You are on page 1of 33

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU III B

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Unit : PKK / PM / PR / PK

Sidang : 1

1. Tajuk : DEWASA DALAM PENGAKAP

2. Masa : 60 minit

3. Objektif : Di akhir sidang peserta akan dapat memahami:

3.1 Mengetahui dasar polisi sumber dewasa dunia dan


konsep dewasa dalam Kepengakapan.
3.2 Mengetahui penggunaan manusia dan kebendaan
dalam proses pengembangan ahli dewasa.
3.3 Memahami ujudnya peningkatan kendiri dalam
jawatan dan pengiktirafan tugas-tugas yang
pelbagai.
3.4 Melaksanakan tugas sebagai pemimpin.
3.5 Alam membantu muda remaja dalam
Kepengakapan.

4. Kaedah : 4.1 Ceramah.


4.2 Perbincangan terbuka.

5. Nilai-Nilai Murni: 5.1 Dedikasi.


5.2 Bekerjasama.
5.3 Sukarela.
5.4 Ikhlas.

6. Alat Bantu : 6.1 Gambar.


6.2 Model Kejayaan Pemimpin.
6.3 Power Point.
6.4 Contoh pengiktirafan.

7. Penyampaian Pengajaran:

7.1 Langkah 1 : Melatih pemimpin berkomunikasi


yang efektif.

7.2 Langkah 2 : Mengadakan model inspirasi dan


galakkan.
7.3 Langkah 3 : Memberi sokongan, kaunseling dan
nasihat.

7.4 Langkah 4 : Memudahkan penyediaan program


dan aktiviti.

7.5 Langkah 5 : Memberi petunjuk–petunjuk


mendapatkan dana.

7.6 Langkah 6 : Menggalakan lebih inovatif, kreatif


dalam menguruskan program
yang dirancang.
Unit : Pengakap Kanak-Kanak

Sidang : 2

1. Tajuk : UJIAN KERIS GANGSA DAN PERAK

2. Masa : 60 minit

3. Objektif : Di akhir sidang peserta akan dapat memahami:

3.1 Merancang satu Ujian Keris Gangsa dan Perak.


3.2 Melaksana/menjalankan sesi Ujian Keris
Gangsa dan
Perak.
3.3 Menerangkan bagaimana sesi Ujian Keris dapat
dilaksanakan.

4. Kaedah : 4.1 Sistem kedai.


4.2 Kaedah klinik.

5. Nilai-Nilai Murni: 5.1 Ketepatan.


5.2 Berdayasaing.
5.3 Berkeyakinan.

6. Alat Bantu : 6.1 Bola.


6.2 Tali (skipping & lkatan).
6.3 Baldi.
6.4 Kain anduh.
6.5 Mancis api.
6.6 Buku.

7. Penyampaian Pengajaran:

7.1 Langkah 1 : (10 minit)

7.1.1 Jurulatih menerang sistem kedai dan


klinik (Lampairan 17A).

7.2 Langkah 2 : (70 minit)

7.2.1 Peserta bergerak ke kedai untuk Ujian


Keris (Lampiran 17B).
7.2.2 Setiap kedai dijaga/diuji oleh seorang
jurulatih.
Lampiran 17A

SISTEM KEDAI

1. Setiap ujian hendaklah dibeli dengan satu kemahiran yang ditetap.

2. Jlka tidak dapat membuat sesuatu ujian, boleh belajar di klinik.

3. Jurulatih akan menerangkan cara sesi ini dilaksana.

4. Peserta bebas membuat ujlan di mana juga kedal yang disukai.

5. Elak bertumpu kepada satu kedai sahala.

Lampiran 17B

UJIAN KERIS GANGSA DAN PERAK

KEDAI UJIAN TIKET


1. Ikatan : Buku siIa, bunga geti, simpul Persetiaan Pengakap
sentak
2. Laung Agung Nama DYMM Yang Di Pertuan
Agong
3. Mengelecek bola Satu jenis tumbuhan sebagai ubat
4. Tanda isyarat Sulit Pengakap Undang-Undang Pengakap
5. Membuat anduh Seekor belalang
6. Menghidup api Tiga batang mancis
7. Mengibar bendera Simpulan Bunga Geti atau tindih
Kasih
8. Membaling bola masuk baldi 3 batang kemuncup
9. Menimbang buku atas kepala Menyanyi satu lagu Pengakap
10 Skipping lima (5) kali ke hadapan dan Simpulan Buku Sila atau Simpul
lima (5) kali ke belakang Manok
Sidang : 3

1. Tajuk : UJIAN KERIS EMAS DAN ANUGERAH RAMBU


PKK

2. Masa : 60 minit

3. Objektif : Di akhir sidang peserta akan dapat memahami:

3.1 Merancang satu Ujian Keris Emas dan anugerah


Rambu
Pengakap Kanak-Kanak.
3.2 Melaksana/menjalankan sesi Ujian Keris Emas
dan
anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak.
3.3 Menerangkan bagaimana sesi Ujian Keris dan Rambu
Pengakap Kanak-Kanak dapat dilaksanakan.

