You are on page 1of 1

SISTEM PEREDARAN DARAH Adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan.

Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-za makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel. Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik. Peredaran Pulmonari Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari Peredaran Sistemik Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik ke jantung Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada Jantung: Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri. Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum. Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu: Pericardium (luar) Myocardium (tengah) Endocardium (dalam) Jantung Saluran darah Darah

Jantung mempunyai 4 ruang iaitu: 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium 2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel

Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung

You might also like