You are on page 1of 12

CABARAN PEMBENTUKAN KELUARGA ISLAM PADA MASA KINI DAN PENYELESAIANNYA.

PENGENALAN
Perspektif Islam, keluarga adalah suatu unit sosial yang majmuk sifatnya. Keluarga majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu bapa dan anak-anak tetapi jugadatuk, nenek,cucu-cicit,adik beradik dan saudara mara. Di bawah konsep keluarga tersebut mungkin terdapat lebih daripada sebuah rumahtangga (poligami). Dari masa ke semasa,kelompokkelompok rumahtangga ini boleh terpisah daripada rumahtangga yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia terangkum dalam suatu ikatan keluarga. Dalam banyak hal ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala (Mahmood, 1997).1 Takrif keluarga daripada perspektif Islam berbeza dengan perspektif Barat. Daripada perspektif Barat, keluarga dihadkan kepada keluarga nuklear. Ia nya mengandungi sekurangkurangnya dua orang yang hidup bersama melalui pertalian darah, perkahwinan. Keluarga juga terbentuk daripada pasangan yang tidak berkahwin tetapi hidup bersama dan mungkin juga mempunyai anak.2 Islam adalah sebuah agama yang sangat mementingkan kehidupan berkeluarga. Islam sendiri menyeru semua umatnya berkahwin untuk menambahkan zuriat umatnya dan seterusnya mengembangkan lagi agama islam. Keluarga menurut islam merupakan satu sekumpulan orang yang mempunyai ikatan perkahwinan. Dalam buku Kitab Fikah Mazhab Syafie ada memberi erti.

1 2

http://www.scribd.com/doc/19216710/Keluarga-Bahagia Dr.Hasanah, Institusi Kekeluargaan Islam, slideshow/eLearning@USM.

Keluarga dari segi bahasa ialah kelompok individu yang mempunyai hubungan rapat dengan lelaki tertentu. Dari segi istilah, keluarga dalam system islam ialah satu atau kelompok yang mengandungi bapa, ibu, datuk, nenek, anak lelaki dan perempuan serta cucu-cucu.3 Pembentukan sebuah keluarga bukanlah sesuatu yang senang tanpa menerima cabaran dan dugaan sepanjang dalam proses pembentukan keluarga islam. Menurut buku Undang-undang Keluarga Islam, tulisan Dr.Haron Din. Tiap-tiap manusia memerlukan ketenteraman jiwa dan perasaan. Ketenteraman tidak akan wujud melainkan adanya rumahtangga dan keluarga yang sihat dari segi jasmani dan rohani serta ada isteri yang menjaga rumahtangga dan anak-anak.4 Menghadapi cabaran pemebentukan sebuah keluarga islam pada masa kini, terdapat pelbagai cabaran yang harus dilalui oleh setiap individu kerana setiap manusia pasti leka dengan kehidupan. Masyarakat, kemewahan, ketakwaan dan sebagainya lagi merupakan satu pengaruh cabaran untuk membentuk keluarga islam.

CABARAN
Keluarga adalah satu komponen yang terdiri daripada gabungan beberapa manusia yang mempunyai hak dan tanggungjawab bersama dalam menentukan halatuju dan kejayaan sesebuah keluarga. Ianya terbentuk daripada sepasang suami isteri (lelaki & perempuan) yang telah disatukan mengikut hukum syarak. Allah SWT telah berfirman di dalam surah ar-Ruum, 30:21 yang bermaksud: "dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu

3 4

Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 4/hlm 682. Dr.Haron Din, Manusia dan Islam, Jilid 2/hlm 191

bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." Pembentukan keluarga Islam kini berhadapan dengan pelbagai masalah antaranya masalah masyarakat, kemewahan, ketakwaan ,dan sebagainya. Kesilapan dan punca utama masalahmasalah ini adalah daripada sikap ketidak prihatinan ahli keluarga dan masyarakat islam sekeliling itu sendiri dalam membentuk sebuah keluarga Islam yang berkualiti. MASYARAKAT Keluarga merupakan satu institusi yang sangat penting kepada sesebuah masyarakat, cabaran yang dihadapi oleh keluarga akan mempunyai kesan kepada masyarakat. Keluarga sebenarnya sendi dan asas kepada sesebuah masyarakat. Jika berkecai sesebuah keluarga maka berkecailah masyarakat dan jika aman damai sesebuah keluarga maka aman damailah masyarakat berkenaan. Pembentukan keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat yang lebih besar. Keluarga merupakan kelompok manusia yang paling kecil dalam masyarakat. Apabila kita memperkatakan tentang keluarga maka kita tidak dapat lari dari membincangkan sebahagian permasalahan masyarakat. Keluarga seperti lazimnya adalah terdiri daripada ayah,ibu dan anakanak. Besar atau kecilnya sesebuah keluarga adalah bergantung kepada bilangan anggotanya. Sabda Rasulullah S.A.W: (setiap anak di lahirkan dalam keadaan fitrah semulajadi. Ibu bapalah yang menjadikannya yahudi atau kristian atau majusi, sebagaimana binatang yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kecacatan. Adakah kamu mendapi binatang dilahirkan dalam keadaan telinganya terpotong. ) Fitrah yang diterangkan
3

adalah bermaksud setiap anak yang dilahirkan adalah untuk kebaikan dan ibubapalah yang harus mencorak anak-anak ini. Telinga terpotong pula bermaksud, kacacatan berlaku setelah kelahiranya. Pengaruh alam sekitar adalah penyebab kepada kecacatan ini, hasil dari perbuatan manusia sendiri. Istiqamah dan penyelewengan merupakan hasil daripada persekitaran atau suasana tempat ia di besarkan. Dalam hal ini, boleh dikatakan individu merupakan sebahagian daripada keluarga. Keluarga pula sebahagian daripada masyarakat. Individu yang baik akan membentuk keluarga yang yang baik dan seterusnya menjadikan masyarakat sebuah masyarakat yang baik. Pembentukan sebuah keluarga akan mendapat cabaran dari sebuah masyarakat kerana kehidupan sebuah keluarga dilingkungi oleh sebuah masyarakat yang kuat pengaruhnya. KEMEWAHAN Telah jelas asas tertubuhnya sesebuah pembentukan keluarga ialah untuk mencari dan mewujudkan kebahagiaan dalam hidup. Apakah setiap mereka yang berharta itu akan hidup senang dan bahagia setelah mengabaikan apa yang sepatutnya diberikan kepada keluaraga. Jawapannya belum pasti bahagia, malahan mungkin mereka akan mengalami nasib yang sebaliknya. Sering berlaku bahawa kemewahan rumah tangga mendatangkan kegelisahan dan ketakutan untuk menghadapi masa hadapan dan sekeliling. Dalam keadaan sedemikian, pendekatan melalui ajaranagama Islam atau pembinaan rohani sahaja yang dapat membantu. Hidup dalam serba sederhana dan dalam reda Allah adalah sebaik-baik kehidupan Tidak dinafikan, kehidupan di zaman ini memerlukan sedikit kemewahan untuk menjalani kehidupan seharian tetapi apabila kita terlampau mencari kemewahan, kita akan

mengabaikan pemebentukkan keluarga yang sempurna. Pembentukan keluarga dengan kemewahan tidak akan memberi jaminan kepada keluarga tersebut untuk bahagia. TAKWA Asas sebuah perkahwinan atau pembentukkan keluarga itu pula banyak. Namun untuk tujuan perbincangan ini khususkan kepada beberapa perkara. Antaranya ialah takwa. Pembinaan sebuah keluarga bahagia itu hendaklah diasaskan kepada takwa. Tanpa takwa pembinaan sebuah keluarga yang bahagia itu nanti dikhuatiri tidak akan terbina menurut landasan yang sebenar. Ini sesuai dengan anjuran agama kita agama Islam kerana ia juga adalah suatu sunnah Rasulullah S.A.W. Pembinaan sebuah keluarga itu juga mestilah dibina di atas landasan kasih sayang dan kasih mengasihi. Tanpa kasih sayang dankasih mengasihi maka sebuah keluarga itu akan sentiasa terumbang-ambing dan tidak kukuh. Dengan perasaan kasih sayang itu, sebuah unit keluarga itu akan sentiasa kukuh dari sebarang ancaman. Dalam membina sebuah keluarga yang kita cita-citakan ialah kita hendaklah sering mewujudkan pergaulan dan kehidupan yang baik dan diredai oleh Allah jauh dari sebarang kemungkaran, kemaksiatan, penganiayaan, kezaliman dan sebagainya. Sikap bertolak ansur dan memperbanyakkan bersabar adalah juga antara ciri-ciri pembinaan sebuah keluarga yang bahagia yang kita maksudkan. Ketegasan menentang kemungkaran adalah menjadi atap yang kukuh, sementara didikan bijak sana terhadap ahli-ahli keluarga pula adalah asas dan dasar pentadbiran sesebuah keluarga. AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB Pembentukkan keluarga dibina di atas dasar amanah dan tanggungjawab bukan sekadar mengikut kehendak hawa nafsu semata-mata. Amanat hendaklah dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab pula dipikul dengan ringan hati. Hormat-menghormati adalah juga
5