4. Kaedah : 4.1 Sistem kedai.


4.2 Kaedah klinik.

5. Nilai-Nilai Murni: 5.1 Ketepatan.


5.2 Berdayasaing.
5.3 Berkeyakinan.

6. Alat Bantu : 6.1 Bola.


6.2 Tali (skipping & lkatan).
6.3 Baldi.
6.4 Kain anduh.
6.5 Mancis api.
6.6 Buku.

7. Penyampaian Pengajaran:

7.1 Langkah 1 : (10 minit)

7.1.1 Jurulatih menerang sistem kedai dan klinik


(Lampairan 17A).

7.2 Langkah 2 : (70 minit)

7.2.1 Peserta bergerak ke kedai untuk Ujian


Keris dan Anugerah Rambu (Lampiran
17B).
7.2.2 Setiap kedai dijaga/diuji oleh seorang
jurulatih.
Lampiran 17A

SISTEM KEDAI

1. Setiap ujian hendaklah dibeli dengan satu kemahiran yang ditetap.

2. Jlka tidak dapat membuat sesuatu ujian, boleh belajar di klinik.

3. Jurulatih akan menerangkan cara sesi ini dilaksana.

4. Peserta bebas membuat ujlan di mana juga kedai yang disukai.

5. Elak bertumpu kepada satu kedai sahala.

Lampiran 17B

UJIAN KERIS EMAS DAN ANUGERAH RAMBU PKK

KEDAI UJIAN TIKET


1. Ikatan : Buku slia, bunga geti, simpul Persetiaan Pengakap
sentak
2. Laung Agung Nama DYMM Yang Di Pertuan
Agong
3. Mengelecek bola Satu jenis tumbuhan sebagai ubat
4. Tanda isyarat Sulit Pengakap Undang-Undang Pengakap
5. Membuat anduh Seekor belalang
6. Menghidup api Tiga batang mancis
7. Mengibar bendera Simpulan Bunga Geti atau tindih
Kasih
8. Membaling bola masuk baldi 3 batang kemuncup
9. Menimbang buku atas kepala Menyanyi satu lagu Pengakap
10 Skipping lima (5) kali ke hadapan dan Simpulan Buku Sila atau Simpul
lima (5) kali ke belakang Manok
Sidang : 5

1. Tajuk : PEK BERCUTI

2. Masa : 240 minit

3. Objektif : Di akhir sidang peserta akan dapat memahami:

3. 1 Menyata tujuan dan faedah-faedah Pek Bercuti.


3.2 Menyenarai prosedur perlaksanan Pek Bercuti.
3.3 Menyata aktiviti-aktivitl dan permainan dalam sesi
Pek Bercuti.
3.4 Berkongsi maklumat dan pendapat dalam
membuat keputusan.

4 Kaedah : 4.1 Syarahan.


4.2 Perbincangan.
4.3 Pembentangan.

5. Nilai-Nilai Murni: 5.1 Bekerjasama.


5.2 Patuh dan menurut perintah.
5.3 Jujur.

6. Alat Bantu : 6. 1 Carta.


6.2 Contoh Program.

7. Penyampaian Pengajaran:

7.1 Langkah 1 : (10 minit)

7.1.1 Jurulatih meminta peserta mencerita beberapa


tempat menarik untuk berkelah dan
berkhemah di negara kita.

7.2 Langkah 2 : (30 minit)

7.2.1 Penerangan Jurulatih.

7.2.2 Pengertian, faedah-faedah dan prosedur

dalam melaksana Program Pek

Bercuti
7.3 Langkah 3 : (20 minit)

7.3.1 Jurulatih :

7.3.1.1 Menunjuk contoh program Pek


Bercuti

7.3.1.2 Memberi tugasan mengikut


sekawan

7.4 Langkah 4 : (120 minit)

7.4.1 Setiap Pek akan menjalankan Program Pek


Bercuti ditempat yang ditentukan oleh
jurulatih.

7.5 Langkah 5 : (40 minit)

7.5.1 Melaporkan tugasan Pek Bercuti oleh Ketua


Sekawan.

7.6 Langkah 6 : (20 minit)

7.6.1 Jurulatih merumus persembahan


Sekawan.
LAMPIRAN:

1. Pengertian Pek Bercuti

1.1 Aktiviti senggang yang terancang dan bermatlamat.


1.2 tempat bercuti contoh dalam bangunan/berkhemah.
1.3 masa cuti hujung minggu/semester

2. Prosedur-prosedur dalam melaksana program "Pek Bercuti". Tindakan


sebelum (perancangan).

