Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cinadalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepaslahir.
Sewaktu Mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakatCina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yangbakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan ataukematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikankawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalammasyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung danbukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini keranaanak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenekmoyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktusahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
Pantang Larang
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dandiantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku keranadikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlumengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarangmemukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka jugadigalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perludihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi namakepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantanglarang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bilaharapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalukerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifatyang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekalimakan makanan yang
�
tajam
�
seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkanmakan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkanibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atauperempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil,terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat,bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatantajam.
Selepas Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.
Berpantang
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empatpuluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk