You are on page 1of 4

Tema Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa

mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan black metal yang telah dilakukan oleh Jerry.

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya; i. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya. Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya. ii. Konflik dalam keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya. iii. Tanggungjawab seorang sahabat. Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam. iv. Berani menegakkan kebenaran Contoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut. v. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan. Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing. vi. Prihatin terhadap masalah orang lain. Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan. vii. Remaja yang mudah terpengaruh. Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat. LATAR Latar Masa i. 6:20 pagi Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan rumahnya. ii. Petang Contoh: Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang. iii. Senja Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh. iv. Malam

Contoh: Ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood Latar Tempat i. Banglo Taman Megah Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya. ii. Di Dewan Kuliah Contoh:Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya. iii. Balkoni kamar Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma. iv. Rumah Ehsan Contoh: Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung. v. Kafe Flora Contoh: Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisi dari Sarawak yang diketuai oleh Erman. vi. Di pintu pagar rumah Contoh: Aim datang menemui Sukma dan menyatakan bahawa dia lapar. Dewan peperiksaan Contoh: Sukma bersama-sama beberapa teman sekuliahnya menduduki ujian. vii. Tempat rehat Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kerja kumpulan mereka. viii. Kelab WX2 Contoh: Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut. ix. Warung Pak Alias Contoh: Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang terletak di seberang jalan. x. Rumah Aim Contoh: Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma. xi. Rumah Tuk Siak Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim. xii. Kawasan tanah perkuburan Contoh: Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu bapa Aim yang telah meninggal dunia dua tahun lepas. xiii. Bangunan biru di hujung daerah Contoh: Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap mereka. xiv. Hospital Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia) masih koma di hospital akibat terkena tembakan ahli. Latar Masyarakat i. Masyarakat pelajar universiti. Contoh: Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut dalam Jurusan Sains dan Falsafah di institusi pengajian tinggi awam. ii. Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda. Contoh: Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan

menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut. iii. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contoh: Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja. iv. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam perjuangan Contoh: Beberapa jenis suntikan turut digunakan yang boleh membuatkan para pengikut bertindak ganas. v. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim. vi. Masyarakat yang berdikari. Contoh: Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah setiap hari, berjual buah untuk menyara kehidupan. vii. Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat. Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat. NILAI DAN PENGAJARAN i. Nilai kasih sayang Contoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan. ii. Nilai prihatin Contoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan. iii. Nilai setiakawan Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat. iv. Nilai tanggungjawab Contoh: Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri. v. Nilai saling menghormati Contoh; Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika mereka berkunjung ke rumahnya. vi. Nilai kejujuran Contoh; Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar. vii. Nilai pengorbanan Contoh: Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak polis walaupun nyawanya terancam. viii. Nilai patriotik Contoh: Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan menggugat keamanan negara.

ix. Nilai keimanan Contoh: Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan solat sebagai umat Islam. x. Nilai kecintaan Contoh: Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tarian tradisi walaupun mereka merupakan golongan remaja. xi. Nilai kerjasama Contoh: Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras ahli kumpulan WX2. xii. Nilai rasional Contoh: Sukma berfikiran rasional walaupun Iskandar cuba mempengaruhinya tentang kegiatan Kelab WX2. i. Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya. ii. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2. Contoh: Ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada anak-anak membuat pilihan dalam kehidupan mereka Contoh: Ibu bapa Jerry seharusnya memberi peluang kepadanya untuk menentukan pilihan hidupnya tetapi mereka berhak untuk memberi panduan dan nasihat. iii. Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawan Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat. iv. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiri Contoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di luar negara. v. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah Contoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya. vi. Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam Contoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam. vii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim. viii. Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negara Contoh: Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.

You might also like