You are on page 1of 6

Kesan Kepada Ekonomi Melibatkan kos penagihan dadah kepada masyarakat - Kos penagihan - kos kehilangan produktiviti - tambahan

kos perubatan - lain-lain kos seperti kos penguatkuasaan dan pengawalan dadah,pencegahan dan lain-lain. Kesan Kepada Keselamatan - Kejadian jenayah seperti mencuri ,menyamun,merompak dan membunuh . - Melemahkan perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat . - Melibatkan perselisihan faham antara kaum. - Menjejaskan kesopanan. Kesan Kepada Kesihatan - Tidak menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan mengganggu masyarakat sekeliling . - Penyakit AIDS dan penyebaran virus HIV menakutkan masyarakat . - Emosi akan terganggu.

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:

Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya . Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktivitiaktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah

terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .

Penyalahgunaan dadah yang diqiyaskan hukumnya dengan arak merupakan satu masalah utama negara. Di dalam surah Al-Maidah ayat ke 90 dan 91, Allah s.w.t menerangkan kepada kita bahawa tujuan utama pengharaman arak ialah untuk mengelak daripada timbulnya permusuhan dan kebencian di kalangan manusia. Jika kita menganggap permusuhan dan kebencian yang berpunca daripada arak dan di dalam konteks yang dibincangkan di sini - penagihan dadah - tidak memberi implikasi yang besar kepada kesejahteraan sosial, kita silap. Lihat saja bagaimana pengaruh dadah berjaya membuatkan si penagih bertindak diluar batasan sehinggakan ada yang sanggup membunuh isteri sendiri. Lebih mengharukan lagi si isteri sedang menyusukan anak mereka. Pernah seorang bapa tua dibunuh si anak yang ketagih dadah lantaran gagal mendapatkan RM5.00. Pernah juga, penagih dadah mengancam untuk membakar rumah dan membunuh ibunya sendiri sematamata mahu mendapatkan wang daripada si ibu tua untuk membeli dadah. Bagaimana pula dengan kes-kes curi, ragut, bunuh, rogol dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih dadah? Bukankah tindakan jenayah yang tidak berperi kemanusian ini mencetuskan satu kecenderungan di kalangan anggota masyarakat di mana mereka menaruh rasa geram dan benci terhadap masyarakat penagih dadah? Sebab itu Islam mengharamkan sebarang unsur yang memabukkan. Islam mengharamkan arak kerana bersebab dan Islam melarang dadah juga kerana bersebab. Dalam Islam mereka yang didapati minum arak akan dijatuhkan hukuman sebat. Ini merupakan satu pengajaran supaya mereka tidak mengulangi perbuatan yang sama. Hukuman ini juga merupakan satu amaran kepada mereka yang belum mencuba supaya jangan mencuba mengamalkan tabiat yang tidak baik ini. Di Malaysia, hukuman sebat itu ada tetapi hanya untuk mereka disabitkan dengan kesalahan tertentu di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998) dan akta ini lebih tertumpu kepada para pengedar, bukannya kepada si penagih.

Pada kaca mata penagih dadah, nyawa dan kehormatan manusia tidak bernilai sama sekali. Begitu juga dengan harta benda awam. Dadah bagi mereka adalah segalanya. Kalau kita melihatkan onar yang dibuat oleh penagih dadah dewasa ini, rasanya golongan ini tidak perlu diberi peluang untuk kali kedua atau ketiga. Cukuplah dengan kes-kes yang telah berlaku di mana nyawa-nyawa yang tidak berdosa melayang dan harta benda dicuri, diragut dan dirompak. Akan tetapi masyarakat Malaysia yang rata-rata bersikap penyayang masih sanggup memberi peluang kepada mayat hidup ini dengan menyediakan pelbagai peluang kepada mereka untuk membaiki diri dan seterusnya kembali ke pangkuan masyarakat. Di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) untuk mengarahkan penagih menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama dua tahun dan seterusnya menjalani pengawasan selama dua tahun. Kos pembiayaan sehari seorang penagih dadah di pusat-pusat serenti dianggarkan bernilai RM12.07 atau RM4405.55 setahun. Ini bermakna kos keseluruhan untuk setiap penagih bagi sepanjang dua tahun di pusat serenti ialah RM8811.10 dan tidak perlu dibayar balik sebagaimana para pelajar yang meminjam daripada MARA, PTPTN dan sebagainya. Kos ini dibiayai sepenuhnya oleh para pembayar cukai yang budiman! Secara purata sejak 1998 hingga 2004, Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK) membelanjakan kira-kira RM90.86 juta setahun untuk program-program pengurusan dan pembangunan yang berkaitan dengan pencegahan, pemulihan dan rawatan dadah di Malaysia. Dalam bentuk kumulatif ia berjumlah RM636.085 juta iaitu satu jumlah yang cukup besar yang membolehkan sekurang-kurang 2 buah unversiti baru dibangunkan dengan menggunakan peruntukan ini. Jika tidak pun, wang sebanyak ini adalah lebih baik jika dapat disalurkan kepada modal insan-modal insan yang sedang atau bakal menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dalam bentuk biasiswa. Rasanya ini lebih bermakna dan penggunaan wang tadi terarah untuk aktiviti yang