asas yang penting. Dengan berbuat demikian sikap dan komitmen akanmenjadi terbentuk dan terarah. Ia menjadikan kita saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. Tanggungjawab mendidik anak-anak adalah amanah yang amat besar yang sudah pastinya dipikul oleh si bapa sebagai ketua keluarga. Diaakan bertanggungjawab secara menyeluruh, di samping mendapat bantuan daripada ahli-ahli keluarganya termasuk isteri. Di sinilah sering berlaku kelemahan dan kerapuhan Dewasa ini kita lebih banyak berhadapan dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak. Ramai anak muda yang kecundangsebelum mencapai kemuncak peringkat usia mereka. Ada yang hanyutdalam gelombang kesenangan dan menjadi hamba kepada kealpaandunia. Ada yang terjerumus ke kancah hina seperti menjadi hamba najis dadah, menjadi kutu malam, pemugut, pencuri dan paling dahsyat menjadi penjenayah dalam usia muda lagi. Rata-rata punca yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian adalah daripada keluarga yang berpecah belah. Masing-masing ahli keluarga sibuk dengan urusan masing-masing sehingga terlupa bahawa ada ahli keluarga mereka yang memerlukan perhatian,pengelingaan dan juga belaian.Apabila mereka merasa tidak begitu diperhatikan atau tidak dikelinga,maka mereka akan mula mencari hiburan atau 'release tension'dengan cara alternatif yang tidak lain dan tidak bukan sesuatu yang diluar batasan. Mereka lebih mudah lagi terjerumus apabila merekayang berkenaan kurang didikan agama dan mempunyai didikan moral yang rendah.

PENYELESAIAN
IBUBAPA (KELUARGA) Dan dengan itu, ibu menjadi suri tauladan yang baik bagi putera-puteri ibu. Wahai ibuku, jadilah suri tauladan yang baik bagi putera-puteri ibu dalam keteguhan memakai pakaian
6

hijab syari yang sempurna, terutama tutup wajah. Hal itu sebagai ketaatan kita pada perintah Sang Pencipta langit dan bumi dalam firmanNya: Hai Nabi, katakanlah kepada para isterimu, puteri-puterimu, para isteri orang-orang mumin, agar mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, karena itu mereka tidak digangu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab:59).5 Dalam menghadapi pembentukan keluarga islam pelbagai pendekatan atau penyelesaian yang pelu dilakukan agar kehidupan keluarga islam pada masa kini lebih terjamin dengan pelbagai pengaruh sekeliling. Kehidupan sekarang memaksa setiap individu mencari kekayaan atau kemewahan merupakan satu kesan yang akan memaksa mereka ini untuk mengabaikan keluarga, terutama ibubapa. Sememangnya tanggungjawab ibubapa memberi segala kesenangan kepada anak-anak tetapi itu tidak beerti ibubapa boleh bersikap lepas tangan untuk memberi ilmu agama kepada anak-anak. Pembentukan sebuah keluraga islam yang bahagia mesti bermula dari ilmu dan ilmu itu mesti diajar atau dipratikkan oleh ibubapa itu sendiri. beberapa perkara penting sepatutnya kekal terutamanya dalam hubungan keluarga dan juga beberapa peranan asas ibubapa. Untuk memastikan keluarga stabil dan dapat menghadapi perubahan serta anak-anak dapat membesar dengan sihat dari segi fizikal dan rohani, kita mesti mempelajari bagaimana untuk menghadapi perubahan ini secara positif. Kita mesti belajar untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan-perubahan ini agar dapat menjalankan peranan kita dengan berkesan. Tugas ini merupakan suatu tugas berat kepada ibubapa, dan ibubapa harus bekerja keras untuk mencapainya. Peranan yang paling utama ialah suami sebagai ketua dalam keluarga yang mampu mendidik anak dan isteri untuk mengenali Allah di samping bantuan daripada isteri solehah yang
5

Syaik Yusuf Abdullah al- Turki, Nasehat Untuk Keluarga Muslim, hlm 11.

tahu akan tanggungjawab untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah sehingga dapat melahirkan anak-anak yang soleh yang taat pada perintah Allah dan ibubapanya.Semua cabaran itu boleh ditangani jika keluarga dibina atas rasa cinta yang ikhlaskerana Allah sebagai matlamat seluruh keluarga. Jadikan keredaan Allah sebagaimatlamat seluruh ahli keluarga dan meletakkan hala tuju masa depan keluarga yang jelas. Apa yang paling utama adalah, setiap keluarga perlu menintik beratkan soal agama dan iman serta memupuk mereka dengan nilai akhlak yang mulia. Selain itu,mencari rezeki yang halal juga merupakan perkara penting supaya sesebuah institusi keluarga dalam Islam adalah memenuhi keperluan jasmani dan batin atau dunia dan akhirat. Ketenangan, kecintaan dan kasih sayang merupakan intipati kepada kecemerlangan sesebuah keluarga. KERAJAAN Kerajaan merupakan satu elemen yang penting bagi membentuk keluarga islam pada masa kini. Kerajaan mempunyai satu kuasa undang-undang yang membolehkan keluarga islam terbentuk walaupun melalui unsur paksaaan. Setiap individu mengetahui, kerajaan merupakan satu badan yang tertinggi dalam sesebuah negara, peranan karajaan memupuk keluarga islam amat besar. Kerajaan mempunyai pelbagai saluran untuk melaksanakannya seperti, saluran akademik(pendidikan), media, undang-undang dan sebagainya lagi. Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada dipersekitaran dan dengan ilmu yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang. Menurut perspektif Islam, pendidikan anak adalah

proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka dengan berteraskan nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tujuannya adalah bagi melahirkan insan rabbani yang beriman, bertakwa danberamal soleh. Dalam aspek ini, kerajaan boleh menggunakan medium pendidikan sebagai satu cara atau jalan membentuk keluarga islam. Pendidikan dari segi islam mesti diberi penekanan supaya pembentukan sebuah keluarga islam menjadi dengan sempurna dengan anak-anak yang berilmu. Kerajaan juga boleh mngguna media atau undang-undang sebagai satu langkah untuk membentuk keluarga islam. Media merupakan satu keperluan kepada msayrakat pada masa kini, kerana segala maklumat, hiburan dan pembelajran terdapat dalam media. Media cetak dan elektronik merupakan media yang sama-sama mendapat sambutan. Kerajaan boleh menetapkan media agar memperbanyakkan ilmu (ceramah), drama keluarga islam, iklan dan sebagainya lagi. Undang-undang juga merupakan satu altenatif kepada kepada pembentukkan keluaraga islam. Keluarga islam pada zaman ini sukar di bentuk kerana longgarnya sistem undang-undang. Sebagai satu contoh, maksiat semakin berleluasa dan mendapat sambutan dikalangan remajaremaja pada masa kini. Apabila maksiat menjadi pilihan dalam kehidupan seharian, memebntuk keluarga islam akan menjadi sukar. Kerajaan harus lebih tegas dalam pelaksanaan undangundang maksiat ini kerana kesannya amat kuat kepada orang islam. MASYARAKAT (KOMUNITI) Masyarakat merupakan satu institusi yang lebih besar dari institusi keluarga, masyarakat boleh memainkan peranan yang berkesan membentuk suasana keluarga islam yang sangat baik. Suasana sekliling sebenarnya amat berpengaruh kepada setiap individu terutama kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dibesarkan dalam suasana masyarakat yang penyayang, kuat beragama,
9

