You are on page 1of 11

Baja organik

Pembuatan Kompos dari sisa dapur


FEB 14TH Posted by admin in Baja organik 2 comments Enzim Dapur adalah larutan/ramuan kompleks yang dihasilkan oleh penguraian sisa segar dari dapur (sayur-sayuran dan buah-buahan), gula (gula perang, molasses dan air. Warnanya perang tua/gelap dan tapai yang sangat masam manis. Enzim Sampah Dapur juga adalah cecair pelbagai guna dan penggunaannya meliputi kegunaan di rumah, pertanian, penternakan haiwan dan sebagainya. Dari hari pertama anda mula membuat Enzim Sampah Dapur, proses pemangkinnya akan mengeluarkan gas ozon (03), 03 boleh mengurangkan karbon dioksida (C02) di dalam Atmosfera dan logam beratyang memerangkapkan kepanasan di dalam awan. Bahang kepanasan boleh dikeluarkan daripada Bumi, mengurangkan kesan-kesan rumah hijau dan kepanasan sejagat. Enzim menukarkan ammonia kepada nitrat (N03), iaitu sejenis hormon semulajadi dan bahan makanan untuk tumbuh-tumbuhan laut dan kehidupan laut. Ketahuilah faedah-faedah muktahir bagi menyelamatkan Bumi ini adalah dengan menghasilkan enzim yang boleh dilakukan di dapur anda. Ganjarannya adalah kesejahteraan / kemakmuran Bumi. Menjimatkan wang ringgit Menukarkan sisa dapur kepada DIY pembersih rumah semulajadi Kegunaan yang pelbagai Pembersih rumah semulajadi, penapis udara, penyahbau busuk, racun serangga, ditergen, penjagaan badan, penjagaan kereta, baja organic dan sebagainya. Mengurangkan pencemaran. Gas Metan yang dikeluarkan daripada sampah dapur yang dibuang boleh memerangkap panas/haba 21 kali lebih banyak berbanding dengan C02, yang juga penyumbang kepada pemanasan sejagat. Menapis air bawah tanah. Enzim yang mengalir di bawah tanah dengan secara semulajadi menapis aliran air sungai dan laut. Anti bacteria dan virus Antiseptic (pembunuh bacteria dan virus) semulajadi untuk rumah anda. Mencegah paip kumbah daripada tersumbat dan limbah. Mengeluarkan sisa yang terkumpul di dalam paip basin basuh tangan, sinki dan mangkuk tandas. Pembuatan Kompos, sisa dapur

Baja kompos
JAN 6TH Posted by admin in Baja organik 6 comments

Masyarakat Cina, Jepun dan masyarakat Asia yang lain dipercayai telah membuat baja kompos sejak 4,000 tahun yang lalu. Baja Kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan terurai kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil humus melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma tanah seperti bakteria, cacing dan kulat. Bahan yang boleh dijadikan baja kompos amat mudah diperoleh di kawasan sekeliling kita seperti bahan yang kaya dengan nitrogen dan karbon, kulit buah-buahan, sayur-sayuran, daun kering, najis haiwan, sisa makanan dan sebagainya. Baja kompos mempunyai peranan yang penting bagi tanah, ia berupaya meningkatkan dan mempertahankan kesuburan sifat kimia, fizik dan biologi dalam tanah tersebut. Baja kompos juga dapat memperbaiki struktur dan lapisan tanah. Walau bagaimanapun, hasil dari pemerhatian, penggunaan baja kompos di dalam bidang pertanian pada masa kini masih lagi pada tahap skala kecil. Ini kerana kerana mereka beranggapan nutrien yang dibekalkan baja kompos tidak setanding dengan baja kimia. Baja kompos

Tanaman Limau
JAN 17TH Posted by admin in Baja organik 50 comments

Keadaan persekitaran ladang limau yang bersih

Baja tahi ayam akan diletakkan di sekeliling pokok bagi tujuan memberikan nutrien kepada pokok serta dapat memaniskan rasa buah.

Pokok limau yang sedang berbuah.

Sedap rasa mata memandang kalau dapat hasil buah yang sebegini.

Buah limau yang di serang penyakit kulat menjejaskan kualiti buah. Pertanian Adalah Peniagaan Limau, pertanian

Baja FAA ( Natural Farming )


JAN 15TH Posted by admin in Baja organik 10 comments Cara penyediaan baja FAA ( Fish Amino Acid )

1 kilo ikan dipotong2.

1 kilo gula merah ditimbang dan digaulkan ikan tu dengan gula merah

Masukkan dalm bekas 3/4 penuh dan tutup dengan kertas/kain yang wap boleh keluar..

Peram selama sebulan dan tapis airnya Cara penggunaan FAA. Kadar campuran ialah 1:1000.. boleh disembur atau siram pada akarboleh digunakan untuk pertumbuhan pokok saja sebab kandungan Nitrogen adalah tinggi.. Pertanian Adalah Peniagaan baja, FAA, pertanian

Pengenalan Baja Organik IMO


JAN 10TH Posted by admin in Baja organik 2 comments

Baja Organik IMO telah banyak digunakan oleh pengusaha tanaman yang telah mengamalkan pertanian organik. Kandungan baja ini terdiri daripada organisma berfaedah setempat yang banyak terdapat di persekitaran kita.

Selain itu, nutrien dari baja organik ini diperolehi dari tulang, kulit telur dan sebagainya. Contohnya seperti CaP dan Phosphate Calcium.

Tulang yang telah dibakar akan dicampur bersama cuka dan dibiarkan selama sebulan.

Asid amino pula diperlolehi dari sumber ikan atau dikenali sebagai FAA (Fish Amino Acid)

IMO 4 merupakan peringkat dimana ia boleh diberikan kepada tanah. Ia digunakan untuk memulihkan tanah yang bermasalah.

IMO 5 adalah terhasil dari IMO 4 yang telah dicampur bersama tahi ayam mengikut nisbah tertentu. Ia digunakan sebagai baja organik yang membeikan sumber nutrien kepada tanah.

FPJ (gambar bawah) atau Fermented plant juice merupakan cecair yang didapati dari buah-buahan yang telah dicampur dengan gula merah. Ia juga boleh digunakan pada pokok buah-buahan bagi memaniskan lagi rasa buah.

Selanjutnya mengenai baja organik ini saya yang akan diterangkan pada artikel akan datang. Pertanian Adalah Peniagaan

You might also like