You are on page 1of 7

HUTANG NEGARA (NATIONAL DEBT) Berdasarkan Akta Pembiayaan Kerajaan 1983 dan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 menetapkan

had maksimum hutang kerajaan setakat 55 peratus daripada KDNK manakala Akta Pinjaman Luar 1963 pula membenarkan luar negara hanya sebanyak RM35 bilion. Hutang negara yang meliputi hutang kerajaan persekutuan (pinjaman pasaran luar negeri dan pinjaman projek luar negeri), Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK), sektor swasta dan hutang jangka pendek menunjukkan peningkatan perlahan bermula tahun 2000 sehingga tahun 2008, dan mula menunjukkan penurunan hutang pada tahun 2006 dan tahun 2007. Laporan terkini mengenai keadaan Hutang Negara, menjelaskan bahawa Hutang Negara telah mencecah RM440.7 bilion atau 53.1 peratus dari Keluaran Domestik Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga 2011 dan ramalan jumlah hutang negara boleh menjadi RM495 bilion di akhir tahun 2012, berdasarkan perbelanjaan Bajet 20121. Kenaikan hutang secara drastik ini berpunca daripada perbelanjaan rangsangan fiskal kerajaan untuk memastikan ekonomi negara tidak terjerumus ke jurang kemelesetan akibat daripada krisis kewangan global bermula pada tahun 20082. Walaupun ekonomi Malaysia pulih dengan cepat pada tahun 2010, ia masih tidak dapat berkembang pantas kerana ekonomi dunia masih lembap. Malaysia sebagai negara pengeksport amat bergantung kepada perdagangan antarabangsa, namun krisis kewangan di eropah telah menjadikan pemulihan ekonomi Malaysia menjadi suram. Menurut Datuk Dr. Mahani, Ketua Eksekutif Institut Kajian Stratejik dan Antarabangsa (ISIS) menjelaskan bahawa hampir dua pertiga terdiri dari penjualan bon-bon jangka panjang kerajaan mempunyai tempoh matang antara empat hingga sepuluh tahun. Tambahan beliau lagi, hanya 1.1 peratus sahaja yang perlu dibayar balik dalam tempuh satu tahun. Secara tidak langsung, ini bermakna pihak yang memberi pinjaman (dengan membeli bon kerajaan) yakin tentang masa depan ekonomi Malaysia yang dianggap kukuh. Kesan defisit dijangkakan akan memberi kesan jangka penjang terhadap jumlah hutang Negara. Hal ini akan menjelaskan maklumat berkaitan dengan keupayaan ekonomi untuk mengatasi deficit berterusan. Berdasarkan rajah 2, nisbah hutang merupakan jumlah hutang berbanding jumlah KDNK. Nisbah hutang ini mewakili keupayaan sesebuah negara untuk meminjam dalam

tahun tersebut. Pertumbuhan nisbah hutang sepanjang tahun 2000 sehingga 2008 menjelaskan sama ada deficit dapat diatasi ataupun hanya menjadi tanggungan negara. Berdasarkan rajah 2, pada tahun 2000 sehingga 2008, purata hutang Negara ialah sebanyak 42.6% daripada KDNK. Walaupun nisbah hutang berbanding jumlah KDNK menunjukkan penurunan. Namun, berlaku peningkatan jumlah hutang sepanjang tahun 2000 sehingga tahun 2008. Bermula tahun 2002 dan tahun 2003, hutang negara menunjukkan pertumbuhan sebanyak 7.45%. Pertumbuhan ini adalah lebih besar berbanding pertumbuhan KDNK pada tahun 2002 dan 2003 iaitu hanya sebanyak 5.79%. Namun, perkara sebaliknya berlaku pada tahun 2004 dan 2008 pertumbuhan hutang Negara pada kadar yang sederhana iaitu, 7.1% setiap tahun dan menunjukkan pertumbuhan yang stabil. Hal ini disebabkan oleh pertumbuhan KDNK sebesar 10.9%(Narayanan, n.a). Selain itu, setelah menunjukkan puncak hutang pada tahun 2004 iaitu sekitar 46% dan menurun setelah tahun 2004. Tambahan pula, bermula tahun 2004, KDNK menunjukkan pertumbuhan yang membolehkan hutang Negara diserap dalam KDNK, kerana jumlah KDNK melebihi hutang Negara.

