You are on page 1of 45

PENGURUSAN GERKO

Pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum

Warta Kerajaan bertarikh , 28 hb Disember 1967, No. 5652 ( Peraturan Kursus Pengajian ) Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan, manakala Warta Kerajaan bertarikh 31hb Disember 1997 , Jil 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan

( Kokurikulum Kebangsaan ) mendefinasikan kokurikulum seperti berikut :

kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.

Mengikut Md Idris Mansor (1985), kokurikulum adalah satu bidang pembelajaran yang berasaskan pelbagai gerak kerja terancang dan perlu dilaksanakan dalam masa persekolahan. Secara amnya,kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman pendidikan yang

dilaksanakan di luar bilik darjah akan tetapi terdapat juga aktiviti yang dialaksanakan dalam bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti seperti ceramah,kuiz,syarahan dan sebagainya serta di laksanakan juga secara tidak langsung dan lebih banyak menekankan perkara tersembunyi seperti nilai,bakat,peranan,kepimpinan,sosial dan sebagainya.Ianya merupakan satu proses interaksi di antara pelajar sama ada di dalam sekolah atau di antara sekolah yang secara tidak langsung mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.

Konsep
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak

mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:

i.

Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial,

emosi, jasmani dan rohani); ii. iii. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan; Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya;
iv.

Sekolah

bertanggungjawab

melahirkan

murid-murid

untuk

keperluan

masyarakat dan negara; v. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik muridmurid.

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH


GURU BESAR JBPS (JAWATANKUASA BIMBINGAN PELAJAR SEKOLAH) GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

SETIAUSAHA KOKURIKULUM

PENYELARAS PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

PENYELARAS KELAB / PERSATUAN

PENYELARAS KELAB SUKAN / PERMAINAN

SETIAUSAHA SUKAN

GURU PENASIHAT

GURU PENASIHAT

GURU PENASIHAT

GURU KETUA RUMAH

GURU SUKAN DAN PERMAINAN

Guru Rumah Sukan

PENGERUSI PASUKAN PAKAIAN SERAGAM, KELAB/PERSATUAN, KELAB SUKAN/PERMAINAN, KETUA RUMAH DAN KAPTEN PASUKAN SEKOLAH (MURID-MURID)

Penubuhan Unit-Unit Gerak Kerja Ko-Kurikulum


Langkah-langkah penubuhan unit GERKO yang mempunyai badan induk

CARTA ALIRAN PENUBUHAN PERSATUAN YANG MEMPUNYAI BADAN INDUK

Perbincangan antara guru besar dengan badan induk persatuan

Menyediakan maklumat yang di perlukan

Mengisi Borang Permohonan

Menghantar Borang kepada setiausaha daerah / negeri

Pendaftaran Ahli (murid-murd )

Kelulusan / Sijil Pendaftaran dar Badan Induk

Aktiviti Persatuan

Penubuhan unit tiada badan induk Untuk menubuhkan unit yang tidak menpunyai badan induk, kebenaran daripada Setiausaha Negeri tidak di perlukan. Sebaliknya perundingan hanya melibatkan pihak pengurusan sekolah. Guru penasihat bolehlah dipilih dan dilantik di kalangan guru-guru yang ada. Langkah seterusnya ialah mendaftarkan ahli-ahli pertubuhan, membentuk perlembagaan, melantik ahli-ahli jawatankuasa dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Komponen Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998, Jilid 42.No 11 Tambahan No.41 Perundangan P.U (A) 196, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut: i. Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan

dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; ii. iii. iv. v. Hobi dan rekreasi; Sukan dan permainan; Badan beruniform; atau Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

Komponen-komponen Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 Kumpulan A : Unit Beruniform Untuk sesi persekolahan 2006, SKBB 2 mempunyai unit beruniform yang ditubuhkan. Ia adalah seperti berikut : Pengakap Puteri Islam Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Tunas Kadet Remaja Sekolah

Setiap unit beruniform akan diselenggarakan oleh guru penasihat

Kumpulan B : Sukan/Permainan Terdapat 8 permainan yang diselenggarakan di SKBB 2 iaitu : Bola Jaring Ping Pong Bola tampar Badminton Bola Sepak Sepak Takraw Olahraga Taekwando

Kumpulan C : Persatuan/Kelab Terdapat persatuan yang ditubuhkan di SKBB 2 iaitu : Persatuan Bahasa Melayu Persatuan Bahasa Inggeris Persatuan Sains & Matematik Persatuan Kemahiran Hidup Persatuan Pelajar Islam Kelab Bimbingan & Kaunseling Kelab Nasyid.

