You are on page 1of 1

Syair Guru

Inilah kisah kerjaya mulia, Mendidik mengajar selagi terdaya, Ibarat lilin memberi cahaya, Bukan balasan harta pintanya. Guru itu sanggup berbakti, Membentuk insan mulia pekerti, Kejayaan murid sangat bererti, Jasa dikenang sampai ke mati. Daripada guru kita belajar, Huruf dan angka disebut lancar, Membaca mengira tiada sukar, Jiwa yang lemah menjadi mekar. Jika berkasar bukannya marah, Dia mengajar menunjuk arah, Masa depan hendaknya cerah, Ke mana pergi rezeki murah. Awal pagi guru pun datang, Bakti dicurah sampai ke petang, Murid disayang mahu ditatang, Mendorong minda bijak dan matang. Bukan kaya ukuran harta, Murid berjaya itulah semata, Jasa dikenang bukan diminta, Sehingga saat menutup mata. Demikian sudah resamnya guru, Yakin terpuji tiada terburu, Sedia berbakti segenap penjuru, Pembimbing masyarakat ke alaf baru.

You might also like