You are on page 1of 30

ASSIGNMENT 1

NAMA KURSUS KOD KURSUS : :

Ahli Kumpulan:

1. Muhammad Akram Bin Nasaruddin 2. Khairul Haizam Bin Mohd Radzi 3. Mohd Khairulfaiz Bin Hairuddin 4. Kamaruliza Bin Mohd Kamal 5. Sah Hardi Bin Yatimin 6.

SX110623GHS04 SX111569GHS04

SISTEM PENGUDARAAN

Proses mengekalkan keadaan terhadap suhu, kelembapan dan oksigen di dalam sesuatu ruang dengan memasukkan udara bersih ke dalam ruang-ruang bagi menggantikan udara kotor atau yang tidak digunakan.

Udara yang terhasil dari badan manusia, bahang cahaya matahari dan dari pekakasan-pekakasan elektrik akan menghasilkan udara panas di dalam bangunan. Selain itu, terdapatnya habuk, bakteria dan segala macam bauan di dalam udara. Udara ini perlu dikeluarkan dari dalam ruang-ruang di dalam bangunan bagi menjamin keselesaan dan kesihatan pengguna di dalam setiap ruang di dalam bangunan.

Semasa kebakaran, asap dan gas beracun akan terhasil. Keadaan ini perlu dikawal bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pengguna diutamakan.

Keadah Pengudaraan

i.

Pengudaraan Semulajadi

Ianya merupakan suatu proses secara semulajadi tanpa memerlukan bantuan satu sistem pengawalan. Pengudaraan jenis ini hanya bergantung kepada sebanyak mana pergerakkan udara dan juga perbezaan suhu di dalam dan di luar bangunan. Selain itu, pengudaraan jenis ini bergantung kepada sebanyak mana pembukaan yang ada pada sesuatu bangunan samaada pada tingkap, dinding, ataupun pada bumbung bangunan.

Terdapat tiga cara di mana sistem pengudaraan semulajadi ini terjadi. Ianya bergantung kepada tekanan udara, kesan stack ataupun kedua-duanya sekali.

a) Tekanan Udara.

Ianya berlaku apabila terjadi perbezaaan tekanan udara di dalam dan di luar bangunan. Udara akan bergerak dari zon bertekanan tinggi ke zon bertekanan rendah. Semakin tinggi kadar kelajuan angin, semakin ketara perbezaan tekanan udara tersebut. Terdapat tiga cara keadaan ini terhasil iaitu melalui bukaan pada tingkap, dinding, ataupun bumbung bangunan.

Pengudaraan

melalui

tingkap,

merupakan

satu-satunya

cara

bagi

mendapatkan pengudaran secara semulajadi. Ianya bergantung dari segi rekaan bentuk, kedudukan, saiz dan bilangan tingkap. Oleh kerana pergerakan angin sentiasa berubah-ubah, seelok-eloknya tingkap perlu ditempatkan disemua bahagian dinding bangunan. Perletakan tingkap mestilah tepat pada kedudukannya. Ianya bagi memastikan pergerakkan udara di dalam bangunan tidak terhenti.

Pengudaraan melalui dinding bergantung kepada bukaan pada dinding seperti ram tetap, bata berongga, dan unjuran dinding. Kesemua bukaan tersebut membolehkan angin masuk ke dalam ruang melalui kesan tekan angin.

Pengudaraan melalui bumbung pula bergantung kepada bukaan pada bumbung untuk membolehkan angin masuk ke dalam ruang bangunan.

b) Kesan Stack

Kesan stack berlaku apabila terjadi perbezaan udara di dalam dan di luar bangunan. Udara panas akan naik ke atas iaitu kea rah siling atau bumbung manakala ruang bawah akan digantikan dengan udara sejuk. Kadar pergerakkan udara bergantung kepada perbezaan suhu, ketinggian ruang, saiz dan kedudukan sesuatu bukaan masuk udara. Pengudaraan kesan stack boleh dijadikan sebagai salah satu cara pengudaraan yang baik dengan

mengambilkira bukaan masuk udara. Bukaan masuk udara diletakan pada aras yang rendah, manakala bukaan udara keluar adalah pada satu corong yang dipanaskan bagi tujuan mewujudkan perbezaan suhu di dalam bangunan.

c) Kedua-duanya

Keadaan ini berlaku apabila angin bertiup kuat kea rah pembukaan stack. Ini akan menyebabkan udara di dalam ruang bangunan disedut keluar. Udara di dalam bangunan akan diganti dengan udara bersih dari luar bangunan pada aras bawah ruang.

ii.