2.1 AJK bertindak.


2.2 Masa : 1 bulan sebelum program.
2.3 Urusan surat-menyurat.

2.3.1 Sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah.


2.3.2 Kebenaran ibubapa/penjaga.
2.3.3 Pesuruhjaya Daerah.
2.3.4 Pihak-pihak keselamatan - Polis, Bomba & Pejabat
kesihatan.
2.3.5 Surat penghargaan.
2.3.6 Surat, permohonan kepada penjaga (nyatakan tempat
dan masa bertolak, jangka masa, masa balik)

2.4 Tempat:

2.4.1 Berhampiran/jauh
2.4.2 Tinjauan kawasan.
2.4.3 Keselamatan.
2.4.4 Hospital/klinik.
2.4.5 Polis.

2.5 Peralatan:

2.5.1 Khemah.
2.5.2 Kemudahan memasak.
2.5.3 Peralatan peribadi.

2.6 Perbelanjaan:
2.6.1 Sumber lain yang boleh diperolehi seperti PIBG atau

orang perseorangan.

2.7 Pembantu:

2.7.1 Pemimpin Pengakap.


2.7.2 Pengakap Kelana.
2.7.3 lbubapa/PIBG.
2.7.4 Pesuruhjaya Daerah.

2.8 Urusan lain:

2.8.1 Sijil Penyertaan.


2.8.2 Cenderamata/hadiah.
2.8.3 Jemputan.

2.9 Tindakan Semasa (perlaksanaan)

2.9.1 Taklimat.
2.9.2 Bertolak ke tempat yang ditetapkan.
2.9.3 Pembersihan kawasan dan penempatan.
2.9.4 Agihan alatan.
2.9.5 Program untuk aktiviti Perjumpaan Pek

2.9.5.1 Bangun pagi/senaman.


2.9.5.2 Tempat ibadah.
2.9.5.3 Sarapan pagi.
2.9.5.4 Aktiviti-aktiviti dan permainan-permainan
2.9.5.5 Ujian Khas dan Lencana Kepandaian.
2.9.5.6 Makan dan minum petang, malam.
2.9.5.7 Unit kawalan/rukun tetangga.

2.10 Tindakan Selepas:

2.10.1 Pembersihan kawasan dan peralatan.


2.10.2 Surat-surat penghargaan.
2.10.3 Taklimat akhir.
2.10.4 Menurunkan bendera.
2.10.5 Perjalanan balik.
PROGRAM PEK BERCUTI

Tarikh Masa Aktiviti Tindakan Catatan


5.30 pg Bangun pagi/ Solat Subuh
6.30 pg Senaman pagi
7.30 pg Sarapan pagi
8.30 pg Pemeriksaan pagi
9.00 pg Laung Agung
9.30 pg Aktiviti 1
10.30 pg Rehat/minum
11.00 pg Aktiviti 2
12.30 th Rehat/Makari Tengahari/ Solat
Zohor
2.30 ptg Aktiviti 3
4.30 ptg Kemahiran Pengakap
6.00 ptg Turun Bendera
8.30 mlm Aktiviti 4
10.30 mlm Rehat/Selamat Malam
TUGASAN KUMPULAN

1. Sediakan program aktiviti Pek Bercuti selama 3 hari 2 malam. Maklumat yang
perlu ada didalam program tersebut ialah:

1.1 Waktu-waktu bangun pagi.


1.2 Solat.
1.3 Minum.
1.4 Makan.
1.5 Permainan.
1.6 Ujian keris dan ujian lencana kepandaian.
1.7 Serta kawalan rukun tetangga.

2. Sedia surat-surat kepada:

2.1 Ibu Bapa/Penjaga.


2.2 Pejabat Pelajaran Daerah.
2.3 Pesuruhjaya Daerah.
2.4 Polis.
2.5 Penghargaan.
2.6 Jemputan.

3. Sediakan satu rancangan keperluan peralatan bagi perkhemahan 3 hari 2 malam


dengan bilangan peserta seramai 36 orang Pengakap Kanak-Kanak.
Unit : PKK / PM / PR / PK

Sidang : 8

1. Tajuk : ANUGERAH BINTANG DAN PINGAT PPM

2. Masa : 60 minit

3. Objektif : Di akhir sidang peserta dapat memahami:

3.1 Mengetahui sejarah anugerah Pengakap Malaysia.


3.2 Mengenali jenis-jenis anugerah dan bintang
tertinggi Pengakap Malaysia.
3.3 Memahami bahawa setiap pemimpin pengakap
berpeluang mendapat anugerah dan bintang tertinggi
Pengakap.

4. Kaedah : 4.1 Syarahan.


4.2 Perbincangan.
4.3 Percambahan fikiran.

5. Nilai-Nilai Murni: 5.1 Menanam sikap bertanggungjawab.


5.2 Menghargai jasa pemimpin Pengakap.
5.3 Mengiktiraf sumbangan dan jasa ahli Pengakap.

6. Alat Bantu : 6.1 LCD dan skrin.


6.2 Komputer.
6.3 OHP dan lutsinar.
6.4 Papan putih.

7. Penyampaian Pengajaran:

7.1 Langkah 1 : (5 minit)

7.1.1 Jurulatih bersoaljawab dengan peserta


mengenai pengiktirafan yang diberikan oleh
Pengakap kepada pemimpin Pengakap yang
berjasa dan memberi sumbangan.

