You are on page 1of 19

BIODATA DIRI

NAMA: MURSYIDA BT AZIZAN JANTINA: PEREMPUAN STATUS PERKAHWINAN: BELUM BERKAHWIN KUMPULAN: BAHASA ARAB 1 SEMESTER: 1 NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH: SK MEJAR JENERAL DATO IBRAHIM, KEM SEMENGGO, 93677 KUCHING, SARAWAK. ALAMAT TETAP: NO 66 BATU 10 JALAN JENIANG 08300 GURUN, KEDAH. NO. TELEFON SEKOLAH/PEJABAT: 082-612410 NO H/P: 013-4618952 NAMA WARIS TERDEKAT: AZIZAN BIN TALIB ALAMAT WARIS: NO 66 BATU 10 JALAN JENIANG 08300 GURUN, KEDAH. HUBUNGAN: BAPA NO H/P WARIS: 0195331953

1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu aktiviti yang dilakukan di luar kampus dan merupakan program yang wajib diikuti oleh setiap pelajar institusi pendidikan guru( IPG) di seluruh Malaysia. Pelaksanaan program ini diharap mampu membina diri insan guru yang berketerampilan, bersedia dan mampu menghadapi pelbagai cabaran dalam arus dunia pendidikan. Kursus Bina Insan Guru siri ke 5 telah dilaksanakan pada 7 Mei sehingga 10 Mei 2012 yang lalu. Program tersebut telah diadakan di di Kem Rock View Agrotex, Lundu dan melibatkan 68 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan KPLI j-QAF ambilan Januari 2012 untuk opsyen Bahasa Arab 1dan Pendidikan Islam 2. Program Bina Insan Guru mengambil masa selama 4 hari 3 malam dan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menuntut ketahanan diri dan kerjasama setiap peserta. Walaupun sibuk dengan kerja-kerja disekolah kerana peperiksaan Pertengahan Tahun sudah tiba tetapi para peserta dapat megikuti aktiviti tersebut dengan jayanya Setiap aktiviti yang dilaksanakan memberi manfaat yang berguna kepada peserta untuk dijadikan sebagai bekalan dalam menempuhi dunia perguruan.

2.0 MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk melahirkan dan menjadikan guru-guru di Malaysia mantap dari segi sahsiah, ilmu, dan ketahanan diri disamping mempunyai semangat juang yang tinggi, serta memberi manfaat pada diri, keluarga, masyarakat dan Negara selaras dengan prinsip dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembinaan insan guru merupakan satu usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan bersandarkan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah Pembina Generasi Negara seterusnya merupakan penyumbang kepada kemajuan sesebuah Negara.

3.0 OBJEKTIF
Melalui program Bina Insan Guru ini pelajar dapat mencapai objektif berikut; Memahami realiti persekitaran dan responsive secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran berkenaan . Menghayati cirri-ciri kerohanian,nilai,etika dan akhlak keguruan. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masaalah .

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani,emosi,rohani dan social.

Memupuk semangat berpasukan,bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dalam kumpulan .

4.0 JADUAL PELAKSANAAN


Hari pertama (7 Mei 2012) 7.30 pagi 10.30 pagi 01.00 tghari 02.00 ptg 05.00 ptg 09.00 mlm 10.00 mlm : Perjalanan Ke Kem Rock View Agrotex Lundu : Taklimat, penyediaan tapak dan mendirikan khemah :Pengurusan diri,solat dan makan tengah hari : Pembinaan Rakit&keyakinan Di Air : Pengurusan diri, solat, tazkirah dan makan malam : Latihan dalam kumpulan ( ICE BREAKING) : Rehat diri

Hari kedua (8 Mei 2012) 05.30 pagi 06.30 pagi : Solat, Tazkirah/moral, : Malaysia cergas/Menaikan Bendera/Lagu Institut,Patrotik,Negaraku&Alunan Asma Ul Husna & sarapan pagi. 08.00 pagi : Kumpulan 2,3,5, Aktiviti Berakit/Berkayak Kumpulan 1,4,6 Aktiviti Darat 6.oo ptg : Pengurusan Diri,Solat&Tazkirah&Makan Malam

08.00 mlm 10.30 mlm

: LDK 1-Mengenali Potensi Diri : Rehat diri

Hari ketiga (9 Mei 2012) 05.30 pagi 06.30 pagi : Solat,Tazkirah : Malaysia cergas/Menaikan Bendera/Lagu Institut,Patrotik,Negaraku&Alunan Asma Ul Husna & sarapan pagi.

08.00 pagi

: Aktiviti Kembara Kumpulan 2,3,5 Aktiviti Berakit/Water confident Kumpulan 1,4,6

10.00 pagi 10.30 pagi

:Rehat : Aktiviti kembara (kumpulan B)/ Aktiviti air (kumpulan A)

06.00 ptg 08.00 mlm 10.30 mlm

: Pengurusan diri, solat/moral, tazkirah dan makan malam : Malam persembahan kumpulan : Rehat diri

Hari keempat (16 Jun 2011) 05.30 pagi 06.30 pagi 08.00 pagi : Solat, Tazkirah/moral, : Malaysia cergas, perhimpunan pagi dan sarapan pagi. : Refleksi dan rumusan

01.00 tghari 05.00 ptg

: MAJLIS PENUTUP DAN PEMBERSIHAN : Bertolak pulang

5.0 REFLEKSI KENDIRI


Kursus Bina Insan Guru padat dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar seperti tongkat amanah, berakit dan abseiling serta aktiviti dalaman iaitu latihan dalam kumpulan (LDK), dan aktiviti kerohanian. Di sini saya akan membuat kupasan yang lebih terperinci untuk setiap aktiviti utama yang telah kami lalui. 5.1 PENYEDIAAN TAPAK KHEMAH DAN MENDIRI KHEMAH Oleh kerana bertolak dari IPG lewat iaitu pukul 8.00 pagi kerana masalah pengangkutan, aktiviti penyediaan khemah terpaksa bermula selepas zohor. Setiap kumpulan dianggotai 10 atau 9 orang ahli kumpulan yang majoritinya terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Semasa aktiviti ini, kami membahagikan kerja untuk menjimatkan masa iaitu lelaki membina tapak khemah dan dapur manakala perempuan mengambil peralatan dapur dari En. Michael Tarang. Aktiviti ini selesai hampir pukul 3.00 petang. 5.1.1 KELEBIHAN

Melalui aktiviti ini, saya dapat lihat semangat kerjasama antara ahli kumpulan walaupun baru sahaja berkenalan. Kami bekerjasama berganding bahu memyelesaikan kerja dalam masa yang singkat. Para peserta dapat mempamerkan kemahiran bertukang semasa membina tapak khemah dan memberi pengalaman kepada peserta yang belum pernah melakukannya.

5.1.2 KELEMAHAN Oleh kerana tiba agak lewat kerana kelewatan pengangkutan, kami terpaksa melalui hari pertama dalam keadaan tergesa-gesa kerana kesuntukan masa. 5.1.3 PENAMBAHBAIKAN Pihak maktab perlu memastikan masalah ini tidak berlaku dengan memastikan pemandu bas tiba pada masa yang ditetapkan 5.2 MEMBINA RAKIT DAN KESELAMATAN AIR Sebelum turun ke laut untuk aktiviti keselamatan air, kami telah diarahkan untuk membina rakit terlebih dahulu. Sebelum memulakan aktiviti tersebut, kami bekerjasama tanpa mengira jantina mengangkut batang-batang paip keluar dari tempat simpanannya. Sebuah rakit memerlukan 7 batang paip dan dan kami perlu membina 15 buah rakit pada petang tersebut. Selepas selesai mengangkut batang-batang paip yang diperlukan, demonstrasi pembinaan rakit dilakukan En.

Noraini dan En. Michael Tarang di hadapan para peserta. Untuk membuat rakit kami diminta membuat kumpulan yang terdiri daripada 4 orang ahli sahaja untuk membina sebuah rakit. Di sinilah kerjasama diperlukan dan minda teruji samaada kita dapat mengingat apa yang diajar sebentar tadi. Akhirnya berkat kerjasama, kami dapat siapkan 15 buah rakit tanpa mengambil masa yang lama. Selesai membina rakit, kami diminta memakai jaket air untuk aktiviti keselamatan air (water confident) . Aktiviti ini menguji tahap keberanian saya kerana saya memang tidak tahu berenang apatah lagi mempunyai asas berenang. Tetapi atas kepercayaan kepada jurulatih air dan keyakinan diri, saya dan kawan-kawan memberanikan diri menyahut cabaran ini. Kami turun ke laut secara berpegangan tangan dan diarahkan melepaskan tangan apabila kami dapat menguasai teknik mengapungkan diri. Jurulatih air memberi tunjuk ajar dan bimbingan sehingga kami berasa yakin dan menguasai teknik tersebut. 5.2.1 KELEBIHAN Melalui program ini, saya dapat ilmu dan pengalaman baru iaitu membina rakit dan belajar berenang. Semasa membina rakit, kami mengamalkan kerjasama dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Suasana ini merapatkan hubungan yang mesra antara kami walaupun pada baru hari pertama bertemu. Selain itu, kami dapat mempelajari teknik ikatan iaitu ikatan balak dan mendapat pengalaman membuat rakit dengan tangan sendiri. Aktiviti water confident pula banyak memberi pengetahuan kepada saya iaitu mengenai teknik berenang. Walaupun saya tidak pandai berenang apatah lagi

pergi agak jauh dari pesisir pantai, saya dapat melaluinya dengan gembira berbekalkan semangat rakan dan keyakinan diri. 5.2.2 KELEMAHAN Kami terpaksa melakukan aktiviti ini dengan cepat kerana kesuntukan masa. Oleh itu,,kami tidak dapat menikmati aktiviti ini dengan sepenuh hati.

5.2.3 PENAMBAHBAIKAN Saya berharap kelewatan pengangkutan tidak lagi berlaku pada masa akan datang kerana ia akan memberi kesan pada perjalanan kursus tersebut. Pihak maktab perlu memastikan pemandu bas tiba pada masa yang ditetapkan. 5.3 ICE BREAKING Aktiviti ini bermotifkan taaruf ataupun sesi pengenalan antara para peserta. Aktiviti ini di kelolakan oleh En. Mohd Azhar b. Zainal. Antara aktiviti pada malam itu ialah para peserta diminta membuat kumpulan mengikut bulan kelahiran,negeri asal dan perjumpaan dengan fasilitator kumpulan masingmasing untuk sesi taaruf. Selepas itu, kami diberi tugasan mencipta bendera/logo kumpulan masing-masing mengikut kretiviti ahli kumpulan. Pada malam itu juga, kami bekerjasama menyediakan persiapan makanan untuk aktiviti air pada keesokan harinya. 5.3.1 KELEBIHAN

Walaupun para peserta keletihan akibat aktiviti pada siang hari, kami dapat mengikuti aktiviti ini dengan ceria dan santai. Suasana ini disebabkan aktiviti ini tidak membosankan dan memerlukan respon dari para peserta sekaligus merehatkan badan. Disamping itu, saya dapat mengenali ahli kumpulan dengan lebih dekat termasuk fasilitator kumpulan 2 iaitu Ustz. Sh. Noraida Wan Hassan. Ketika mencipta nama dan logo kumpulan, kami bekerjasama mencari idea dan akhirnya kami namakan kumpulan kami dengan nama Mumtaz bererti cemerlang dan berjaya mencipta logo kumpulan. Suasana tersebut telah membuahkan keserasian antara ahli kumpulan saya. 5.3.2 KELEMAHAN Kami diberi tugasan mencipta logo dan diminta menyiapkan pada malam itu juga. Walhal kami dalam keadaan mengantuk dan keletihan. 5.3.3 PENAMBAHBAIKAN Mengenai tugasan mencipta logo, pihak penganjur sepatutnya memberi tugasan ini beberapa hari sebelum bertolak. Ini akan membolehkan para peserta mencari idea terlebih dahulu. Jadi pada malam tersebut para peserta hanya perlu membuat pilihan sahaja bukan memerah otak. 5.4 AKTIVITI AIR Aktiviti ini ialah antara aktiviti utama yang perlu dilalui oleh para peserta. Sebagai persediaan untuk aktiviti ini, pihak penganjur telah mengadakan water confident untuk para peserta pada hari pertama. Sebelum kami dilepaskan ke laut dengan rakit secara berpasangan iaitu lelaki dan perempuan, kami diberi taklimat oleh jurulatih tentang cara-cara berakit dengan betul.

10

Sampai di tengah laut, kami diarahkan terjun ke laut dan mengapungkan diri. Sebelum diarahkan terjun, kami diberi taklimat tentang cara-cara untuk naik ke rakit semula. Pada mulanya kami dibenarkan terapung sambil memegang rakit, kemudian kami diarahkan melepaskan dan meninggalkan rakit masing-masing. Selepas beberapa minit, kami diarahkan untuk mencari semula rakit dan naik ke atas rakit tersebut. Semasa di tengah laut juga, kami diminta untuk berdiri secara bergilir-gilir untuk menyanyi. Barisan hadapan iaitu perempuan diarahkan berdiri sambil berpegangan tangan dengan rakan sebelah yang menaiki rakit yang

berlainan dan diminta menyanyikan lagu Guru Malaysia. Selepas itu, giliran barisan belakang iaitu lelaki pula yang berdiri dan diminta menyanyikan nasyid Asma Al-Husna. Kemudian kami berkayuh menuju ke pantai yang ditentukan untuk melakukan aktiviti abseiling dan memasak. Aktiviti memasak dan abseiling yang perlu dilakukan serentak untuk menjimatkan masa. Sewaktu rakan lain membuat aktiviti abseiling, ahli kumpulan yang tinggal melakukan aktiviti memasak dan begitulah seterusnya sehingga aktiviti tersebut selesai dan makanan siap dimasak seterusnya dihidangkan untuk dimakan bersama jurulatih, fasilitator dan rakan-rakan yang lain. Selesai menjamu selera, kami bertolak pulang dengan menaiki rakit. Selepas berakit, kami melakukan aktiviti tongkat amanah iaitu aktiviti yang menguji emosi mahupun fizikal setiap peserta dalam menjaga amanah yang telah diberikan. Setiap kumpulan akan diberikan sebatang buluh yang dipanggil tongkat amanah yang mana setiap ahli kumpulan harus memegang buluh itu tanpa melepaskannya dengan melalui pelbagai halangan.

11

5.4.1 KELEBIHAN Ini ialah aktiviti yang mencabar dan merupakan pengalaman baru bagi saya yang belum pernah menaiki sampan apatah rakit Pada mulanya saya tidak berkeyakinan dapat melalui aktiviti ini. Tetapi atas bimbingan jurulatih dan kerjasama rakan-rakan,akhirnya saya dapat mengharungi cabaran ini dengan gembira. Ini ialah kali pertama saya merasai pengalaman berakit dan abselling disamping menghayati kesusahan orang zaman dahulu atau nelayan mencari rezeki di laut. Di samping itu saya dapat menhayati keindahan ciptaan Tuhan dan menghargai anugerah tersebut. Semasa melakukan aktiviti memasak di pantai, saya dan ahli kumpulan bertungkus lumus berganding bahu menyiapkan masakan kami. Selain itu kami perlu bijak mengurus masa kerana memasak dan abseiling dilakukan secara serentak. Pengalaman memasak menggunakan kayu api membuatkan kami dapat merasai kesusahan nenek moyang kita pada masa dahulu sebelum terciptanya kemudahan-kemudahan seperti sekarang. Aktiviti tongkat amanah telah mengajar kami erti tanggungjawab terhadap amanah yang digalas dan betapa pentingnya semangat kerjasama berpasukan. Apapun aktiviti tongkat amanah memang mencabar mental dan fizikal setiap peserta dan mempunyai pelbagai maklumat yang tersirat. 5.4.2 KELEMAHAN

12

Aktiviti-aktiviti ini memang menyeronokkan tetapi batas-batas aurat sesama kami antara lelaki dan wanita tidak terjaga terutamanya ketika aktiviti tongkat amanah. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana kami ialah guru dalam latihan yang mengajar Pendidikan Islam. Mengenai aktiviti di laut, walaupun sudah mengikuti aktiviti Water Confident pada hari pertama sebagai persediaan namun ia masih lagi tidak mencukupi. Ini kerana ada antara kami tidak dapat menguasai sepenuhnya teknik berenang.

