You are on page 1of 30

2.0 PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya saya telah berjaya menyiapkan buku log ini. Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu puan Arne Suzila yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan buku log ini. Tidak dilupakan juga buat rakan-rakan seperjuangan saya yang sama-sama mengambil kursus pengurusan kokurikulum ini yang banyak menghulurkan bantuan kepada saya. Buat keluarga yang tersayang, mak, abah terima kasih kerana tidak pernah putus dalam memberikan semangat dan berdoa kepada saya walaupun kalian berada di kejauhan. Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian. Kalian semua tetap dihati. Akhir kata, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak yang tidak dapat saya sebutkan di sini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. Saya berharap agar dapat semua ilmu yang diperolehi melalui kursus ini dapat saya manfaatkan pada masa akan datang. Sekian , terima kasih.

3.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM 3.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan 3.1.1 Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. 3.1.2 Rasional Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri. 3.1.3 Objektif Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan. 3.1.4 Strategi Pelaksanaan Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama; (b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah; (c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua; (d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; (e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; (f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;

(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman; (h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh; (i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978; Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan (k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; (l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain. Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolahsekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum. (m) (j) yang

3.1.5 Penutup

Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluankeperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.

3.2 OBJEKTIF KOKURIKULUM 1) Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan; 2) Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid; 3) Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah; 4) Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi; 5) Membina dan meningkatkan disiplin murid; 6) Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan; 7) Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat; 8) Mewujudkan sekolah berwatak. 9) Menyediakan murid untuk mengikuti program khidmat negara. 10) Mengukuhkan integrasi nasional. 3.3 Untuk mencapai objektif tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaannya: 1) Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan

kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah; 2) Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan; 3) Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan; 4) Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat; 5) Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah(JBPS), Persatua Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum; 6) Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan; 7) Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid; 8) Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan; 9) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa kesemasa 10) Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum. 11) Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai objektif yang Dikehendaki. 3.3.1 Panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.

Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi (a) penyertaan dalam sukan dan permainan; (b) penyertaan dalam persatuan dan kelab; (c) penyertaan dalam badan beruniform (d) penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan oleh Menteri Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori berikut:(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan 1997) (b) hobi dan rekreasi;

(c) sukan dan permainan; (d) badan beruniform; atau (e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar 3.3.2 Status perlaksanaan kokurikulum di sekolah.

1. Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang murid yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam salah satu gerak kerja pasukan badan beruniform, satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan murid-murid dalam kegiatan pasukan badan beruniform hendaklah diusahakan. 2 .Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan gerak kerja kokurikulum di sekolah. 3 .Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat, bergotong-royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian 4 .Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara. 5.Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. 6.Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat. 3.3.3 Peruntukan Masa.

a) Sekolah Menengah. Tingkatan Peralihan,1,2,3,6 Aliran Sastera. SRT. Peruntukan Masa. 180 minit seminggu 180 minit seminggu. 180 minit seminggu.

4 &5

Perdagangan. Sains. Pertanian. Teknik

180 minit seminggu. 180 minit seminggu. 140 minit seminggu. 100 minit seminggu.

b) Sekolah Rendah. Tahun 3&4 5&6 Peruntukan Masa 60 minit seminggu. 120 minit seminggu.

3.3.4 Impak Kegiatan Kokurikulum (a) mengamal dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah; (b) mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran formal di bilik darjah; (c) mengalami sendiri situasi dan proses yang menjana ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang telah dan akan dipelajari dalam bilik darjah; (d) melatih diri berdikari dan memupuk sikap yakin kepada diri sendiri; (e) berinteraksi secara langsung dengan alam sekitar untuk mengukuhi keinsafan tentang hakikat kewujudan dan menyemarakkan perasaan penuh kesyukuran serta menyedari kebertanggungjawab diri sendiri ke atas kelestarian dan kesejahteraan alam semula jadi; (f) mengembangkan bakat, minat dan potensi diri sendiri dalam bidang-bidang yang diceburi (g) mengalami sendiri hakikat pentingnya diri sendiri dan individu lain mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan keinsanan yang luhur;

(h) mengalami sendiri hakikat pentingnya perpaduan, kerjasama, permuafakatan dan semangat sepasukan; (i) menguji dan mempertingkatkan ciri-ciri kepemimpinan, ketabahan dan kecekalan menghadapi masalah dan cabaran; (j) memanfaatkan peluang yang ada dan meneroka peluang-peluang baru untuk memajukan diri sendiri dan rakan-rakan; (k) memperoleh pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran baru yang tidak mungkin diperolehi di bilik darjah; (l) meningkatkan kreativiti, inovasi dan kekaryawanan dalam bidangbidang yang diminati; (m) memperluaskan persepsi dan pandangan hidup. 3.4 PENILAIAN AKTIVITI 10% KOKURIKULUM SEKOLAH. Pendahuluan Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana perananya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukkan ke institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan. Rasional Penilaian kegiatan kokurikulum pelajar yang dibuat oleh sekolah adalah berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada pelajar. Melalui penggunaan borang penilaian yang standard unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi pelajar yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka. Objektif 1. Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah. 2. Membantu Jabatan Pengurusan IPT dalam membuat penilaian kemasukan pelajarpelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi. 3. Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

Garis panduan semasa melaksanakan penilaian kokurikulum sekolah Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan berikut: a. b. c. d. e. Perancangan yang jelas Tempat Penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian. Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluar oleh KPM dan agensi luar.

