You are on page 1of 15

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL PPD MELAKA TENGAH EKONOMI ASAS 2011 KERTAS 1 1 JAM

15 MINIT 3755 /1

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan . 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan , pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif. 4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. 5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak [Lihat halaman sebelah SULIT

KERTAS 1 MODUL 1 1 Di antara kenyataan-kenyataan berikut, yang manakah berkaitan dengan ilmu ekonomi? I Kajian tentang bagaimana kerajaan hendak memaksimumkan kepuasan. II Suatu usaha unit-unit ekonomi untuk menggunakan sumber yang terhad. III Kegiatan manusia untuk memenuhi kehendak-kehendak yang tidak terhad. IV Kegiatan pengeluaran barang-barang awam. C II dan III A I dan II D III dan IV B I dan III Kenyataan yang menerangkan maksud kos lepas dengan tepat ialah... A kos pengeluaran bagi pengeluaran yang lepas. B kos pengeluaran yang akan ditanggung oleh sesebuah dalam pengeluaran. C jumlah perbelanjaan yang terpaksa dikorbankan untuk memperoleh sesuatu barang. D kos barang pengganti terbaik yang terpaksa dikorbankan untuk memperoleh sesuatu barang. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar ekonomi untuk kesejahteraan rakyat. Namun begitu , mengapakah masalah kekurangan masih lagi wujud? A Masih terdapat golongan berpendapatan rendah B Wujudnya ketidak seimbangan pembangunan bandar dan desa C berlakunya bencana alam seperti banjir, kemarau dan tanah runtuh D Terdapat ketidakseimbangan antara kehendak masyarakat dengan sumber ekonomi Di negara saya, kami bebas memiliki sumber ekonomi dan membuat keputusan. Kerajaan tak campur tangan punnn.

Ooh, pengguna di negara kamu seperti raja lah ye!!

Gambar 1
4

Perbualan di antara dua remaja dalam Gambar 1 di atas merujuk sistem ekonomi yang diamalkan oleh sistem ekonomi negara apa? A Arab Saudi C Malaysia B China D United Kindom

Gambar 2 5 Apakah jenis barang yang ditunjukkan oleh Gambar 2 di atas? A Barang awam C Barang percuma B Barang ekonomi D Barang pengganti Di antara berikut, yang manakah dapat menyelesaikan masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi campuran? I Mekanisme harga. II Keputusan kerajaan. III Keputusan pengeluar. IV Corak perbelanjaan pengguna. A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV Encik Sufian membuat kajian tentang pendapatan isi rumah di kampungnya. Hasil kajian tersebut adalah seperti dalam jadual 1 di bawah. Peratus Pekerjaan 35% Kakitangan kerajaan 25% Mengusaha tanah sendiri 15% Bekerja di kilang papan. 10% Berniaga 10% Pesara 5% Jurujual Berapa peratuskah dari kalangan penduduk kampungnya yang bekerja sendiri? B 35 % D 45 % A 15 % C 40 % Hitungkan pendapatan boleh guna Cik Zuraidah jika pendapatan tahunannya ialah RM35 000, manakala potongan wajibnya ialah 15% daripada pendapatannya. A RM5 250 C RM35 000 B RM29 750 D RM40 250 Antara berikut, yang manakah bayaran pindahan? I Bonus yang diterima oleh seorang polis. II Derma yang diterima oleh kanak-kanak kurang upaya. III Wang bulanan yang diterima oleh seorang pesara guru. IV Upah yang diterima oleh seorang anak yang membasuh kereta ibunya. A I dan II C III dan IV B II dan III D II, III dan IV

Perniagaan

Menyimpan pendapatannya a

BANK JUTA SDN. BHD

Gambar 3 10 Gambar 3 menerangkan perniagaan Encik Lukman dan pendapatannya. Apakah bentuk pendapatan yang diperoleh Encik Lukman? A Upah dan sewa C Faedah dan upah B Untung dan sewa D Untung dan faedah 11 Apakah peranan isi rumah? A Membekalkan input pengeluaran B Menawarkan barang dan perkhidmatan C Menerima pendapatan dalam bentuk sewa dan faedah D Mendapat untung dari aktiviti menjual barang dan perkhidmatan 12 Utiliti adalah kepuasan yang diperoleh daripada A Purata penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan B Penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan C Tambahan penggunaan barang dan perkhidmatan D Gabungan barang dan perkhidmatan 13 Rajah 1 menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang.

