You are on page 1of 1

RUMAH TERBUKA MALAYSIA SERLAHKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 yang telah diadakan di Dataran Kipas Miri telah menyaksikan lebih 25,000 pengunjung datang dan menyaksikan acara sambutan yang penuh gilang-gemilang. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berkata penganjuran Rumah Terbuka Malaysia adalah satu keunikan Malaysia yang perlu ditonjolkan dan dikongsi bersama rakyat Malaysia. Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia dilihat mampu mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang tanggungjawab memelihara, mengukuh dan mengekalkan keharmonian rakyat yang berbilang kaum. Rakyat tidak ketinggalan dari merasai kemeriahan perayaan-perayaan utama yang diraikan kaum-kaum di Malaysia secara bersama dan sekaligus menimbulkan kemesraan dan hubungan erat antara pemimpin dan rakyat, katanya pada ucapan pembuka majlis. Kerajaan telah memberi pertimbangan yang saksama kepada semua kaum dalam merayakan perayaan masingmasing dan boleh dinikmati secara bersama dalam semangat kekeluargaan. Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kesedaran betapa pentingnya saling hormat menghormati dan bertolak ansur dalam kehidupan masyarakat majmuk. Menurut Rais lagi, rakyat Sarawak di Miri yang mempunyai 27 suku kaum sangat bertuah kerana dapat meraikan perayaan secara bersama. Petunjuk ini adalah satu keistimewaan yang hanya terdapat di Malaysia berbanding di negara-negara lain. Dalam terus memaju pertumbuhan dan pembangunan Sarawak, Kerajaan Pusat melalui Rancangan Malaysia Ke10 telah melakar dan mengenal pasti isu serta iniasiatif yang mampu melanjokkan Sarawak ke tahap pencapaian yang lebih memberansangkan. Mengenai Tahun Baru Cina yang dirayakan dalam Tahun Arnab, Rais menambah fahaman masyarakat Cina terhadap karektor arnab adalah bersifat penyayang, mementingkan kekeluargaan, mengambil berat dan tidak gemar pertelingkahan. Jika kita terjemahkan kesemua sifat itu dalam kehidupan kita, inilah sebenarnya perkara-perkara asas yang kita perlukan untuk membina sebuah negara yang disegani dan dihormati, katanya. Tambahnya lagi, budaya menghormati perasaan, hak dan kehendak kaum lain perlu menjadi inti pati kelansungan perpaduan dan kesepakatan yang sedia terbina seterusnya mengelakkan kancah permusuhan. Hadir sama di majlis itu, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, menteri-menteri kabinet pusat, menteri-menteri kabinet Kerajaan Negeri Sarawak.

Oleh : UKOM JASA SARAWAK

You might also like