1. Gambar pelajar dilekatkan pada Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod Penilaian. 2. Semua pelajar mesti mempunyai Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum dan Buku Rekod Penilaian Kokurikulum. 3. Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan menyerahkan data pencapaian pelajar. 4. Mengadakan taklimat kepada setiausaha peperiksaan, guru penasihat/pemimpin dan guru tingkatan. 5. Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah. 6. Memastikan semua pelajar mendapat peluang menyertai aktiviti Badan Beruniform, Persatuan/Kelab, dan Sukan permainan. 7. Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat/pemimpin.

8. Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu bidang menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut. 9. Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi. 10. PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala Penilaian aktiviti kokurikulum Aspek-aspek yang dinilai: 1. 2. 3. 4. Kehadiran Jawatan disandang Penglibatan Pencapaian 50 markah 10 markah 20 markah 20 markah

Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tertinggi (50%). Ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun; dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 2 jam (mengikut kursus). Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika pelajar sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah. Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan Badan Beruniform ialah 18 kali perjumpaan setahun, Kelab / Persatuan 12 kali perjumpaan setahun dan Kelab Sukan Permainan 12 kali perjumpaan setahun. Markah kehadiran Jika jumlah kehadiran pelajar Jumlah Perjumpaan setahun Ketidakhadiran diluluskan (cuti sakit, wakil sekolah dll) Markah kehadiran = a bc x 50 =a =b =c

3.5.1 PROSEDUR PENYEDIAAN KERTAS KERJA Kertas Kerja Penyediaan Laporan dan Kertas Kerja 1. Keberkesanan sesebuah organisasi bergantung kepada maklumat yang bergerak kepada mereka yang terlibat dalam organisasi tersebut. 2. Perlaksanaan keputusan sesuatu urusan penting bergantung kepada maklumat yang dimiliki oleh sebuah organisasi. 3. Laporan dan kertas kerja selalu digunakan untuk menyalurkan maklumat yang diperlukan dan pegawai perlu mempunyai pengetahuan yang baik di dalam menulis laporan dan kertas kerja. 4. Penyediaan laporan dan kertas kerja yang menepati kehendak boss bukanlah kerja yang mudah. 5. Kajian menunjukkan penyediaan yang tepat, jelas, padat. concise dan meyakinkan dapat menyumbangkan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi.

Proses Penulisan Laporan dan Kertas Kerja 1. Keperluan kepada laporan dan kertas kerja. 2. Mengenalpasti tugasan penulisan. 3. Merancang penulisan. 4. Mengumpul data. 5. Menderaf laporan. 6. Menyunting deraf. 7. Mempersembahkan laporan dan kertas kerja.

PERKARA Format Am Penyediaan Kertas Kerja

KRITERIA Kertas saiz A4 berwarna putih dan hanya sebelah muka surat sahaja digunakan Page set up : Bentuk Potrait Font ; jenis Arial, Tahoma atau Century Gothic Saiz Font : 12 Spacing : 1.5 Margin :1 Align Justify Meletakkan nombor halaman muka surat Maksimumkan muka surat Setiap tajuk di hitamkan bold dan mempunyai nombor. Penggunaan perkataan Inggeris perlu Italic. Kertas kerja hanya perlu di stapler sahaja tanpa di binding.

Format Kulit Luar

Latarbelakang perlu berwarna putih Logo UPSI di bahagian tengah (atas) Kulit luar perlu mempunyai butiran seperti berikut : Tajuk Tarikh Tempat dan Anjuran

Kertas Kerja yang lengkap hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut : Tujuan Nyatakan tujuan anda menyediakan kertas kerja ini, contoh seperti berikut : Mendapatkan kelulusan pelaksanaan aktiviti/ program dan bantuan kewangan daripada Y. Bhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Mendapatkan kelulusan mengutip derma luar dan penajaan daripada Jabatan Pengurusan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (sekiranya berkaitan). Memohon kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

1.Pengenalan/ Pendahuluan Latarbelakang aktiviti/ program Jika program melibatkan kerjasama pihak luar, maklumkan kepentingan dan beri justifikasi

2.Objektif Sekurang-kurangnya empat (4) objektif yang mempunyai maksud yang jelas dan huraian yang baik. Perlu dihubungkaitkan dengan matlamat sesuatu program jika bekerjasama dengan pihak luar.

