You are on page 1of 9

Maksud badminton

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring. Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Sejarah dan pembangunan

Battledore and Shuttlecock. 1854, dari Arkib John Leech

[1]

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.[2]

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3] Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.[4] Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899. Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.[5] Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.[6]

Peraturan bermain badminton


Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF. Sistem Pemarkahan v Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata. v Setiap kali serve, pemain akan dapat mata. v Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada pemain. v Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang . v Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapat menambah mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi permainan tersebut. v Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan pada set kedua. Jarak masa antara permainan dan menamatkan permainan v Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 11 mata, pemain mempunyai 60 saat jarak masa antara perlawanan. v Jarak masa 2 minit di antara setiap perlawanan dibenarkan. v Dalam set ketiga, pemain diberi peluang untuk menamatkan perlawanan apabila mendahului dengan 11 mata. Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan beregu : v Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai v Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun v Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai v Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang v Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia v Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan kedudukan dunia

kemahiran asas
Kemahiran Asas Badminton Terdapat dua cara memegang raket iaitu pegangan hadapan dan pegangan kilas Pukulan Servis Terdapat tiga jenis pukulan servis iaitu : I ) Servis Rendah v Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan v Ayun raket ke belakang v Siku bengkok hampir ke badan v Tangan kiri pegang bulu tangkis v Lepaskan bulu tangkis v Ayun raket pantas ke hadapan v Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri v Pandang ke sasaran II ) Servis Flik v Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri v Pukulan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan III ) Servis Tinggi v Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan v Ayun raket tinggi ke belakang v Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka v Lepaskan bulu tangkis v Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan v Pandang bulu tangkis IV ) Pukulan Hadapan v Pandang bulu tangkis v Ayun raket ke belakang v Sebelah tangan lagi diluruskan v Ayun raket dengan tangan lurus v Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi V) Pukulan Kilas v Pandang bulu tangkis v Kaki kanan menyilang ke kiri

v Kilas raket separa bahu v Pukul bulu tangkis VI) Pukulan Lob v Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob. Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang. VII) Pukulan Smesy Pukulan smesy boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tunggi di udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally. Sasaranyan ialah ke ruang kosong gelanggang lawan. v Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan v Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok v Sebelah tangan lagi lurus ke atas v Pukul bulu tangkis dengan pantas

Cara Asas Memegang Raket untuk Pukulan hadapan

Cara Asas Memegang Raket untuk pukulan Backhand

You might also like