You are on page 1of 20

JENIS KURSUS : MANKAYU 111 BHG 11

Unit : Semua Unit ( PKK, PM , PR)

SESSI : 1

1. TAJUK : DEWASA DALAM PENGAKAP

2. MASA : 60 MINIT

3. OBJEKTIF ;

Selepas sessi ni para pesetra kursus akan dapat


3.1. mengetahui dasar polisi sumber dewasa dunia dan konsep dewasa dalam
kepengakapan.
3.2. mengetahui penggunaan manusia dan kebendaan dalam proses
pengembangan ahli dewasa.
3.3. memahami ujudnya peningkatan kendiri dalam jawatan dan pengiktirafan
tugas-tugas yang pelbagai.
3.4. Melaksanakan tugas sebagai pemimpin .
3.5. alam membantu muda remaja dalam kepengakapan.

4. KAEDAH PENYAMPAIAN:

4.1. Ceramah
4.2. Perbincangan terbuka.

5.0 NILAI-NILAI MURNI

5.1. Dadikasi
5.2. Bekerjasama
5.3. Sukarela
5.4. Ikhlas

6.0. BAHAN-BAHAN / PERALATAN

6.1 . Gambar
6.2 . Model Kejayaan Pemimpin
6.3 . Power Point
6.4 . Contoh pengiktirafan.

6. PENYAMPAIAN PENGAJARAN :

Lanngkah 1 : melatih pemimpin berkomunikasi yang efektif.


Langkah 2 : mengadakan model inspirasi dan galakan.

Langkah 3. memberi sokongan ,kaunseling dan nasihat.


Langkah 5 memudahkan penyediaan program dan aktiviti.

Langkah 6. memberi petunjuk –petunjuk mendapatkan dana.

Langkah 7. menggalakan lebih inovatif ,kreatif dalam menguruskan program yang


Dirancang.
UNIT : PM

BILANGAN SESI : 2

1. TAJUK SESI : UJIAN LENCANA KEMAJUAN : MAJU

2. MASA : 60 minit

3. KUMPULAN SASARAN : Pemimpin Pengakap Muda

4. OBJEKTIF

Diakhir sesi peserta dapat ;


- Menyenaraikan kemahiran-kemahiran Lencana Maju
- Melakukan amali kemahiran-kemahiran Lencana Maju
- Melaksanakan prosedur yang betul kemahiran-kemahiran Lencana Maju

5. KAEDAH

5.1 Syarahan
5.2 Demontrasi
5.3 Sumbang saran
5.4 Sistem berpengkalan
5.5 Tunjuk ajar
5.6 Amali

6. NILAI-NILAI MURNI

6.1 Sikap tolong menolong


6.2 Berani
6.3 Sabar dan tenang
6.4 Menambah keyakinan diri

7. BAHAN-BAHAN/ALAT BANTU

7.1 LCD dan skrin serta komputer


7.2 Tongkat pengakap
7.3 Papan putih
7.4 Kertas Sebak / Kertas Manila Kad
7.5 Stapler dan paku tekan
7.6 Tali
7.7 Kain anduh / Skaf
7.8 Buku Log
7.9 Gambar-gambar

8. PENYAMPAIAN PENGAJARAN (Langkah-langkah)

8.1 Langkah 1
- Terangkan apa yang terkandung dalam skema pengujian yang
terdapat ujian Lencana Maju yang dibahagikan dalam 5 bahagian.

8.2 Langkah 2 ( Kesetiaan / Cita-cita Pengakap)


- Terangkan apa yang terkandung dalam bahagian kesetiaan / cita-cita
pengakap.
- Mengetahui struktur pentadbiran Daerah,Negeri dan Pengakap
Malaysia
- Tahu bendera negeri-negeri dan Malaysia serta nama-nama penting
dalam pentadbiran setiap peringkat.
- Faham undang-undang Pengakap
- Tunjukkan dan terangkan gambar-gambar jika perlu.

8.3 Langkah 3 ( Kecergasan dan Kesegaran Jasmani )


- Mengetahui Latihan Asas Perbarisan
- Mengetahui Latihan Kawad Tongkat
- Mengetahui istiadat mengibar dan menurunkan bendera.
- Melakukan aktiviti panjat tali dan pokok

8.4 Langkah 4 ( Kemahiran Pengakap )


- Aktiviti yang perlu dilakukan secara berseorangan dan di dalam patrol
dan mengandungi berbagai-bagai ujian kemahiran.
- Terangkan kegunaan dan cara menjaga memotong dan menebang
serta
aspek keselamatan.
- Membuat simpulan dan ikatan serta kegunaannya didalam skema
Lencana
Maju.
- Memasak dan membuat masakan rimba
- Menyiapkan satu model projek pionneering
- Membuat kajian pada burung,binatang dan pokok tempatan
- Lawatan serta sejarah sesuatu tempat.
- Malam perkhemahan serta tahu aspek keselamatannya.
- Mengetahui teknik,keselamatan ketika berenang.

8.5 Langkah 5 ( Pengembaraan )


- Mengetahui penggunaan kompas dan peta
- Pengembaraan samada berjalan kaki / berbasikal dengan lapuran
bertulis sejauh 8km.
- Melakukan dan mengetahui peralatan abseil dan aspek keselamatan
atau membuat perangkap untuk ikhtiar hidup.

8.6 Langkah 6 ( Perkhidmatan )


- Mengetahui asas – asas pertolongan cemas
- Mengetahui memberi pertolongan orang yang cedera.
- Mengetahui mengetahui cara memanggil polis,bomba dan
sebagainya.
- Perlu mengetahui dan tindakan apabila berlaku kecemasan seperti
kebakaran,lemas dan sebagainya.
- Perlu melakukan kerja-kerja sukarela.

8.7 Langkah 7
- Peserta membuat refleksi dan jurulatih merumuskan serta membuat
penilaian.

9. Nota lampiran.
UNIT : PM

BILANGAN SESI : 3

1. TAJUK SESI : UJIAN LENCANA KEMAJUAN : JAYA

2. MASA : 60 minit

3. KUMPULAN SASARAN : Pemimpin Pengakap Muda

4. OBJEKTIF

Diakhir sesi peserta dapat ;


- Menyenaraikan kemahiran-kemahiran Lencana Jaya
- Melakukan amali kemahiran-kemahiran Lencana Jaya
- Melaksanakan prosedur yang betul kemahiran-kemahiran Lencana Jaya
- Perlu dilakukan berkumpulan

5. KAEDAH

5.1 Syarahan
5.2 Demontrasi
5.3 Sumbang saran
5.4 Sistem berpengkalan
5.5 Tunjuk ajar
5.6 Amali

6. NILAI-NILAI MURNI

6.1 Sikap tolong menolong


6.2 Berani
6.3 Sabar dan tenang
6.4 Menambah keyakinan diri

7. BAHAN-BAHAN/ALAT BANTU

7.1 LCD dan skrin serta komputer


7.2 Tongkat pengakap
7.3 Papan putih
7.4 Kertas Sebak / Kertas Manila Kad
7.5 Stapler dan paku tekan
7.6 Tali
7.7 Kain anduh / Skaf
7.8 Buku Log
7.9 Gambar-gambar

8. PENYAMPAIAN PENGAJARAN (Langkah-langkah)

8.1 Langkah 1
- Terangkan apa yang terkandung dalam skema pengujian yang
terdapat ujian Lencana Maju yang dibahagikan dalam 5 bahagian.

8.2 Langkah 2 ( Kesetiaan / Cita-cita Pengakap)


- Terangkan Organisasi Biro Pengakap dunia dab Asia Pasifik
- Sejarah tertubuh Malaysia
- Jata Kebangsaan dan negeri masing-masing serta fungsi Dewan
Undangan Negeri
- Terangkan siapa Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya

8.3 Langkah 3 ( Kecergasan dan Kesegaran Jasmani )


- Mengetahui Latihan Asas Perbarisan
- Mengetahui Latihan Kawad Tongkat
- Melakukan aktiviti deadman crawl dan titi komando

8.4 Langkah 4 ( Kepimpinan )


- Menjalani kursus Ketua Patrol
- Tunjukan kebolehan memimpin dalam pengembaraan,malam
pengakap serta mesyuarat ketua patrol.
- Cara membawa bendera.

8.5 Langkah 5 ( Kejayaan )


- Perlu melakukan satu aktiviti di setiap kategori:-
a. Cabaran
b. Amali
c. Kesungguhan
d. Masyarakat

8.6 Langkah 7
- Setiap Pengakap dan pemimipin perlu mempunyai buku skema
mengikut kategori ujian
- Peserta membuat refleksi dan jurulatih merumuskan serta membuat
penilaian.

9. Nota lampiran.
Unit : Pengakap Muda

Sessi : 6

1. Tajuk : KEMAHIRAN PENGEMBARAAN

2. Masa : 90 Minit

3. Objektif: Pada akhir sesi ini diharapkan peserta dapat;


3.1 mengetahui jenis-jenis pengembaraan dalam
pengakap
3.2 menggunakan kompas dengan cara yang betul
3.3 kemahiran membaca peta dan arah bearing
3.4 menulis laporan pengembaraan dengan betul
3.5 Menambah Pengetahuan sediada

4. Kaedah : 4.1 Tunjukcara


4.2 Syarahan
4.3 Perbincangan Kumpulan

5. Nilai Murni : 5.1 Kerjasama


5.2 Yakin diri
5.3 Taat dan patuh kepada peraturan
5.4 Seronok dan bertimbangrasa

6. Alat Bantu : 6.1 Carta, peta topo


6.2 Kertas Majung
6.3 Alat tulis
6.4 kompas, gambar-gambar
6.5 buku/contoh laporan pengembaraan

7. Penyampaian: 7.1 Langkah 1 ( 5 minit)


Jurulatih mempamerkan gambar-gambar
pengembaraan pengakap dan beberapa
peralatan untuk pengembaraan seperti kompas
dan peta kepada peserta kursus

7.2 Langkah 2 ( 15 minit)


Jurulatih menerangkan jenis-jenis
pengembaraan yang terdapat dalam
pengakap;
• menyiasat alam semulajadi
• menyiasat tempat, kawasan dan bahan
bersejarah
• Melakukan kajian geografi dan sosiologi
• Pengembaraan khusus
• Pengembaraan Misteri
• Pengembaraan Survival
• Permainan Senyap
• Permainan Luar
• Permainan Dalam

7.3 Langkah 3 ( minit)


Jurulatih menerangkan langkah-langkah
persiapan pengembaraan bersama peserta
berdasarkan carta aliran yang disediakan
• Persiapan awal
• Peralatan yang diperlukan
• Soalan-soalan kaji selidik
• Bekalan makanan
• Langkah-langkah keselamatan
• Pelaporan

7.4 Langkah 4 ( minit)


Peserta diminta merangka satu contoh
pengembaraan bagi Unit Pengakap Muda
berdasarkan panduan berikut;
• Sebelum
• Semasa dan
• selepas

7.5 Langkah 5 ( 20 minit)


Setiap kumpulan dikehendaki membuat
persembahan secara bergilir-gilir

7.6 Langkah 6 ( 5 minit)


Jurulatih membuat rumusan berdasarkan
persembahan kumpulan

8. Lampiran 8.1 peta topo/peta perjalanan


8.2 senarai alatan
8.3 Contoh Buku Log Pengembaraan
8.4 Bahan rujukan seperti rajah mataangin,
bearing, rujukan grid,skala/skil, kunci peta dan
petunjuk
Unit : Pengakap Muda