Peralihan keluk D0D0 ke D1D1 disebabkan oleh I Peningkatan pendapatan pengguna II Peningkatan harga barang pengganti III Peningkatan cukai pendapatan

IV Jangkaan harga akan turun pada masa depan A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV 14 Jadual 2 menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang. Harga ( RM ) 100 200 Kuantiti diminta ( unit ) 50 40

Berapakah keanjalan harga permintaan jika harga berubah daripada RM100 kepada RM200? B 0.25 D 0.50 A 0.40 C 0.20 15 Jadual 3 menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus perubahan harga bagi dua jenis barang Barang Peratus perubahan kuantiti Peratus perubahan diminta harga X 10 5 Y 10 10 Apakah jenis keanjalan harga permintaan bagi barang X dan barang Y? Barang X Anjal Tidak anjal Tidak anjal Anjal Barang Y Tidak anjal Anjal satu Anjal Anjal satu

A B C D

16 Antara berikut, yang manakah kos tetap firma ? A Bil elektrik C Upah buruh B Sewa premis D Kos bahan mentah 17 Kilang Kiko telah mengeluarkan 200 helai baju sehari dengan 25 orang pekerja. Tambahan 2 orang pekerja menyebabkan pengeluaran baju juga bertambah menjadi 230 helai sehari. Berapakah keluaran sut bagi pekerja ke-27 ? B 10 D 30 A 9 C 15 18 Penawaran tayar motosikal bertambah daripada 150 biji kepada 250 biji apabila harga sebiji tayar meningkat daripada RM20 kepada RM30. Apakah pekali keanjalan harga penawaran tayar tersebut? B 0.83 D 1.33 A 0.75 C 1.20

19 Keanjalan harga penawaran adalah anjal jika peratus perubahan A Dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan pendapatan B Dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan harga. C Harga melebihi peratus perubahan dalam kuantiti ditawar D Pendapatan melebihi peratus perubahan kuantiti ditawar. 20 Peratus perubahan harga barang ialah sebanyak 60%, manakah peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan ialah sebanyak 20%. Apakah sifat keanjalan harga penawaran barang itu? A Anjal C Anjal sifar B Anjal uniti D Tidak anjal 21 Keseimbangan pasaran akan dicapai apabila A kuantiti permintaan pasaran sama dengan kuantiti penawaran pasaran B kuantiti permintaan pasaran melebihi kuantiti penawaran pasaran C kuantiti permintaan pasaran tidak sama dengan kuantiti penawaran pasaran D kuantiti permintaan pasaran kurang daripada kuantiti penawaran pasaran 22 X

En Ali

Syarikat X

Y Rajah di atas menunjukkan aliran wang dalam ekonomi dua sektor. X ialah A barang dan perkhidmatan C perbelanjaan individu B upah dan sewa D modal dan tanah 23 Antara faktor pengeluaran berikut yang manakah tidak diuruniaga dalam pasaran faktor ? A Tanah C Buruh B Modal D Usahawan 24 Terangkan fungsi firma dalam aliran pusingan pendapatan. I Penawaran faktor pengeluaran II Membuat perbelanjaan penggunaan III Membayar sewa, upah, faedah dan untung IV Penawaran barang dan perkhidmatan dalam pasaran A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV

25 Rajah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran barang X

Apakah kesan jika harga turun dari P2 ke P1 ? A Berlaku lebihan permintaan sebanyak Q1 Q2 B Berlaku lebihan penawaran sebanyak Q1Q2 C Keseimbangan pasaran berlaku di P1 D Harga keseimbangan pasaran berlaku di P1 26 Encik Mat mempunyai deposit tetap RM5000 di bank perdagangan. Apakah fungsi wang dalam pernyataan itu ? A Alat ukuran nilai C Alat penyimpan nilai B Alat bayaran tertunda D Alat perantaraan pertukaran 27 Apakah kemudahan yang disediakan oleh bank perdagangan bagi mengurangkan penggunaan tunai untuk pelbagai urusan dalam Negara ? I Cek II Cek kembara III Kad kredit IV Kad juruwang elektronik A I, II dan III C I, III dan IV B I, II dan IV D II, III dan IV 28 Semasa inflasi, bank pusat akan mengetatkan syarat sewa beli. Apakah kesan tindakan tersebut kepada pengguna ? A Kadar faedah yang rendah dikenakan atas pinjaman B Ansuran dijelaskan dalam tempoh yang lebih pendek C Ansuran bulanan dibayar lebih rendah D Wang pendahuluan dibayar lebih rendah