BIDANG TUGAS
Guru Penasihat

i. ii. iii. iv.

Memastikan mesyuarat Agung diadakan bagi melantik ahli jawatankuasa. Memastikan ada perlembangan dan peraturan. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang terkandung dalam perlembangan.

v. vi. vii.

Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam,Kelab/ Persatuan dan Kelab/ Sukan.

viii.

Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/ peralatan diuruskan dengan baik.

ix. x.

Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan. Mendaftarkan pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan kepada pengetua/guru besar sekolah atau badan induk.

xi.

Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli ahli.

xii.

Mengurus

penyertaan

ahli

ahli

dalam

kegiatan

di

peringkat

sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik. xiii. xiv. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapain ahli.

xv. xvi.

Menandatangani buku kehadiran ahli. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.

xvii. xviii. xix.

Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

xx. xxi.

Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjalankan sesuatu program. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh pengetua/ Guru Besar dari masa ke semasa.

Pengerusi i. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas

kesempurnaan semua mesyuarat. ii. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. iii. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa. Naib Pengerusi

i.

Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

ii. iii.

Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa

Setiausaha

i. ii. iii. iv. v.

Menguruskan hal hal surat menyurat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/ laporan kegiatan kegiatan. Mencatat kehadiran ahli. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

Penolong Setiausaha

i.

Membantu

setiausaha

dalam

menjalankan

segala

tugas

dan

tanggungjawabnya. ii. iii. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

Bendahari

i. ii.

Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan. Membuat dan menyimpan kira kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya.

iii.

Menyediakan

Penyata

Kira

Kira

bulanan

dan

tahunan

serta

menandatanganinya. iv. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

v.

Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung.

vi.

Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

Penolong Bendahari

i. ii.

Menjalankan tugas tugas bendahari semasa ketiadaan bendahari. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

Ahli Jawatankuasa

i.

Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

ii. iii.

Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

iv. v.

Juru audit Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya.

vi. Juruaudit

Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

i.

Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir tahun.

ii.

Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

Sistem Fail Fail ialah proses menyimpan segala rekod dan dokumen untuk simpanan selamat atau satu rantaian aktiviti yang bermula dan berakhir pada titik yang sama (Institusi Aminuddin Baki (tt) ). Dengan melaksanakan satu sistem yang bersistematik, sesuatu rekod akan dapat disimpan dengan selamat, mudah dicari. Sistem fail dan surat menyurat yang teratur kini amat penting bagi sesuatu persatuan. Ianya dapat menambah kecekapan mentadbir dan mengurus sesuatu persatuan dan memudahkan membuat rujukan apabla perlu. Terdapat empat sistem pengelasan fail yang utama iaitu; i. ii. iii. iv. Pengelasan fail mengikut abjad Pengelasan fail mengikut perkara Pengelasan fail mengikut angka Pengelasan fail mengikut tempat atau kawasan

Ciri-ciri umum sistem fail Untuk mewujudkan sistem fail yang baik dan berkesan di sekolah ciri-cirinya seperti berikut : (i) Sesuatu dokumen itu mudah dicari dan diperoleh dengan cepat apabila diperlukan. (ii) Sistem fail itu tidak kompleks, mudah dikendalikan dan difahami serta tidak mengelirukan.

(iii) (iv)

Sistem fail perlu disesuaikan dengan keperluan organisasi Sistem fail boleh diubahsuai jika perlu mengikut kehendak dan keadaan organisasi. Pengubahsuaian bermaksud membesarkan dan mengecilkan sistem fail.

(v) (vi)

Sistem fail perlu melibatkan kos yang paling rendah. Dokumen yang difailkan perlu mendapat perlindungan keselamatan daripada kebakaran, kekotoran, bencana alam dan kebocoran rahsia organisasi.

(vii)

Sistem fail perlu menggunakan ruang yang minimum.

Sampul kecil (i) Sampul kecil adalah fail sementara yang dibuka apabila fail asalnya tidak ditemui. (ii) (iii) Fail sementara ini mengandungi satu tajuk sahaja. Apabila fail berkenaan telah digunakan, ia hendaklah ditutup dan dimasukkan ke dalam fail besar. (iv) Fail ini tidak aktif.

Kertas minit (i) Mengandungi senarai surat yang masuk dan keluar dengan memberi nombor rujukan. (ii) Biasanya menggunakan dakwat yang berbeza untuk membezakan surat masuk dan keluar.

Penutupan fail

(i)

Sesuatu fail hendaklah ditutup apabila telah mengandugi 100 kandungan atau difikirkan terlalu tebal.