5.4.3 PENAMBAHBAIKAN Pihak penganjur sepatutnya mengasingkan lelaki dan wanita ketika menjalankan aktiviti tongkat amanah. Pihak maktab perlu mengadakan satu program bagi pelajar yang bakal mengikuti kursus bina Insan Guru iaitu kelas berenang. Ini boleh dijadikan sebagai persediaan bakal guru sebelum menyertai aktiviti ini. 5.5 KEMBARA HUTAN Aktiviti ini memerlukan para peserta mengembara melalui kampung dan hutan sambil memerhati flora dan fauna bagi menyelesaikan tugasan yang di berikan untuk mengaitkannya dengan profesion pendidikan. Selain itu, salah seorang ahli kumpulan dikehendaki menjadi orang buta di sepanjang kembara tersebut. Sebaik tiba di tempat yang dituju, kami terus mencari tempat untuk memasak. Pada mulanya kami kami menhadapi kesukaran menghidupkan api kerana tanah

13

dan kayu api lembab akibat hujan tetapi akhir kami dapat menyalakanmya dan memasak sehingga selesai. Selesai memasak, kami mengadakan perbentangan tugasan yang telah diamanahkan sepanjang perjalanan tadi. Dalam

perbentangan tersebut, banyak input yang perolehi berdasarkan alam semulajadi dan kaitannya dalam profesion perguruan. Selesai perbentangan, kami menjamu selera beramai-ramai. 5.5.1 KELEBIHAN Walaupun kembara hutan tidak seperti Jungle tracking tetapi banyak manfaat yang diperolehi sepanjang aktiviti tersebut disamping mengenal jenis-jenis tumbuhan. Sepanjang perjalanan, kami dapat menghayati kebesaran Tuhan disamping mengaitkan setiap ciptaanNYA dengan profesion perguruan. Melalui perbentangan flora dan fauna, banyak input yang dapat saya perolehi contohnya kaitan pokok ubi kayu dan pokok kelapa dengan profesion perguruan. Saya berharap dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi untuk membentuk diri saya menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan berjiwa pendidik. Melalui aktiviti memasak di dalam hutan, saya dan ahli kumpulan bekerjasama menyiapkan masakan ala rimba. Disini,kami memanfaat alam semulajadi untuk dijadikan sebagai peralatan memasak contohnya daun menggantikan pinggan. Aktiviti ini pada mulanya menguji kesabaran kami ketika menghadapi masalah menghidupkan api akibat tanah lembap namun atas sikap tidak putus asa dan kerjasama kumpulan akhirnya api dapat dihidupkankan seterusnya melancarkan aktiviti memasak kumpulan kami. 5.5.2 KELEMAHAN

14

Masa untuk merasai kesejukan air dihutan sangat singkat dan saya tidak sempat mandi di situ kerana mengemas peralatan memasak. Padahal aktiviti mandimanda disitu merupakan salah satu aktiviti yang kami nantikan. 5.5.3 PENAMBAHBAIKAN Pihak penganjur perlu memperuntukkan masa untuk berbuat demikian pada masa akan datang dan saya percaya ia akan menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan dan meninggalkan kenangan kepada setiap peserta itu nanti.

5.6 MALAM KEBUDAYAAN Malam kebudayaan diadakan pada malam terakhir Kem Bina Insan Guru. Sebelum itu, diadakan pertandingan memasak antara kumpulan dan

pertandingan ini diadili oleh Tuan Hj. Ridhuan (Pemilik Kem Alapong) dan En. Abdul Malik. Saya tidak dapat mengikuti aktiviti memasak sepenuhnya kerana diamanahkan sebagai AJK persiapan dewan. Selepas itu, baru diadakan malam kebudayaan. Pada malam itu, setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan nasyid kontemporari dan menghantar wakil untuk pertandingan karaoke. Enam kumpulan telah mempersembahkan nasyid dan kumpulan saya telah memilih nasyid yang bertajuk Nostalgia. Sebaik sahaja Malam Kebudayaan tamat, En. Michael Tarang memberi taklimat mengenai portfolio dan penyerahan barang. Pada malam itu juga, kami diarahkan membersih peralatan dapur sehingga bersih sebelum diserahkan kembali. Oleh itu, semua peserta bertungkus lumus membersih peralatan sehingga pagi.