3.5.2 BUKU LOG MINGGUAN Aktiviti : Pembahagian ahli kumpulan, mesyuarat agung pertama, Tarikh : 31/12/2009 Tempat : Dewan Rahman Talib Peranan : Pelajar. Masa : 5.00-7.00 petang

Gaya Latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat. Perincian aktiviti : Pn Arne Suzila memperkenalkan diri dan menerangkan serba sedikit tentang kursus ini. Beliau juga membahagikan semua ahli kursus ini kepada lima kumpulan dan mesyuarat agung kali pertama telah dijalankan. Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 31/12/2009, saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulum buat kali yang pertama. Kuliah kami bermula pada jam 5.00 petang dan bertempat di dewan Rahman Talib. Semasa saya tiba semua pelajar sudah memenuhi dewan tersebut, namun terdapat juga segelintir pelajar yang tiba melebihi pukul 5.00 petang. Selepas menunggu hampir 15 minit, pensyarah kursus ini memulakan kuliah dan memperkenalkan diri beliau sebagai pn Arne Suzila. Kemudian beliau memulakan kuliah dengan memberikan taklimat serba sedikit mengenai kursus ini. Kursus ini dihadiri oleh lebih kurang 250 orang pelajar yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar-pelajar semester 2 ambilan 2009/2010. Selepas itu Pn Arne membahagikan kami kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 50 orang pelajar. Selepas pembahagian kumpulan dilakukan, setiap kumpulan telah ditugaskan untuk menjalankan satu aktiviti yang berkaitan dengan kokurikum yang telah ditetapkan oleh Pn Arne Suzila iaitu seperti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Kumpulan saya iaitu kumpulan ke-3 telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan aktiviti kelab dan hobi. Pada mulanya saya tidak meminati tugas kelab dan hobi kerana saya lebih meminati aktiviti badan berunifom namun demi tanggungjawab yang telah diberikan, saya berusaha sebaik yang mungkin untuk memberikan kerjasama berkumpulan seperti mana yang diharapkan melalui objektif utama yang ingin diterapkan melalui kursus ini iaitu kerjasama berkumpulan. Selepas pembahagian tugas dan ahli kumpulan, kami diminta untuk mengadakan, mesyuarat agung kali pertama dan seorang wakil daripada ahli kumpulan kami dengan sukarelanya telah mewakilkan diri untuk mengendalikan proses memilih calon

pengerusi,naib pengerusi,setiausaha,naib setiausaha,bendahari, naib bendahari dan ajkajk lain. Kemudian undian pun dijalankan untuk memilih calon-calon tersebut. Pemilihan ajk-ajk tertinggi telah dijalankan dengan mengambil kira pandangan serta pendapat dari semua pihak. Langkah ini sangat sesuai digunakan kerana dengan mengambil kira pandangan pihak, proses pemilihan dapat dijalankan dengan adil dan telus. Selepas semua ajk dipilih seterusnya kami membincangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tema yang kami perolehi. Beberapa aktiviti telah dicadangkan oleh ahli kumpulan kami. Masing-masing memberikan pendapat yang bijak dan menarik. Antara cadangan yang diutarakan ialah pameran hobi, pertandingan fesyen, perlawanan boling dan juga pertandingan rock climbing. Namun selepas meminta pandangan semua pihak, satu kata putus telah dicapai, iaitu kumpulan kami akan mengadakan aktiviti Malam Citrawarna 1 Malaysia. Pengisian aktiviti bagi malm tersebut akan dibincangkan pada pertemuan yang seterusnya. Mesyuarat kami tamat pada jam 7.00 petang. Kemudian kami bersuarai dan dibenarkan pulang.

Aktiviti : Kuliah pengurusan kokurikulum daripada Pn Arne dan perjumpaan ahli kumpulan. Tarikh : 7/1/2010 Tempat : Dewan Rahman Talib. Peranan : Pelajar dan ahli kumpulan 3 Masa : 5.00-7.00 petang.(2 jam) Gaya latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama. Perincian aktiviti : Pn Arne memberikan sedikit kuliah mengenai pengurusan dan pengelolaan kokurikulum. Perjumpaan ahli kumpulan 3. Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 7/1/2010 saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulum buat kali yang kedua. Kuliah bermula pada jam 5.00 petang bertempat di dewan Rahman Talib.

Sementara menunggu kehadiran pelajar, pn Arne Suzila mempersiapkan persediaan untuk kuliah pada minggu tersebut. Selepas 15 minit kemudian, pensyarah kami iaitu Pn Arne masuk dan memulakan kuliah. Kuliah pada hari ini membincangkan tentang pengurusan dan pengelolaan kokurikulum. Melalui kuliah ini saya mengetahui maksud kokurikulum, sejarah aktiviti kokurikulum dan konsep perlaksanaannya. sebelum ini, saya langsung tidak mengambil tahu tentang sejarah kokurikulum kerana bagi saya ianya tidak penting untuk diketahui namun kursus ini telah mengajar saya untuk menyelami akan sejarah kokurikulum yang sebelum ini tidak saya ketahui. Selain daripada itu kuliah ini turut membincangkan tentang matlamat-matlamat diadakan aktiviti kokurikulum ini. Antaranya meningkatkan disiplin pelajar, menyemai perasaan muhibbah, pengisian masa yang berfaedah, memupuk dan menanam aspek kepimpinan dalam diri pelajar-pelajar dan sebagainya. Dalam pada itu kuliah ini turut memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan di sekolah-sekolah, antaranya kawad kaki, perkhemahan, gotong-royong, perbahasan dan lain-lain. Selain itu kami turut didedahkan dengan jenis-jenis mesyuarat yang biasa dijalankan antaranya mesyuarat jawatankuasa, mesyuarat agung, mesyuarat khas dan sebagainya. Peranan dan tanggungjawab ajk, agenda mesyuarat, senarai semak tatacara dan pengendalian, minit mesyuarat dan bonus tindakan susulan. Pada akhir kuliah Pn Arne memberi sedikit penerangan mengenai cara-cara untuk menyediakan buku log individu bagi kursus pengurusan kokurikulum ini. Selepas kuliah tamat pada pukul 6 petang, kami dibenarkan untuk berada dalam kumpulan masing-masing untuk membincangkan perjalanan aktiviti yang telah dipertanggungjawabkan kepada kumpulan kami. Pada perjumpaan kali ini kami telah memilih ketua ajk keselamatan, protokol, publisiti, makanan dan lain-lain. Tujuan bagi jawatan ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan persiapan aktiviti Malam Citrawarna 1 Malaysia supaya ianya berjalan dengan lancar. Selain itu kami turut membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada malam tersebut. Kemudian setiausaha mencatat minit mesyuarat dan kata putus dari semua ahli dicapai. Kedatangan turut diambil. Perjumpaan tamat pada jam 7.00 petang. Semua ahli bersurai dan dibenarkan pulang.

