Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sifat Al-Bukhari Dlm Kajian Hadis

Sifat Al-Bukhari Dlm Kajian Hadis

Ratings: (0)|Views: 448 |Likes:
Published by Suyanto

More info:

Published by: Suyanto on Dec 25, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
Sifat al-Bukhari dalam Kajian Hadis
1
Oleh: Muhammad Fathi bin Alie-mail: fathi_ali1427h@yahoo.com
Pengenalan Ringkas kepada Imam Bukhari 
Imam al-Bukhari atau nama sebenarnya Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardazabah atau dikatakan bin Yazdabah. Sesetengah orang menggelarnyaIbnul Ahnaf, Abu Abdullah bin Abil Hasan al-Bukhari al-Hafiz.Imam al-Bukhari termasuk salah seorang daripada enam pengumpul dan penyusun kitab-kitab hadis yang terkenal dalamdunia Islam iaitu Muslim,Ibn Majah,Tirmizi,Abu Daud dan Nasaie, yang mana kitab-kitabmereka dikenali sebagai Kutub as-Sitttah
2
.Beliau dilahirkan pada hari jumaat 13 hari bulanSyawal 194H. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kecil dan Imam Bukharimembesar dan tumbuh di bawah asuhan ibunya. Beliau meninggal pada hari Sabtu, 1 hari bulan Syawal 256H iaitu ketika beliau berumur 62 tahun setelah meninggalkan jasa yangcukup besar kepada Islam dan umat Islam yang berguna sehingga hari kiamat.Imam al-Bukhari adalah seorang yang telah terkenal akan kehebatannnya dalam hadis,sehinggakan apabila sesebuah hadis itu disebut sebagai "riwayat al-Bukhari"
3
 maka iamemberi tanda kekuatan seolah-olah hadis itu tidak perlu disemak lagi akan kesahihannya.Bukanlah kita mengatakan bahawa al-Bukhari maksum, akan tetapi setelah dikaji zaman- berzaman, sejak kitab sahih Bukhari ini ditunjukkan kepada guru-guru Imam Bukhari sepertiYahya ibn Mai'n, Imam Ahmad ibn Hanbal dan imam-imam lainnya, mereka telahmenyokong penuh akan kesahihan hadis-hadis dalam kitab sahihnya kecuali beberapa hadisyang tidak sepakati akan darjatnya. Ini bermakna majoriti hadis-hadis dalam kitab Sahih
1
 Penulis menghasilkan penulisan ini berdasarkan rakaman audio Mp3 kuliah guru penulis iaitu Ustaz Adlan binAbdul Aziz, bertajuk "Rahsia al-Bukhari" di IIUM Kuantan,Pahang. Selain itu penulis turut menambah beberapa isi dari buku "Biografi Ulamak-Ulamak Hadith" oleh Prof. Madya DR. Ariffin bin Omar dan H.MYusuf Sinaga L.c, terbitan Jahabersa 2005
2
Kutub al-Sittah, atau buku-buku yang enam iaitu sunan Tirmizi,sunan Ibn Majah, sunan Nasaie,sunan AbuDaud,sahih Bukhari dan sahih Muslim. Sesetengah memanggil kitab-kitab ini sebagai al-Usul al-Sittah dan as-Sihah al-Sittah. Digelar Usul al-Sittah adalah kerana kitab-kitab ini telah menjadi pokok dalil bagi Umat Islamseluruhnya,biasanya kita tidak akan terlepas daripada enam kitab ini dalam sumber dalil fiqh.Walaubagaimanapun,nama as-Sahih al-Sittah adalah tidak digalakkan kerana ia memberi gambaran yang kurangtepat seolah-olah keenam-enam kitab ini semuanya mengandungi hadis-hadis yang sahih, sedangkan bukansemuanya sahih. Nama kutub al-Sittah adalah nama yang paling popular antara semuanya. Perlu diberi perhatian, sesetengah orang menggelar kitab-kitab ini sebagai Sunan al-Sittah, penamaan kitab-kitab ini sebagaiSunan al-Sittah adalah tidak tepat, kerana kitab Sunan yang popular hanyalah empat (iaitu sunan Ibn Majah,sunan Tirmizi, sunan Abu Daud, sunan Nasaie) dan dikenali sebagai sunan Arba'ah.
3
 Yang dimaksudkan "riwayat Bukhari" disini adalah hadis-hadis yang diriwayatkan Imam al-Bukhari dalamsahihnya, iaitu kitab sahih Bukahri, dan bukan selainnya. Selain kitab sahih Bukhari, Imam al-Bukhari jugamenyusun sebuah kitab hadis lain yang terkenal selain sahih Bukhari iaitu kitab "al-Adab al-Mufrad". Danhadis-hadis dalam kitab al-Adab al-Mufrad ini tidaklah kesemunya sahih, ini bukanlah pelik kerana tujuanImam Bukhari menyusun kitab al-Adab al-Mufrad ialah untuk mengumpul sebanyak mungkin hadis-hadis berkaitan adab-adab tanpa menapis sahih atau tidak. Kitab al-Adab al-Mufrad ini telah ditahqiq dan ditakhrijhadis-hadisnya oleh al-a'lamah Muhammad Nasiruddin al-Albani
 