Rajah 2: Jumlah Hutang Negara, hutang kerajaan, hutang luar Negara, nisbah hutang (sumber:jabatan perangkaan Malaysia).

HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN Hutang dalaman (internal debt) ialah komposisi adalah dana yang dipinjam daripada sumbersumber dalam Negara. Pembayaran balik hutang dalaman mewakili pengagihan semula kuasa beli dari kumpulan warganegara yang membayar cukai dan warganegara lain yang pada masa lalu pernah menjadi pemiutang kepada kerajaan persekutuan (Hyman, 2005). Tambahan pula, jika kerajaan meminjam daripada sumber dalam negara dan bukan daripada sumber asing, maka kos lepas yang bakal ditanggung ialah penggunaan dan pelaburan dalam negara. Kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan amat penting dalam menyokong pembinaan kapasiti bagi mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi. Hutang kerajaan persekutuan merupakan elemen liabiliti yang akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Menurut laporan kewangan sektor awam, kerajaan Persekutuan akan berusaha untuk memastikan bahawa paras hutang Negara berada dalam keadaan yang terurus. Demikian itu, kajian ini akan mengkaji keadaan hutang kerajaan Persekutuan bermula tahun 2000 sehingga tahun 2010. Kesan hutang dan bajet deficit kerajaan pada generasi akan datang. Berdasarkan hujah Lerner (1948), kesan hutang dalaman keatas ekonomi akan memberikan kesan kepada insentif cukai yang diperlukan untuk membiayai hutang tersebut serta pengagihan sumber diatara individu dalam ekonomi. Jadual, bermula tahun 2000 sehingga 2005 pertumbuhan KDNK berada dalam keadaan yang memberangsangkan, namun berlaku penurunan pada tahun 2006, dan meningkat semula sehingga 2008, dan kembali menurun pada tahun 2009. Penurunan KDNK pada tahun 2009 adalah kesan daripada krisis hutang eropah yang berlaku pada tahun sebelumnya. Peningkatan KDNK membawa kesan positif kepada prospek masa depan ekonomi Malaysia, namun peningkatan ini diikuti juga dengan peningkatan jumlah hutang dalam negeri kerajaan persekutuan. Tahu n 2000 2001 2002 KDNK 356,401 358,246 377,559 Hutang dalam negeri (federal government domestic debt) 106,805 121,396 128,680 Peratus Hutang Kerajaan Persekutuan daripada Hasil Kerajaan Persekutuan. 29.97% 33.89% 34.08%

2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009

399,414 426,508 449,250 475,526 506,341 530,181 521,095

151,483 181,970 198,670 217,220 247,120 286,121 348,600

37.93% 42.67% 44.22% 45.68% 48.81% 53.97% 66.90%

Jadual 1: Perbandingan Keluaran Dalam Negara Kasar dan Hutang Kerajaan Persekutuan Jadual 2, menunjukkan corak pemilikan hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan pada tahun 2010. Sekuriti kerajaan menyumbang 66.80% daripada jumlah keseluruhan hutang dalam negeri pada tahun tersebut, manakala terbitan pelaburan menyumbang 20.89%, diikuti dengan pinjaman-pinjaman lain iaitu 11.15% dan seterusnya diikuti oleh bil perbendaharaan iaitu 1.17%. Hutang dalam negeri kerajaan Persekutuan tahun 2010 Bil perbendaharaan o Institusi perbankan o Lain-lain Terbitan Pelaburan Sekuriti Kerajaan o Sektor Awam Kerajaan Am Lain-lain Pertubuhan-pertubuhan Keselamatan Sosial Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Lain-lain Syarikat Insurans Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) Institusi Perbankan Bank simpanan Nasional (BSN) Lain-lain Pemilik-pemilik asing RM JUTA 4,320 1,721 2,599 81,500 260,993 962 4,026 90,579 3,783 25 20,245 3,881 44,276 3,656 15,797 73,764 43,543