Aktiviti :Kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan 3 Tarikh : 14/1/2010 Tempat : Dewan Rahman Talib. Peranan : Pelajar dan ahli kumpulan 3. Masa : 5.00-7.00 petang. Gaya latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama. Perincian aktiviti : Pn. Arne memberikan kuliah mengenai penubuhan Kelab dan Persatuan serta perjumpaan ahli kumpulan 3. Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 14/1/2010 saya menghadiri kursus pengurusan kokurikulum bagi kali yang ketiga. Kuliah tersebut bertempat di Dewan Rahman Talib. Kuliah bermula pada jam 5.00 petang. Pn Arne tiba tepat jam 5.00 petang dan beliau telah memulakan kuliah pada pukul 5.10 petang. Kuliah pada minggu tersebut telah membincangkan tentang aktiviti penubuhan kelab dan persatuan. Definisi kelab ialah perkumpulan yang berasaskan sesuatu aktiviti utama yang tertentu dan dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai minat, kegemaran, kerjaya atau latarbelakang yang sama. Persatuan pula bermaksud perkumpulan atau gabungan individu yang mempunyai matlamat yang sama. Selain itu kuliah ini turut membincangkan keanggotaan kelab dan persatuan, kategori dan peraturan serta undang-undang dalam penubuhan kelab dan persatuan. Antara peraturannya ialah pengetua meluluskan penubuhan tersebut, permohonan hendaklah dimajukan dan sebagainya. Dalam pada itu didalam kuliah ini kami turut mempelajari kaedah-kaedah penubuhan kelab dan persatuan. Antara kaedahnya ialah menubuhkan jawatankuasa penaja, mengemukakan surat pemohonan, mengadakan mesyuarat agung selepas mendapat kelulusan, memajukan surat pengesahan penubuhan, mendaftar ahli dan sebagainya. Kemudian kuliah tamat dan kami dibenarkan berada dalam kumpulan masing-masing. Dalam perjumpaan kali ini pengerusi membentangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

Sebelum bersurai, perjumpaan minggu tersebut juga turut melantik ajk-ajk bawahan bagi membantu ajk atasan menjalankan tugas. Setiap ahli kumpulan mempunyai tugas masing-masing dan ditempat dibawah salah satu biro. Saya sendiri telah ditempatkan di bawah ajk keselamatan. Perjumpaan tamat pada jam 7.00 petang. Semua ahli bersurai dan dibenarkan pulang. Aktiviti : Kuliah dan perjumpaan kumpulan 3 Tarikh : 21/1/2010 Tempat : Dewan Rahman Talib Peranan : Pelajar dan ahli kumpulan 3. Masa : 5.00-7.00 petang Gaya latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama. Perincian aktiviti : kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan tiga berkenaan aktiviti Malam Citrawarna 1 Malaysia. . Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 21/1/2010 saya menghadiri kursus pengurusan kokurikulum. Bermula pada jam 5.00 petang dan bertempat di dewan Rahman Talib. Tepat jam 5.15 petang Pn Arne telah memberi kuliah mengenai perlaksanaan aktiviti kokurikulum. Seperti selalunya, Pn Arne nampak tenang dan ceria menyampaikan kuliah. Di dalam kuliah ini membincangkan peraturan pendidikan kokurikulum kebangsaan 1977. Selain itu ciri-ciri penting kokurikulum seperti dirancang, lanjutan proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi peluang untuk memantap dan memperkaya pengetahuan kemahiran dan nilai-nilai murni. Kuliah ini turut membincangkan tentang sub-sub peraturan. Pn Arne turut menyentuh tentang strategi perlaksanaan kokurikulum. Antaranya ialah menetapkan matlamat dan objektif,menetapkan aktiviti yang jelas dan menarik, menyediakan sumber kepakaran yang sesuai dan mencukupi , sediakan prasarana dan lokasi yang sesuai, menyediakan pegawai yang cekap dan mencukupi, mewujudkan eleman penghargaan dan pengiktirafan, membina rangkaian kerjasama dan sebagainya. Terdapat tiga peringkat dalam perlaksanaan kokurikulum iaitu praperlaksanaan, perlaksanaan dan pascaperlaksanaan. Dalam praperlaksanaan terdapat kepegawaian,

