You are on page 1of 11

Abstrak Nama-Nama Ahli: ( Zahidin bin Jamaludin, Tan Boon Hua, Lydeneo Wesley, Nur Syahmi binti Nazri

dan Nor Hidayatul Ziana binti Jahari) Pada April 2012 akan diadakan sebuah pameran inovasi anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan peringkat IPG kampus Sultan Mizan. Kesemua guru pelatih digalakkan untuk melibatkan diri manakala pameran ini diwajibkan bagi guru pelatih ambilan Januari 2012. Penglibatan guru pelatih dalam pameran ini merupakan sebuah tapak untuk menonjolkan bakat dan kreativiti masing-masing. Jadi, kami telah mencipta sebuah inovasi yang dipanggil Puzzle Fraction. Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid-murid untuk lebih memahami konsep penambahan dalam topik pecahan. Ini kerana, ramai murid yang tidak dapat menguasai konsep dalam pecahan disebabkan keliru untuk menjawab soalan berkaitan dengan penambahan dalam pecahan. Kadangkala mereka juga sukar untuk menjawab soalan kerana keliru dengan konsep pengangka dan penyebut pecahan. Secara tidak langsung, miskonsepsi ini dapat diubah dengan terciptanya bahan inovasi ini. Apa yang menariknya mengenai bahan inovasi ini ialah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkannya merupakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti polisterin, kertas warna, pembalut hadiah, plastik pembalut buku, kadbod dan lain-lain. Kos pembuatannya tidak tinggi dan berpatutan serta bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan kami. Bagi mengetahui keberkesanan dan tahap kesesuaian bahan inovasi, kami telah menguji bahan ini ke atas murid tahun 4 sekolah rendah. Hal ini kerana, bahan inovasi yang telah kami reka amat bersesuaian dengan sukatan pelajaran matematik bagi murid tahun 4. Kami telah menguji bahan ini ke atas murid yang sama. Bahan ini mampu menarik perhatian mereka dan membantu memudahkan mereka dalam menjawab soalan penambahan dalam pecahan. Kesimpulannya, bahan inovasi ini banyak membantu murid dalam

menyelesaikan soalan berkaitan dengan penambahan dalam pecahan. Penciptaan bahan ini mampu menarik minat murid bukan sahaja dari murid tahun 4, malah turut menarik minat murid tahun 1 untuk belajar topik pecahan pada peringkat yang lebih tinggi.

KUMPULAN SASARAN
Penciptaan inovasi ini adalah direkakan khas untuk murid sekolah rendah darjah 1 sehingga darjah 3 yang mempunyai masalah pembelajaran. Mereka yang terlibat untuk kumpulan sasaran ini kerana inovasi yang direkakan ini khas untuk pembelajaran murid yang mana dalam topik asas dalam pendidikan matematik. Antara topik yang difokuskan untuk pembelajaran murid sekolah ini ialah, dalam topik penambahan, penolkan, pecahan, ruang, dan kedudukan rumah nombor. Kami telah menjalankan kajian kami kepada 10 orang murid sekolah rendah yang bermasalah untuk mendapatkan dapatan kajian berkenaan dengan inovasi yang kami rekakan. Kesemua pelajar yang diuji ini merupakan pelajar darjah satu sehingga darjah tiga yang berbeza kelas mereka dan prestasi pelajaran yang berbeza pencapaiannya.

TINJAUAN AWAL
Kami telah menguji bahan inovasi kami di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu selama seminggu dalam tempoh menjalani program Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS). Seramai dua orang ahli kumpulan kami telah mengadakan PBS di sekolah yang sama. Dengan ini, mereka berpeluang untuk membuat tinjauan awal bagi melengkapkan tugasan ini. Mereka telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi subjek matematik di kelas tahap satu. Berdasarkan tinjauan mereka, kebanyakkan muridmurid di sekolah tersebut kurang menguasai topik pecahan dalam matematik. Hal ini kerana, guru yang mengajar hanya menggunakan bahan abstrak dalam pengajaran mereka. Tambahan pula, tiada alat bantu mengajar yang digunakan untuk menambahkan pemahaman murid-murid terhadap topik tersebut. Guru hanya memberi latihan dan soalan-soalan kepada mereka dengan penerangan yang kurang berkesan. Oleh sebab itu, kami cuba untuk menguji keberkesanan bahan inovasi kami terhadap pembelajaran murid berkenaan dengan topik pecahan.

