You are on page 1of 1

Menurut Lenneberg (1967) perkembangan pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak melalui lapan peringkat: 1.

Semasa berumur tiga bulan, kanak-kanak hanya dapat mengangkat kepada meniarap. Dia meletakkan semua berat badannya pada sikunya. Kanak-kanak kurang menangis pada masa ini dan dia boleh mengeluarkan bunyi seakanakan bunyi vokal yang kadang-kadang berpanjangan antara lima belas sampai dua puluh saat. 2. Semasa berumur empat bulan, kepala kanak-kanak itu mula kukuh dan tegap dan kanak-kanak mula menggemari barang- barang permainan. Tindakbalas kepada suara manusia lebih tajam, matanya mencari si penutur kadangkadang kanak-kanak itu akan ketawa. 3. Pada masa berumur lima bulan, kanak-kanak tersebut boleh duduk tegap. Dia mula menyebut bunyi konsonan di antara bunyi vokal tersebut. Tetapi dari segi akustik bunyi-bunyi itu berbeza dari bunyi bahasa. 4. Semasa kanak-kanak yang berumur enam bulan ia mula boleh bertupang tangan semasa duduk. Kebolehan mengagah bertukar kepada pengeluaran bunyi-bunyi yang berciri sukukata seperti ma, mam, da, dak, di, dan dik dan lain-lain.

5. Pada masa berumur lapan bulan kanak-kanak mula boleh berdiri sambil berpegang kepada dinding. Pengulangan bunyi- bunyi menjadi lebih kerap dan pola lagu menjadi lebih nyata dan pertuturan mula digunakan untuk menyatakan kemahuan dan perasaan. 6. Semasa berumur sepuluh bulan kanak-kanak itu mulai merangkak dan kadang-kadang berdiri tegak. Kanak-kanak mula mengeluarkan berbagai-bagai bunyi dan mula meniru bunyi dan membezakan bunyi yang berlainan yang didengarnya. 7. Semasa berumur dua belas bulan kanak-kanak mulai belajar berjalan-jalan dan bunyi yang serupa dengan bunyi bahasa mula diterbitkan dan perkataan seperti mak, abah, mamam, mula disebut. Pada masa ini juga kanak-kanak tersebut mulai memahami arahan. 8. Semasa berumur lapan belas bulan kanak-kanak tersebut mulai berjalan. Dia sudah mempunyai antara tiga hingga lima puluh perkataan. Kefahamannya bertambah baik dan dia mula menggabungkan dua perkataan untuk menjadi rangkaikata. Semasa umurnya meningkat dua tahun pola-pola ayatnya mula menjadi lengkap dan dia dapat merumuskannya dengan bersendirian. Proses ini berterusan hingga umurnya menjadi baligh apabila bahasanya menjadi sempurna. http://bmp6103.blogspot.com/2009/02/pemerolehan-bahasa.html

You might also like