Pengudaraan Mekanikal

Pengudaraan

jenis

ini

menggunakan

bantuan

pekakasan-pekakasan

mekanikal kerana sukar mendapatkan kuantiti, kualiti dan kawalan pergerakan udara melalui sistem secara semulajadi. Dengan bantuan pekakasanpekakasan mekanikal ianya dapat mengendali dan mengawal persekitaran dalaman bangunan dan dapat menentukan udara yang cukup bagi setiap ruang-ruang di dalam bangunan. Di samping itu, haba yang berlebihan serta segala kekotaran di dalam udara di dalam bangunan dan digantikan dengan udara baru ke dalam bangunan secara efisien.

Jenis Jenis Pengudaraan Mekanikal.

a) Sistem Bekal Udara disedut masuk ke dalam ruang-ruang dalam bangunan secara mekanikal dan udara di dalam bangunan dikeluarkan secara semulajadi. Udara yang terperangkap di dalam ruang-ruang dalam bangunan akan dipaksa keluar apabila tekanan udara yang wujud akibat kemasukkan udara secara mekanikal.

Udara yang terperangkap akan keluar melalui sebarang pembukaan yang ada. Contoh sistem ini digunapakai adalah seperti di kawasan tempat letak kereta di bawah bangunan (basement), kilang dan sebagainya.

b) Sistem Keluar Dalam sistem ini udara dari dalam ruang-ruang dalam bangunan akan dikelurkan secara mekanikal, manakala udara dari luar memasuki ruangruang dalam bangunan secara semulajadi melalui pembukaan yang ada. Pada amnya, sistem ini digunakan untuk mengawal asap sewaktu kebakaran, mengeluarkan bau dari tempat memasak, dan ruang tempat letak kereta di tingkat bawah bangunan (basement). Udara di dalam bangunan akan digantikan bagi menyamankan keadaan lembap seperti di bilik air, tandas, dan sebagainya.

c) Sistem Seimbang (Gabungan Sistem Bekal dan Sistem Keluar. Ianya merupakan satu sistem gabungan di antara sistem bekal dan sistem keluar. Proses kemasukkan udara ke dalam ruang-ruang ke dalam bangunan dan pengeluaran udara dari ruang-ruang dalam bangunan secara mekanikal.

Pengawalan udara boleh dilakukan samaada pada proses kemasukkan udara ataupun semasa proses pengeluaran udara berlaku. Dengan kata lain, tekanan udara boleh dikawal bergantung kepada kehendak sesuatu kegunaan bangunan itu sendiri.

FAKTOR-FAKTOR DALAM PEMILIHAN SISTEM PENGUDARAAN :i. ii. Jenis Bangunan Fungsi Ruang

iii. Lokasi Bangunan iv. Iklim / Cuaca v. Mutu Pengudaraan vi. Peralatan Pemasangan Yang digunakan.

PENYAMAN UDARA

Penyaman Udara merupakan sejenis peralatan mekanikal yang digunakan sebagai alat perawatan udara bagi ruangan tertutup. Perawatan dilakukan terhadap suhu, kelembapan, penggantian udara, kebersihan udara dan pengagihan udara bagi mencapai keperluan-keperluan tertentu untuk ruang di mana ia berfungsi.

Untuk mencapai fungsi-fungsi di atas, pemanasan dan penyejukkan diperlukan dalam pengawalan suhu. Kelembapan dikawal dengan proses humidification dan dehumidication. Untuk menjamin kebersihan udara pula, penapis penyucian dan peresapan diperlukan.

Keperluan kepada Sistem Penyaman Udara. a) b) c) d) e) Keselesaan Prestasi Kerja Kesihatan Alatan Simbol Status

Jenis Sistem Penyaman Udara

Sistem penyaman udara kini terdapat banyak di pasaran. Sistem ini digunakan untuk pelbagai kegunaan dan keupayaan. Ini termasuklah sistem-sistem kecil dan juga sistem-sistem yang besar. Sistem penyaman udara yang aktif dan kerap digunakan terbahagi kepada dua, iaitu:

a) b)

Sistem Unit Sistem Loji

Pembahagian sistem di atas berdasarkan tatasusunan, bentuk kelengkapan dan komponen yang terdapat dalam sesuatu sistem tersebut. Pembahagian sistem dengan cara lain adalah mengikut ciri-ciri sampingan yang tersendiri.