Bukhari
4
 telah diakui kesahihannya sejak zaman ia ditulis sehingga Imam Bukharimeninggal, malah telah cuba dibincang semula setelah Imam Bukhari meninggal.Contohnya, Imam ad-Daruquthni pernah cuba membincang dan menyemak semulakesahihan hadis-hadis dalam kitab Sahih Bukhari, walaupun terdapat beberapa
5
hadis dalamSahih Bukhari yang dibincangkan dan diragui akan darjat kesahihanya, namun setelah dilihatdari segi hujah, didapati hujah-hujah Imam Bukhari dalam mensahihkan hadis-hadis dalamkitab sahihnya adalah lebih kuat. Secara ringkasnya, semua hadis-hadis dalam kitab SahihBukhari telah diakui akan kesahihannya oleh para muhaddith sezaman dengannya, ataupunsetelah al-Bukhari meninggal dunia.Selain itu, beliau hanya memasukkan hadis-hadis yangdiriwayatkan oleh golongan yang pertama sahaja dan meninggalkan riwayat golongan yanglain, serta meletakkan syarat-syarat yang ketat untuk mensahihkan hadis-hadis dalam kitabsahihnya. Oleh sebab ketelitian beliau inilah, maka kitab Sahih Bukhari ini menjadi rujukanutama dalam senarai kitab-kitab hadis dalam dunia Islam.Imam Bukhari adalah seorang yang bukan berbangsa Arab, malah jika diteliti dari segitempat lahir akan keenam-enam Imam penyusun Kutub al-Sittah akan didapati mereka semuaadalah bukan berketurunan Arab, kecuali Imam Muslim yang mempunyai asal-usul taliandengan bangsa Quraish Arab. Tetapi secara ringkasnya, mereka semua adalah bukan berketurunan Arab, dan ini semua memberikan petanda kepada kita bahawa Agama Islam inidipelihara oleh bangsa Arab dan bukan Arab. Oleh itu, adalah tidak mustahil untuk sesiapasahaja samada Arab atau tidak untuk mendalami dan menguasai bidang hadis,asalmempunyai minat dan usaha yang bersungguh-sungguh.Bukan menjadi tujuan dalam penulisan ini untuk menyanjung Imam Bukhari semata-mata,ini adalah kerana beliau tidak memerlukan apa-apa sanjungan lagi daripada kita. Malah,sebarang pujian atau kritikan terhadap beliau tidak akan menjejaskan sedikitpun kedudukanImam Bukhari pada mata dunia Islam, yang pasti beliau telah meninggal dunia danmeninggalkan kepada kita bukti keilmuan yang hebat, pujian-pujian para ulama, hasil karyayang bermutu tinggi dan disanjung para ulama dulu sehingga kini. Apa yang perlu dan lebih penting untuk dilakukan oleh kita adalah bukan mengkagumi dan menyanjung beliau semata-mata, akan tetapi adalah menjadi kewajipan kita melihat dan