(ii) (iii) (iv) (v)

Setelah ditutup, fail tersebut hendaklah dicatatkan dengan Jilid 1. Fail baru dibuka dan dicatat dengan Jilid II Nombor rujukan fail yang sama digunakan. Nombor siri surat menggunakan nombor baru iaitu bermula dengan 1(satu).

Dasar Pengurusan Ko-kurikulum SK BATU BERENDAM 2

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan gelaran Guru Penasihat.

1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut :-

Persatuan Beruniform Sukan dan Permainan

1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut :-

Menggubal perlembagaan Melantik Jawatankuasa Merekod Kehadiran Pelajar

Melaksanakan aktiviti harian Membuat penilaian Menyediakan laporan

DASAR 2 : PENYERTAAN PELAJAR

2.1 Semua pelajar ditahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut : Persatuan Beruniform Sukan dan Permainan 2.2 Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah. 2.3 Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan.

DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN 3.1 Kegiatan Beruniform dan Persatuan dijalankan pada hari Selasa secara bergilir. 3.2 Kegiatan Sukan dan Permainan dijalankan pada hari Isnin

DASAR 4 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH 4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan diperingkat Zon Daerah atau Negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan. 4.2 Sekolah hanya memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan Program Sasaran, iaitu :-

Bola Sepak, Bola Jaring dan Olahraga Koir, Bercerita dan Tilawah serta hafazan 4.3 Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke tahap yang tertinggi melalui : Latihan yang bersistematik Kelengkapan yang sempurna Pertandingan dalaman Penyertaan yang aktif

DASAR 5 : PENGHARGAAN

5.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk : Barangan atau Wang Tunai Sijil Penghargaan Sekolah 5.2 Mewujudkan Anugerah Khas Atlet Harapan kepada pelajar yang cemerlang pencapaian dalam sukan dan permainan.

Matlamat

Pengurusan

Ko-kurikulum

SK

Batu

Berendam

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan satu aspek yang ditekankan dalam Sistem Pendidikan kita. Dimana murid-murid diwajibkan melibatkan diri dalam ketiga-tiga bidang yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat berikut :-

1. Penyertaan 100% murid tahap dua dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

2. Menjadikan sekolah tempat murid memperlihatkan kebolehan bakat dan kemahiran serta memupuk semangat juang yang tinggi. 3. Mempastikan murid-murid bijak menggunakan masa lapang ke arah kegiatan yang berfaedah. 4. Mempastikan murid-murid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai jenis permainan. 5. Memastikan murid dapat bergaul dan memupuk semangat perpaduan yang erat. 6. Memastikan murid-murid dapat menyesuaikan diri dalam mengharungi kehidupan seharian dalam masyarakat majmuk melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti berikut:6.1Suka dan rekreasi 6.2Kegiatan Badan Sukarela 6.3 Program-program kemasyarakatan 7. Memastikan sekolah mempunyai identiti dalam aktiviti kokurikulum melalui pencapaian cemerlang dalam permainan dan aktiviti yang di anjurkan.

8. Menggalakkan seberapa ramai murid aktif sebarang kegiatan kokurikulum diperingkat daerah, negeri atau kebangsaan. 9. Memastikan sekolah menyertai dalam semua aktiviti kokurikulum diperingkat zon, daerah dan negeri.

Strategi Pelaksanaan Bagi Mencapai Matlamat Pengurusan Ko-Kurikulum SKBB 2


1. Agihan Tugas Tenaga Pengajar 1.1 Semua guru diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan ketiga-tiga bidang kokurikulum berikut :1.1.1 Sukan dan Permainan

1.1.2 Badan Beruniform 1.1.3 Persatuan / Kelab 1.2 Panduan Pelaksanaan Kokurikulum diberikan kepada semua guru untuk melaksanakan aktiviti. 1.3 Guru digalakkan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai sesuatu aktiviti melalui :1.3.1 menyertai kursus-kursus 1.3.2 penglibatan aktif dalam sesuatu kegiatan 2. Penyertaan Murid 2.1 Semua murid tahap dua diwajibkan memilih satu aktiviti dari setiap bidang kegiatan kokurikulum yang ditawarkan berikut :2.1.1 Bidang Sukan dan Permainan 2.1.2 Bidang Beruniform 2.1.3 Bidang Persatuan / Kelab 2.2 Semua murid diberikan pilihan untuk menyertai mana-mana aktiviti permainan dan persatuan yang ditawarkan kepada mereka. 2.3 Semua murid perlu memilih satu sahaja aktiviti Kegiatan Beruniform. Pilihan ini kekal sehingga tamat persekolahan rendah. 2.4 Murid-murid boleh juga melibatkan diri menyertai Pasukan Sekolah dalam manamana aktiviti Sukan,Beruniform dan Persatuan tanpa had. 2.5 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ini akan dimasukkan ke dalam Rekod Pelaporan Murid. 3. Penjadualan Kegiatan