kemudahan asas dan peralatan, pendokumentasian serta perlaksanaan. Di dalam perlaksanaan dan sebagainya. Selepas kuliah tamat kami dibenarkan berada dalam kumpulan masing-masing. Dalam perjumpaan kali ini kami membincangkan tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti kumpulan kami. Selain itu, setiap ahli kumpulan menjalankan tugas masing-masing. Ajk atasan memberikan taklimat kepada ajk bawahan mengenai bidang tugas masing-masing. Pada jam 7.00 petang kami bersurai dan dibenarkan pulang. Aktiviti : Kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan 3. Tarikh :28/1/2010. Tempat :Dewan Rahman Talib. Peranan :Pelajar Dan ahli kumpulan 3. Masa :5.00-7.00 petang Gaya Latihan :Hormat-menghormati,mendengar dan memberi pendapat,bertolak Ansur dan komunikasi. Perincian Aktiviti :Pn.Arni memberi kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan 3. Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : jam 5 petang bertempat di dewan Rahman Talib . Seperti miggu-minggu yang sebelumnya, tepat jam 5.10 petang Pn.Arni memulakan kuliah. Kuliah pada minggu ini membincangkan tentang peranan dan tanggungjawab jawatankuasa pegurusan kokurikulum sekolah. Terdapat beberapa jawatankuasa dalam pegurusan kokurikulum. Antaranya pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari, penolong bendahari, dan ahli jawatankuasa lain. Antara tugas pengerusi ialah mempengerusikan semua mesyuarat, meneliti catatan minit mesyuarat dan tugas-tugas lain. Timbalan pengerusi berperanan membantu pengerusi menjalankan tugas yang diberikan dan mengantikan pengerusi sekira ketiadaannya. Pada 28/1/2010 saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulam. Bermula terdapat pendaftaran pegawai dan peserta , taklimat dan sebagainya.Pascaperlaksanaan pula terdapat penilaian, pengurusan, pendokumentasian

Setiausaha pula bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat, mencatat minit mesyuarat, mencatat kehadiran ahli dan menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. Bagi penolong setiausaha beliau bertanggungjawab dalam segala tugas yang di pertanggungjawabkan dan mengantikan setiausaha jika ketiadaannya. Tugas bendahari pula berperanan dalam urusan kewangan persatuan, menbuat dan menyimpan kira- kira, melaporkan kewangan terkini dan menyediakan loporan kewangan untuk di audit dan di bentangkan. Penolong bendahari mengantikan bendahari ketika ketiadaannya. Tugas ahli jawatankuasa pula ialah membantu melaksanakan segala tugas dalam aktiviti kokurikulum dan mengetuai sesuatu biro sekiranya di lantik. Semua jawatankuasa menjalankan tugas-tugas lain dari guru penasihat dari semasa ke semasa. Selepas kuliah tamat kami di benarkan berada dalam kumpulan masing-masing. kumpulan kami membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan di jalankan pada malam citrawarna 1 Malaysia. Setiausaha mencatat minit mesyuarat dan mengambil kedatangan ahli. Ahli jawatankuasa bawahan diberitahu tugas masing- masing. Pada jam 7 petang mesyuarat tamat dan kami dibenarkan bersurai.

Aktiviti : Kuliah . Tarikh : 4/2/2010 Tempat : Dewan Rahman Talib. Peranan : Pelajar dan ahli kumpulan 3. Masa : 5.00-7.00 petang Gaya latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama. Perincian aktiviti : Pn Arne memberikan kuliah mengenai surat-menyurat dan fail. Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 4/2/2010 saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulum bertempat di Dewan Rahman Talib. Bermula jam 5 petang kuliah pun bermula. Kuliah bermula apabila Pn Arne membincangkan tentang peranan setiausaha sebagai nadi penggerak kepada sesebuah organisasi. Melalui kuliah ini saya mengetahui bahawa

pengurusan pejabat diuruskan melalui rekod bertulis dan surat-menyurat. Segala bentuk urusan hendaklah mempunyai hitam dan putih. Pn Arne turut menyentuh tentang pengurusan surat-menyurat. Antaranya penerimaan surat iaitu melayani surat-surat yang diterima dan memeriksa surat-surat masuk. Merekod surat-surat yang masuk, dan minit fail. Selain itu pensyarah kami turut menjelaskan cara-cara menulis surat rasmi yang betul. Kami turut diajar cara-cara untuk mengirim surat ke jabatan lain, orang ramai, dan sebagainya.Dalam pada itu terdapat juga sistem fail iaitu sebahagian daripada pengurusan rekod yang melibatkan urusan penyusunan dan menyimpan mengikut klasifikasi rekod supaya mudah dikesan dan diperolehi dengan cepat apabila dikehendaki. Sistem fail yang baik mempunyai kepadatan,fleksibiliti, ekonomi, lokasi rujukan silang dan sebagainya. Kegunaan rekod adalah sebagai bahan sejarah, bukti, rujukan dan penyelidikan. Kami turut diberitahu tentang cara-cara untuk menguruskan rekod, memelihara rekod, serta menjaga dan menyimpan rekod. Selepas tamat kuliah Pn Arne memberi peluang kepada setiap ketua kumpulan untuk membentang aktiviti yang akan mereka jalankan. Setiap ketua kumpulan tampil dan memberikan penerangan mengenai aktiviti mereka. Kuliah tamat pada jam 7 petang dan bersurai. Kemudian kami dibenarkan pulang.

