ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan minat serta kemahiran pelajar dalamtopik
Graphs of Function II
dengan menggunakan alat bantu mengajar iaitu Geometer’sSketchpad. Keadaan ini berpunca apabila kebanyakan pelajar tidak dapat menguasai teknikmelukis graf dengan betul. Apabila pelajar ini tidak dapat melukis graf dengan betul, iaakan menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar dalam topik
Graphs of Function II
.Oleh yang demikian, fokus kajian ini adalah untuk membuatkan pelajar berminat dan berasa seronok semasa mempelajari topik graf disamping dapat mengajar mereka melukisgraf dengan betul. Sasaran kajian adalah seramai 30 orang pelajar Tingkatan 5K3.Untuk menjalankan kajian ini, tinjauan awal telah dilakukan terhadap pelajar denganmenganalisis ujian pra yang telah dilakukan. Di dalam ujian pra tersebut pelajar telahdiminta untuk menjawab soalan dalam topik
Graphs of Function II.
Ujian tersebutmengandungi 4 soalan. Hasil daripada ujian tersebut hampir separuh daripada pelajar tidakmemahami bagaimana untuk melukis graf dengan betul. Terdapat juga pelajar yang tidakdapat membezakan di mana paksi-
x
dan di mana paksi-
y
. Mereka juga tidak dapatmengenal pasti bahagian positif dan negatif di dalam graf.Bagi mengatasi masalah ini saya telah menggunakan alat bantu mengajar iaitu Geometer’sSketchpad bagi meningkatkan motivasi dan minat pelajar serta kemahiran pelajar dalamtopik graf ini. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti melukis graf dengan menggunakanGeometer’s Sketchpad. Di sini pelajar akan lebih faham bagaimana mahu melukis graf dengan betul kerana di sini guru dapat menunjukkan jalan kerja dengan lebih jelas dancepat.Hasil ujian pra yang lalu dan ujian pos jelas menunjukkan perbandingan yang ketara. Dimana pelajar sudah mula menunjukkan minat dan faham apa yang dipelajari dalam topikgraf ini. Disebabkan saya melakukan kajian ini ke atas pelajar yang lemah, hasil ujian pramenunjukkan pencapaian pelajar adalah rendah dan hasil dari ujian pos yang dilakukansaya dapat lihat peningkatan pencapaian mereka.
2