3.1 Kegiatan Kokurikulum di sekolah ini dijalankan pada hari Isnin bagi kegiatan sukan dan permainan manakala pada hari Selasa bagi kegiatan Persatuan/Kelab dan

Badan Beruniform

3.2 Masa bermula kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut :-

3.2.1 Jam 3.30 hingga 4.30 ( Aktiviti Persatuan atau Beruniform ) setiap hari Selasa

3.2.2 Jam 4.00 hingga 6.00 ( Aktiviti Sukan & Permainan ) setiap hari Isnin

4. Peningkatan Kemudahan Fizikal

4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap seperti berikut :-

4.1.1 Padang yang mencukupi ukuran dan baik 4.1.2 Gelanggang permainan yang sentiasa diurus

4.2 Menyediakan peralatan yang mencukupi dan bermutu tinggi serta memenuhi keperluan sejajar dengan bilangan murid. 4.3 Menyediakan tempat penyimpanan alatan yang mudah diuruskan seta mudah diambil apabila diperlukan.

5. Penyertaan Murid Dalam Aktiviti Luar Sekolah

5.1 Mempastikan sekolah tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua aktiviti pertandingan diperingkat zon, daerah atau negeri.

5.2 Bagi menjamin kejayaan penyertaan,latihan pasukan sekolah yang sistematik

perlu dirancang dan dilaksanakan.

5.3 Guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi melahirkan murid atau pasukan sekolah yang cemerlang.

6. Penganugerahan Bagi menarik perhatian semua murid sistem penganugerahan kokurikulum perlu diadakan bagi kategori seperti berikut :I. II. III. IV.
2.

1.

Tokoh Kokurikulum Sekolah Olahragawan dan Olahragawati Sekolah Juara Sukan Tahunan Pasukan Terbaik Sekolah

Penganugerahan ini disampaikan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan.

LANGKAH LANGKAH PENUBUHAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

1. Penubuhan a) Mesyuarat penaja b) Surat permohonan penubuhan dari Guru Pemimpin/ Penasihat Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan, Kelab Sukan/ Permainan kepada Pengetua/ Guru Besar. c) Surat Perlantikan daripada Pengetua/ Guru Besar kepada Guru Pemimpin / Penasihat Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan, Kelab Sukan/Permainan. d) Surat kelulusan penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/

Persatuan, Kelab Sukan / Permainan dari Pengetua/ Guru Besar kepada Guru Pemimpin/ Penasihat. e) Tanggungjawab Guru Pemimpin / Penasihat. f) Surat penurunan kuasa daripada pemimpin melalui Pengetua/ Guru Besar kepada ahli jawatankuasa . g) Tanggungjawab ahli jawatankuasa. h) Surat permohonan menubuhkan Pasukan Pakaian Seragam kepada agensi agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

2. Pelaksanaan a) Perkara perkara yang perlu ada dalam takwim ialah:i. ii. Pendaftaran Mesyuarat Jawatankuasa setiap Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/

Persatuan, Kelab Sukan/Permainan.

iii.

Mesyuarat Agung setiap Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan,Kelab Sukan/Permainan

iv.

Mesyuarat

Jawatankuasa

setiap

Pasukan

Pakaian

Seragam,

Kelab/Persatuan,Sukan/Permainan bagi kali 1,2 dan sebagainya. v. vi. vii. viii. Rancangan aktiviti. Hari Kokurikulum sekolah Penilaian Pelaporan.

b) Contoh Bentuk Format Takwim

i.

Surat permohonan mengutip derma untuk Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan.

ii.

Surat kelulusan mengutip derma dari Pengetua/ Guru Besar dan contoh resit derma

iii.

Surat pemberitahuan sekolah kepada ibubapa/ penjaga berkaitan penglibatan murid dalam Kokurikulum

iv.

Surat pemberitahuan kepada ibubapa/penjaga ketidakhadiran murid dalam aktiviti Kokurikulum.

c) Kandungan Fail dan Buku Pelaporan


i.