7.2 Langkah 2 : (20 minit)

7.2.1 Jurulatih menjelaskan mengenai sejarah


anugerah Pengakap Malaysia dan
bagaimana bermulanya penganugerahan dan
cara anugerah ini disampaikan kepada
pemimpin Pengakap yang terpilih.
7.2.2 Jurulatih menerangkan cara untuk seseorang
pemimpin dicalonkan untuk mendapat
anugerah dan bintang Pengakap.

7.3 Langkah 3 : (30 minit)

7.3.1 Jurulatih menunjukkan contoh beberapa


anugerah dan pingat Pengakap seperti
Semangat Padi.
7.3.2 Peserta berbincang mengenai syarat-syarat
yang telah ditetapkan untuk mendapat dan
dicalonkan anugerah dan pingat.

7.4 Langkah 4 : (5 minit)

7.4.1 Jurulatih membuat rumusan bahawa semua


ahli Pengakap yang telah berkhidmat dan
menyumbang jasa bakti kepada pengakap
akan diberi pengiktirafan dan anugerah.

8. Lampiran : 8.1 Nota edaran pingat dan anugerah tertinggi Pengakap


Malaysia.
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

TATARACARA PENGURNIAAN DAN PENCALONAN BAGI


PENGANUGERAHAN DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN SERTA PINGAT
KETUA PENGAKAP NEGARA , PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 Pindaan No.143 danNo.409 tahun 1989
( sisipan pada Akta ; guna pakai dalam permakluman - 1989 )

RASIONAL

Rasional Pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Persekutuan


Pengakap Malaysia ;

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) semenjak ditubuhkan sentiasa memberi


pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan kumpulan yang berjasa
terhadap perkembangan dan pembangunan Kepengakapan secara langsung atau
tidak langsung di dalam dan di luar negara. Kecemerlangan Kepengakapan amat
bergantung kepada semangat dedikasi dan komitmen para pemimpin melatih,
membimbing dan mengasuh setiap ahli Pengakap agar berguna kepada diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan negara. Selaras dengan pencapaian dan pembangunan
pergerakan Kepengakapan di Malaysia masa kini.

OBJEKTIF

Objektif Pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Persekutuan


Pengakap Malaysia :

a. Memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin Pengakap yang telah


berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan sumbangan dan komitmen
terhadap Persekutuan Pengakap Malaysia.

b. Memberi peluang dan ruang berinteraksi dan maklum balas tentang


pencapaian terkini dalam Persekutuan Pengakap Malaysia.

c. Menggalakkan sumbangan yang lebih aktif di kalangan ahli bagi memastikan


Persekutuan Pengakap Malaysia mencapai objektif pergerakan berdasarkan
Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.
d.Menjadikan ia contoh tauladan kepada ahli-ahli Pengakap dan pemimpin
generasi muda tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh penerima
anugerah.
TATACARA PENGURNIAAN & PENCALONAN

1. Tatacara pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat adalah sangat
terperinci dan memakan masa selama lima bulan, iaitu dari mula calon
dicadangkan hingga kepada upacara Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran. Ia
bermula pada bulan Disember setiap tahun apabila diminta menyerahkan senarai
calon kepada Persekutuan Pengakap Malaysia di Ibu Pejabat pada AKHIR
BULAN Mac tahun depan. Pencalonan disalur melalui proses penapisan oleh
Majlis Pengakap Negeri, baharu dimajukan kepada Ibu Pejabat Persekutuan
Pengakap Malaysia.

2. Ketua Pengakap Negara adalah sumber bagi segala kehormatan dan kebesaran
dalam Persekutuan Pengakap Malaysia. Beliau sahaja yang boleh mengurniakan
serta mewujudkan Darjah, Pingat Penghormatan dan Kebesaran. Walaupun
pengurniaan Darjah Kebesaran adalah hak mutlak Ketua Pengakap Negara.
Perlembagaan memperuntukkan Ketua Pengakap Negara merujuk kepada
Jawatankuasa Anugerah.

3. Pada awal bulan Mei, senarai nama pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran
yang telah ditentukan bagi setiap kategori bersama dengan biodata dan sokongan
yang terperinci setiap calon akan dibentangkan terlebih dahulu di mesyuarat
Jawatankuasa Anugerah, Persekutuan Pengakap Malaysia. Di sini dipastikan
bahawa calon mempunyai kelayakan mengikut Garis Panduan dan kriteria yang
telah ditetapkan serta pandangan dan pendapat ahli Jawatankuasa Anugerah
mengenai setiap calon yang dikemukakan. Ahli Majlis Jawatankuasa Anugerah,
Persekutuan Pengakap Malaysia amat teliti dalam pemprosesan maklumat
mengenai setiap calon. Sebarang maklumat yang tidak menepati atau
pengecualian akan dibangkitkan kepada Majlis, walaupun hal tersebut mungkin
kecil.