Sessi : 9

1. Tajuk : PERKHIDMATAN PENGAKAP –


PERTOLONGAN CEMAS

2. Masa : 120 Minit

3. Objektif: Pada akhir sesi ini diharapkan peserta dapat;


3.1 mengetahui kepentingan kemahiran ’bantu
mula’ dalam Pertolongan Cemas
3.2 tahu jenis-jenis balutan anduh
3.3 tahu dan faham cara tindakan semasa
kecemasan termasuk No. Panggilan polis,
bomba dan ambulan
3.4 tahu mengguna dan menjaga Peti Pertolongan
Cemas
3.5 Menambah Pengetahuan sediada

4. Kaedah : 4.1 Tunjukcara


4.2 Syarahan
4.3 Perbincangan Kumpulan

5. Nilai Murni : 5.1 Kerjasama


5.2 Yakin diri
5.3 Taat dan patuh kepada peraturan
5.4 Seronok dan bertimbangrasa

6. Alat Bantu : 6.1 Peti Pertolongan Cemas serta


peralatannya
6.2 Gambar dan Carta Jenis-jenis Kain Pembalut
dan cara melipat

7. Penyampaian: 7.1 Langkah 1 ( 5 minit)


Jurulatih memulakan sesi dengan
mempamerkan Peti Pertolongan Cemas kepada
peserta dan menyenaraikan peralatan yang
terdapat di dalamnya.
7.2 Langkah 2 ( 15 minit)
Jurulatih bersoaljawab bersama peserta
mengenai kemalangan kecil yang selalu
berlaku di sekolah dan cara-cara merawatnya

7.3 Langkah 3 ( 15 minit)


Jurulatih mempamerkan gambar/menunjukkan
kain pembalut
kepada peserta dan membuat tujukcara
beberapa contoh kecederaan kecil

7.4 Langkah 4 ( 40 minit)


Peserta diminta membuat balutan anduh
bersama rakan secara bergilir-gilir dengan
bantuan jurulatih.
• Bahu
• Siku
• Lutut
• Pinggang
• Tapak Kaki

7.5 Langkah 5 ( 5 minit)


Jurulatih membuat rumusan berdasarkan
aktiviti yang dilakukan oleh peserta

8. Lampiran 8.1 Senarai Jenis-jenis Kain Pembalut


8.2 Senarai alatan di dalam Peti Pertolongan
Cemas
8.3 Contoh gambarajah Balutan anduh
UNIT : PKK / PM / PR

BILANGAN SESI : 11

1. TAJUK SESI : ANUGERAH BINTANG DAN PINGAT PPM

2. MASA : 60 minit

3. KUMPULAN SASARAN : Pemimpin PKK / PM / PR

4. OBJEKTIF

Diakhir sesi peserta dapat ;


Mengetahui sejarah anugerah pengakap Malaysia.
Mengenali jenis-jenis anugerah dan bintang pengakap Malaysia.
Memahami bahawa setiap pemimpin pengakap berpeluang mendapat
anugerah dan bintang pengakap.

5. KAEDAH

5.1 Syarahan
5.2 Perbincangan
5.3 Percambahan fikiran

6. NILAI-NILAI MURNI
6.1 Menanam sikap bertanggungjawab.
6.2 Menghargai jasa pemimpin pengakap.
6.3 Mengiktiraf sumbangan dan jasa ahli pengakap

7. BAHAN-BAHAN/ALAT BANTU

7.1 LCD dan skrin.


7.2 Komputer
7.3 OHP dan lutsinar
7.4 Papan putih.

8. PENYAMPAIAN PENGAJARAN (Langkah-langkah)

8.1 LANGKAH 1 (5 minit) :

Jurulatih bersoaljawab dengan peserta mengenai pengiktirafan yang


diberikan oleh pengakap kepada pemimpin pengakap yang berjasa
dan memberi sumbangan.

8.2 LANGKAH 2 (20 minit) :

8.2.1 Jurulatih menjelaskan mengenai sejarah anugerah pengakap


Malaysia dan bagaimana bermulanya penganugerahan dan cara
anugerah ini disampaikan kepada pemimpin pengakap yang
terpilih.
8.2.2 Jurulatih menerangkan cara untuk seseorang pemimpin
dicalonkan untuk mendapat anugerah dan bintang pengakap

8.3 LANGKAH 3 (30 minit)

8.3.1 Jurulatih menunjukkan contoh beberapa anugerah dan pingat


pengakap, seperti Semangat Padi
8.3.2 Peserta berbincang mengenai syarat-syarat yang telah
ditetapkan untuk mendapat dan dicalonkan anugerah dan
pingat.

8.4 LANGKAH 4 ( 5 minit ) :

Jurulatih membuat rumusan bahawa semua ahli pengakap yang telah


berkhidmat dan menyumbang jasa bakti kepada pengakap akan diberi
pengiktirafan dan anugerah.

9. LAMPIRAN.

9.1 Nota edaran pingat dan anugerah pengakap Malaysia.


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

TATARACARA PENGURNIAAN DAN PENCALONAN BAGI


PENGANUGERAHAN DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN SERTA PINGAT
KETUA PENGAKAP NEGARA , PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 Pindaan No.143 danNo.409 tahun 1989
( sisipan pada Akta ; guna pakai dalam permakluman - 1989 )

RASIONAL

Rasional Pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Persekutuan


Pengakap Malaysia ;

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) semenjak ditubuhkan sentiasa memberi


pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan kumpulan yang berjasa
terhadap perkembangan dan pembangunan Kepengakapan secara langsung atau
tidak langsung di dalam dan di luar negara. Kecemerlangan Kepengakapan amat
bergantung kepada semangat dedikasi dan komitmen para pemimpin melatih,
membimbing dan mengasuh setiap ahli Pengakap agar berguna kepada diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan negara. Selaras dengan pencapaian dan pembangunan
pergerakan Kepengakapan di Malaysia masa kini.

OBJEKTIF
Objektif Pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Persekutuan
Pengakap Malaysia :

a. Memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin Pengakap yang telah


berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan sumbangan dan komitmen
terhadap Persekutuan Pengakap Malaysia.

b. Memberi peluang dan ruang berinteraksi dan maklum balas tentang


pencapaian terkini dalam Persekutuan Pengakap Malaysia.

c. Menggalakkan sumbangan yang lebih aktif di kalangan ahli bagi memastikan


Persekutuan Pengakap Malaysia mencapai objektif pergerakan berdasarkan
Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.

d. Menjadikan ia contoh tauladan kepada ahli-ahli Pengakap dan pemimpin


generasi muda tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh penerima
anugerah

TATACARA PENGURNIAAN & PENCALONAN

1. Tatacara pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat adalah sangat
terperinci dan memakan masa selama lima bulan, iaitu dari mula calon
dicadangkan hingga kepada upacara Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran. Ia
bermula pada bulan Disember setiap tahun apabila diminta menyerahkan senarai
calon kepada Persekutuan Pengakap Malaysia di Ibu Pejabat pada AKHIR
BULAN Mac tahun depan. Pencalonan disalur melalui proses penapisan oleh
Majlis Pengakap Negeri, baharu dimajukan kepada Ibu Pejabat Persekutuan
Pengakap Malaysia.

2. Ketua Pengakap Negara adalah sumber bagi segala kehormatan dan kebesaran
dalam Persekutuan Pengakap Malaysia. Beliau sahaja yang boleh mengurniakan
serta mewujudkan Darjah, Pingat Penghormatan dan Kebesaran. Walaupun
pengurniaan Darjah Kebesaran adalah hak mutlak Ketua Pengakap Negara.
Perlembagaan memperuntukkan Ketua Pengakap Negara merujuk kepada
Jawatankuasa Anugerah.

3. Pada awal bulan Mei, senarai nama pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran
yang telah ditentukan bagi setiap kategori bersama dengan biodata dan sokongan
yang terperinci setiap calon akan dibentangkan terlebih dahulu di mesyuarat
Jawatankuasa Anugerah, Persekutuan Pengakap Malaysia. Di sini dipastikan
bahawa calon mempunyai kelayakan mengikut Garis Panduan dan kriteria yang
telah ditetapkan serta pandangan dan pendapat ahli Jawatankuasa Anugerah
mengenai setiap calon yang dikemukakan. Ahli Majlis Jawatankuasa Anugerah,
Persekutuan Pengakap Malaysia amat teliti dalam pemprosesan maklumat
mengenai setiap calon. Sebarang maklumat yang tidak menepati atau
pengecualian akan dibangkitkan kepada Majlis, walaupun hal tersebut mungkin
kecil.
4. Mesyuarat Khas yang dipengerusikan oleh Ketua Pengakap Negara akan
bersidang untuk meneliti setiap pencalonan. Di dalam kes-kes yang mendapat
perhatian wajar oleh Majlis Jawatankuasa Anugerah, Ketua Pengakap Negara
akan merujuk kepada Ahli Jawatankuasa Anugerah, Persekutuan Pengakap
Malaysia untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mereka sebelum membuat
keputusan muktamad untuk diperkenankan.

5. Senarai nama calon yang terpilih kemudiannya diserahkan oleh Persekutuan


Pengakap Malaysia kepada Polis, Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Insolvensi
bagi tujuan penyiasatan dan kelulusan dan bukan muflis serta bebas dari apa-apa
kesalahan Polis dan Badan Pencegah Rasuah.

6. Senarai yang telah diperakukan dan diperkenankan akan dihantar untuk


makluman kepada Majlis Pengakap Negeri-Negeri, mengikut Bintang dan Pingat
yang diterima. Satu senarai penuh nama-nama penerima mengikut Bintang dan
Pingat akan dikeluarkan sebagai kesahihan penerima mengikut abjad (Gelaran
dan nama tambahan diletakkan selepas nama, kecuali gelaran keturunan Di-Raja
dan Bangsawan).

UPACARA MAJLIS PENYAMPAIAN DARJAH, BINTANG DAN PINGAT

1. Upacara penyampaian Darjah, Bintang dan Pingat akan dilakukan diperingkat


Kebangsaan, dimana pihak Jawatankuasa Anugerah/Majlis Pengakap
Malaysia/Ketua Pengakap Negara akan membuat ketentuan diperingkat
kebangsaan untuk menentukan samada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong / Y.A.B Perdana Menteri / Y.A.B Timbalan Perdana Menteri atau
sekiranya dibuat di negeri kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia / Duli Yang
Maha Mulia Sultan atau Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, boleh juga
disempurnakannya semasa Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan
diperingkat Majlis Pengakap Negeri-Negeri, boleh ditentukan oleh Ketua
Pengakap Negara kepada sesiapa yang akan menyempurnakannya atau Ketua
Pengakap Negara sendiri akan menyampaikannya.

2. Bagi Darjah dan Bintang : Bintang Semangat Padi Kelas I (Emas) – (BSP-I),
Bintang Semangat Padi Kelas II (Perak) – (BSP-II), Bintang Semangat Rimba
Kelas I (Emas) – (BSR-I) dan Bintang Semangat Rimba II (Perak) – (BSR-II) dan
Bintang Pahlawan hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara atau
dalam satu-satu majlis yang dimaklumkan kepada Ketua Pengakap Negara, pihak
Majlis Pengakap Negeri boleh memohon penurunan kuasa pada Majlis Pengakap
Negeri untuk memohon ‘Penaung’ Majlis Pengakap Negeri atau Y.A.B Menteri
Besar atau Y.A.B Ketua Menteri atau Menteri-Menteri Penuh Kerajaan
Persekutuan untuk menyampaikanya walaupun pada masa yang sama Ketua
Pengakap Negara ada atau tiada bersama dalam majlis berkenaan.

3. Sementara semasa ketidakboleh beradanya Ketua Pengakap Negara disatu-satu


Majlis Penganugerahan bagi Pingat Cemerlang, Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negara atau Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara atau Yang DiPertua
Majlis Pengakap Negeri atau Pengerusi Majlis Pengakap Negeri bolehlah Ketua
Pengakap Negara memberi penurunan kuasa penganugerahan kepada mereka
setelah dipohon dan diberikan kuasa oleh Ketua Pengakap Negara.

4. Bagi Pingat-Pingat Setia (PPS), Pingat Perkhidmatan Baik (PPB), Pingat


Perkhidmatan Lama (PPL) dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN),
dimana ada yang akan terpilih untuk menerima diperingkat kebangsaan (atas
dasar jarak dan fakta-fakta tertentu yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa
Majlis Penganugerahan) ianya akan disampaikan diperingkat Majlis Pengakap
Negeri dan penurunan kuasa boleh dipohon daripada Ketua Pengakap Negara,
untuk disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Penolong-
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ahli-Ahli Majlis yang dilantik
sebagai EXCO Persekutuan Pengakap Malaysia, Yang DiPertua Majlis Pengakap
Negeri, Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri, Ahli-
Ahli Yang Berhormat (selaku perasmi majlis), Pegawai Daerah (jika di dalam
daerah), Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri dan Penolong-Penolong
Pesuruhjaya Pengakap Negeri (yang diberi kuasa atas pemakluman Pesuruhjaya
Pengakap Negeri).

JANGKAMASA, WAKTU UNTUK DIBUAT PENCALONAN

Waktu/jarakmasa penganugerahan diantara satu-satu pingat dengan pingat atau


bintang.

a. Dimaklumkan warta disini bahawa anugerah yang paling rendah tetapi


membawa makna dan pengiktirafan yang sama ialah “Sijil Kepujian Ketua
Pengakap Negara(SKKPN)” dan “bar” ini diberikan kepada pemimpin yang
bertauliah dan berkhidmat lebih 12 bulan.

b. Di dalam waktu yang sama dari tarikh seseorang pemimpin bertauliah


menerima “bar dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN)”
bolehlah dianggap satu tahun dicampur 3 tahun jumlahnya 4 tahun, untuk
dicadangkan dan dicalonkan untuk menerima Pingat Perkhidmatan Baik
(PPB).

c. Kemudian dari penerima “Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara


(SKKPN)” dan “Pingat Perkhidmatan Baik (PPB)”, jarak masa bilangan
tahun seseorang pemimpin bertauliah yang berterusan berkhidmat dengan
cemerlang selama 6 tahun (atau 4 tahun dari tarikh penerima Pingat
Perkhidmatan Baik (PPB)) boleh diteruskan dengan pencalonan untuk
mendapat Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) (Di dalam jangkaan mengikut
keadaan biasa jarak tahun untuk pencalonan seterusnya boleh dibuat semula
untuk pingat-pingat seterusnya adalah minima 4 tahun).

d. Selepas menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), jangkaan untuk


menerima pencalonan Bintang Semangat Rimba Kelas II (Perak) – (BSR-II)
dan keatas (Bintang Semangat Rimba Kelas Kelas I (Emas) – (BSR-
I)/Bintang Semangat Padi Kelas II (Perak) – ( BSP –II) dan Bintang
Semangat Padi Kelas I (Emas) – (BSP-I) adalah tertakluk kepada Majlis
Pengakap Negeri dan Majlis Pengakap Malaysia untuk mencalonkannya.

e. Sementara untuk anugerah Pingat Perkhidmatan Lama (PPL), jarak waktu


khidmat seseorang pemimpin yang bertauliah dan bertugas dengan
cemerlang tanpa putus perkhidmatannya (terus menerus) atau jumlah
perkhidmatan sebagai pemimpin selama dua puluh tahun (20 tahun) (di
dalam keadaan-keadaan tertentu atau luar biasa) jangkaan bilangan tahun
minima adalah lapan belas tahun (18 tahun) boleh dipertimbangkan untuk
pencalonan.

KURNIAAN KHAS & STATUS “KEHORMAT”

1. Kepada pemimpin yang memegang jawatan Penolong Ketua Pesuruhjaya


Pengakap Negara, Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang menjalankan tugas jawatan
tersebut selama tidak kurang daripada 4 tahun dengan cemerlang, setia dan gigih
bolehlah dicalonkan oleh Jawatankuasa Anugerah untuk dianugerahkan dengan
Bintang Semangat Rimba Kelas II (Perak) – (BSR – ii), seterusnya berkhidmat
secara terus menerus bertugas dengan cemerlang selama 8 tahun, bolehlah
dicadangkan pula untuk menerima Bintang yang lebih tinggi atau atas keadaan
biasa dengan persetujuan Ketua Pengakap Negara.

2. Penganugerahan Bintang dan Pingat berstatus “Kehormat”, Bintang dan Pingat


yang dianugerahkan kepada Ketua-Ketua Negara dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya
Pengakap Negara dari luar Malaysia (atas juridiksi).

a. Dicadangkan oleh Ketua Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap


Negara.

b. Jawatankuasa Antarabangsa.

c. Jawatankuasa Pasukan Latihan Negara.

d. Jawatankuasa Pengurusan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ini juga adalah tertakluk kepada persetujuan dan perkenan oleh Ketua Pengakap
Negara.
Bilangan Sesi: 12

1. Tajuk Sesi: KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM

2. Masa: 60 Minit

3. Objektif:
3.1- Mengetahui Apa Yang Dimaksudkan Komunikasi /
Perhubungan.

3.1- Mengetahui Kepentingan Komunikasi Dalam Kepengakapan.

4. Kaedah: Syarahan Dan Perbincangan

5. Nilai Murni: 5.1- Merapatkan pengakap dengan masyarakat supaya saling


faham-memahami.

5.2- Memperolehi sokongan dan penyertaan masyarakat dalam


usaha memperkembangkan aktiviti kepengakapan.

5.3- Membuka mata pengakap terhadap dunia luar dan sebaliknya.

6. Alat Bantu: 6.1- Alat Bantu Ajar Elektronik

7. Penyampaian / Pengajaran;

7.1- Definisi Komunikasi / Perhubungan.

7.2- Unsur-Unsur Penting Dalam Komunikasi.


7.3- Bentuk Dan Jenis Komunikasi.

7.4- Prinsip Berkomunikasi.

7.5- Halangan Berkomunikasi.

8. Lampiran 8.1- Nota


8.2- Soalan Perbincangan (Tujuan Pemahaman)

Bilangan Sesi: 13

1. Tajuk Sesi: PENILAIAN DAN PENCALONAN MANIKAYU

2. Masa: 60 Minit

3. Objektif: 3.1- Mengetahui Proses Penilaian Dan Pencalonan Manikayu.

3.2- Mengetahui Sikap Dan Tanggungjawab Yang Perlu


Dilaksanakan Sepanjang Tempoh Penilaian.

4. Kaedah: Syarahan Dan Perbincangan

5. Nilai Murni: 5.1- Mengetahui prinsip dan maksud yang tersurat dan tersirat
dalam manikayu.

6. Alat Bantu: 6.1- Alat Bantu Ajar Elektronik

7. Penyampaian / Pengajaran;

7.1- Borang Pencalonan Peringkat IV.


Tempoh, Bidang Dan Bentuk Penilaian.

7.2- Borang Pencalonan Manikayu.

7.3- Peranan PLD Dan Pembimbing.


Organisasi PLD, Tugas Dan Tanggungjawab Pembimbing

8. Lampiran 8.1- Nota


8.2- Borang Penilaian Peringkat IV
8.3- Borang Pencalonan Manikayu

You might also like