29 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bank


Mengurus pinjaman bersendikit Khidmat nasihat kororat

Bank yang menawarkan perkhidmatan tersebut ialah A Bank perdagangan C Bank Simpanan Nasional B Bank pusat D Bank saudagar 30 Antara berikut yang manakah fungsi bank pusat ? I Mengeluarkan mata wang II Menjadi jurubank kepada kerajaan III Menerima deposit dari orang ramai IV Menawarkan perkhidmatan nasihat pelaburan A I dan II C I dan III B II dan III D II dan IV 31 Pernyataan yang manakah tidak menerangkan sektor ketiga? A Merangkumi perkhidmatan kerajaan. B Merangkumi bidang perhotelan, restoran dan insurans. C Sumbangan terhadap pendapatan negara tidak begitu ketara. D Perkembangan sektor ketiga merupakan lanjutan daripada pembangunan di sektor pertanian dan perindustrian. 32 Antara berikut, yang manakah merupakan hasil negara ? I Import nyata II Cukai eksais III Cukai eksport IV Perbelanjaan ekonomi A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 33 Antara berikut, faktor manakah yang tidak mempengaruhi kerajaan mendapatkan pinjaman dari dalam negeri? A Lebih mudah dan fleksibel B Kadar faedah yang lebih rendah C Kadar pertukaran asing yang tetap D Tidak melibatkan pengaliran keluar wang 34 Pernyataan berikut berkaitan dengan pengkhususan di China dan Jepun. Negara China mengkhusus dalam pengeluaran barang yang berintensifkan buruh, manakala Jepun mengkhusus dalam pengeluaran barang perkilangan yang berintensifkan modal. Mengapakah berlaku keadaan tersebut ?

A B C D

Perbezaan harga faktor Perbezaan citarasa pengguna Perbezaan sumber alam semulajadi Perbezaan iklim dan jenis tanah

35 Apakah maksud imbangan dagangan kurangan ? A Nilai eksport nampak melebihi nilai import nampak B Nilai import nampak melebihi nilai eksport nampak C Nilai import nampak melebihi nilai eksport tak nampak D Nilai eksport tak nampak melebihi nilai mport tak ampak 36 Apakah kesan kuota terhadap kegiatan ekonomi Malaysia ? A Penurunan harga barang import B Penurunan harga barang tempatan C Peningkatan penawaran barang import D Peningkatan penawaran barang tempatan 37 Pernyataan yang manakah mewujudkan permintaan terhadap Ringgit Malaysia (RM) ? A Rakyat Malaysia melancong ke Perancis B Malaysia mengimport beras dari Thailand C Malaysia mengeksport petroleum ke Jepun D Pelabur Malaysia membuat pelaburan di China 38 Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Singapura. RM 3.50 = S$1.00 Berapakah nilai barang dalam Ringgit Malaysia jika harga barang ialah S$8 750.00? A RM31 700 C RM30 625 B RM31 670 D RM29 300 Soalan 39 hingga 40 berdasarkan pilihan jawapan dalam jadual di bawah. Pilihan A B C D 39 Pernyataan I Betul Salah Betul Salah Pernyataan II Salah Betul Betul Salah

I Upah benar merupakan jumlah wang yang diterima oleh pekerja dalam tempoh masa tertentu. II Semakin tinggi upah benar, semakin tinggi kuasa beli pengguna. I Beban cukai tidak langsung boleh dipindah kepada pihak lain. II Cukai keuntungan syarikat tergolong dalam jenis cukai tidak langsung.

40

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL PPD MELAKA TENGAH EKONOMI ASAS 2011 KERTAS 2 2 JAM 3755 /2

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B 2. Jawab tiga soalan daripada bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian A dan 40 minit untuk menjawab soalan dalam bahagian B. 4. Markah setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan. 5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik. 6. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak [Lihat halaman sebelah SULIT

1 (a) Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan dua contoh barang dalam ekonomi.