hormat menghormati dan sebagainya lagi akan memberi kesan positif kepada kanak-kanak itu dewasa nanti. Disini la pentingnya semua ibubapa dalam sebuah masyarakat menunjukkan tauladan yang baik dan cuba membentuk keluarga islam yang bahagia, agar anak-anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan ilmu agama yang cukup. Masyarakat juga perlu lebih tegas pada masa kini, kebanyakkan masyarakat pada masa kini lebih suka melihat daripada menegur. Apabila melihat ahli komuniti kita banyak melakukan kesalahan yang boleh mejejaskan keluarga, masyarakat lebih suka ambik sikap lepas tangan dan tidak cuba menolong. Sebagai saudara satu agama, komuniti atau masyarakat itu perlu lebih tegas untuk membantu kerana satu keluarga yang rasok akan memberi pengaruh kepada keluarga yang lain. KESIMPULAN Keluarga masa kini sememangnya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang boleh mengugat kesejahteraan keluarga itu sendiri. Bagi mengelakkan hal ini setiap ahli keluarga perlu dididik untuk membina kekuatan bagi mengatasi cabaran-cabaran itu. Dalam hal ini, pendidikan anak-anak perlu diberi perhatian utama.Selain itu, kita perlu memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang kewajipan ibubapadalam mendidik anak-anak. Seterusnya, memberi kefahaman tentang kaedah dan cabarankeibubapaan masa kini. Dengan ini, kita dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan kehidupan berkeluarga masa kini.Setiap yang bergelar manusia harus mengetahui, memahami seterusnya mengamalkan segala bentuk amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya samada amanah terhadap Allah,Rasul, diri sendiri, masyarakat dan perkhidmatan kerana ia telah dipertanggungjawabkan, setiap tanggungjawab perlu dilunaskan agar tidak merosakkan
10

kehidupan kita di dunia ini.Kesediaan ibu bapa mengendalikan tanggungjawab mengasuh dan mendidik anak-anak merupakan satu perkara yang sangat penting. Ibu bapa mesti bersedia dan merancang apa yang harus dilakukan sebelum mereka menerima kelahiran cahaya mata.Mendidik anak pada zaman ini berbeza dengan zaman dahulu. Ayah dan ibu masa kini tidak mungkin boleh mengamalkan pendekatan pendidikan yang pernah mereka lalui dahulu.Sekarang, ramai ibu bapa yang sama-sama bekerja untuk memperbaiki tahap sosioekonomi mereka. Peranan suami kini bukan lagi semata-mata untuk mencari pendapatan tetapi perlu jugamenyumbang kepada asuhan dan didikan anak-anak.Oleh itu, kemahiran keibubapaan zaman ini lebih mencabar. Namun, dengan usaha bersungguh-sungguh, kesabaran yang tinggi serta kerjasama erat antara suami dan isteri maka didikan danasuhan yang berkualiti akan dapat diberikan kepada anak-anak tersayang. Selaain daripada ibubapa yang banyak memainkan peranan untuk membentuk kelurga islam, pihak lain seperti masyarakat, NGO dan kerajaan merupakan antara pihak yang bertanggungjawab. Pelbgai program yang boleh dibuat oleh pihak kerajaan bagi memastikan silaturahim antara ahli keluarga islam semakin rapat. Melalui pelbagai pendekatan yang dibuat, secara tidak langsung boleh menyedar individu mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam keluarga.

11

BIBLIOGRAFI
1. Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 4. 2. Dr.Haron Din, Manusia dan Islam, Jilid 2. 3. Syaik Yusuf Abdullah al- Turki, Nasehat Untuk Keluarga Muslim. 4. Dr.Hasanah, Institusi Kekeluargaan Islam, slideshow/eLearning@USM. 5. http://www.scribd.com/doc/19216710/Keluarga-Bahagia

12

You might also like