You are on page 1of 34

TEORI & MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS

Menurut Cegelka dan Berdine (1995) penyusunan fizikal bilik darjah boleh mempengaruhi tingkah laku dan pembelajaran murid. Ia boleh menambah atau mengurangkan masa yang ditumpukan terhadap pembelajaran secara aktif dan kekerapan kejadian masalah tingkah laku. Guru perlu menstrukturkan ruang fizikal bilik darjah supaya dapat minimumkan masa murid tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Bilik darjah yang paling berkesan ialah dimana hanya 5 13 % daripada masa keseluruhan di gunakan untuk persediaan bahan bantu mengajar.

MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS STESEN

Kaedah Stesen Pembelajaran merupakan satu pendekatan alternatif yang di gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid murid bermasalah pembelajaran. dari segi sejarah telah dimulakan pada tahun 2002 dengan projek printis dibeberapa buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor.

Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) Stesen Pembelajaran ialah bilik atau sudut dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dengan sokongan bahan bantu mengajar yang efektif . Murid-murid di beri peluang belajar melalui kaedah hands on experience dan belajar sambil bermain.

Pendekatan pembelajaran memberi penekanan kepada pembelajaran mengikut tahap keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan, minat dan pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid. Empat belas buah stesen kemahiran pengajaran dan pembelajaran disediakan berasaskan empat bidang dalam Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran iaitu Bidang Pengurusan Hidup. Bidang Akademik Berfungsi, Bidang Kerohanian dan Nilai Murni dan Bidang Sosial,Riadah dan Kerohanian.

Bagi memastikan keberkesanan kaedah stesen pembelajaran, kerjasama dari Guru Besar sekolah , Penyelaras program, guru pendidikan khas dan ibu bapa diperlukan. Dalam konteks ini ,guru besar merupakan orang yang diamanahkan dan dipertanggung jawabkan untuk mewujudkan suatu suasana kerja yang kondusif. Guru pendidikan khas dipertanggung jawabkan menguruskan dan menceriakan stesen dengan menyediakan bahan sokongan yang sesuai untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan.

Kajian oleh Rounds et al (1985) mendapati bahawa ramai murid mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti dalam stesen pembelajaran. Lebih banyak aktiviti dikendalikan diperingkat sekolah rendah berbanding dengan peringkat sekolah menengah. Kajian yang telah dilaksanakan oleh Berliner (1983) dibeberapa buah sekolah rendah telah mengenal pasti antara 11 dan 53 jenis aktiviti yang berlainan dijalankan dalam stesenstesen pembelajaran seperti pengajaran guru, bacaaan, kerja kumpulan, pembelajaran koperatif, membuat lembaran kerja, menonton video, permainan, pertandingan, projek seni dan sains.

Reith dan Evertson (1988) berpendapat penyusunan stesen pembelajaran boleh membantu dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan mempromosikan mobiliti murid secara teratur. Ia boleh mengurangkan gangguan dan bising, memperbaiki kualiti interaksi sosial murid dan menambah peratusan masa murid menumpukan perhatian terhadap tugasan akademik. Penyusunan bilik secara stesen boleh juga mempengaruhi keupayaan guru memerhati tingkah laku murid semasa mereka menjalankan tugas.

Berdasarkan satu kajian oleh UPSI mengatakan bahawa dengan kaedah stesen: a. Pembelajaran murid lebih bermakna dengan bahan Bantu mengajar dalam stesen b. Kaedah stesen membantu membuat persiapan yang lebih terancang dan lebih mudah c. Guru mempunyai rasa sepunya terhadap stesen masing-masing d. Guru hanya perlu menyediakan bahan bantu mengajar untuk bidang disiplin yang berkenaan e. Guru dapat membina satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berturutan dan berterusan f. Kaedah stesen membolehkan murid berasa gembira dan berminat untuk belajar distesen masing-masing g. Kaedah stesen menggalakkan mobiliti murid-murid h. Kaedah stesen membolehkan murid mengenali semua guru

Pembinaan kiosk ini adalah berdasarkan Teori Multiple Intelligence Teori ini menyatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecerdasan. Kecerdasan ini merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri seseorang individu.

Teori yang diasaskan oleh Howard Gardner ini menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu. Kecerdasan individu boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

Sehubungan dengan konsep kepelbagaian, kecerdasan telah diaplikasikan dalam bentuk kiosk dalam membantu murid-murid pemulihan khas. Melalui pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih mudah apabila minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat. Dalam sebuah kelas boleh dibina Kiosk Visual/Ruang di mana guru mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah dan gambargambar.

Kiosk matematik ialah ruang belajar-mengajar yang menggunakan kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks / matematik. Kiosk Interpersonal merupakan ruang belajar mengajar yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan orang lain dan juga murid yang suka bertutur. Kiosk Bahasa ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P. Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P.

Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan P & P. Kiosk Muzik ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan alat serta bahan-bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan. Kiosk Intrapersonal ialah ruang belajarmengajar secara individu.

Dalam konteks Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP), konsep Kiosk amatlah sesuai untuk dilaksanakan. Ini kerana murid PKBP berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran. Pendektan Kiosk juga memberi peluang guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian kemahiran serta kreativiti mereka.

Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran murid sebenarnya akan menarik minat murid untuk belajar. Murid murid pendidikan khas yang agak lambat dalam memahami pembelajaran akademik mungkin lebih cenderung kepada kesesuaian kecerdasan dan minat mereka.

Kiosk Ruang / Visual Mengajarmenggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah dan gambar-gambar

Kiosk Interpersonal Ruang belajar mengajar yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan orang lain. Bagi murid yang suka bertutur.

Kiosk Intrapersonal Kiosk Intrapersonal ialah ruang belajarmengajar secara individu.

Kiosk Muzik Kiosk Muzik ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan alat serta bahan-bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan.

Kiosk Bahasa Kiosk Bahasa ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P.

KIOSK matemATIK Kiosk matematik ialah ruang belajarmengajar yang menggunakan kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks / matematik

KIOSK ALAM SEKITAR Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan P & P.

KIOSK KINESTATIK Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P.

MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS HORSE-SHOE

Bentuk Horse-shoe mempunyai kelebihan yang sama seperti menggunakan bentuk bulatan, sama ada disusun satu atau lebih meja . Ia menyediakan ruang untuk guru bergerak dengan mudah di kalangan pelajar dan memudahkan guru menumpukan perhatian murid pada papan putih atau skrin tanpa perlu menukar tempat duduk.

SUSUN ATUR HORSE-SHOE


G
M
M

You might also like