Gambar 1

Gambar 2 (2 markah) (8 markah) (9 markah) (6 markah)

(i) Apakah jenis kedua-dua barang tersebut dari sudut ekonomi ? (ii) Jelaskan empat ciri kedua-dua barang tersebut (b) Terangkan jenis-jenis pendapatan individu . (c) Bezakan antara keperluan dan kehendak individu.

2. (a) Berdasarkan Jadual 1 , lukiskan keluk permintaan individu bagi ikan dan seterusnya terangkan pembentukan keluk itu. Harga (RM) 2 4 6 8 Kuantiti ikan yang diminta (unit) 1200 900 600 300 Jadual 1

( 6 markah )

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan harga dan kuantiti diminta untuk baju batik.
Pada 30 Jun 2011, sehelai baju batik biasa berharga RM 70 dan kuantiti ialah 150000 unit. Pada 31 Disember 2011, harga baju batik tidak berubah tetapi Nyatakanbertambah menjadi 300000 unit. menyebabkan perubahan tersebut. kuantiti dan jelaskan faktor-faktor yang

( 10 markah )

(c)

Jadual 2 menunjukkan kuantiti diminta dan harga bagi tiga jenis barang, iaitu: Jenis barang Komputer Seramik Telur (i) Perubahan kuantiti diminta (%) 60 20 25 Jadual 2 Perubahan harga (%) 30 20 50

Hitungkan nilai keanjalan harga permintaan bagi setiap barang tersebut. (3 markah)

(ii) Terangkan strategi yang boleh diambil oleh seorang pengusaha untuk meningkatkan hasil jualan bagi barang tersebut. ( 6 markah )

3 (a) Rajah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran.

Terangkan keadaan pasaran yang berlaku pada tingkat harga : a. RM 3.00 b. RM 4.00 c. RM 6.00

( 9 markah)

(b) Jelaskan kesan setiap tindakan berikut ke atas pasaran ikan. Setiap peristiwa adalah berasingan. (i) Angin monsun telah melanda kawasan perairan pantai timur. (2 markah) (ii) Sejenis virus merbahaya menyerang ternakan ayam. (2 markah)

(iii) Penurunan mengeksport ikan ke negara Mynmar akibat ribut taufan.

(2 markah)

(c) Sebagai seorang pengguna yang bijak, nyatakan empat ciri wang yang akan anda gunakan untuk menjalankan urusniaga anda. (4 markah) (d) Encik Abdullah merupakan pelanggan sebuah bank perdagangan dan dia telah diberi kemudahan overdraf oleh bank tersebut. Terangkan jenis-jenis deposit yang disediakan oleh bank perdagangan. 4. (a) Huraikan tiga jenis wang yang terdapat dalam ekonomi. (b) Jadual 1 menunjukkan dua sumber pinjaman kerajaan. Sumber X Bil Perbendaharaan Surat Jaminan Kerajaan Sijil Pelaburan Sumber Y Pinjaman Projek Kredit Pembekal Pinjaman Pasaran (6 markah) (6 markah) (9 markah)

Terangkan tiga kelebihan pinjaman kerajaan dari Sumber X. (c) Dialog adalah antara 3 orang sahabat di sebuah kedai kopi. Abu : Salim : Halim :

Hee.. Pening kepala aku. Harga barang tak habis-habis naik Yelah. Harga makanan naik. Harga pakaian naik. Tambang pengangkutan pun naik. Lepas ni entah harga barang apa lagi la nak naik.

Bagaimanakah kerajaan melalui belanjawan Negara mengatasi masalah ketidakstabilan ekonomi tersebut melalui: i) Kadar cukai (4 markah) ii) Perbelanjaan Negara (3 markah) (d) Terangkan dua sumbangan institusi kewangan bukan bank kepada pembangunan ekonomi negara . (3 markah)

5 (a) Terangkan tiga kebaikan perdagangan antarabangsa.

