Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah Kedah

Sejarah Kedah

Ratings: (0)|Views: 40|Likes:
Published by Effandi Abu Bakar

More info:

Published by: Effandi Abu Bakar on May 27, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/27/2012

pdf

text

original

 
RINGKASAN PENYEBARAN DANPERKEMBANGAN DUNIA MELAYU ISLAMDI KEDAH DARUL AMAN
RINGKASAN PENYEBARAN DAN PERKEMBANGAN DUNIA MELAYU ISLAM DIKEDAH DARUL AMAN
 
Ditulis dan disusun kembali oleh BlogMaster (Pok Nik)Nota Khas : Terdapat banyak pindaan terpaksa dilakukan kerana input-input baruyang diperolehi supaya artikel ini ditulis dengan fakta yang setepat-tepatnya.Diminta para pembaca agar sentiasa mengunjungi blog ini untuk mendapatkanversi terbaru artikel ini. (Pindaan Terbaru :
27 Oktober, 2009
 )Penghargaan : Al-Allamah Tuan Guru Haji Ustaz Ahmad Junaidin bin Haji Che Din (yang telahmemberikan blogmaster kebenaran serta semakan rasmi ke atas artikel ini)
Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telahmemulakan gerakan memburu dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yangberada di bumi Iran ketika itu. Golongan Sunni adalah dari kalangan suku kaumKurdis (Kalahar) .Oleh kerana keadaan amat terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksaberhijrah secara besar-besaran ke Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh danNew Zealand. Sebahagian daripada mereka juga telah tiba di Nusantara danmembuka penempatan baru di Kedah yang juga dinamakan mereka sebagaiKalahar (sempena mengambil nama suku kaum Kurdis Sunni) yang pada masa itubaru sahaja menerima kesan serangan Raja Rajendra Chola (Lihat Nota 1).
(Nota 1) Ini dikaitkan dengan serangan tentera Islam ke atas sebuah KerajaanHindi di Pantai Koromandel bernama Chola. Raja Rajendra juga tidak berpuas hati dengan penguasaan Sri Vijaya di Nusantara. Baginda telah menghantar ratusankapal perang untuk memusnahkan Empayar Sri Vijaya termasuk Kadaram(Kedah) Dalam tahun 1027 -1030M Rajendra Chola 1 [1018-1044M] melancarkanserangan ke atas Sriwijaya dan Sampugita dengan membawa balik hartarampasan Raja Kadaram [Kedah], Sangrama Vijayattung –varman tanpamembangunkan pemerentahan di Negara-negara yang diserangnya. Walaubagaimanapun ia telah menimpakan kemusnahan yang teruk ke atas Sriwijayadan Sampugita. Antara negeri yang turut dimusnah akibat serangan itu ialahGangga Negara [Perak] dan Medang Bhumi [Kelantan]. Sriwijaya yang berpusat 
 
di Palembang pada masa itu bersama Sampugita termasuk Jawa menyerangbalas Negara Pandya di India Selatan dan Ceylon. Rajendra Chola 1 akhirnyadibunuh [1044] oleh tentera-tentera Melayu dari Negara bersekutu itu. Pada1068-1069M Vira Rajendradeva putera Rajendra Chola 1 menyerang Kandaramyang dibawah jajahan Sriwijaya Palembang dan kemudian menyerah kembali lepada rajanya [serangan ini merupakan pertolongan lepada seorang raja yangmenuntut takhta]. Selepas ini tidak ada tanda-tanda bahawa kerajaan Sampugita jatuh ke tangan Chola.
 
Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu Merong Mahawangsa (Sri Vijaya) menjadi dutaMaharaja Rom ( Keturunan Iskandar Zulkarnain - Macedonia)(Lihat Nota 2) untukmembawa Putera Raja Rom bagi mengahwini Puteri Maharaja China. Bagindaberasal dari Gumarun (Lihat Nota 2), Parsi dan pernah ditewaskan oleh angkatansuku Iran lain yang lebih kuat.
(Nota 2) Rom yang dimaksudkan ialah Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang pada suatu masa adalah sebahagian dari Empayar Rom Timur yang telah lamamenerima agama Islam dari zaman Khulafa Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.
Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa ini telah diserang oleh satu angkatanperang Hindu yang mempunyai kapal berlambangkan burung garuda (lambangkenderaan Dewa Wisnu).Serangan yang begitu kuat ini telah memaksa kapal Raja Merong Mahawangsamendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak lama kemudian baginda telah diangkatmenjadi raja oleh penduduk tempatan sebagai Raja (Kedah) Kalahar 1.Baginda juga telah mengahwini seorang gadis Orang Laut dari suku gergasikerana ingin menggalakkan perkahwinan campuran di samping memperbesarkanlagi keturunan dan kaum kerabat.Raja Merong Mahawangsa telah memperkenalkan nobat di istana baginda (LihatNota 3) mengambil sempena bunyi-bunyian dari istana Khalifah Harun Ar-Rashiddi Baghdad.
(Nota 3) Istana baginda dibina di Kota Langkasuka di Sok, kira-kira 96 km ketimur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan Kalaha danLangkasuka. Baginda juga dikatakan mendirikan sebuah lagi istana di timuGunung Jerai berhampiran Kuala Merbok iaitu tapak permulaan jalan menuju keLangkasuka dan Pantai Timur.
Syeikh Abdullah Al-QumairyTuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani(Pengasas Silat Abjad) telah menceritakankepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin TuanSyeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh
 
Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dariketurunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama TerkenalSultan Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani MuhyiddinAbdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari SyeikhMuhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalamWilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakan-rakannya.
 
- Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitui) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsvi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepa
Tuan Guru Haji Mahmud Nasrijuga telah mengisahkan bagaimana SyeikhAbdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalansekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kedah dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531Hijrah (1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan telah mengadap Maharaja Durbar IIRaja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketikaitu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkanpertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir,istidraj dan lain-lain.
(Nota 4) Semasa zaman Al-Muqtafi menjadi Khalifah di Baghdad.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satukehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatanSyeikh Abdullah.Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh AbdullahAl-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenairahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnyabaginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap duakalimah syahadah 3X di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua parapembesar dan pegawai-pegawai Istana.Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepadaRaja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->