mengambil contoh akhlak dansifat beliau untuk kita praktikkan pada diri kita dan umat Islam. Ramai antara kita diMalaysia suka memuji dan menyanjung kehebatan ulama-ulama silam, akan tetapimalangnya amat sedikit yang berusaha mengambil langkah lebih kehadapan denganmengikuti jejak langkah mereka, sehingga pujian hanya tinggal pujian tanpa hasil kepadaumat.Akhirnya, kita hanya menyanjung ulama-lama silam tanpa melahirkan penggantimereka. Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk kita melihat kepada sifat Imam al-Bukhari,dan yang lebih penting adalah melihat apakah sifat-sifat dan ciri-ciri al-Bukhari yg dapat kitacontohi dan praktikkan dalam hidup kita, terutamanya kepada mereka-mereka yang inginmendalami ilmu-ilmu Islam. Walaubagaimanapun, kita akan lebih menfokuskan kepadaakhlak dan sifat Imam Bukhari dalam kajian Hadis.
4
 Sebenarnya nama Sahih Bukhari ini adalah ringkasan bagi judul asal karangan Imam Bukhari iaitu kitab "al-Jami' al-Sahih li Musnad min Hadis Rasulallah wa Ayyamihi". Disebabkan judul ini terlalu panjang, kitab inilebih dikenali dengan judul yang lebih pendek iaitu Sahih Bukhari.Judul tersebut dipilih Imam Bukhari keranamempunyai maknanya yang tersendiri. "Al-Jami'" bermaksud kumpulan lengkap hadis-hadis Rasulullah yangmeliputi semua bidang keperluan hidup Umat Islam. "al-Sahih" pula bermaksud keseluruhan hadis yangterdapat di dalam karangan beliau adalah hadis-hadis yang sahih. Sementara "al-Musnad" pula bererti hadis-hadis beliau mempunyai sanad yang bersambung hingga kepada sahabat yang merawikan sesuatu hadis, initidak termasuk hadis-hadis yang diletakkan Imam Bukhari sebagai pendahuluan bab,matabik,pembentangansahaja dan bukan sebagai asas yang dikehendaki dalam penulisannya, yang dikenali sebagai hadis Muallaqdalam Sahih Bukhari,dan hadis-hadis Muallaq ini telah dikaji akan darjatnya oleh Ibn Hajar dalam kitabnyaTaghliq al-Ta'liq. Dan akhir sekali, perkataan "ayyamihi" bermaksud,hadis-hadis tersebut merupakan hadis yangdisampaikan oleh Rasulullah SAW sepanjang hidup baginda. Imam Bukhari mengambil masa lebih kurang 16tahun untuk menyiapkan kitab Sahihnya ini
5
 Menurut Abu Ja'far al-U'qaili, hanya terdapat 4 hadis (daripada 7124 hadis) yang dipertikaikan kesahihannyaoleh Imam Ahmad bin Hanbal. Yahya ibn Main dan Ali ibn Madini. Kesalahan yang amat kecil inimenunjukkan kehebatan Imam Bukhari. 
 