(6 markah)

(b) Jelaskan dua perbezaan antara perdagangan dalam negeri dengan perdagangan antarabangsa (4 markah) (c) Jadual menunjukkan maklumat imbangan pembayaran sebuah Negara dalam tempoh setahun Butiran Perjalanan Eksport kayu balak Tambang dan insurans RM (juta) 70 600 -590

Butiran Import kereta Pindahan bersih Import jentera Pengangkutan Eksport sawit Pelancongan Dividen Hitungkan imbangan akaun semasa (7 markah)

RM (juta) 400 -70 300 -40 500 -110 -50

(d) Jadual menunjukkan kadar pertukaran asing bagi setiap Ringgit Malaysia pada tahun 2001 dan 2002. Mata Wang Asing Dolar US (US $) Pound Sterling ( ) 2001 0.26 0.16 2002 0.25 0.17

Huraikan kesan ke atas imbangan dagangan Malaysian akibat perubahan kadar pertukaran asing pada tahun 2002 berbanding tahun 2001. (8 markah)

Soalan Kajian Kes Bahagian B (25 markah) Soalan ini wajib dijawab Encik Chong adalah pengurus besar Syarikat Mampu Sdn. Bhd. Beliau mempunyai seorang isteri yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan tiga orang anak yang masih bersekolah. Setiap bulan, Encik Chong menerima gaji bulanan sebanyak RM3000 dan menerima hasil sewa ladang kelapa sawitnya di Jempol sebanyak RM2000. Beliau juga membuat beberapa pembayaran tahunan seperti 11% potongan gaji kepada KWSP dan perbelanjaan rawatan ibunya sebanyak RM6500. Encik Chong telah diminta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya menjelaskan cukai pendapatannya. Pengiraan cukai beliau adalah berdasarkan maklumat berikut : Pelepasan Cukai Diri sendiri Isteri Anak Seorang KWSP & Insurans nyawa (maksimum) Rawatan ibu bapa (maksimum) Kadar Cukai RM2 500 pertama RM2 500 berikut RM5 500 berikut

RM8 000 RM3 000 RM1 000 RM5 000 RM5 000

0% 1% 3%

RM10 000 berikut RM15 000 berikut RM15 000 berikut RM20 000 berikut

5% 9% 15% 20%

Setelah membayar cukai pendapatan, lebihan wang telah digunakan untuk perbelanjaan harian, tetap, dan dan perbelanjaan luar jangkaan. Encik Chong sangat berhati-hati dalam menguruskan perbelanjaannya. Oleh itu, 20% daripada pendapatannya disimpan di bank untuk kegunaan pendidikan anak-anaknya. Encik Chong sangat berminat dalam bidang perniagaan . Beliau berhasrat ingin menguruskan sendiri ladang kelapa sawitnya. Setelah menguruskan ladangnya sendiri, Encik Chong mendapati hasil keluarannya amat menggalakkan. Hasil ladangnya Berjaya dieksport ke United Kingdom. Pada bulan Januari, hasil eksport yang diperolehi oleh Encik Chong bernilai 20 000 dan ini mendorong Encik Chong menambah pelaburannya. Walaubagaimanapun , kerajaan pusat mengamalkan dasar perlindungan dengan mengehadkan kuantiti minyak kelapa sawit yang boleh dibawa masuk ke negara tersebut. Dasar perlindungan ini memberi kesan buruk kepada perdagangan Encik Chong . Bagi mengatasi masalah yang dialami , Encik Chong membuiat keputusan untuk meluaskan pasarannya ke negara lain. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan soalan berikut : (a) i. Hitungkan cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Chong. ii. Terangkan tiga tujuan lain Encik Chong membuat tabungan. (b) i. (8 markah) (6 markah)

Nyatakan bentuk sekatan perdagangan yang dikenakan oleh kerajaan United Kingdom. (1 markah) ii. Berikan dua kebaikan dan dua keburukan perdagangan antarabangsa selain yang disebutkan dalam petikan tersebut. (4 markah) Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Pound Sterling. Bulan /Matawang Mac Ogos Kadar Pertukaran 1 = RM6.50 1 = RM8.00

(c) Berdasarkan jadual di atas, i. Hitungkan hasil eksport Encik Chong dalam Ringgit Malaysia bagi bulan Januari. (2 markah) ii. Jelaskan kesan perubahan kadar pertukaran asing yang berlaku ke atas hasil eksport Encik Chong pada bulan Ogos. (4 markah)

You might also like