4. Mesyuarat Khas yang dipengerusikan oleh Ketua Pengakap Negara akan


bersidang untuk meneliti setiap pencalonan. Di dalam kes-kes yang mendapat
perhatian wajar oleh Majlis Jawatankuasa Anugerah, Ketua Pengakap Negara
akan merujuk kepada Ahli Jawatankuasa Anugerah, Persekutuan Pengakap
Malaysia untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mereka sebelum membuat
keputusan muktamad untuk diperkenankan.

5. Senarai nama calon yang terpilih kemudiannya diserahkan oleh Persekutuan


Pengakap Malaysia kepada Polis, Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Insolvensi
bagi tujuan penyiasatan dan kelulusan dan bukan muflis serta bebas dari apa-apa
kesalahan Polis dan Badan Pencegah Rasuah.
6. Senarai yang telah diperakukan dan diperkenankan akan dihantar untuk
makluman kepada Majlis Pengakap Negeri-Negeri, mengikut Bintang dan Pingat
yang diterima. Satu senarai penuh nama-nama penerima mengikut Bintang dan
Pingat akan dikeluarkan sebagai kesahihan penerima mengikut abjad (Gelaran
dan nama tambahan diletakkan selepas nama, kecuali gelaran keturunan Di-Raja
dan Bangsawan).

UPACARA MAJLIS PENYAMPAIAN DARJAH, BINTANG DAN PINGAT

1. Upacara penyampaian Darjah, Bintang dan Pingat akan dilakukan diperingkat


Kebangsaan, dimana pihak Jawatankuasa Anugerah/Majlis Pengakap
Malaysia/Ketua Pengakap Negara akan membuat ketentuan diperingkat
kebangsaan untuk menentukan samada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong / Y.A.B Perdana Menteri / Y.A.B Timbalan Perdana Menteri atau
sekiranya dibuat di negeri kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia / Duli Yang
Maha Mulia Sultan atau Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, boleh juga
disempurnakannya semasa Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan
diperingkat Majlis Pengakap Negeri-Negeri, boleh ditentukan oleh Ketua
Pengakap Negara kepada sesiapa yang akan menyempurnakannya atau Ketua
Pengakap Negara sendiri akan menyampaikannya.

2. Bagi Darjah dan Bintang : Bintang Semangat Padi Kelas I (Emas) – (BSP-I),
Bintang Semangat Padi Kelas II (Perak) – (BSP-II), Bintang Semangat Rimba
Kelas I (Emas) – (BSR-I) dan Bintang Semangat Rimba II (Perak) – (BSR-II) dan
Bintang Pahlawan hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara atau
dalam satu-satu majlis yang dimaklumkan kepada Ketua Pengakap Negara, pihak
Majlis Pengakap Negeri boleh memohon penurunan kuasa pada Majlis Pengakap
Negeri untuk memohon ‘Penaung’ Majlis Pengakap Negeri atau Y.A.B Menteri
Besar atau Y.A.B Ketua Menteri atau Menteri-Menteri Penuh Kerajaan
Persekutuan untuk menyampaikanya walaupun pada masa yang sama Ketua
Pengakap Negara ada atau tiada bersama dalam majlis berkenaan.

3. Sementara semasa ketidakboleh beradanya Ketua Pengakap Negara disatu-satu


Majlis Penganugerahan bagi Pingat Cemerlang, Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negara atau Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara atau Yang DiPertua
Majlis Pengakap Negeri atau Pengerusi Majlis Pengakap Negeri bolehlah Ketua
Pengakap Negara memberi penurunan kuasa penganugerahan kepada mereka
setelah dipohon dan diberikan kuasa oleh Ketua Pengakap Negara.

4. Bagi Pingat-Pingat Setia (PPS), Pingat Perkhidmatan Baik (PPB), Pingat


Perkhidmatan Lama (PPL) dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN),
dimana ada yang akan terpilih untuk menerima diperingkat kebangsaan (atas
dasar jarak dan fakta-fakta tertentu yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa
Majlis Penganugerahan) ianya akan disampaikan diperingkat Majlis Pengakap
Negeri dan penurunan kuasa boleh dipohon daripada Ketua Pengakap Negara,
untuk disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Penolong-
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ahli-Ahli Majlis yang dilantik
sebagai EXCO Persekutuan Pengakap Malaysia, Yang DiPertua Majlis Pengakap
Negeri, Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri, Ahli-
Ahli Yang Berhormat (selaku perasmi majlis), Pegawai Daerah (jika di dalam
daerah), Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri dan Penolong-Penolong
Pesuruhjaya Pengakap Negeri (yang diberi kuasa atas pemakluman Pesuruhjaya
Pengakap Negeri).

