Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Persediaan Ke Alam Persekolahan

Persediaan Ke Alam Persekolahan

Ratings: (0)|Views: 372 |Likes:
Published by MizaZainal

More info:

Published by: MizaZainal on May 29, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/21/2014

pdf

text

original

 
PENGURUSAN PEMBELAJARAN(KPS 3014)
 TAJUK MODUL: Persediaan Ke AlamPersekolahan(Motivasi Guru)
Nama Pensyarah: Encik Azli Bin Ariffin
NamaNo. Matriks
Ng Seng WeiD20091035105Normala Binti MusaD20082033975Salmiza Binti Zainal AbidinD20091035074Norharyan Erdayu Binti SaharD20091035078Nor ‘Awaathif Binti Mohd GhazaliLeeD20091035070
1.0 PENGENALAN
1
 
Latihan mengajar adalah salah satu perkara asas yang perlu dilalui oleh semua insan bergelar guru. Ini merupakan langkah awal yang perlu dilalui oleh mereka sebelum melangkah kealam realiti sebagai seorang guru yang bertauliah. Dalam tempoh latihan ini, guru-guru pelatihmempraktikkan segala teori dan kaedah yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian. Adakah teoridan praktikal ini mampu membentuk seorang guru yang unggul sekiranya mereka sendiri tidak mempunyai tahap motivasi yang tinggi sebelum melangkah ke alam persekolahan.Sekirannya teori, praktikal dan motivasi digabungkan, ini mampu membentuk seorang guruyang mempunyai pakej yang sempurna. Bukan mudah untuk membentuk motivasi yang tinggisekiranya bakal guru itu sendiri tidak bersedia dari awal dan kurang keyakinan diri. Oleh itu,bakalguru digalakkan untuk bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam pekerjaan.Seperti yang kita ketahui bahawa pelbagai rintangan dan halangan yang akan dilalui seawalmelangkah ke alam ini. Contoh yang paling jelas ialah cara untuk mengawal tingkah laku pelajar yang pelbagai dan tekanan dari pihak sekolah dan persekitaran. Persekitaran yang dimaksudkanialah penempatan guru di kawasan pedalaman yang kurang dari segi infrastruktur dan kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah. Sekirannya keadaan ini tidak dibendung,makakita akan lihat betapa ramai guru akan berpaling arah. Tidak hairanlah jika kita lihat para pensyarah dan guru binbingan memberi perhatian, tunjuk ajar serta memberi galakan serta motivasikepada bakal guru supaya mereka tidak akan terkejut sekiranya mereka ditempatkan di kawasanluar bandar.Oleh itu,bakal guru haruslah bersedia untuk menghadapi cabaran ini dengan membekalkandiri dengan ilmu dan motivasi yang tinggi. Di harap dengan modul yang disediakan ini dapatmembantu bakal guru untuk melangkah ke alam persekolahan yang realiti dengan penuh keyakinandan semangat yang baru.
2.0 MOTIVASI GURU
Guru Pemangkin Negara. Itulah kata-kata yang sering disebut untuk menggambarkan betapa beratnya tugas sebagai seorang guru. Ini bersesuaian dengan tugas seorang guru untuk 
2
 
membentuk generasi berilmu dan menjadi pemimpin di masa hadapan. Tanpa kitasedari,sebenarnya pelajar sebenarnya dapat mengenal pasti dan menilai samada guru itu profesional atau tidak. Ini dibuktikan dengan melihat cara guru itu sendiri mengajar sepanjangtempoh pembelajaran. Contohnya yang paling jelas ialah semasa guru itu memberi ulasan danhuraian,mempunyai keyakinan diri untuk memberi jawapan dan ketegasannya semasa pembelajaran. Oleh itu,seorang guru yang terlatih harus mempunyai tahap motivasi yang tinggisebelum melangkah ke alam persekolahan.Menurut Wan Mohd Zahid(1994:84), guru atau pendidik merupakan tunjang dan pelaksanayang paling utama untuk menjayakan reformasi pendidikan pembangunan sumber manusia danFalsafah Pendidikan Kebangsaan
1
. Oleh itu motivasi yang tinggi dan semangat amat diperlukanuntuk menjayakan segala aktiviti kokurikulum dan interaksi di dalam sekolah. Motivasi adalahsesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya samada secara positif atau negatif. Ia juga bermaksud suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang,sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yangdiinginkan. Selain itu,ia didefinisikan sebagai darjah atau tahap kesungguhan dan usaha secara berterusan untuk mencapai matlamat. Oleh itu motivasi guru dapat disimpulkan sebagai satuusaha,persediaan dan langkah yang berterusan untuk mencapai matlamat dan menempuhi cabaransebelum dan sepanjang bergelar guruSebagai seorang guru, kita memiliki pelbagai tanggung jawab dan tugas yang harusdilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesion guru.Tugas utama dan terpenting yang menjaditanggung jawab seorang guru adalah memajukan, merangsang dan membimbing pelajar dalam proses belajar. Segala usaha ke arah itu harus dirancang dan dilaksanakan. Guru yang berkesandalam menjalankan tugasnya adalah guru yang berjaya menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam pelajaran. Oleh itu untuk keberkesanan dalam pengajaran, guru harus berusaha memahami maknamotivasi belajar itu sendiri dan mengembangkan serta menggerakkan motivasi pemberlajaran pelajar itu ke tahap yang maksimum.Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang kukuhmenghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan ideologi,
1
 
Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin. 1994.
Wawasan pendidikan : Agenda pengisian
. Kuala Lumpur: CahayaPantai Publishing (M) Sdn. Bhd.
3

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Ana Mariana liked this
Pija Ali liked this
aiskaca liked this
Tyna G Roslan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->