Kandungan

Fail

Pasukan

Pakaian

Seragam,Kelab/Persatuan,Kelab

Sukan/Permainan. ii. Kandungan dalam buku pelaporan.

d) Lawatan

i.

Prosedur prosedur lawatan

PERLEMBAGAAN
Fasal 1 : Nama dan Alamat. i.Persatuan ini adalah dikenali dengan nama Pergerakan Puteri Islam Malaysia ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2,Batu Berendam, 75300 Melaka Fasal 2 : Tujuan Persatuan i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan. ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid.

iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan. Fasal 3 : Keahlian i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah. ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun. iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi pelajar bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan. Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli. i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan.

ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan.

Fasal 5 : Mesyuarat

i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk: - memilih Ahli Jawatan Kuasa persatuan. - kewangan - ucapan penangguhan - cadangan-cadangan ii.AhliJawatan Kuasa adalah terdiri daripada: a.Pengerusi b.Setiausaha c.Bendahari d. Enam orang AJK iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan. iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan. v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli. vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa. Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mensyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan. ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan. iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat. Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan i.Kewangan persatuan ini diperolehi melalui : a. wang SUWA (Kokurikulum).

b. sumbangan PIBG. c. derma daripada ahli dan orang ramai. ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan. Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuara agung. ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.

Fasal 9 : Tafsiran i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad. Fasal 10 : Pembubaran i Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir sekolah.

................................................. (NAMA & T.TANGAN PENGETUA)

. (NAMA & T.TANGAN PEN KANAN HEM)

PENUBUHAN DAN PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PPIM DI SEKOLAH


1. Guru Pemimpin mendapatkan senarai pelajar yang berminat untuk menjadi ahli PPIM. 2. a) Menguruskan pendaftaran penubuhan PPIM sekolah dengan mengisi borang pendaftaran penubuhan PPIM dalam 5 salinan: Salinan 1 dihantar terus ke Ibu Pejabat PPIM (u.p. Setiausaha Kehormat PPIM) Salinan 2 kepada Setiausaha Perhubungan Negeri Salinan 3 kepada Setiausaha Daerah Salinan 4 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Salinan 5 untuk fail sekolah b) Borang Pendaftaran boleh diperolehi daripada PPIM Kebangsaan beralamat: Setiausaha Kehormat, Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Bangunan Tunku Puan Besar Kursiah, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. 3. a) Ibu pejabat PPIM akan menghantar surat Pengesahan Pendaftaran, Kad Perakuan Pendaftaran (Berserta nombor pendaftaran) bersama-sama sukatan pelajaran.

b) Kad Perakuan Pendaftaran dikeluarkan hanya sekali sahaja. Ia merupakan 'PERMIT' dan perlu disimpan di sekolah dengan selamat. Adalah lebih baik jika

dipamerkan di Bilik Kokurikulum. 4. Pendaftaran Ahli: a) Borang Kebenaran Ibu bapa: Sebelum didaftarkan kebenaran daripada ibu bapa perlu diperolehi. b)Borang Ahli (Lampiran F) Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk mendapatkan Nombor pendaftaran. Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah. c) Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform (Lampiran G) Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar dengan menggunakan Borang hendaklah Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak Beruniform) - Lampiran G. disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah

dihantar ke Ibu Pejabat PPIM.

5. a) Yuran Ahli i. Murid: Yuran dikenakan RM2.00 setahun Agihan adalah seperti berikut:Sekolah Daerah Negeri Pusat/kebangsaan 70 sen 10 sen 10 sen 10 sen

ii.

Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform: Yuran dikenakan RM2.00 setahun Agihan adalah seperti berikut:Ibu Pejabat PPIM Perhubungan Negeri/BPG RM0.50 RM1.50

Yuran hendaklah dijelaskan melalui 'money order/postal order/cek' di atas nama Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan dijelaskan sebelum bulan Mac setiap tahun. b) Yuran Tahunan (Lampiran I) setiap ahli (murid) perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM1.00 dengan menggunakan Borang Yuran Tahunan (Lampiran I) Agihan yuran sama seperti (i) Yuran ahli Tidak Beruniform, Pensyarah dan Guru Pemimpin adalah sebanyak RM2.00 dan agihan sama seperti (ii) Perhatian: Pastikan perkara-perkara berikut dihantar kepada: a) Ibu Pejabat PPIM (Kebangsaan) i ii Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E Senarai nama ahli - Lampiran H

iii Yuran - 10 sen bagi setiap ahli b) Perhubungan Negeri i ii Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E Borang ahli - Lampiran F

iii Senarai nama ahli - Lampiran H iv Yuran - 10 sen setiap ahli

c) Perhubungan Daerah i Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E

ii Senarai nama ahli - Lampiran H iii Yuran ahli - 10 sen setiap ahli d) Jabatan Pendidikan Negeri ( u.p. Unit Kokurikulum) i Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E

ii Surat Pengesahan Pendaftaran dari Ibu Pejabat PPIM

6.