15

5.6.1 KELEBIHAN Para peserta bekerjasama bersama ahli kumpulan menyiapkan hidangan untuk pertandingan memasak dan berpeluang mempamerkan kretiviti menghias makanan. Pada malam kebudayaan, setiap ahli kumpulan tidak lepas tangan menyertai pertandingan nasyid dan menghantar wakil untuk karaoke. Pada malam itu juga, kita dapat melihat sikap tanggungjawab dan kerjasama ahli kumpulan ketika sesi penyerahan peralatan memasak. Masing-masing

bersengkang mata meneruskan amanah atau tugasan ini sehingga selesai. Kumpulan saya selesai dan dapat merehatkan diri ketika jam menunjukkan hampir pukul 4 pagi. 5.6.2 KELEMAHAN Taklimat mengenai portfolio BIG tidak dapat diikuti oleh para peserta kerana keletihan. Selain itu, taklimat tersebut dijalankan ketika hampir tengah malam dan merupakan waktu tidur. Padahal taklimat ini penting kepada kami sebagai panduan ketika membuat laporan refleksi individu sekembali dari kursus ini nanti. 5.6.3 PENAMBAHBAIKAN Saya berharap taklimat portfolio diadakan pada waktu yang tepat dan bersesuaian agar para peserta dapat mengetahui cara membuat laporan refleksi individu yang betul dan tepat. 5.7 LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) Latihan dalam kumpulan merupakan aktiviti dalam dewan yang memerlukan pendapat atau idea untuk menyiapkan tugasan dalam kumpulan. Aktiviti ini memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan untuk memberi buah fikiran atau

16

idea

dalam

menyelesaikan

tugasan

yang

diberi

sebelum

membuat

perbentangan. Antara LDK kami ialah teks mengenai Beruk, dan pengorbanan seorang guru. Melalui aktiviti ini, banyak maklumat yang berkaitan dengan

profesion perguruan dapat dikutip untuk dijadikan rujukan dan pengajaran bagi para peserta dalam membentuk diri menjadi seorang guru yang berketrampilan, berpegang kepada etika perguruan dan bersedia dari aspek JERI.

5.7.1 KELEBIHAN Aktiviti ini mendedahkan maklumat-maklumat tentang profesion perguruan serta pengajaran dari pengalaman orang lain yang boleh dijadikan panduan untuk membaiki kelemahan pada diri saya. Ia juga membantu saya untuk menjadi seorang guru yang berketrampilan, berpegang kepada etika perguruan dan bersedia dari aspek JERI. Selain itu juga, sesi latihan dalam kumpulan telah melatih saya untuk berkongsi pendapat dan menghargai pendapat orang lain. Aktiviti ini telah memberi saya pengajaran dalam menjalankan tanggungjawab mendidik dan pentingnya seorang guru mempunyai jiwa empati dan mampu mengurus diri, pelajar, keluarga, rakan, masyarakat, dan sebagainya. Setiap yang dilakukan oleh seorang guru mesti mempunyai visi, misi dan matlamat yang harus dicapai dalam diri masing-masing. 5.7.2 KELEMAHAN Masa yang diperuntukkan untuk LDK singkat kerana mengejar masa melakukan aktiviti air dan aktiviti darat. Kadangkala perbentangan kumpulan dilakukan

17

dalam keadaan tergesa-gesa sehingga kami tidak dapat mengambil input yang terdapat didalamnya. 5.7.3 PENAMBAHBAIKAN Pihak penganjur perlu memperuntukkan masa yang mencukupi untuk aktiviti ini kerana disinilah terdapat banyak ilmu yang boleh dikongsi.

PENUTUP
ALHAMDULULLAH...saya bersyukur kerana diberi peluang mengikuti Kursus Bina Insan Guru siri 8 bagi tahun 2011 dan berjaya mengharungi cabaran sepanjang aktiviti tersebut. Saya dapat menimba ilmu yang berguna dan pengalaman baru sepanjang 4 hari 3 malam tersebut disamping menambah kenalan. Melalui kursus ini, para pelajar ditekankan mengamalkan sikap-sikap yang mulia seperti tanggungjawab, semangat berpasukan, kerjasama, keyakinan diri dan menghargai apa yang dianugerahkan. Melalui program ini, saya telah mendapat mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman baru yang boleh diaplikasikan dalam mempersiapkan diri menjadi menjadi seorang guru yang berjiwa pendidik dan bersemangat waja dalam menempuhi cabaran seterusnya merealisasikan impian dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

18

Akhir sekali, diharap program ini diteruskan dan dipertingkatkan dimasa hadapan dalam melahirkan pendidik yang menepati falsafah pendidikan negara kearah melahirkan sebuah negara yang berilmu pengatahuan dan bertamadun. .

19

You might also like