o o

390,356 Pinjaman- pinjaman lain JUMLAH HUTANG DALAM NEGERI KERAJAAN PERSEKUTUAN Jadual 2: komposisi hutang dalam negeri kerajaan persekutuan pada tahun 2010 HUTANG LUAR NEGARA (EXTERNAL DEBT) Berdasarkan rajah 1 jelas membuktikan bahawa hutang luar negara banyak berasal daripada hutang jangka sederhana dan jangka panjang. Pada tahun 2009, hutang jangka sederhana dan jangka panjang ialah sebesar RM156.0 juta daripada jumlah hutang Negara iaitu RM233.9 juta dan bermula tahun 2006 sehingga 2009, hutang luar negara menunjukkan peningkatan yang ketara. Hutang luar Negara (RM Juta) Tahun 2006 2007 2008 2009a Jumlah hutang 184.5 187.4 236.1 233.9 Hutang jangka sederhana dan jangka panjang 141.7 133.0 156.5 156.0

Jadual 1: komposisi hutang sederhana dan hutang jangka panjang. Hutang Luar Negara Kerajaan Persekutuan Mengikut Mata Wang Hutang luar negara mengikut mata wang asing merangkumi dua mata wang utama iaitu USD (Amerika Syarikat) dan Yen (Jepun). Rajah menunjukkan bahawa pada tahun 2010 sebahagian besar hutang negara terdiri daripada USB (60.6%), Yen (38.8%), dan lain-lain (0.6%). Jumlah hutang luar negara mengikut mata wang asing bagi tahun 2010 ialah RM16,745. PERBANDINGAN HUTANG KASAR KERAJAAN Rajah menunjukkan hutang kasar kerajaan bagi 11 buah Negara termasuk Malaysia. Bermula tahun 1996, hutang kasar kerajaan Malaysia, menunjukkan peningkatan secara perlahan danmun, pada tahun 2008 angka hutang meningkat secara drastik. Hal ini mungkin disebabkan oleh impak krisis hutang eropah. Negara lain seperti Filipina dan Singapura turut menunjukkan pertumbuhan yang serupa dengan Malaysia.

Rajah :

Rajah

Hutang

kasar

Kerajaan

(%

daripada

KDNK)

sumber

http://www.imf.org/external/index.htm

KESIMPULAN Kedudukan kewangan dipengaruhi oleh dalam dan luar negara. Keadaan ekonomi Negara maju menjadi tidak menentu kesan daripada pertumbuhan ekonomi yang lemah, kadar pengangguran yang tinggi, isu hutang yang berlarutan. Namun pertumbuhan bagi Negaranegara ekonomi membangun berkembang pesat dan dijangka akan menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Keadaan defisit Keadaan hutang Negara yang meningkat setiap tahun, menimbulkan kebimbangan kepada semua masyarakat namun, sepanjang kadar hutang berada pada tahap yang telah ditetapkan iaitu 55 peratus daripada KDNK maka, hutang masih belum membahayakan ekonomi negara. Namun usaha untuk menurunkan kadar hutang mestilah di jalankan. Sehubungan dengan itu, kepatuhan yang tegas keatas terhadap disiplin fiskal serta sasaran fiscal tahap sederhana adalah amat penting untuk dilaksanakan bagi memastikan kestabilan kedudukan fiskal dan asas-asas makroekonomi. Kerajaan seharusnya berusaha untuk mengukuhkan kedudukan fiskal seperti yang disandarkan kepada jangkaan defisit yang lebih rendah pada tahun 2012. Pelbagai usaha haruslah diambil bagi merealisasikan impian iaitu untuk memperoleh defisit yang lebih rendah dan hutang negara yang semakin berkurang.

You might also like