Pembahagian ahli Mengikut Pasukan dan Menamakan Kumpulan a) Jumlah ahli bagi setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri

daripada beberapa kumpulan. b) c) d) Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang. Nama setiap kumpulan adalah terpulang kepada sekolah berkenaan. Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing

mengikut format berikut:Contohnya: Pada tahun 1988 Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM dengan ahlinya seramai 85 orang. 7. Menyediakan Keperluan Asas Pensyarah Pemimpin/Ketua Guru Pemimpin/Guru Pemimpin/Guru Pemimpin perlu membeli: a) b) c) Buku Perlembagaan Bendera PPIM Kaset lagu PPIM

d) e) f) g) h) i) 8.

Lencana Pemimpin dan Puteri Kad Ahli Uniform - Kain merah jambu Buku Panduan Pemimpin Buku Pengurusan danPentadbiran PPIM Sukatan Pelajaran

Menyediakan Keperluan Asas a) Buku/Rekod Pendaftaran Ahli - Lampiran K (Nama dan butir-butir peribadi) b) c) d) Buku/Rekod Kehadiran Pasukan - Lampiran L Buku/Rekod Yuran Ahli - Lampiran M Buku/Akaun (Penyata Kewangan) Lain-lain Keperluan: fail-fail Buku Stok Cop-cop

9.

Cara Pembahagian Ahli Pasukan 1 ada 45 orang - Kumpulan 1 - 15 orang Kumpulan 2 - 15 orang Kumpulan 3 - 15 orang

Pasukan 2 ada 40 orang - Kumpulan 4 - 15 orang Kumpulan 5 - 15 orang Kumpulan 6 - 15 orang

10. Cara Menamakan Pasukan/Kumpulan Pasukan 1 SSP (M) WPKL/1/88 Kumpulan 1 - Kumpulan Mawar Kumpulan 2 - Kumpulan Anggerik Kumpulan 3 - Kumpulan Kemboja Pasukan 2 SSP (M) WPKL/2/88 Kumpulan 4 - Kumpulan Melati Kumpulan 5 - Kumpulan Teratai 11. Cara Pembahagian Ahli dan Menamakan Pasukan/Kumpulan Pasukan 3 - SSP (M) WPKL/30/90 Kumpulan 7 - Kumpulan Kenanga - 15 orang Kumpulan 8 - Kumpulan Matahari - 15 orang Kumpulan 9 - Kumpulan Cempaka -10 orang Jumlah ahli baru 40 orang 12. Peringkat Penglibatan Di peringkat sekolah pula,penglibatan sepenuhnya adakah dengan unit Kokurikulum dan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) yang diwujudkan berdasarkan Pekeliling Iktisas Bil 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985.

13. Mengemaskini Rekod dan Pengumpulan Maklumat i Statistik a) Keahlian i. Bilangan ahli PPIM, mengikut sekolah/daerah/negeri/kebangsaan. ii. Bilangan ahli tidak beruniform mengikut

sekolah/daerah/negeri/kebangsaan. b) Maklumat Guru i. Bilangan Guru-Guru Pemimpin,mengikut

sekolah/daerah/negeri/kebangsaan. ii. Rekod guru-guru yang telah menghadiri kursus peringkat daerah/negeri/kebangsaan. iii. Rekod guru-guru yang telah mengikuti perkhemahan di peringkat sekolah/daerah/negeri/kebangsaan. c) Lain-lain Maklumat i. Rekod Hari Puteri/Tokoh Puteri dan Biodata mengikut tahun.

ii. Rekod aktiviti PPIM iii. Penyertaan perwakilan PPIM (ahli dan pemimpin) ke seminar, bengkel, simposium, perhimpunan, persidangan di peringkat daerah, negeri,kebangsaan dan antarabangsa. iv. Senarai perwakilan PPIM sebagai Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia dan Majlis Negeri serta Daerah. v. Senarai perwakilan ke Mesyuarat Agung PPIM Peringkat Kebangsaan. vi. Senarai AJK Pentadbir Peringkat Kebangsaan/Negeri/Daerah atau Jawatankuasa Peringkat Sekolah.