PELAKSANAAN KAJIAN INOVASI


Sebagai permulaan perlaksanaan kajian inovasi kami, kami telah

menyediakan 10 soalan penambahan pecahan yang mengikut tahap sukatan pelajaran murid. Kami telah memilih 10 orang murid tahun dua yang mengalami masalah pembelajaran untuk menjawab 10 soalan yang telah kami sediakan. Pada mulanya, kami meminta mereka menjawab soalan secara terus, tanpa menggunakan apa-apa bahan bantu bagi mendapatkan jawapan. Kami telah memperuntukkan masa selama 30 minit untuk murid menjawab semua soalan tersebut. Kami telah membuat pemerhatian semasa murid menjawab soalan. Kami dapati kebanyakkan daripada mereka mengalami kesukaran untuk menjawab soalan. Mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan setiap soalan. Setelah tamat tempoh 30 minit yang diberikan, kami memeriksa jawapan yang dijawab oleh murid dalam setiap soalan. Mengikut analisis yang kami jalankan, hampir keseluruhan murid tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Mereka sebenarnya tidak memahami konsep penambahan dalam pecahan dan menganggap sebagai operasi kompleks. Sebahagian daripada mereka juga keliru untuk membezakan antara pengangka dan penyebut. Meskipun soalan yang dibekalkan hanya melibatkan pecahan yang mempunyai pengangka yang sama tetapi murid masih lagi mengalami kekeliruan ketika menjawab soalan. Pelaksanaan seterusnya, kami telah menguji murid-murid dengan

menggunakan bahan inovasi kami. Kami terlebih dahulu memberi mereka soalansoalan yang sama seperti sebelumnya. Cara penggunaan bahan inovasi telah kami terangkan kepada murid-murid sebelum mereka menjawab soalan. Hal ini dapat membimbing murid untuk menggunakan bahan tersebut dengan betul. Masa 30 minit telah diperuntukkan kepada murid untuk menjawab soalan dengan menggunakan bahan inovasi kami sebagai bahan bantu mereka. Berdasarkan pemerhatian kami, murid-murid dapat menjawab soalan dengan baik dalam masa yang agak singkat berbanding sebelumnya. Setelah tamat, kami sekali lagi telah membuat analisis terhadap jawapan yang telah mereka berikan. Berdasarkan semakan yang kami buat, hampir kesemua murid dapat menjawab semua soalan dengan tepat. Hal ini menunjukkan keberkesanan penggunaan bahan inovasi kami dalam pembelajaran murid yang berkaitan dengan topik pecahan khususnya. Berikut merupakan helaian kertas soalan yang telah kami berikan kepada murid-murid sebelum dan selepas menggunakan bahan inovasi kami :

DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan pelaksanaan kajian kami, kami dapati bahawa penggunaan bahan inovasi kami banyak membantu murid-murid dalam menyelesaikan soalansoalan yang berbentuk penambahan pecahan khususnya. Dalam pada itu, hampir 70% daripada responden yang telah kami pilih mampu menguasai topik penambahan dalam pecahan. Seterusnya, kami juga telah membuat soal selidik ke atas murid-murid yang telah menggunakan bahan inovasi kami. Melalui soal selidik, hampir kesemua murid menunjukkan minat dalam menggunakan bahan inovasi tersebut sebagai bahan bantu untuk menjawab soalan pecahan. Berikut merupakan analisis data yang telah kami kumpul hasil daripada soal selidik terhadap 10 orang murid tahun 4, Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu : Bilangan Maklumbalas Responden Nombor soalan Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8 Ya 5 3 4 8 7 8 6 9 Jadual 1: bilangan maklumbalas responden Berdasarkan jadual di atas, seramai 5 orang murid suka akan topik pecahan, manakala 5 orang murid lagi tidak gemar akan topik pecahan dalam matematik. Seterusnya, seramai 3 orang murid yang mudah untuk memahami topik pecahan yang di ajar oleh guru mereka di dalam kelas, tetapi terdapat 7 orang murid yang sukar untuk memahami topik tersebut. Ini mungkin disebabkan cara pengajaran guru yang tidak menarik dan efektif. Situasi ini dapat dilihat apabila lebih ramai murid tidak dapat menjawab soalan penambahan pecahan dengan baik. Berdasarkan jadual, hanya seramai 4 orang murid yang dapat menambah pecahan dengan baik sebelum menggunakan bahan inovasi kami manakala murid yang selebihnya tidak dapat menambah pecahan dengan baik. Tidak 5 7 6 2 3 2 4 1

