You are on page 1of 3

KESALNYA DIRI KU INI….

Tanggal 6hb Mac 2005 merupakan hari yang paling menyayat hati dalam hidupku. Pada
hari itu, aku disahkan menghidap kanser hidung. Aku terperanjat dan tidak percaya kerana
takkan pula pada usia semuda 28 tahun aku boleh mendapat penyakit ini. Aku meraung sekuat-
kuat hatiku! Baru 2 tahun aku mendirikan rumah tangga, baru mula nak merasa kebahagiaan
hidup. Anakku pula baru berusia 10 bulan dan masih bertatih lagi.
Pada masa itu, Imran suamiku sedang berkursus di Jepun. Bila keluargaku diberitahu,
mereka bersikap acuh tak acuh. Aku kecewa dengan mereka. Keluargaku tidak rapat, kami
dibesarkan dalam suasana tegang tanpa kasih sayang. Setelah dewasa dan bekerja, diriku hanya
sebagai tempat keluarga meminta wang tetapi aku relakan. Kini baru mahu merasai nikmat
penghidupan, aku diduga pula dengan penyakit ini. Aku redha…Ya Allah, kaulah Yang Maha Esa
dan Maha Mengetahui. Aku menulis ceritaku ini supaya menjadi teladan kepada wanita lain.
Kanser tidak mengenal mangsa. Berhati-hatilah, cegah sebelum kena.
Segala-galanya bermula apabila aku mula berjinak-jinak dengan produk kecantikan
setelah mula bekerja. Maklumlah nak putih kulit, nak cantik. Pantang ada produk baru, pasti aku
cuba. Pada mulanya aku tidak mengesyaki apa-apa. Namun kemudian aku mulai kerap batuk,
mendapat selsema dan selalu bersin. Aku hanya ke klinik swasta biasa untuk mendapatkan
rawatan. Pada mulanya reda tetapi keadaannya kerap berulang-ulang.
Aku diberitahu oleh kawan dan pengusaha salon kecantikan bahawa mungkin aku ada
resdung, lalu akupun disuruh berubat guna cara berasap. Bila tak juga sembuh, atas nasihat rakan
sekerja, aku berubatlah cara tradisional, homeopati dan sebagainya. Keadaanku bertambah teruk,
aku selalu demam panas, hidung sentiasa berair dan tersumbat. Adakalanya hidungku berdarah.
Badan letih dan tak bermaya, mula sakit kepala dan sakit pada bahagian muka terutama bahagian
antara mata. Kesakitan terasa di dalam bahagian dahi semasa aku mencondongkan badan ke
depan seperti ketika sujud. Sakit tekakku pula semakin berpanjangan dan kerap berulang-ulang.
Kadangkala lendir yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk keluar daripada hidung
dan tekak. Bodohnya aku, aku masih percaya dan meneruskan rawatan resdung di salon-salon
kecantikan dan pusat rawatan tradisional.
25hb Februari 2006, sudah hampir tujuh bulan dari bermulanya tanda-tanda awal
penyakit. Setiap hari aku bersin dan mengalami pendarahan hidung sehingga basah lencun
saputangan! Sedikit darah mulai keluar dari tekakku. Aku mulai cemas, aku beritahu Imran dan
aku terus dibawa ke hospital. Semasa menunggu giliran berjumpa doktor, aku muntah darah dan
terus dimasukkan ke wad. Aku tidak dibenarkan pulang sehingga berjumpa dengan doktor pakar
ENT (pakar telinga, hidung dan tekak). Keesokkannya, setelah biopsi dilakukan barulah aku
dibenarkan pulang dan temujanji dibuat pada 6hb Mac 2006. Itulah hari bermulanya dugaan yang
amat berat buat diriku…
Pada masa ini, aku sudah menjalani sesi ke-10 rawatan radioterapi. Penglihatanku
semakin pudar, tekakku sudah mula hilang keupayaan menelan, sementara kudis pada hidungku
pula mulai membesar dan bernanah. Dr Amir memberitahuku bahawa banyak lagi ujian yang
1
perlu dijalankan kerana khuatir kanser yang kuhadapi telah merebak. Aku bertanya kepadanya
bagaimana aku boleh terkena kanser hidung. Dr Amir mengatakan Malaysia menjadi negara
paling tinggi kadar penghidap penyakit kanser hidung di kalangan wanita. Menurut beliau,
penggunaan produk kecantikan merupakan salah satu sebab mengapa semakin ramai wanita
menghidap kanser berbanding lelaki. Pelbagai faktor boleh menyebabkan kanser hidung,
antaranya kimia merbahaya dalam produk kecantikan. Bahan kimia seperti PEWANGI
(FRAGRANT), ALCOHOL (ISOPROPYL), PROPYLENE/BUTYLENE GLYCOL,
POLYETHYLENE GLYCOL (PEG), SODIUM LAURYL SUFATE (SLS) & SODIUM
LAURETH SULFATE (SLES), DIETHANOLAMINE (DEA), MONOETHANOLAMINE
(MEA), TRIETHANOLAMINE (TEA) dan IMIDAZOLIDINYL UREA. Bahan-bahan kimia
apabila dihidu, boleh menyebabkan radang pada lapisan dalam hidung. Ini memudahkan
jangkitan kuman berlaku ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.
Peradangan ini disebut sinusitis atau resdung. Kuman ini membiak dan rongga tersumbat
sehingga terjadinya pembengkakan pada bahagian tersebut. Jika yang dihidu merupakan bahan
yang boleh menyebabkan kanser, bermulalah ketumbuhan kanser hidung. Dalam keadaan apabila
rongga sinus tersumbat, cecair dan nanah tidak dapat keluar melalui hidung. Maka ia sebaliknya
akan mengalir ke dalam ruang dalam otak. Ini akan membawa jangkitan ke dalam otak dan
menyebabkan peradangan selaput otak (meningitis) dan peradangan otak (ensefalitis). Kedua-dua
keadaan ini amat teruk dan boleh menyebabkan kematian.
Dr Amir menerangkan bahawa sepatutnya pesakit terus ke hospital apabila tanda-tanda
awal resdung terjadi seperti demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat, sakit
kepala, lemah badan, bersin, selsema dan lendir kuning dan berbau keluar dari hidung dan tekak.
Masalahnya, ramai orang kita tidak tahu betapa bahayanya apabila mereka tidak mendapat
rawatan resdung daripada pakar perubatan di hospital. Bagaimana nak sembuh sedangkan punca
resdung seperti menghidu kimia dalam produk kecantikan masih terus digunakan dan rawatan
resdung itu sendiri yang menambahkan radang pada lapisan dalam hidung! Panjang lebar
penerangan Dr Amir kepadaku.
Setelah mendengar penerangannya, aku kesal dengan perbuatan bodohku dan aku
bertanya mengenai produk kecantikan yang selamat digunakan. Dr Amir mengesyorkan Zai’s
Beauty Formula ciptaan Dr Tunku Zaidar bt Tunku Zainal Abidin. Menurut beliau, produk ini
paling selamat kerana langsung tidak menggunakan bahan kimia. Tiada pewangi, pengawet dan
penyatu. Dr Tunku Zaidar menggunakan 100% herba dan cara pembuatan produk ini
menggunakan kaedah penapaian. Pengeluaran produk begini terhad kerana proses penapaian
mengambil masa yang begitu lama. Itulah sebabnya produk kecantikan Zai’s Beauty Formula
tidak dapat dikeluarkan dengan banyak dan tiada agen atau stokis dan hanya boleh didapati di
Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula.
Aku bertekad hendak meminta Imran mendapatkan produk tersebut. Walaupun, aku
menghidap kanser tetapi aku juga masih hendak mencantikkan diriku. Akanku sampaikan rahsia
kecantikan ini kepada sahabat-handaiku supaya mereka terselamat daripada penyakit yang
meragut kebahagiaan….

Sila layari laman web berikut:


http://www.lindachae.com/ProductIngredientList.htm,
http://www.ewg.org/reports/skindeep/,
http://www.fpinva.org/,
http://www.health-report.co.uk/ingredients-directory.htm,
http://www.cir-safety.org/alerts.shtml,
http://www.mercola.com/2004/jul/17/dangerous_cosmetics.htm.
Utusan Malaysia, Rabu – 9 Julai 2003

2
Pesakit kanser hidung

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan perawatan muka ‘Perfect C2’ (mencerah dan membaikpulih radang kulit akibat
kimia pengelupasan dalam produk kecantikan) pada harga promosi RM65.00 sahaja.
(Sila bawa rencana ini untuk dapatkan tawaran istimewa ini).
Tawaran sah sehingga 31 hb Ogos 2006.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan promosi Zai’s Beauty Formula di:


Majalah ‘MASTIKA’ isu bulan Ogos, Okt & Dis 2006
Majalah ‘JELITA’ isu bulan Julai, Ogos, Sept & Okt 2006

Zaimal Sdn Bhd & Makmal Kosmetik Zai’s Beauty Formula, Shah Alam, Selangor
Tel: 03-5121 4413 / 5121 4419
Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula:
♥ Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur Tel:03-7727 3457 ♥Tmn Dato Razali Ampang,
Selangor Tel:03-4257 3457 ♥ Seksyen 10 USJ Subang Jaya, Selangor Tel:03-5635 4835
♥ Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5880 5658
♥ Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor Tel:03-8925 8457
Laman Web: http://www.zaimal.com

You might also like