JANGKAMASA, WAKTU UNTUK DIBUAT PENCALONAN

Waktu/jarakmasa penganugerahan diantara satu-satu pingat dengan pingat atau


bintang.

a. Dimaklumkan warta disini bahawa anugerah yang paling rendah tetapi


membawa makna dan pengiktirafan yang sama ialah “Sijil Kepujian Ketua
Pengakap Negara(SKKPN)” dan “bar” ini diberikan kepada pemimpin yang
bertauliah dan berkhidmat lebih 12 bulan.

b. Di dalam waktu yang sama dari tarikh seseorang pemimpin bertauliah


menerima “bar dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN)”
bolehlah dianggap satu tahun dicampur 3 tahun jumlahnya 4 tahun, untuk
dicadangkan dan dicalonkan untuk menerima Pingat Perkhidmatan Baik
(PPB).

c. Kemudian dari penerima “Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara


(SKKPN)” dan “Pingat Perkhidmatan Baik (PPB)”, jarak masa bilangan
tahun seseorang pemimpin bertauliah yang berterusan berkhidmat dengan
cemerlang selama 6 tahun (atau 4 tahun dari tarikh penerima Pingat
Perkhidmatan Baik (PPB)) boleh diteruskan dengan pencalonan untuk
mendapat Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) (Di dalam jangkaan mengikut
keadaan biasa jarak tahun untuk pencalonan seterusnya boleh dibuat semula
untuk pingat-pingat seterusnya adalah minima 4 tahun).

d. Selepas menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), jangkaan untuk


menerima pencalonan Bintang Semangat Rimba Kelas II (Perak) – (BSR-II)
dan keatas (Bintang Semangat Rimba Kelas Kelas I (Emas) – (BSR-
I)/Bintang Semangat Padi Kelas II (Perak) – ( BSP –II) dan Bintang
Semangat Padi Kelas I (Emas) – (BSP-I) adalah tertakluk kepada Majlis
Pengakap Negeri dan Majlis Pengakap Malaysia untuk mencalonkannya.
e. Sementara untuk anugerah Pingat Perkhidmatan Lama (PPL), jarak waktu
khidmat seseorang pemimpin yang bertauliah dan bertugas dengan
cemerlang tanpa putus perkhidmatannya (terus menerus) atau jumlah
perkhidmatan sebagai pemimpin selama dua puluh tahun (20 tahun) (di
dalam keadaan-keadaan tertentu atau luar biasa) jangkaan bilangan tahun
minima adalah lapan belas tahun (18 tahun) boleh dipertimbangkan untuk
pencalonan.

KURNIAAN KHAS & STATUS “KEHORMAT”

1. Kepada pemimpin yang memegang jawatan Penolong Ketua Pesuruhjaya


Pengakap Negara, Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang menjalankan tugas jawatan
tersebut selama tidak kurang daripada 4 tahun dengan cemerlang, setia dan gigih
bolehlah dicalonkan oleh Jawatankuasa Anugerah untuk dianugerahkan dengan
Bintang Semangat Rimba Kelas II (Perak) – (BSR – ii), seterusnya berkhidmat
secara terus menerus bertugas dengan cemerlang selama 8 tahun, bolehlah
dicadangkan pula untuk menerima Bintang yang lebih tinggi atau atas keadaan
biasa dengan persetujuan Ketua Pengakap Negara.

2. Penganugerahan Bintang dan Pingat berstatus “Kehormat”, Bintang dan Pingat


yang dianugerahkan kepada Ketua-Ketua Negara dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya
Pengakap Negara dari luar Malaysia (atas juridiksi).

a. Dicadangkan oleh Ketua Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap


Negara.

b. Jawatankuasa Antarabangsa.

c. Jawatankuasa Pasukan Latihan Negara.

d. Jawatankuasa Pengurusan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ini juga adalah tertakluk kepada persetujuan dan perkenan oleh Ketua Pengakap
Negara.
BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

1. BINTANG SEMANGAT PADI KELAS PERTAMA – EMAS (BSP – I)


(Bentuk : Sijil dan Pingat – Kalung)

a. Bintang Semangat Padi Kelas Pertama – Emas (BSP – I) adalah


anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya
disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja. Anugerah yang amat
terhad ini menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu,
penerima yang layak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-
pemimpin negeri dan negara.

b. Di antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat


Padi Kelas Pertama ini adalah dari kalangan Ketua-Ketua Negara dan
Negeri yang terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong, Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan-
Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, Perdana Menteri dan
Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara (KPN), kecuali
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap
Negara kesemua tokoh pemimpin ini merupakan Penaung kepada
Persekutuan Pengakap Malaysia dan Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong sebagai Penaung Utama kepada pergerakan Pengakap di
negara ini.

