You are on page 1of 2

SURAU SAIYYIDINA UMAR MENTARI COURT BLOK E, MENTARI COURT, JALAN PJS 8/9, TAMAN SERI MENTARI , 46150,

PETALING JAYA, SELANGOR. Ruj kami: SU/SSU/S01/2012 Kepada: Noor Ismail bin Mohd Ali, Pengerusi Persatuan Penduduk Mentari Court, Dewan Blok F Mentari Court, Jalan PJS 8/9, 46150, Petaling Jaya, SELANGOR. . Tuan, MEMOHON PERUNTUKKAN KHEMAH DAN MODAL BAIKPULIH SURAU SAIYYIDINA UMAR (BLOK E) DAN BANTUAN RAMADHAN UNTUK SURAU SAIYYIDINA UMAR Dengan segala hormat perkara diatas adalah dirujuk. 2. Dengan rasa penuh rendah diri, saya selaku setiausaha Surau Saiyyidina Umar Mentari Court, ingin memohon jasa baik pihak Persatuan Penduduk Mentari Court untuk menyalurkan peruntukkan khas dan keperluan khas kepada pihak jawatankuasa Surau Sayydina Umar. 3. Ini kerana sejak dibuka, Surau Saiyyidina Umar Blok E, Mentari Court belum mendapat sumbangan 1 set khemah dari mana-mana pihak, sedangkan pihak jawatankuasa surau kerap mengajukan aktiviti dan program keislaman. Selama ini pihak surau terpaksa mengeluarkan modal bagi menyewa khemah untuk mengadakan apa-apa program di surau ini. 4. Pihak Jawatankuasa Surau Saiyyidina Umar juga ingin memohon peruntukkan khas untuk kos membaiki dan menyelenggara surau sebelum bulan Ramadhan menjelma tidak lama lagi. Kami juga berhajat memohon peruntukkan program Ramadhan bagi merancakkan program pada bulan yang mulia itu nanti. 5. Akhir kata, diharap pihak Persatuan Penduduk Mentari Court dapat memberikan pertimbangan sewajarnya dan perhatian khusus kepada permohonan kami iaitu peruntukkan khemah dan Bantuan Khas Ramdhan bagi surau iaitu Surau Saiyyidina Umar. Kami amat menghargai perhatian tuan kepada kami. Tarikh: 20 MEI 2012

Kerjasama dan kehadiran tuan adalah amat dihargai. Terima kasih. Semoga ALLAH merahmati semua. Salam Sejahtera daripada, Azizi bin Ahmad Nordin Setiausaha Surau Saiyyidina Umar, Mentari Court.

You might also like