SISTEM PENYAMAN UDARA UNIT

Sistem unit digunakan untuk pendinginan kecil hingga ke pendinginan sederhana yang melibatkan beban pendinginan dalam lingkungan 105.5kW dengan keupayaan pengelolaan udara sebanyak 2832 liter/saat ke bawah berdasarkan keluasan lantai dalam lingkunan 5 m2 hingga 300 m2. Kini terdapat sistem unit dengan keupayaan yang lebih besar direka bagi memenuhi keperluan pasaran semamsa. Sistem ini selalu digunakan untuk mendinginkan satu atau beberapa ruang kecil yang berdekatan secara serentak atau berasingan. Sistem unit dapat dibahagikan kepada beberapa jenis:

1. Sistem penyaman udara unit tingkap ( Window unit ) 2. Sistem penyaman udara unit pisah ( Split unit ) 3. Sistem penyaman udara unit pisah berbilang ( Multi split unit )

Sistem Penyaman Udara Unit Tingkap

Unit tingkap atau bilik direka bentuk untuk penyaman udara bagi sesebuah bilik. Keupayaan sesuatu unit bergantung pada luas bilik. Bilik yang luas

memerlukan unit yang berkeupayaan tinggi jika dibandingkan dengan bilik yang kecil. Walau bagaimana pun jika sesebuah unit yang berkeupayaan tinggi hendak digunakan lebih daripada sebuah bilik, penyusunan bilik hendaklah ditetapkan supaya dapat mewujudkan pengaliran udara yang baik. Untuk mendapatkan keselesaan dan untuk memudahkan pengawalan suhu dicadangkan supaya sebuah bilik menggunakan sebuah unit tingkap yang bersesuaian dengan keupayaannya.

Kebaikan sistem penyaman udara unit tingkap: (i) Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyaman udara yang mengawal suhu secara berasingan. (ii) Salur udara tidak diperlukan, ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang banyak.

(iii) Kerja-kerja pemaipan air tidak diperlukan. (iv) Pemasangan adalah mudah tetapi pemasangan ini tidak boleh diubah- ubah (kekal). Keburukan sistem penyaman udara unit tingkap: (i) Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap.

(ii) Kuantiti udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar. (iii) Selalunya unit ini dipasangkan didinding, kadang-kala dinding

terpaksa dipecahkan.

Penyaman Udara Unit Terpisah

Unit terpisah (split unit) adalah sistem penyaman udara yang berasingan unit penyejatan dan pemeluwapan. Unit ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu unit dalam dan unit luar. Unit dalam terdiri daripada penyejat dan kipas penyejat. Unit luar pula terdiri daripada pemeluwap, pemaipan, kipas pemeluwap serta alat tambah lain yang dipasangkan setempat. Kedua-dua unit dalam dan luar dipasangkan berasingan. Unit dalam dipasangkan di dalam bilik yang hendak dinyamankan sementara unit luar dipasangkan di luar bilik .

Terdapat tiga jenis reka bentuk unit terpisah: (i) Lekapan dinding. (ii) Lekapan lantai. (iii) Gantungan siling.

Ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah ini semakin popular digunakan dewasa ini kerana :

(i) (ii)

Pemasangannya lebih mudah dan cepat. Tidak perlu menebuk dinding atau tingkap untuk pemasangan,

hanya sekadar menebuk lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm. (iii) Unit dalam tidak mengeluarkan bunyi bising semasa beroperasi. Kedudukankedua-dua unit dalam dan unit luar boleh diubahubah mengikut kehendak pengguna. (v) Kadar penyejukan dan penyerapan haba lebih tinggi daripada unit tingkap.

Sungguhpun harga sistem penyaman udara unit terpisah lebih tinggi daripada unit tingkap, sistem tersebut lebih digemari oleh para pengguna yang mementingkan konsep keselesaan, sunyi dan daya penyerapan haba yang baik.