Aktiviti : Kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan 3. Tarikh : 25/2/2010 Tempat : Dewan Rahman Talib. Masa : 5-7 petang Peranan : Pelajar ahli kumpulan 3 Gaya Latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama. Perincian Aktiviti : Puan Arne memberikan sedikit kuliah yang berkaitan dengan pengiraan 10 peratus markah murid dalam aktiviti kokurikulum. Perjumpaan ahli-ahli kumpulan 3. Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan :

Pada 25/2/2010 saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulum yang ketujuh. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Dewan Rahman Talib. Kuliah bermula apabila Pn.Arne selaku pensyarah kami masuk. Sekitar jam 5.15 petang kuliah pun bermula. Kuliah pada hari ini membincangkan tentang pemarkahan 10 peratus murid-murid di dalam aktiviti kokurikulum. Kegiatan kokurikulum merangkumi aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan, serta sukan dan permainan. Semuan aktiviti kokurikulum dijalankan di luar bilik darjah. Kepentingan aktiviti ini adalah setara dengan kepentingan di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu melalui kuliah ini turut dijelaskan tentang rasional perlaksanaan pemarkahan ini. Antaranya ialah merangsang murid-murid bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum, semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara dan murid-murid yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi, dengan penglibatan aktiviti kokurikulum yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka. Di dalam kuliah ini Pn Arne turut menunujukkan cara untuk mengira markah murid-murid. Beberapa pengiraan telah ditunjukkan dan diajar. Selepas Pn Arne menamatkan kuliahnya beliau membenarkan kami berada di dalam kumpulan masing-masing. Kumpulan kami membincangkan tentang aktiviti yang akan diadakan pada 6/3/2010. Ketua setiap biro mengingatkan dan mengarahkan anak-anak buahnya menjalankan tanggungjawab yang teLah diberikan. Selain itu kumpulan kami turut mengutip yuran. Setiap seorang ahli kumpulan kami dikehendaki membayar sebanyak RM10. Wang ini akan digunakan sepenuhnya dalam aktiviti yang akan dijalankan nanti. Pada jam 7 petang perjumpaan kumpulan kami pun berakhir. Kami dibenarkan pulang dan bersurai.

Aktiviti : Sukaneka anjuran kumpulan 4. Tarikh : 28/2/2010 Tempat : Padang, depan pusat pengurusan kokurikulum. Peranan : Peserta. Tempoh : 8.00pagi-12.00 tengah hari

Gaya Latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama. Perincian aktiviti : Kumpulan 4 menganjurkan aktiviti sukaneka selaku Kelab sukan dan rekreasi. Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 28/2/2010 saya telah menyertai aktiviti sukaneka yang dianjurkan oleh kumpulan 4 selaku kelab sukan dan rekreasi. Aktiviti tersebut telah dijalankan di padang hadapan pusat kokurikulum. Aktiviti ini mensasarkan pelajar-pelajar kursus pengurusan kokurikulum di bawah bimbingan Pn Arne. Seramai lebih kurang 100 lebih orang pelajar menyertai aktiviti ini.Aktiviti bermula pada jam 8.30 pagi setelah semua urusan penyediaan selesai.Saya serta rakan-rakan kumpulan 3 yang lain telah hadir seawal jam 8.00 pagi. Aktiviti pada pagi sabtu tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa daripada salah seorang wakil pelajar. Selepas tamat kami dikehendaki membuat sedikit senaman aerobik bagi aktiviti pemanasan badan. Kemudian setelah selesai aktiviti pun bermula. Terdapat beberapa aktiviti sukaneka yang dianjurkan antaranya tarik tali,rebut kerusi,berkorban apa sahaja, cari gula dalam tepung,C4 boom,belon air dan bayak lagi. Saya telah menyertai aktiviti C4 boom bersama rakan-rakan yang lain. Aktiviti ini menghendaki kami mengambil sebiji bola tanpa menggunakan tangan sebaliknya dengan menggunakan tali. Setiap ahli kumpulan perlu memberikan kerjasama. Kami telah mendapat tempat ketiga dalam aktiviti ini. Aktiviti diteruskan dengan sukaneka yang lain. Para peserta kelihatan begitu bersemangat dan memberikan komitmen ynag terbaik walaupun terpaksa berpanas. Masing-masing bertolak-ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sekitar jam 12.00 tengah hari semua aktiviti telah tamat. Kami dikehendaki berkumpul untuk acara penyerahan hadiah kepada peserta- peserta yang menang. Pn Arne selaku pensyarah kami menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Kemuadian beliau merasmikan majlis penutup bagi aktiviti sukaneka ini. Pada jam 12.30 tengah hari aktiviti tamat dan kami semua dibenarkan pulang. Saya berasa sangat