AKTA PENDIDIKAN

1. Akta Pelancongan 1957 2. Akta Pelajaran 1961

Pemberitahuan Undang Undang L.N 326 Peraturan Peraturan ( Kursus Pangajian sekolah) 1956

WARTA KERAJAAN

1. Warta Kerajaan 1950 2. Warta Kerajaan 1956 3. Warta Kerajaan1967 4. Warta Kerajaan 1997

Registration of School Ordinance 1950 School Societies Regulations L.N 179-180 Jil. 11, Bil. 27, bertarikh 28 Disember 1967 Peraturan peraturan Kokurikulum Kebangsaan P.U. (A) 531 dalam Akta Pendidikan 1996 bertarikh 31 hb Disember 1996

5. Warta Kerajaan 1998

Pemberitahuan Undang Undang 196,Jil.

42,No.11

SURAT PEKELILING IKHTISAS

1. SP Am Bil. 23/ 1966 2. SPI Bil 1/1971

Lagu Kebangsaan Perkhidmatan Masyarakat dan Muhibah di Sekolah-sekolah

3. SPI Bil 2/1971 4. SPI Bil 8/1971 5. SPI Bil 4/1975 6. SPI Bil 8/1975

Rukunegara Permainan Catur di Sekolah Sekolah Menengah Nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku 1. Menyanyi Lagu Kebangsaan / Lagu Negeri dan 2. Mengibar bendera Pesekutuan/ Bendera Negeri Sekolah Sekolah/ Maktab Maktab Perguruan

7. SPI Bil 10/ 1976

Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan SRP/LCE ( termasuk Sabah/ Sarawak Junior Certificate Examination) bagi Murid Murid tingkatan III Garis Panduan.

8. SPI Bil 4/1977 9. SPI Bil 7/1977 10. SPI Bil 8/ 1978 11. SPI Bil 11/ 1978 12. SPI Bil 2/1981 13. SPI Bil. 3/ 1981

Hari Kelepasan Peristiwa P.U 326/62 Pengelolaan Walkathon Di Sekolah - Sekolah Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah Hari Kelepasan Peristiwa P.U. 326/62 Ketetapan Masa Di Sekolah - Sekolah Penggunaan Waktu Tidak Mengajar Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru

14. SPI Bil 3/ 1982

Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan SRP dan SRP/LCE ( Sarawak) bagi Murid Murid Tingkatan III Garis Panduan

15. SPI Bil. 4/1982 16. SPI Bil 4/1983 17. SPI Bil 7/1983

Permainan Pin-table, Video Game, Game Watch Iklan /Tajaan Dalam Majalah Sekolah Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid Murid Sekolah

18. SPI Bil. 3/1984

Garis Panduan Mengenai Aktiviti Aktiviti Kebudayaan Di Sekolah Sekolah.

19. SPI Bil. 4/1984 20. SPI Bil. 4/1984 21. SPI Bil. 1/1985

Perhimpunan Sekolah Perhimpunan Sekolah ( Tambahan) Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

22. SPI Bil 4/1985

Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat

23. SPI Bil 5/1985

Rancangan Mencantik dan Mengindahkan Sekolah dan Kawasannya (Landscaping)

24. SPI Bil 1/1986 25. SPI Bil 2/1986

Larangan Ke atas Pemberian Cenderamata Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar

26. SPI Bil. 3/1986

Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pengenalan Kepada Komputer dan Kegiatan Kelab Komputer Sekolah.

27. SPI Bil 5/1986

Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah

28. SPI Bil 1/1988

Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Perekacipta Sekolah

29. SPI Bil. 3/1988

Program skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD)

30. SPI Bil 6/1988

Panduan Tajaan Oleh Syarikat/ Badan Perniagaan Di Sekolah

31. SPI BIl. 7/1988

Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan.

32. SPI Bil. 8/1988 33. SPI Bil. 10/1988 34. SPI Bil. 14/1988

Keselamatan diri pelajar di Sekolah Senaman Beramai - ramai Keberangkatan DYMM Sultan/ Raja/TYT Yang Di Pertua Negeri Menghadiri Majlis Majlis Rasmi Sekolah

35. SPI Bil. 1/1989

Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah

36. SPI Bil 10/1989 37. SPI Bil 1/1991

Aturcara Majlis Rasmi Sekolah Penceramah Jemputan Untuk Majlis dan Aktiviti Agama Islam Di Sekolah

38. SPI Bil 3/1991

Mengundang Orang Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/ Institusi Pendidikan

39. SPI Bil 4/1991 40. SPI Bil 7/1991

Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah Penggunaan Kemudahan Sekolah Oleh

