You are on page 1of 12

PENGENALAN

Permainan hoki merupakan sebuah permainan yang tidak asing lagi di Negara kita. Merupakan sukan berkumpulan. Perkataan hoki berasal dari bahasa Perancis iaitu hocquet yang akhirnya dialih bahasa ke bahasa Inggeris menjadi hockey . Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Tarikh dan waktu sebenar hoki diperkenalkan masih lagi tidak dapat dikenalpasti, namun begitu, sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih

kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil

bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.

Negara kita sememangnya terkenal dengan permainan hoki. Di Malaysia, permainan hoki ini telah diperkenalkan sejak zaman penjajahan Inggeris lagi. Menurut sumber yang boleg dipercayai, permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris pada tahun 1892.

walaubagaimanapun, permainan ini gagal menarik minat penduduk tempatan dan hanya menarik minat rakyat dan kakitangan Inggeris yang tinggal di sini.

Pada tahun 1904, perlawanan hoki yang pertama telah dijalankan iaiatu di antara Selangor dan Singapura. Permainan hoki pada awalnya dipelopori oleh negeri Selangor pada ketika itu dan pada tahun 1920, permainan ini menjadi semakin popular di negari ni. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang

mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Malah ramai yang giat untuk menceburkan diri secara serius di dalam permainan ini.

Kini, hoki merupakan sebuah acara yang antara paling diminati di Malaysia selain dari acara bola sepak, bola jaring dan sebagainya. Permainan ini boleh dimainkan oleh lelaki mahupun perempuan. Pada tahun 1926, hoki dimainkan oleh penduduk- penduduk di Negeri- negeri Selat dan juga Negeri- negeri Melayu Bersekutu. Tidak lama selepas itu, negara kita telah menubuhkan pasukan hoki sendiri rentetan dari kedatangan pasukan India ke negara kita. India juga mempunyai latar belakang kemasukan hoki ke negara mereka sama seperti kita, iaitu dibawa oleh penduduk Inggeris. Ketika itu pasukan India baru

sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan seterusnya.

Tidak lama selepas itu, pasukan hoki Macao datang melawat negara kita. Negara kita telah melakukan perlawanan persahabatan bersama mereka dan memenangi semua perlawanan tersebut. Kemudian, pasukan hoki Macao pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan. Di dalam perlawanan kali ini juga, kemenangan berpihak kepada negara kita.

Pada tahun 1946, Liga Hoki diadakan di negara kita iaitu di Taiping, Ipoh, Singapura dan Kuala Lumpur. Persekutuan Hoki Tanah Melayu telah ditubuhkan selaku sebagai penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahligabungannya. Rentetan dari itu, ini merupakan sebuah peluang bagi negara kita untuk menyertai permainan tersebut.

Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini. Piala Razak menjadi rebutan bagi semua pasukan hoki yang diinsprasikan oleh nama Tun Abdul Razak selaku penyumbang piala kejohanan.

Kini,

Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak,

Sultan Azlan Shah. MHF bukan sahaja menganjurkan pertandingan di peringkat negeri, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawanan ulangan pada tahun 1954 dan kemudian diikuti oleh perlawanan bersama dengan Pakistan.

Kini, negara kita menjadi sebuah negara yang sangat dikenali dan digeruni dalam permainan hoki standing dengan pasukan India dan juga Pakistan. Di dalam Sukan SEA, negara kita merupakan sebuah pasukan yang tidak mampu dikalahkan oleh pasukan negara lain. Kemunculan wira- wira hoki yang terkenal seperti Mirnawan Nawawi, S. Kuhan, dan lain- lain lagi merancakkkan lagi sukan ini.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

Di dalam permainan hoki, terdapat beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pemain iaitu ; 1. Mengelecek bola 2. Menolak bola 3. Menguis bola 4. Memukul bola 5. Menyerkap bola 6. Mengawal dan merebut bola 7. Menjaga gol

Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar pelajar dapat berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar.Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual. Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.

1.Menggelecek Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek Indian(Indian

Dribble).

. Kedudukan kaki yang betul semasa menggelecek bola cara Indian dribble

Cara memegang kayu yang betul semasa indian dribble

2. Memukul Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.

Kedudukan yang betul semasa memukul bola statik.Pastikan kayu dipegang dengan kemas.

Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat.

3. Menolak Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan

bola.

Kedudukan atau postur sedia untuk menolak bola

Teknik yang betul ketika menolak bola, hasilnya pasti meletup

4. Menerima dan menahan bola Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.

* Kesalahan yang kerap dilakukan

Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:
7

i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh.

ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.

iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan.

iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak memukul bola.

v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.

ASAS PEGANGAN KAYU HOKI

Terdapat 2 cara asas menggenggam kayu hoki iaitu : i. Genggaman berjarak. - Diamalkan untuk tindakan tindakan yang berikut iaitu mengelecek bola, menolak bola, menguis bola dan menyerkap bola.

Teknik Asas Genggaman: - Sebelah tangan menggenggam bahagian pangkal kayu dan sebelah lagi di bahagian berhampiran dengan pertengahan kayu.

ii. Genggaman rapat - Diamalkan apabila pemain hendak memukul bola.

Teknik Asas Genggaman: - Kayu digenggam dengan kedua-dua belah tangan secara rapat di bahagian berhampiran pangkalnya.

PERATURAN PERMAINAN Pertandingan hoki di Malaysia dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Rules of The Game Hockey sebagaimana yang ditetapkan The International Hockey Board dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

JENIS PERTANDINGAN Pertandingan- pertandingan hoki peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia a. Lelaki 12 tahun dan ke bawah. b. Lelaki 18 tahun dan ke bawah. c. Perempuan 12 tahun dan ke bawah. d. Perempuan 18 tahun dan ke bawah.

KELAYAKAN PEMAIN Pemain hendaklah berumur 18 dan 12 tahun ke bawah bagi kategori masingmasing pada 1 Januari tahun pertandingan tersebut.

PENANGGUHAN

1. Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan tetapi sekiranya pada pendapat Pengarah pertandingan keadaan padang tidak sesuai untuk sesuatu permainan ataupun ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka perlawanan itu akan dijalankan di tempat dan pada masa yang akan ditetapkan oleh Pengarah Pertandingan.

2. Keputusan Pengarah Pertandingan dalam hal ini adalah muktamad.

3. Jika selepas bermain separuh masa iaitu 25 minit bagi kategori B18 tahun dan ke bawah dan 20 minit bagi kategori B12 tahun dan ke bawah, permainan diberhentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka permainan itu di anggap telah tamat. Tempoh permainannya dan kedudukan jaringan pada masa itu akan diambil kira.
10

4. Jika permainan diberhentikan sebelum 25 minit bagi kategori B18 tahun dan ke bawah dan 20 minit bagi kategori B12 tahun dan ke bawah, maka permainan itu akan disambung dari masa ia diberhentikan dengan kedudukan yang kekal sebelum permainan ditangguhkan, di suatu tempat dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan.

5. Tatatertib pemain dan pegawai adalah pada amnya di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan. Tindakan berikut boleh diambil semasa pertandingan dijalankan.

TATATERTIB PEMAIN Sistem mata demerit yang berikut akan dikuatkuasakan untuk tindakan tatatertib yang diambil sepanjang pertandingan ini dijalankan:-

a. KAD HIJAU 2 MATA

b. KAD KUNING 4 MATA

c. KAD MERAH 8 MATA

11

REFLEKSI Disediakan oleh Manisah Binti Muhamad Shukur 4 PISMP KS/PJ/PM 2 Tugasan yang diberikan adalah berdasarkan sukatan Gerko Hoki. Selepas
mendapat tugasan ini, Saya dan rakan-rakan sekelas telah meminta tunjuk ajar daripada pensyarah kami iaitu Encik Zahari Bin Zainal untuk penerangan lanjut.

Saya telah membuat rujukan dari pelbagai jenis buku, internet dan sebagainya. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, saya dapat memahami

konsep, definisi dan ciri- ciri pergerakan asas lokomotor mahupun bukan lokomotor. Pada lahiriahnya, permainan ini tidak rumit, tetapi memandangkan ia memerlukan persediaan yang rapi, permainan ini boleh juga dianggap sebagai sangat kompleks dan rumit . Kami mendapati, sekiranya sepanjang permainan ini berlangsung tidak mengambil kira aspek- aspek keselamatan, kemungkinan yang tidak diingini mungkin berlaku. pelbagai

Tugasan ini amat berguna dan bermanfaat pada diri saya kerana dengan melakukan tugasan yang diberikan, yakni saya dapat mempelajari proses dan prosedur perlaksanaan permainan hoki. Walaupun kehendak soalan ini nampak ringkas dan mudah, namun sebenarnya skopnya amat luas dan subjektif. Harapan saya agar apa yang saya pelajari semasa tugasan ini diadakan akan saya aplikasi apabila sudah menjadi guru kelak. Sekian, terima kasih.

12

You might also like