seronok kerana dapat menyertai aktiviti sebegini. Harap pada masa akan datang aktiviti ini dapat dijalankan lagi. Aktiviti : Malam Citrawarna 1 Malaysia. Tarikh : 6/3/2010 Tempat : Dewan Rahman Talib Peranan : AJK Keselamatan Masa : 8.00pm-11.00pm(3 jam) Gaya latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama. Perincian aktiviti : Malam Citrawarna 1 Malaysia mempamerkan pakaian-pakaian pelbagai etnik di Malaysia. Turut menayangkan montaj yang berkaitan dengan 1 Malaysia dan mengadakan pertandingan fesyen antara kumpulan. Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 6/3/2010 kumpulan kami iaitu kumpulan 3 telah menganjurkan satu aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan. Aktiviti tersebut telah diberi nama Malam Citrawarna 1 Malaysia. Bertempat di Dewan Rahman Talib hari sabtu, semua pelajar-pelajar kursus pengurusan kokurikulum kumpulan F,para instruktor dan pensyarah dijemput hadir. Majlis tersebut telah diadakan bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Selaku kumpulan yang menganjurkan aktiviti ini, seawal jam 2.00 petang ahli-ahli kumpulaan kami telah berkumpulan di dewan Rahman Talib bagi membuat persediaan untuk majlis yang akan dijalankan pada malam tersebut. Selaku ajk keselamatan saya bertanggungjawab dalam memastikan setiap orang dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan selamat. Saya juga telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakn pameran baju-baju tradisional yang telah dipinjam daripada pusat kokurikulum. Beberapa orang ajk lain telah sama-sama memberikan kerjasama dalam menyiapkan pameran tersebut. Ajk-ajk lain pula sibuk menyiapkan tugasan masing-masing. Ada di antara mereka yang meyedikan persiapan tempat, pentas,teknikal dan sebagainya. Semua ahli kumpulan kami memberikan kerjasama yang tidak terhingga.

Setelah semua persiapan tempat selesai kami dibenarkan pulang untuk mempersiapkan diri untuk malam ini. Pengerusi kumpulan kami bertanggungjawab dalam menjaga segala persiapan yang telah dibuat. Pada jam 8.00 malam, saya selaku ajk keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikn pendaftaran pada malam tersebut bersama beberapa ajk yang lain. Pendaftaran telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tidak lama selepas itu dalam jam 8.20 malam, Pn Arne selaku pensyarah kumpulan kami hadir bersama suami beliau dan diiringi oleh para instruktor. Kedatangan mereka disambut dengan penuh hormat dan meriah oleh para hadirin. Kemudian majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis. Selepas itu bacaan doa oleh wakil pelajar. Setelah itu ucapan pengerusi program dan ucapan daripada Pn Arne bagi merasmikan majlis pada malam tersebut. Majlis bermula dengan tayangan montaj yang telah disediakan oleh oleh ahli kumpulan kami.Setelah tayangan motaj tamat, persembahan yang dinanti-nantikan oleh setiap hadirin dimulakan iaitu pertandingan fesyen antara kumpulan 1,2,4, dan 5. Pertunjukan fesyen yang diadakan mendapat sambutan yang hangat daripada para hadirin. Di dalam pertandingan ini setiap kumpulan dikehendaki menggayakan pakaian tradisional yang telah dipilih. Setiap kumpulan menunjukkan kehebatan masing-masing. Selepas selesai memperagakan pakaian masing-masing, Pn Arne telah diberi peluang untuk memberikan komen berkenaan dengan persembahan yang telah diberikan oleh setiap peserta. Di akhir juga, persembahan setiap kumpulan diajukan dengan beberapa soalan yang berkaitan dengan 1 Malaysia. Selepas dua kumpulan selesai membuat persembahan majlis diteruskan dengan tayangan montaj yang kedua. Tayangan montaj tersebut ialah berkenaan dengan dasar 1 Malaysia yang telah dilancarkan oleh yang berhormat perdana menteri kita. Majlis diteruskan dengan persembahan daripada kumpulan yang seterusnya. Setelah tamat para hadirin disajikan dengan persembahan nyanyian daripada ahli kumpulan kami sendiri. Persembahan nyanyian itu sangat menarik dan bertenaga. Dalam pada itu sementara menunggu persembahan tamat para juri sibuk mengira markah. Kemudian persembahan pun tamat, acara seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pn Arne telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Selepas itu para hadirin dijemput untuk menikmati sedikit kudapan daripada pihak penganjur. Sekitar jam 11.00 majlis pun tamat. Para hadirin dibenarkan pulang. Kumpulan kami

