You are on page 1of 5

BIODATA.

Nama Tarikh lahir Tempat lahir Tarikh kematian Warganegara Bidang : Erik Homburger Erikson : 15 Jun 1902 : Frankfurt, Jerman. : 12 Mei 1994 (91 tahun). : Amerika Syarikat : Perkembangan psikologi

Teori ini digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu. 1. Faktor kendiri. 2. Faktor emosi. 3. Faktor sosial.

TAHAP PERKEMBANGAN ERIKSON. Tahap 1 : Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya. Tahap 2 : Tahap autonomi lawan rasa malu/sangsi. Tahap 3 : Tahap inisiatif lawan rasa bersalah. Tahap 4 : Tahap industri lawan rasa rendah diri. Tahap 5 : Tahap identity lawan kekeliruan perasaan. Tahap 6 : Tahap kemesraan lawan pengasingan diri. Tahap 7 : Tahap generativiti lawan pemusatan kendiri. Tahap 8 : Kesepaduan (ego integrity) lawan putus asa

ERIK ERIKSON 1902 - 1994

Seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Membentuk teori berdasarkan pengalaman hidupnya dan apa yang dipelajari dari Sigmund Freud dan Anna Freud.

5 PRINSIP TEORI ERIKSON. 1. 2. 3. 4. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu. Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. 5. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

TAHAP PERKEMBANGAN ERIKSON

TAHAP Tahap 1 0 18 bulan. Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya. Tahap 2 18 bulan 3 tahun. Tahap autonomi lawan rasa malu/sangsi. Tahap 3 3 tahun 6 tahun. Tahap inisiatif lawan rasa bersalah. Tahap 4 6 tahun 12 tahun. Tahap industri lawan rasa rendah diri.

KEADAAN SOSIAL Sokongan, pemberian keperluan asas, ada kesinambungan hidup. Kekurangan sokongan, penafian, tidak konsisten. Mengendalikan sendiri dan sokongan. Perlindungan yang berlebihan, kekurangan sokongan dan keyakinan. Galakan, peluang sendiri, bertanya. Tiada peluang, perasaan negatif. Kemahiran diri, pendidikan yang cukup dan produktif, menjadi model yang baik. Kurang latihan, arah dan sokongan. Kestabilan dalaman yang berterusan, kefahaman mendalam mengenai model seks, mendapatkan maklum balas positif. Kekeliruan tujuan, maklum balas yang kurang jelas, kurang memahami ekspektasi. Meluaskan kemesraan, persefahaman, mempercayai. Kesunyian. Tujuan hidup, produktiviti. Kekurangan perkembangan diri Perasaan mesra, perpaduan, berarah. Kurang kesempurnaan hidup.

EKORAN PSIKOSOSIAL Mempercayai Tidak mempercayai Kebebasan Keraguan Inisiatif Perasaan bersalah Kerajinan Rendah diri

Tahap 5 12 tahun 20 tahun. Tahap identiti lawan kekeliruan perasaan.

Identiti

Kekeliruan peranan Kemesraan Pengasingan Kebolehan menghasilkan sesuatu. Terhenti Kesempurnaan hidup Putus harapan

Tahap 6 20 tahun 40 tahun. Tahap kemesraan lawan pengasingan diri. Tahap 7 40 tahun 60 tahun. Tahap generativiti lawan pemusatan kendiri. Tahap 8 60 tahun ke atas. Kesepaduan (ego integrity) lawan putus asa.