produktif. Hakikatnya inilah jumlah wang yang dibelanjakan kerajaan untuk mengatasi masalah dadah di Malaysia iaitu masalah yang secara majoritinya dilanggan oleh belia Melayu. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), sejak tahun 1988 sehingga 2005 terdapat 289,763 penagih dadah berdaftar di seluruh negara. Bagi tahun 2005 sahaja terdapat 32,808 orang penagih dadah telah dikesan di mana 53.09% daripada jumlah ini merupakan penagih berulang. 68.10% daripada penagih dadah yang dikesan pula untuk tahun yang sama adalah penagih Melayu. Fenomena penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat Melayu merupakan satu fenomena yang memalukan dan menjatuhkan imej Islam. Ini kerana orang Melayu yang rata-rata beragama Islam sepatutnya tahu akan hukum penyalahgunaan dadah ini. Tetapi mengapa ia terus berlaku dan mengapa selepas keluar daripada pusat pemulihan, 70% bekas penagih ini kembali menagih dadah? Adakah program pemulihan selama dua tahun di pusat-pusat serenti gagal untuk memulihkan penagih ini? Bagaimana pula dengan program-program kesedaran yang berbentuk hiburan dan retorik yang dijalankan oleh pelbagai pihak termasuk agensi dan kementerian? Adakah ia memberi kesan yang dikehendaki ke atas golongan sasar? Penagih dadah bukan setakat perlu dikaunseling, mereka perlu diberi pengajaran dalam bentuk yang lebih keras atau lebih tepat lagi perlu ada satu bentuk hukuman yang keras ke atas penagih dadah juga. Apa yang kita ada dalam bentuk akta sekarang ini ialah hukuman kepada pengedar dadah sahaja dan tidak kepada penagih. Penulis bukan bermaksud untuk menidakkan peranan masyarakat untuk menerima kembali golongan penagih yang telah insaf ke pangkuan masyarakat. Persoalan pokok di sini adakah tindakan kita bertoleransi terhadap golongan penagih dadah ini dengan memberi pelbagai peluang untuk pulih daripada ketagihan (di mana 70% kembali menagih selepas keluar daripada pusat serenti) ini memberi keadilan kepada masyarakat?

Masyarakat telah berlaku adil kepada penagih dengan memberi peluang untuk mereka pulih. Akan tetapi pada masa yang sama masyarakat tidak memperolehi keadilan daripada penagih kerana kes-kes bunuh, ragut, curi dan sebagainya yang dikaitkan dengan golongan ini semakin meningkat. Apa yang pasti masalah yang ditimbulkan oleh golongan penagih dadah memberi kesan yang amat dahsyat kepada keharmonian kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Persoalannya, mampukah kita menjadikan Malaysia negara bebas dadah pada 2015 nanti? 4. Kesan Kepada Negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah : Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi. Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan. Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya. Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia. Akibat ke atas negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah :

kehilangan atau kerugian akibat dari pengurangan daya pengeluaran ekonomi;

kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan dadah;


kos bagi menyelenggara program-program pencegahan; kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan seperti merompak, membunuh, merogol dan sebagainya; kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya

Kos tidak nyata yang mengakibatkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20 - 29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa. Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada : untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung; untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara; Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu di abad kelapan belas

You might also like