dikehendaki tunggu sebentar untuk mengemas kembali dewan tersebut. Tidak sampai setengah jam segalannya selesai. Kemudian kami bergambar beramai-ramai untuk dijadikan kenangan. Aktiviti : Eksplores. Tarikh : 7/3/2010 Tempat : Kampus Sultan Abdul Jalil Syah. Peranan : Peserta Tempoh : 3jam. Gaya Latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama. Perincian aktiviti : Salah satu kumpulan pengurusan kokurikulum menjalankan aktiviti eksplores di kampus. Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 7/3/2010 salah satu kumpulan pengurusan kokurikulum kami telah menganjurkan aktiviti ekplorace. Aktiviti tersebut terbuka kepada semua pelajar kumpulan F kursus pengurusan kokurikulum. Aktiviti tersebut telah diadakan di kampus Sultan Abdul Jalil Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bemula jam 8.00 pagi semua peserta diminta mendaftar ditempat yang disediakan. Selepas pendaftaran selesai kami diberi sedikit sarapan pagi. Kemudian kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aktiviti bermula lebih kurang jam 9.30 pagi selepas kami melakukan senamrobik Semasa aktiviti kami dikehendaki bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Kami perlu melalui beberapa checkpoint yang telah ditetapkan berdasarkan klu yang telah diberikan. Ahli kumpulan kami memberikan kerjasama dan bantu membantu antara satu dengan yang lain. Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Pada jam 11.00 pagi aktiviti pun tamat. Semua peserta diminta berkumpul untuk acara penyampaian hadiah dan acara penutup. Pada jam 11.15 pagi, Pn Arne selaku pensyarah kami pun tiba. Beliau memberikan sedikit ucapan,kemudian menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Kumpulan kami telah mendapat tempat ketiga dan kami berasa sangat gembira dan seronok.

Saya berharap agar aktiviti sebegini akan dapat diadakan lagi pada masa akn datang. Pada jam 12.00 tengah hari semuanya selesai dan kami dibenarkan pulang. Aktiviti : Eksplorasi Alam. Tarikh : 14/3/2010 Tempat : Proton City. Peranan : Peserta. Tempoh : 3 jam Gaya Latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama. Perincian aktiviti : Kumpulan 2 menganjurkan pertandingan explorace di Proton City melibatkan peserta-peserta daripada kumpulan 1,3,4, dan 5. Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 14/3/2010,saya telah mengikuti program yang telah dianjurkan oleh kumpulan 2 bagi kursus pengurusan kokurikulum. Kumpulan 2 telah menganjurkan program explorasi alam. Bertempat di Proton City, bermula jam 7.30 pagi saya dan semua peserta yang menginap di Kolej Harunaminurrashid dikehendaki berkumpul di depan tempat menunggu bas untuk bertolak ke proton city. Selepas semua peserta mendaftarkan diri, dalam jam 8.00 pagi kami pun bertolak ke sana. Setibanya kami di sana kami para peserta dikehendaki mendaftar sekali lagi. Setelah semuanya siap kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Pertandingan bermula pada jam 9.30 pagi, tetapi sebelum pertandingan bermula kami telah mengadakan senaman aerobik. Selepas tamat, aktiviti pun bermula. Pertandingan ini memerlukan kerjasama berpasukan yang tinggi. Setiap kumpulan terdiri daripada 7 hingga 8 orang. Pertandingan explores ini memerlukan setiap kumpulan melalui 5 checkpoint. Setiap checkpoint terdapat halangan yang perlu ditempuh oleh setiap kumpulan. Antaranya ialah memakan peria, menyanyi, menyapu tepung ke muka dan sebagainya. Pertandingan mengambil masa lebih kurang selama satu jam.

Pada jam 11.00 pagi semua kumpulan telah berjaya menamatkan explorasi masingmasing. Pada jam 11.10 pagi Pn Arne selaku pensyarah kursus pengurusan kokurikulum kami pun tiba. Kemudian acara perasmian pun bermula, Beliau merasmikan program tersebut. Selepas itu acara penyampaian hadiah pun bermula. Selepas itu kami pun menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan. Pada jam 12.30 tengah hari kami pun pulang. Aktiviti : Tarikh : 28/3/2010 Tempat : padang UPSI Peranan : Peserta. Tempoh : 6 jam Gaya Latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama. Perincian aktiviti : Kumpulan 4 menganjurkan aktiviti berkumpulan melibatkan pesertapeserta daripada kumpulan 1,3,4, dan 5. Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Aktiviti sukaneka dijalankan oleh wakil dari kumpulan 4. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan, antaranya baling tepung, tarik tali, lari dalam guni dan sebagainya. Selain itu juga, ahli kumpulan 4 turut mengadakan pertandingan permainan tradisional seperti pertandingan congkal, batu seremban dan sebgainya. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa orang mengikut permaiana yang mereka terlibat. Setiap pelajar diberikan makanan percuma iaitu roti dan air. Selepas selesai permainan, pemenang diumumkan. Kumpulan 3 telah memenangi tempat yang ke-3 dan telah membawa pulang hamper. Kami membahagikan hamper kepada setiap ahli kumpulan dan kami berasa sangat gembira dan berpuas hati dengan kejayaan kumpulan 4 dalam menjayakan sesebuah program. Kami pulang pada jam 2.00 petang.

Aktiviti : Penghantaran buku log

Tarikh : 1/4/2010 Tempat : Dewan Rahman Talib Peranan : Peserta. Tempoh : 2 jam Gaya Latihan : amanah, bekerjasama Perincian aktiviti : Pn Arne menilai dan menerima penghantaran buku log. Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Puan Arne menilai tugasan individu melalui buku log individual tentang pengurusan kokurikulum. Semua pelajar hendaklah beratur mengikut kumpulan masing-masing untuk menghantar tugasan tersebut.

You might also like