Tiga kesan bagaimana pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak tersebut dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Kalat (1999), ahli psikologi bukanlah terdiri daripada mereka yang membuat kajian bagaimana menguasai pemikiran orang lain atau menipu orang lain tetapi psikologi adalah ilmu yang cuba memahami kenapa individu bertingkahlaku sedemikian, membantu individu lebih memahami diri mereka sendiri, membantu individu memperbaiki diri sendiri supaya dapat mencapai matlamat atau cita-cita mereka dalam kehidupan. Sehubungan dengan itu, bolehlah dirumuskan bahawa faedah ilmu psikologi perkembangan kepada para pendidik atau guru ialah untuk membolehkan mereka lebih memahami mengapa pelajar bertingkahlaku sedemikian, membantu pelajar memahami diri mereka sendiri, membantu pendidik merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Guru juga dapat meramalkan tingkah laku pelajar, kegemaran pelajar dan apa yang tidak disenangi pada peringkat umur tertentu. Dengan adanya pengetahuan psikologi, guru dapat merancang peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar supaya lebih rajin. Pengetahuan mengenai perkembangan kanak-kanak tersebut dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana seorang guru hendaklah memahami tingkah laku murid-muridnya agar suatu pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dalam sesebuah kelas. Cabaran yang sangat mencabar bagi seorang murid bagi kelas yang melibatkan murid yang berumur dari enam hingga dua belas tahun kerana di sinilah bermulanya perkembangan kanakkanak dalam menempuh alam kehidupan. Seorang pendidik boleh menggunakan teori Erikson sebagai alat utama dalam memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran lebih berkesan. Di dalam teori identiti Erikson, beliau menitikberatkan perkembangan manusia bermula sejak ia lahir sehinggalah ia mati. Pada toeri lapan peringkat, pada tahap yang ke empat, iaitu dari umur enam tahun hingga sebelas tahun, murid sudah ada pendidikan asas yang cukup dan dari keadaan psikososialnya mereka lebih rajin. Pada tahap ini seorang pendidik haruslah memberi banyak sokongan dan dorongan dalam apa yang dilakukan oleh murid-murid. Jika keadaan sebaliknya

yang berlaku murid akan terasa asing dan rendah diri. Di dalam kelas atau bilik darjah, seorang pendidik mestilah memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap murid supaya mereka tidak rasa tersisih, jika tidak ini akan mempengaruhi hidup mereka bila mereka mencecah alam remaja. Kesimpulan dari teori ini yang boleh dipraktikkan dalam bilik darjah ialah setiap pendidik mesti dalam erti kata lain wajib dalam memastikan setiap anak muridnya mendapat perhatian secukupnya.

Melalui kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia, pendidik dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Oleh itu, guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan murid. Antara kesan yang boleh diperolehi daripada kesan tentang perkembangan kanak-kanak ialah guru akan lebih prihatin kepada murid-murid yang lambat pembelajarannya dan akan lebih sabar dalam membimbing kanak-kanak itu dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mereka menyedari aspek kecerdasan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Kesinambungan daripada itu, guru mampu mengagihkan tugasan mengikut minat dan keupayaan murid. Oleh itu, guru hendaklah menyediakan latihan atau tugasan yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar untuk menggalakkan pelajar berfikir dan berkembang secara normal. Selain daripada itu, guru juga dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid-murid. Pelajar-pelajar yang belum sampai tahap kesediaan mereka untuk menerima sesuatu pengajaran yang baru. Pelajarpelajar yang belum bersedia tersebut bolehlah diberi aktiviti pembelajaran yang lebih mudah atau asas dan latih tubi. Pelajar-pelajar yang lambat perkembangannya boleh diberi aktiviti pemulihan, sementara pelajar-pelajar yang lebih cepat pembelajarannyaa boleh diberi aktiviti pengayaan. Oleh itu, guru perlu menyediakan bahan bantuan mengajar atau bahan ilmiah yang berlaian mengikut kesesuaian pelajar.

Sehubungan dengan itu, guru perlu mengadakan bimbingan individu atau menyediakan latihan individu untuk pelajar yang lambat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus sesuai dengan keupayaan dan minat pelajar. Contohnya, untuk pelajar-pelajar Tahun 4 dan 5, mereka suka membuat latihan yang menyeronokkan seperti teka silang kata. Sekiranya mereka lemah dalam bahasa, guru boleh menyediakan latihan berbentuk teka silang kata bahasa. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru juga boleh member peneguhan positif kepada tingkah laku yang disukai atau yang diterima oleh semua guru dan ibu bapa.guru hendaklah member peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak disukai. Contohnya, guru yang hendak mengelak daripada pelajar membuat bising, akan mengataka, Saya akan membenarkan pelajar yang diam keluar rehat lebih awal. Pelajar akan diam untuk mengelakkan untuk mengelakkan daripada keluar rehat lambat.

You might also like