Pertubuhan Dan Persatuan Belia 41. SPI Bil 9/1991 Permohonan Mengundang Orang Orang Kenamaan Pendidikan 42. SPI Bil 4/1992 Panduan Penubuhan dan Pengurusan Persatuan Silat Sekolah 43. SPI Bil 6/1994 Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Ke Upacara Sekolah/Institusi

Kalangan Pelajar dan Senaman Dalam Bilik Darjah 44. SPI Bil 1/1995 Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di Dalam dan di luar Kawasan Sekolah 45. SPI Bil 3/1995 Pelaksanaan Skim Takaful Kemahiran Diri Berkelompok Bagi Semua Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan 46. SPI Bil 4/1995 47. SPI Bil 7/1995 Pelaksanaan kadet Remaja Sekolah Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar Pelajar Sekolah 48. SPI Bil 8/1995 Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Badan Induk Sukan 49. SPI Bil 9/1995 Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR bagi Murid Murid Tahun 6 50. SPI Bil 1/1996 Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar 51. SPI Bil 2/1996 Penampilan diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian 52. SPI Bil 2/1997 Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah 53. SPI Bil 2/1997 Panduan Penubuhan dan Pengurusan Persatuan Teakwando/Seni Mempertahankan Diri 54. SPI Bil 3/1997 Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar dan pungutan Wang 55. SPI Bil 6/1997 Amalan Kebersihan di Sekolah

56. SPI Bil 2/1998

Mengiat dan Memperluas Program dan Aktiviti Pertanian di Sekolah

57. SPI Bil 3/1998

Penggunaan

Barangan

Permainan

Elektronik

Robot Kit di Sekolah Menengah 58. SPI Bil 5/1998 Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 59. SPI Bil 18/1998 Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan 60. SPI Bil 24/1998 Penglibatan Guru dan Murid dalam aktiviti Pasukan Pakaian Seragam anjuran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan 61. SPI Bil 1/1999 Garis Panduan Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris di Sekolah 62. SPI Bil 2/1999 63. SPI Bil 7/1999 64. SPI Bil 8/1999 Penganjuran Program Motivasi di Sekolah Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Keselamatan Diri Murid dalam Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah 65. SPI Bil 7/2000 66. SPI Bil 8/2000 Mencegah Kebakaran di Sekolah Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah 67. SPI Bil 9/2000 Panduan Keselamatan Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan kokurikulum dan sukan di dalam dan luar Kawasan Sekolah 68. SPI Bil 9/2000 Panduan Keselamatan diri Pelajar Semasa

( Tambahan)

Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan kokurikulum dan Sukan di dalam dan di luar Kawasan Sekolah

69. SPI Bil 12/2000 70. SPI Bil 13/2000

Lawatan Pendidikan Murid di hari Persekolahan Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di SekolahSekolah

71. SPI Bil 14/2000 72. SPI Bil 16/2000

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan /Ujian di Sekolah Fikiran dan

Perbuatan

Menghasut/Meracuni

Pelajar

Membenci Kerajaan 73. SPI Bil 17/2000 Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah Sekolah 74. SPI Bil 18/2000 Panduan Menggalakkan Aktiviti Fotografi di Kalangan Murid Sekolah 75. SPI Bil 19/2000 Panduan Menggalakkan Kerjasama dan

Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Sekolah 76. SPI Bil 20/2000 Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam di Sekolah - Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Peranan dan tanggungjawab utama bukan hanya semata mata kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran kemahiran tertentu kepada pelajar

pelajar, bahkan juga bagi melahirkan pelajar pelajar yang dapat memberikan sumbangan ke arah hidup yang harmonis, bersatu padu, bertoleransi, berdisiplin dan bahagia. Justeru itu, sekolah adalah tempat bagi melahirkan pelajar - pelajar yang hidup berasaskan prinsip prinsip Rukunegara. Pada keseluruhannya, setakat ini sekolah sekolah telah dapat melahirkan pelajar pelajar yang berjaya dalam bidang akademik, melalui kurikulum yang sedia ada. Sungguh pun demikian, melalui bidang kurikulum sahaja, seperti matapelajaran matapelajaran Sivik, Sejarah, Geografi dan Kesusasteraan, misalnya belum boleh menjamin tercapainya matlamat bagi melahirkan pelajar pelajar yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Sekarang terdapat tanda tanda yang menunjukkan pembentukan sahsiah secara menyeluruh di kalangan pelajar pelajar amnya, belum dapat tercapai sepenuhnya seperti mana yang diharapkan.

You might also like