Professional Documents
Culture Documents
Di dalam seni bina, konsep neo klasikal dapat dilihat pada ukiran-ukiran arca rumah ibadat, tiang bangunan, motif corak seni tampak dan perabot. contohnya perabot Empire di Paris, London, New York, Berlin, perabot Biedermeier di Austria , seni bina muzium oleh Karl Friedrich Schinkel di Berlin, Sir John Soane , Bank of England di London dan "bangunan kerajaan" di Washington. Pengaruh karya zaman ini lebih merujuk atau mengolah semula hasil2 artisan zaman yunani yg berfokuskan kpd ketuhanan dan kehidupan. Neoklasikisme pada mulanya dipengaruhi di England dan Perancis, kemudiannya disambung oleh generasi pelajar seni Perancis terlatih di Rom.
Jacques-Louis David lahir pada 30 Ogos, 1748. Ibunya mnyerahkan beliau kpd bpa saudara semasa berumur 9 thn kerana bapanya telah dibunuh. mula belajar seni di Acadmie Royale di bawah tunjuk ajar pelukis aliran roccoco iaitu J.M VIEN. Selepas banyak percubaan yang gagal, David akhirnya memenangi Prix de Rom pada 1774, dan meneruskan perjalanan berikutnya ke Itali. beliau kuat dipengaruhi oleh seni klasik dan lukisan-lukisan cemerlang abad ke-17 sepert karya Nicolas Poussin.
Menjelang akhir 1797 beliau telah bertemu Napoleon Bonaparte. Dari 1799 -1815, beliau menjadi pelukis rasmi Napoleon. Apabila Napoleon mengalami kejatuhan pada 1815, David dibuang negeri ke Brussels dan kembali ke dunia lukisan mitos Yunani dan Rom purba. David kekal menetap di sana sehingga kematiannya pada tahun 1825.
David juga sebenarnya merupakan seorang pelukis prolifik dan lebih mengagumkan dari hasil karya potret beliau. Contohnya dapat dilihat melalui karya madame recamier. Anak didik beliau, Antoine Jean Gros dan JeanAuguste-Dominique Ingres turut menghasil karya sealiran. Karya2 mereka yg myemaikan nilai patriotik tetapi melalui versi romantik dapat dilihat pada hari ini di akademi2 seni dan muzium2 di perancis.