You are on page 1of 3

Tajuk Objektif

: :

Awan dan Cuaca Memahami kaitan antara jenis-jenis awan dalam peramalan cuaca.

A. Pengenalan : Awan dikategorikan kepada beberapa kumpulan, berdasarkan ketinggian, iaitu kategori awan rendah, sederhana dan tinggi dan awan Vertikal. Awan rendah didapati pada ketinggian di bawah 6500 kaki. Antara contoh awan yang terdapat pada ketinggian ini adalah stratus, stratokumulus dan nimbostratus. Manakala, pada ketinggian sederhana, iaitu antara 6500 kaki hingga 23000 kaki pula, awan yang dapat dilihat adalah altokumulus dan altostratus. Kemudian, awan sirus, sirostratus dan sirokumulus didapati pada kategori awan tinggi, iaitu pada ketinggian melebihi 7 km atau 23000 kaki. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa jenis awan yang tidak dapat dikategorikan mengikut kumpulan-kumpulan ini, seperti awan kumulus dan kumulonimbus dimana lebih dikenali sebagai awan menegak. Hal ini disebabkan oleh pertambahan saiz awan ini secara selari, dan puncaknya juga mampu mencapai ketinggian pada kategori awan tinggi. Oleh itu amali ini telah dilaksanakan dalam sau tempoh masa iaitu 23 Januari 2012 hingga 29 Januari 2012 dan tempat saya menjalankan amali ini ialah di padang IPG Kampus Tawau dan Blok Akademik IPG Kampus Tawau sekitar jam 8.30 pagi hingga dan jam 4.3o petang. B. Radas dan bahan: kamera, jadual pemerhatian

C. Prosedur: 1. Maklumat lebih lanjut mengenai awan dicari dan dikumpulkan daripada buku dan internet. 2. Lokasi yang sesuai dipilih dan jenis-jenis awan yang terdapat di kawasan tersebut diperhatikan selama seminggu. 3. Pemerhatian dibuat pada masa yang tetap setiap hari. 4. Pemerhatian direkodkan termasuklah sebarang perubahan cuaca seperti hujan atau tidak hujan. 5. Data tersebut dianalisis dan ditafsir. D. Langkh berjaga-jaga 1. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan, seperti asap yang tebal. 2. Memastikan gambar di ambil di tempat yang lapang 3. Memastikan gambar diambil tepat pada masanya. 4. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil agar gambar lebih tajam.

Rujukan: Buku Krauskopf, K. B. dan Beiser, A.. 2008. The Physical Universe, 12th Ed.. New York: The McGraw-Hill Companies, Inc.

Internet

Type of cloud, http://www.superteacherworksheets.com/weather/lcloud-typesarticle_WMWFQ.pdf, Dilayari pada 24 Januari 2012.

Cloud and weather, http://mapmaker.meteor.wisc.edu/~jbrunner/ackerman/smclouds/cloudbkgrnd.html, Dilayari pada 25 Januari 2012

Journal Keadaan Cuaca dan pengaruh awan, Kajian palak, Mahruzaman Misrah , (2007) http://www.free-online-private-pilot-ground-school.com/Aviation-WeatherPrinciples.html.

You might also like