You are on page 1of 9

SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS

Nama Calon Tingkatan Nombor K/P Angka Giliran Nama Dan Alamat Sekolah Tajuk Kerja Kursus Guru Penilai

: : 3 BESTARI 1 : : AJ056K079 : SMK Seri Iskandar, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak.

: Produk Makanan Tempatan (Keropok Lekor) : Puan Zuriah binti Lazim

Bil 1 2 3

Elemen Elemen I: Mengumpul Fakta Sejarah Elemen II: Merekod Fakta Sejarah Elemen III: Penerepan Unsur Patriotisme Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian

Markah

.......................

( Tandatangan Guru )

ELEMEN I
Tajuk: Produk Makanan Tempatan (Keropok Lekor)

SENARAI SEMAK

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Buku Ilmiah Jurnal Akhbar Majalah Orang Sumber

Sumber

Tandakan ()

Melawat Tempat Kajian Internet Televisyen Radio VCD/DVD Sumber lain Markah

ELEMEN II
Tajuk: Produk Makanan Tempatan (Keropok Lekor)

SENARAK SEMAK

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Tajuk Kajian

Perkara

Tandakan ()

Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Markah

ELEMEN III
Tajuk: Produk Makanan Tempatan (Keropok Lekor)

SENARAI SEMAK

Unsur Patriotrisme 1 2 3 4 5 Markah

Tandakan ()

SENARAI KANDUNGAN

Bil 1 2 3 4 Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian

Sumber

Halaman

4.1 Maklumat Asas Produk Tempatan 4.1.1 Nama Produk 4.1.2 Kategori 4.1.3 Nama Pengusaha 4.1.4 Lokasi 4.2 Latar Belakang 4.2.1 Sejarah Kewujudan 4.2.2 Punca dan jumlah modal 4.2.3 Pendaftaran Perniagaan/Lesen Perniagaan 4.2.4 Tujuan/Kepentingan Produk 4.3 Kaedah/Cara Penghasilan 4.3.1 Tenaga Kerja 4.3.2 Senarai Bahan 4.3.3 Senarai Peralatan 4.3.4 Proses/Peringkat Penghasilan 4.4 Perkembangan Fizikal 4.4.1 Rangkaian Pemasaran 4.4.2 Pengiktirafan Sambutan daripada pengguna/ Penghargaan 4.4.3 Kemajuan yang dicapai 4.4.4 Lambang/ Identiti Setempat

5 6 7

Rumusan Lampiran Rujukan

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi diatas limpahan rahmat dan kurniaanNya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini. Saya Adilah Ridwana binti Norahmad Termizi ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Mashitah binti Ismail, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar kerana memberi kebenaran untuk menjalankan Kerja Kursus Sejarah bagi tahun 2012. Terima kasih juga diucapkan kepada guru Sejarah saya Puan Zuriah binti Lazim kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada ayah saya Norahmad Termizi bin Umar Khan yang telah memberikan sumber inspirasi dan sumber kewangan kepada saya untuk menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini. Selain itu, ucapan penghargaan buat ibu saya, Puan Haliza Binti Abdul Hamid yang telah memberikan galakan dan dorongan untuk saya menyiapkan kerja kursus ini lebih awal. Selain itu, ribuan terima kasih juga kepada pihak pengurusan syarikat Industri Keropok Tronoh kerana telah berkerjasama memberikan maklumat dan kebenaran untuk menjalankan kajian di tempat mereka. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah menolong saya semasa kajian ini dijalankan. Tanpa mereka semua, adalah musatahil bagi saya untuk menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF KAJIAN

Semasa menjalankan kajian, saya telah memenuhi beberapa objektif kajian bagi mencari dan mengumpul fakta sejarah dari pelbagai sumber yang sahih khususnya mengelas, menganalisis, mentafsir, mensentesis dan merumus fakta sejarah secara rasional. Selain itu, saya juga telah merekod fakta sejarah yang telah di analisis mengikut format kajian yang betul tentang produk makanan tempatan yang dikenali sebagai keropok lekor yang terletak berhampiran dengan kediaman saya iaitu Tronoh, Perak. Disamping itu, objektif kajian ini juga dapat memupuk sifat bertanggungjawab dan gigih dalam menghasilkan kerja kursus yang bermutu dan menepati tempoh masa yang telah ditetapkan serta mengamalkan nilai murni dan unsur patriotrisme.

KAEDAH KAJIAN
Antara kaedah kajian yang digunakan dalam menjalankan kerja kursus ini ialah kaedah temuramah. Kaedah temuramah merupakan kaedah tinjauan dalam penyelidikan bagi mengumpul fakta sejarah yang melibatkan pertemuan di antara pengkaji dan responden untuk mendapatkan maklumat tentang penghasilan produk makanan tempatan yang dikenali sebagai keropok lekor. Saya juga telah menggunakan instrument iaitu set soalan yang disediakan oleh saya dan di aju serta dijawab secara lisan. Sehubungan dengan itu, saya juga menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan. Melalui kaedah ini saya menjalankan penyelidikan di pusat sumber sekolah bagi mengumpul fakta sejarah yang berkaitan dengan buku ilmiah dan majalah. Disamping itu, saya juga telah menggunakan kaedah melayari laman web atau sesawang udara. Antara laman web yang saya layari ialah http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Keropok_lekor, http://aminatulmimi.blospot.com/2011/10/whats-life-without-good-keropok-lekor.html, http://myresipi.com/top/detail/975, http://dof.gov.my/produk/keropok dan http://my.88db.com/Food/BuySell/ad-64874. Seterusnya, saya juga menggunakan kaedah melawat tempat kajian. Saya telah pergi ke tempat kajian tersebut dan menemui pengarah urusan syarikat iaitu Rokiah binti Mohamad bagi mengumpul maklumat bahan dan info tentang proses pembuatan keropok lekor.

You might also like