Pemaipan unit luar dan unit dalam

Untuk melengkapkan pemaipan unit luar dan unit dalam. Unit luar dan unit dalam dihubungkan melalui paip cecair dan paip gas kedua-dua unit. Untuk menyambungkannya, lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm diperlukan.

Pada amnya unit luar sudah dicaskan dengan bahan pendingin yang cukup untuk semasa kitarannya. Oleh itu sistem tidak perlu dicas lagi

kerja-kerja pemasangan kecuali melakukan sedikit pembersihan dengan unit luar. memerlukan

(purging) pada unit dalam untuk menyambungkannya Berbanding dengan unit tingkap, pemasangan unit

terpisah

masa yang agak panjang untuk menebuk dinding atau tingkap.

Penyaman Udara Unit Terpisah Berbilang

Penyaman udara unit terpisah berbilang (multi split unit) mempunyai satu unit luar dan beberapa unit dalam. Biasanya unit dalam yang digunakan ialah dua unit dan tidak melebihi tiga unit. Unit dalam yang digunakan boleh didapati daripada ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah mengikut citarasa atau

pengguna. Unit terpisah berbilang ini digunakan pada kediaman pejabat yang mempunyai

bilik yang banyak. Unit terpisah berbilang

mempunyai beberapa kebaikan walaupun harganya tinggi. Di samping itu ia lebih menguntungkan untuk jangka masa yang panjang.

Kebaikan unit terpisah berbilang:

(i) Satu pemampat boleh digunakan untuk dua atau tiga penyejat. (ii) Pemasangan lebih mudah jika dibandingkan dengan

pemasangan unit tingkap. (iii) Kos penggunaan kuasa elektrik lebih rendah Sistem pemaipan unit ini tidak jauh bezanva daripada unit terpisah kecuali unit luarnya disambungkan dengan dua atau tiga unit dalam . Unit Iuarnva pula mestilah berkeupayaan untuk memampat dan

menyingkirkan haba dan dua atau tiga penyejat. Oleh itu, banyak alat tambah digunakan, seperti subakumulator, injap solenoid, pengatur tekanan rendah, pemindah haba,dan penerima. Tujuannya ialah untuk meninggikan keupayaan dan sebagai langkah keselamatan untuk menjaga unit tersebut

Kompenen-Kompenan Asas Sistem Penyaman Udara

1. Evaporator ( dipanggil juga Penyejat ) 2. Condesor ( dipanggil juga Pemelupwapan ) 3. Compressor 4. Capillary Tiub

Seal Type with Motor Inside

EVAPORATOR

FAN & BLOWER

CAPILLIARY TUBE

SISTEM PENYAMAN UDARA BERPUSAT LOJI (Central Air Conditioning Plants)

Sistem Pemprosesan Penghawa Dingin Berpusat biasanya digunakan di hotelhotel, bangunan besar yang mempunyai aras/tingkat yang banyak, hospital, dan sebagainya, di mana bangunan-bangunan tersebut memerlukan beban penghawa dingin yang tinggi. Sistem Pemprosesan Penghawa Dingin Berpusat digunakan apabila bangunan besar, hotel, lapangan terbang, pusat membeli belah dan sebangainya memerlukan sistem penghawa dingin di seluruh ruang bangunan. Di sini sistem penghawa dingin unit pisah dan unit tingkap tidak sesuai digunakan untuk

bangunan-bangunan besar yang mana ianya tidak ekonomi kerana dalam setiap pejabat dan bilik akan memerlukan satu penghawa dingin unit pisah jika ianya digunakan. Sistem Pemprosesan Penghawa Dingin Berpusat (Central Air Conditioning Plants System) memerlukan satu bilik loji yang besar yang akan menempatkan pemampat(compressor), pemeluwap(condenser), injap pengembangan

termostatik(thermostatic expansion valve) dan penyejat(evaporator). Sistem ini berfungsi sama dengan sistem penyejukan yang biasa(sistem pendingin udara unit pisah dan unit tingkap). Walau bagaimanapun, semua bahagian-bahagian ini adalah lebih besar dalam saiz dan mempunyai kapasiti yang lebih tinggi. Pemampat adalah jenis salingan terbuka dengan beberapa silinder dan disejukkan oleh air seperti enjin kereta. Pemampat dan pemeluwap yang digunakan adalah jenis kelompang dan tiub. Di dalam sistem penyaman udara yang kecil sistem kapilari digunakan sebagai injap pengembangan dan di dalam sistem penyaman udara berpusat injap pengembangan termostatik digunakan. Udara yang dingin akan melalui saluran untuk ke semua bilik, dewan dan ruang lain yang berhawa dingin. Oleh itu, di semua bilik hanya akan ada salur udara dan tidak terdapat unit-unit individu dan juga bahagian-bahagian lain dalam sistem penyejukan di setiap bilik. Melalui sistem ini, udara yang sejuk akan dihasilkan dengan senyap dan juga efisen. Di samping itu, jumlah udara sejuk yang

diperlukan di dalam bilik boleh dikawal dan bergantung kepada beban jumlah haba di dalam bilik tersebut.

Sistem Penyaman udara berpusat adalah satu sistem aplikasi yang canggih dan penggunaannya memerlukan kepakaran yang khusus. Oleh itu hanya terdapat beberapa syarikat di dunia yang pakar dalam sistem ini. Dalam era moden ini, beberapa utiliti elektronik tambahan telah ditambah kepada sistem penyaman pusat ini.

Sistem ini selalu digunakan untuk pendinginan yang melibatkan beban pendinginan 105.5kW dengan keupayaan pengelolaan udara 2832 liter/saat ke atas. Ia dapat dibahagikan kepada dua sistem asas:

1. Sistem Loji Pengendalian Pusat 2. Sistem Logi Air Dingin

Sistem ini memerlukan beberapa ruang khas untuk menempatkan alatan loji serta agihannya. Lazimnya sistem ini dipasang semasa proses pembinaan sesebuah bangunan sedang dijalankan. Kerja mengintegrasi dan mengkoordinasi sistem penyaman udara dengan struktur dan ruang dalaman bangunan adalah sangat penting dibuat pada peringkat awal pembinaan untuk mengurangkan masalah semasa proses pembinaan.

Sistem Loji Pengendalian Pusat.

Kebanyakan kompenen asas sistem loji pengendalian pusat dipasang dalam satu ruang loji mekanikal penyaman udara yang mengelolakan sebahagian besar kitaran penyejukan dan kitaran udara. Selain itu, sistem ini memerlukan satu ruang dengan pengudaraan sekeliling yang baik bagi unit pemeluwap atau menara pendinginan.

Dalam sistem ini udara bekal didatangkan dari loji pusat dan diagihkan melalui salur udara ke ruang-ruang yang didinginkan. Udara boleh diagihkan secara mendatar boleh dibuat melalui lubang menegak. Oleh sebab sistem ini menggunakan salur udara seluruhnya, ia selalu dikaitkan dengan sistem semua udara.

Masalah utama dalam penggunaan sistem ini ialah penghasilan bunyi bising dan getaran alatan. Masalh ini wujud terutama dari alat pemampat dan kipas penghembus yang diagihkan memlaui salur udara ke ruang yang didinginkan. Ruang loji sistem ini perlu berdekatan dengan ruang yang akan didinginkan.

Sistem Loji Air Dingin

Ciri utama sistem logi air dingin ialah penggunaan air yang disejukan dari kitaran penyejukan untuk menyejukan udara dalam kitaran udara. Perlakuan proses ini menyebabkan ia lebih dikenali sebagai sistem loji air dingin.

Sistem ini menggunakan media air dingin dari loji pendinginan dengan tujuan untuk diagihkan ke berapa bilik unit pengelolaan udara. Ini bermakna sistem ini mempunyai empat pusingan berasingan bagi mengalihkan haba dari dalam ruang didinginkan ke udara luar bagunan iaitu:

a) Kitaran udara mengalihkan haba dari ruang didinginkan ke unit pengelolaan udara melalui media udara. b) Kitaran air mengalihkan haba dari unit pengelolaan udara ke lingkaran pemeluwap di loji pendinginan melalui media air.

c) Kitaran penyejukan mengalihkan haba dari lingkaran pemeluwap ke lingkaran penyejat dalam alat pendinginan air diloji pendinginan. d) Kitaran air mengalihkan haba dari lingkaran pemeluwap ke menara pendinginan melalui media air juga.

Contoh Water Colling Tower

You might also like