlahan-lahan pelajaran yang diajar.

Minggu keenam Pada hari ini, ramai pelajar yang tidak hadir ke kelas kerana sebelum bermulanya kelas, Tg Malim mengalami hujan yang agak lebat. Mungkin disebabkan faktor ini, ramai pelajar yang gagal untuk hadir ke kelas. Pelajaran bermula dalam keadaan padang yang agak becak. Walaupun tidak ramai yang hadir ke kelas pada hari ini, pelajaran bermula seperti biasa. Kami bermula dengan melakukan Senaman Sembah, Jurus 1, dan jurus 2 berulang kali untuk kembali mengingat. Malangnya, masih ramai yang lupa akan pelajaran yang lepas. Pada hari ini juga, jurus ketiga telah diajarkan iaitu Separuh Tiang. Dalam jurus ini, pelajar dikehendaki untuk duduk separuh tiang dan menumbuk satu satu sebelum menumbuk bergilir antara tangan kanan dan tangan kiri. Selepas itu,

pelajar perlu menumbuk dahulu sebelum mengulang apa yang dipelajari dalam Asas 12 Separuh Tiang. Kerana ini sudah dipelajari sebelum ini, jadi jurus ketiga bukanlah sukar berbanding Senaman Sembah. Pelajar pun dilihat dapat mengingat dengan baik segala pergerakan walaupun tidak dinafikan ada yang tidak mampu untuk melakukannya.

Minggu ketujuh Pada hari ini, kami telah melakukan latihan asas seperti biasa. Bermula dengan sesi pemanas badan kemudian terus membuat Senaman Sembah, Asas 12 Separuh Tiang dan seterusnya. Pada hari ini juga, kami telah diajar buah yang baru. Jika selama ini hanya bermain dengan jurus dan Senaman Sembah kini tibalah masa untuk mempelajari buah. Pada hari ini, kami diajar buah sebanyak 2 buah sekaligus. Walaupun agak ringkas pergerakan buah tersebut namun agak sukar untuk mengingatinya mungkin disebabkan oleh kedua-dua buah tersebut agak sama dari segi pergerakannya. Untuk melakukan buah ini, kami dibahagikan kepada pasangan masing-masing yakni pasangan yang telah dibahagikan pada minggu pertama lagi. Buah ini dilakukan berpasangan untuk menunjukkan teknik menjatuhkan lawan. Seorang akan bertindak sebagai penyerang dan seorang lagi akan bertindak untuk menjatuhkan penyerang tadi.

Minggu kelapan. Pada minggu ni, berlaku hujan lebat sebelum kelas silat bermula menyebabkan kelas terpaksa dipindahkan ke Gimnasium. Kami terpaksa berkongsi Gimnasium dengan lain-lain kumpulan kokurikulum seperti Taekwando, ping pong dan badminton. Disebabkan ruang yang tidak

mencukupi jadi kami telah berlatih hanya beberapa kali sahaja. Ini mungkin kerana keadaan Gimnisium yang panas menyebabkan pelajar tidak selesa untuk berlatih didalamnya. Kami diterangkan mengenai pertunjukan yang perlu dilakukan oleh kami semasa carnival RTM Mobile yang berlangsung dim padang UPSI.

Minggu kesembilan. Pada minggu ini, kami banyak menekankan mengenai 2 buah yang telah dipelajari sebelum ini. Senaman Sembah dan 3 jurus dibuat secara imbas lalu untuk memantapkan ingatan pelajar mengenainya. Namun masih ada yang gagal untuk mengingati Senaman Sembah dan ketiga-tiga jurus dengan baik. Pada kali ini, kami bukan hanya cuba mengingat kembali buah 1 dan 2 tapi kami juga telah diajarkan dengan buah 3. Buah 3 ni hampir sama dengan buah 2 namun pergerakan pada buah tiga ini lebih banyak berbanding buah 2.

Minggu kesepuluh. Pada minggu ni, kami seramai 47 orang yang tidak hadir semasa hari ahad lepas sahaja yang melakukan latihan walaupun sebenarnya kehadiran tidaklah sampai 47 orang. Dalam keadaan pelajar yang sedikit kami hanya menekankan proses mengigat kembali apa yang kami pelajari sebelum ini. Kelas pada kali ini habis agak awal berbanding dengan kelas-kelas sebelum ini. Sebelum pulang kami dimaklumkan dengan hari kokurikulum yang akan berlaku pada hari sabtu.

Minggu kesebelas Pada minggu ini, kami melakukan latihan di depan pejabat kokurikulum yang lama disebabkan padang digunakan untuk persiapan pesta konvokesyen dan juga keadaan yang panas. Kami dimaklumkan bahawa hari sabtu ni tidak perlu hadir kerana pusat kokurikulum tidak membenarkan penilaian dilakukan pada hari sabtu sebagaimana yang dirancangkan. Oleh itu, kami tidak hadir. Pada kali ini kelas pun habis agak awal dan kami melakukan recall terhadap pelajaran kami dengan penekanan diberikan terhadap Senaman Sembah dan 3 buah yang dipelajari kerana ia termasuk dalam penilaian yang akan dilakukan pada hari isnin hadapan.

You might also like