c. Selain dari tokoh-tokoh pemimpin yang tersebut, Bintang tertinggi


Pengakap ini boleh juga dianugerahkan kepada Yang Teramat Mulia
Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika
Sultan dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong, dan bergantung kepada
pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Kecil Penganugerahan,
Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap
Negara. Dalam keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh
dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau
Pengakap dari kalangan rakyat biasa seperti Y.A.B Menteri-Menteri
Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet atau mereka yang
setaraf dengannya yang banyak berjasa kepada pergerakan Pengakap
dengan sokongan Ketua Pengakap Negara (KPN). Penganugerahan
kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi di atas
status Kehormat.

d. Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-


unsur budaya pribumi, di mana PADI merupakan teras hati budi,
tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu. Walaupun
Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi
dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan,
ianya telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari suatu aspek yang
lain pula, kegiatan Kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan
yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah
Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-
nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatan.

e. Bintang Semangat Padi Kelas Pertama ini hanya boleh disampaikan oleh
Ketua Pengakap Negara (KPN).
2. BINTANG SEMANGAT PADI KELAS KEDUA – PERAK (BSP – II)
(Bentuk : Sijil dan Pingat – Kalung)

a. Bintang Semangat Padi Kelas Kedua – Perak (BSP – II) adalah anugerah
kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya
disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang. Penganugerahannya yang
amat terhad menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu,
penerima yang layak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-
pemimpin negeri, negara dan pemimpin-pemimpin Pengakap yang telah
banyak berjasa.

b. Di antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat


Padi Kelas Kedua ini adalah Ketua-Ketua Negara, Negeri dan pemimpin-
pemimpin Pengakap yang terdiri daripada Duli-Duli Yang Teramat Mulia
Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika
Sultan dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong dan bergantung kepada
pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Anugerah, Majlis Pengakap
Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam
keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh dianugerahkan kepada
pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau pemimpin-pemimpin
Pengakap dari kalangan rakyat biasa, seperti Y.A.B Menteri-Menteri
Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, atau Pemimpin-
Pemimpin Pengakap yang terbukti gemilang kebaktian mereka atau
mereka yang setaraf dengannya yang banyak menyumbang kepada
pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara.
Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga
diberikan tetapi di atas status Kehormat.

c. Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-


unsur budaya pribumi, di mana PADI merupakan teras hati budi,
tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu. Walaupun
Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi
dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan,
ianya telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari suatu aspek yang
lain pula, kegiatan Kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan
yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah
Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-
nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatan.

d. Bintang Semangat Padi Kelas Kedua ini hanya boleh disampaikan oleh
Ketua Pengakap Negara (KPN).

e. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih


daripada 05 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang
diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
3. BINTANG SEMANGAT RIMBA KELAS PERTAMA – EMAS (BSR – I)
(Bentuk : Sijil dan Pingat – Kalung)

a. Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama – Emas (BSR – I) adalah


anugerah ketiga tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang
hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi
perkhidmatan dan bakti yang amat terpuji kepada pergerakan Pengakap.

b. Dengan Penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan suatu


yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah dari
kalangan individu-individu yang banyak memberi sokongan dan
sumbangan besar kepada pembangunan Kepengakapan, pemimpin-
pemimpin Pengakap di peringkat daerah, wilayah, negeri, negara dan
antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara
boleh juga diberikan, tetapi di atas status Kehormat.

c. Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri tradisi dan unsur-


unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat,
kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan
cabaran kepimpinan, hati budi, tata susila hidup serta tonggak ketuanan
bangsa melayu.
d. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih
daripada 10 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang
diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

4. BINTANG SEMANGAT RIMBA KELAS KEDUA – PERAK (BSR – II)


(Bentuk : Sijil dan Pingat – Kalung)

a. Bintang Semanagat Rimba Kelas Kedua – Perak (BSR – II) adalah


anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM),
yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi
perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan Pengakap.

b. Dengan penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan suatu


yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah dari
kalangan individu-individu yang telah memberi sokongan dan sumbangan
besar kepada pembangunan Kepengakapan, pemimpin-pemimpin
Pengakap di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga
diberikan tetapi di atas status Kehormat.
c. Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri tradisi dan unsur-
unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat,
kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan
cabaran kepimpinan, hati budi, tata susila hidup serta tonggak ketuanan
bangsa melayu.

d. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih


daripada 20 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang
diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

5. BINTANG PAHLAWAN
(Bentuk : Sijil dan Pingat )

Bintang Pahlawan merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada


pemimpin dan ahli-ahli Pengakap yang telah memberi khidmat dalam
menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya.
6. PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (PPC)
(Bentuk : Sijil dan Pingat – Kalung)

a. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dianugerahkan kepada


pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan
bakti cemerlang di atas perkembangan Kepengakapan di peringkat
daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi,
mempunyai sifat dan sikap taat setia dan mempamerkan taat kelakuan
yang terpuji.

b. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) ini boleh juga dianugerah kepada


individu seumpama pihak pegawai atasan kepada sesuatu institusi, badan
berkanun atau swasta yang banyak menyumbang, menyokong serta
terlibat secara jitu dalam menjayakan semua program dan pergerakan
Kepengakapan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

c. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih


daripada 45 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang
diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
7. PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (PPS)
(Bentuk : Sijil dan Pingat)

a. Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dianugerahkan kepada pemimpin-


pemimpin bertauliah dan juga individu yang telah memberikan khidmat
bakti yang sangat baik, jujur, amanah dan setia tidak kurang dari 10
tahun atau dalam jangka waktu yang lebih pendek di atas pertimbangan
Jawatankuasa Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia.

b. Pingat ini boleh juga dianugerahkan kepada isteri atau suami para
pemimpin-pemimpin yang memegang jawatan-jawatan Pesuruhjaya
Daerah, Pesuruhjaya Negeri dan peringkat negara melebihi 15 tahun.

c. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih


daripada 65 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang
diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
8. PINGAT PERKHIDMATAN BAIK (PPB)
(Bentuk : Sijil dan Pingat)

a. Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) dianugerahkan kepada pemimpin-


pemimpin bertauliah dan kepada individu seperti Jawatankuasa
Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT), daerah, negeri dan negara yang
sentiasa menjalankan tugas dengan baik serta membantu kejayaan
pergerakan Pengakap di peringkat masing-masing dengan jujur, amanah,
setia dan berterusan tidak kurang dari 5 tahun.

b. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih


daripada 75 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang
diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
9. PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (PPL)
(Bentuk : Sijil dan Pingat)

Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin


bertauliah yang telah bertugas dan berkhidmat secara berterusan dengan baik
selama tidak kurang dari 20 tahun di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan
Negara serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang mulia
10. SIJIL KEPUJIAN KETUA PENGAKAP NEGARA (SKKPN)
(Bentuk : Sijil dan Reben)

Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN) dianugerahkan kepada


pemimpin-pemimpin bertauliah dan telah memberikan khidmat bakti dengan
terpuji dan berterusan selama 12 bulan serta mempunyai tingkah laku dan budi
pekerti yang baik. Boleh juga dianugerahkan kepada ahli-ahli biasa dan
Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT) daerah, negeri dan
orang-orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan
Pengakap di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara.
Unit : PKK / PM / PR / PK

Sidang : 9

1. Tajuk Sesi : KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM

2. Masa : 60 Minit

3. Objektif : Di akhir sidang peserta dapat memahami:

3.1 Mengetahui Apa Yang Dimaksudkan Komunikasi /


Perhubungan.
3.2 Mengetahui Kepentingan Komunikasi Dalam
Kepengakapan.

4. Kaedah : Syarahan Dan Perbincangan

5. Nilai-Nilai Murni: 5.1 Merapatkan pengakap dengan masyarakat supaya


saling faham-memahami.
5.2 Memperolehi sokongan dan penyertaan masyarakat
dalam usaha memperkembangkan aktiviti
Kepengakapan.
5.3 Membuka mata pengakap terhadap dunia luar dan
sebaliknya.

6. Alat Bantu : 6.1 Komputer dan LCD.

7. Penyampaian / Pengajaran:

7.1 Definisi Komunikasi / Perhubungan.

7.2 Unsur-Unsur Penting Dalam Komunikasi.

7.3 Bentuk Dan Jenis Komunikasi.

7.4 Prinsip Berkomunikasi.

7.5 Halangan Berkomunikasi.

8. Lampiran 8.1 Nota.


8.2 Soalan Perbincangan (Tujuan Pemahaman).
Unit : PKK / PM / PR / PK

Sidang : 10

1. Tajuk : PENILAIAN DAN PENCALONAN


MANIK KAYU

2. Masa : 60 Minit

3. Objektif : Di akhir sidang peserta dapat memahami:

3.1 Mengetahui proses penilaian dan pencalonan


Manik Kayu.
3.2 Mengetahui sikap dan tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan sepanjang tempoh
penilaian.

4. Kaedah : Syarahan Dan Perbincangan

5. Nilai-Nilai Murni : 5.1 Mengetahui prinsip dan maksud yang


tersurat dan tersirat dalam manik
Kayu.

6. Alat Bantu : 6.1 Peralatan elektronik.

7. Penyampaian / Pengajaran:

7.1 Borang pencalonan Peringkat IV.


tempoh, bidang dan bentuk penilaian.
7.2 Borang Pencalonan Manik Kayu.
7.3 Peranan Pasukan Latihan Daerah dan
pembimbing.
7.4 Organisasi Pasukan Latihan Daerah, tugas
dan tanggungjawab pembimbing.

8. Lampiran : 8.1 Nota.


8.2 Borang Penilaian Peringkat IV.
8.3 Borang Pencalonan Manik Kayu.

You might also like