Berdasarkan soal selidik yang dibuat juga, kami dapat mengetahui bahawa seramai 8 orang murid yang mengatakan alat inovasi kami amat menarik perhatian mereka. Alat inovasi kami dapat membantu murid-murid untuk menambah pecahan dengan mudah. Ini dapat dilihat melalui jadual di atas seramai 7 orang murid yang bersetuju dengan penyataan ini. Di samping itu, terdapat 8 orang murid yang suka menggunakan alat ini dalam pembelajaran mereka. Seramai 6 orang murid bersetuju bahawa alat ini dapat membantu mereka untuk lebih memahami topik pecahan. Ini dapat dibuktikan apabila hampir kesemua responden berpendapat bahawa alat ini perlu digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi subjek matematik. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan dengan bilangan maklumbalas responden, kami telah membina graf bar seperti berikut :

Graf Bilangan Maklumbalas Responden


10 Bilangan Maklumbalas Responden 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8 Nombor Soalan Ya Tidak

Rajah 1 : Carta bar bagi bilangan maklumbalas responden dalam jadual 1

Melalui pemerhatian berdasarkan carta bar di atas, kami dapat lihat bahawa lebih ramai murid yang bersetuju dengan bahan inovasi kami. Soalan-soalan yang dikemukan juga lebih banyak berkaitan dengan kebaikan alat inovasi kami. Justeru, carta bar ini dapat menggambarkan keberkesanan alat kami serta kejayaan kami dalam menarik perhatian murid untuk minat terhadap topik pecahan khususnya penambahan dalam pecahan. Bagi melihat dengan lebih jelas bilangan maklumbalas responden yang bersetuju lebih banyak daripada responden yang tidak bersetuju, kami telah membuat carta pai seperti berikut :

Ya Tidak

Rajah 2 : carta pai bagi bilangan maklumbalas responden dalam jadual 1

Berdasarkan carta pai berikut, dapat dirumuskan bahawa terdapat lebih kurang 37.5% murid yang tidak suka dan gemar menggunakan bahan inovasi kami. Walaubagaimanapun, sebanyak 62.5% murid yang suka akan alat inovasi kami. Analisis data ini dapat membuat kesimpulan bahawa bahan inovasi kami mampu menarik perhatian murid-murid untuk menggunakannya. Di samping itu, ia juga dapat membantu murid-murid untuk lebih memahami konsep penambahan yang

melibatkan pecahan dengan mudah.

NAMA TARIKH LAHIR ASAL HOBI NO. KAD PENGENALAN EMAIL

: Nur Syahmi binti Nazri : 26 Jan 1992 : Pasir Puteh, Kelantan : Menunggang basikal & melukis : 920126-03-5754 : nursyahmi.nazri@yahoo.com

NAMA TARIKH LAHIR ASAL HOBI NO. KAD PENGENALAN EMAIL

: Nor Hidayatul Ziana binti Jahari : 29 Jun 1992 : Sabak Bernam, Selangor : Melayari internet : 920629-10-5566 : gilaksudaaa@ymail.com

NAMA TARIKH LAHIR ASAL HOBI NO. KAD PENGENALAN EMAIL

: Zahidin bin Jamaludin : 07 Julai 1992 : Kota Baru, Kelantan : Do assignment : 920707-03-5357 : idin.gdin@ymail.com

NAMA TARIKH LAHIR ASAL HOBI NO. KAD PENGENALAN EMAIL

: Tan Boon Hua : 25 Mac 1992 : Bau, Sarawak : Bermain permainan komputer : 920325-13-5539 : tanboonhua@ymail.com

NAMA TARIKH LAHIR ASAL HOBI NO. KAD PENGENALAN EMAIL

: Lydeneo Wesley : 27 Mac 1992 : Kudat, Sabah : Membaca buku : 920327-12-5561 : absolutezero_27@yahoo.com

You might also like