Para ulama bersepakat bahawa Imam Bukhari adalah salah seorang ahli fiqh dan pakar ijtihad. Ahmad bin Sayar berkata dalam kitab Tarikh al-Marwi: "Muhammad bin Ismailadalah seorang yang suka mencari ilmu, mempergauli orang ramai, berkelana mencari hadis,memiliki ingatan yang kuat, dan seorang pakar fiqh". Sehinggakan Muhammad al-Masandi berkata: "Muhammad bin Ismail adalah seorang imam atau ikutan, maka barang siapa yangtidak menjadikannya imam tercelalah orang tersebut". Selain itu beliau juga merupakanseorang yang zuhud, tawadduk, waraq dan seorang yang soleh.
 Akhlaq dan Sifat Imam Bukhari dalam Kajian Hadis
1.Kesungguhan yang tinggi dalam menghafaz hadis
Imam Bukhari banyak menuntut ilmu daripada para Muhaddith di beberapa Negara yangterkenal dengan ulama hadisnya. Beliau juga suka bergaul dengan orang lain demi mencapaicita-citanya dalam ilmu hadis. Beliau adalah seorang yang cerdas dan kuat hafazannya. ImamBukhari telah mengembara dan mencari hadis dan menghafaznya sejak beliau berumur 10tahun. Pada umur 16 tahun, beliau menghafaz kitab Ibnul Mubarak dan Wakik sehingga beliau dapat menguasai kedua kitab terebut.Menurut al-Firabri, iaitu salah seorang muridkepada Imam Bukhari, beliau telah bertanya dan berbual bersama Imam Bukhari tentang bagaimana permulaan Imam Bukhari menghafaz dan menceburi dalam bidang hadis, beliauImam Bukhari berkata: "aku mula menghafaz hadis pada lebih kurang umur aku 10 tahunatau kurang sedikit", kemudian Imam Bukhari menambah "kemudian aku keluar daripadahalaqah yang meghafal hadis itu, keluar pergi ke rumah para ulama-untuk menuntut hadis-".Antara ulama yang dikunjungi Imam Bukhari untuk menuntut hadis adalah kepada gurunyaal-Dakhili,iaitu seorang ulama hadis yang terkenal pada zamannya ketika itu.Pada suatu hari, ketika Imam Bukhari berumur 10 tahun atau lebih sedikit, beliaumenghadiri majlis Hadis al-Dakhili dan menegur kesalahan sanad yang disebutkan al-Dakhili
6
dengan teguran yang penuh hikmah, iaitu ketika gurunya al-Dakhili menyebutkansanad, "Sufyan dari Abi Zubair, dari Ibrahim", mendengar akan sanad itu, dengan spontanImam Bukhari menyebut "sesungguhnya Abu Zubair tidak pernah meriwayatkan sesuatupundaripada Ibrahim", mendengarkan kata-kata Imam Bukhari itu, lantas al-Dakhili memarahidan menyergah al-Bukhari dengan berkata "diam!!". Kemudian Imam Bukhari menegur gurunya dengan penuh hikmah dengan berkata "wahai guru, baliklah dah lihatlah padacacatanmu sekiranya ada..", ini memandangkan al-Dakhili menyebutkan sanad itu berdasarkan hafalannya dan Imam Bukhari pasti yang gurunya tersilap, kerana al-Bukhari juga turut menghafal sanad tersebut. Maka al-Dakhili kemudiannya pergi masuk mengambil buku cacatannya, setelah al-Dakhili melihat akan buku cacatannya, al-Dakhili bertanyakepada al-Bukhari "wahai anak kecil, bagaimanakah sanad yang sebenarnya..", ImamBukhari menjawab " bukan Abu Zubair, akan tetapi hanya Zubair iaitu Ibn Adiy..",mendengarkan jawapan Imam Bukhari itu, al-Dakhili berkata kepada Imam Bukhari "wahaianak kecil, betul kamu benar", dan selepas itu al-Dakhili mengakui dan membetulkankesilapannya.Diberitakan juga dari rakan al-Bukhari, Muhammad ibn al-Azhar al-Sajistani. Pada suatuketika aku (iaitu al-Sajistani) bersama al-Bukhari dalam majlis ilmu Sulaiman ibn Harb,seorang Qadhi dari negeri Basrah sedang mengajar hadis. Berkata al-Sajistani "sesungguhnyaBukhari bersama kami dalam majlis ilmu itu, dia mendengar tetapi dia tidak menulis..".Kemudian bertanya salah seorang yang turut menghadiri majlis itu "kenapa dia tidak mahumenulis?" maka jawab seorang yang mengenali al-Bukhari "sesungguhnya dia mendengar disini dan pulang ke rumahnya di Bukhara kemudian dia menulis berdasarkan ingatannya..",ini menunjukkan kekuatan hafazan Imam Bukhari.
6
 Dalam majlis itu gurunya al-Dakhili menyebutkan sanad berdasarkan hafalannya

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Farah Nur Afiqah liked this
khemoky liked this
Halim Wahab liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->