You are on page 1of 14

CHRISTIAN ART

SENI KRISTIAN DISEDIAKAN OLEH : IZZUDDIN SHAH MUZAFFAR SHAH PISMP 1D 900331-14-5647 EN SALEHUDDIN

Konsep

Seni kristian (Christian art) merupakan satu seni yang terhasil dalam percubaan untuk menggambarkan tentang agama kristian. Berlaku satu era ikonoklasme (iconoclasm) yang panjang dalam agama kristian. Gambar Jesus dan babak dari cerita Life of Christ merupakan sesuatu perkara yang umum. Gambar Virgin Mary dan santo (saints) adalah jarang dalam seni protestan (Protestant art) berbanding Katolik Roman (Roman Catholicism) dan Ortodoksi Timur (Eastern Orthodoxy).

Ciri-ciri

Hasil karya Christian art biasanya menunjukkan seseorang ataupun apa-apa acara keagamaan. Setiap keping mewakili simbol asal agama tersebut. Tiada penyatuan yang menjelaskan simbol kristian"; sebagai contoh, palang kristian (Christian Cross) tidak sama dalam setiap mazhab, malah kitab bible (Bible) juga begitu. Bagaimanapun, yang berikut merupakan simbol umum dalam kebanyakan karya kristian : Jesus : teras kepada setiap individu agama kristian Palang kristian (Christian cross): mewakili kehidupan, kematian, dan pembangkitan semula Jesus Christ juga manusia yang diselamatkan kerana pengorbanannya.

Perkembangan

Seni kristian peringkat awal (Early Christian art) bermula dari tarikh hampir dengan tarikh asal-usul agama kristian. Catan kristian yang tertua ditemui di Megiddo, bertarikh antara tahun ke-70, dan arca kristian yang tertua adalah dari sarcophagi, bermula pada abad kedua. Sehingga tempoh pengambilan agama kristian oleh Costantine (adoption of Christianity by Constantine) seni kristian mengubah stail dan kebanyakan ikonografinya (iconography) dari seni Roman (Roman art). Perubahan stail jauh dari tradisi klasik yang berasal dari seni greek purba (Ancient Greek art) kepada yang kurang realis, inilah permulaan bagi seni medieval (medieval art).

Di barat, Renaissance menampakkan peningkatan dalam hasil kerja yang agung dan dihasilkan secara besar-besaran untuk gereja, paderi dan sukarelawan gereja sehingga reformasi protestan terbentuk. Reformasi tersebut membawa kesan yang besar dalam agama kristian, menyebabkan penghasilan karya baru disekat di negeri protestan dan kemusnahan kebanyakan hasil karya yang telah ada sebelumnya. Artist mula bertukar kepada melukis potret, catan permandangan dan mitos klasik (classical mythology). Di negeri katolik (Catholic countries), penghasilan karya tetap diteruskan dan semakin meningkat semasa reformasi itu mula jatuh (Counter-Reformation).

Tanggapan dunia terhadap seni meningkat pada abad ke-19 di barat Eropah, seni kristian purba dan seni kristian Medieval (ancient and Medieval Christian art) mula dikumpul untuk apresiasi, sementara seni kristian sezaman yang lain dipinggirkan. Bagaimanapun, ramai artis moden seperti Eric Gill, Marc Chagall, Henri Matisse, Jacob Epstein, Elizabeth Frink dan Graham Sutherland berjaya menghasilkan karya yang hebat dan terkenal untuk gereja.

Hasil karya
Seni Penumpuan Popular Semenjak penciptaan cetakan, jualan bagi penghasilan semula karya keagamaan menjadi eleman utama budaya kristian. Dalam abad ke-19, ini termasuk pelukis genre seperti Mihly Munkcsy. Penciptaan warna lithografi membawa kepada penggunaan kad suci (holy cards) secara meluas. Simbolisme Satu contoh ikon Russian Orthodox of Mary and Jesus (Our Lady of St. Theodore).

Russian Orthodox Icon of Mary and Jesus (Our Lady of St. Theodore).

Virgin and Child. Wall painting from the early catacombs, Rome, 4th century.

The Last Supper Leonardo Da Vinci (1498)

Daniel Huntington (1816 1906) Philosophy and Christian Art

Jay Bryant Ward Christian Fine Art titled: "Under His Wing"

Our Lady of Perpetual Help, holding Our Lord in her blessed arms...Ave Maria

Caravaggio, Beheading of John the Baptist, 1607-08, Pro-Cathedral of Saint John the Baptist, La Valletta, Malta

You might also like