You are on page 1of 8

SOALAN: SEWA TERBAHAGI KEPADADUA BAHAGIAN IAITU SEWA MANFAAT

DAN UPAH BEKERJA. JELASKAN DENGAN TERPERINCI MAKSUD DAN SYARAT


BAGI KEDUA DUA BAHAGIAN INI.

Menurut istilah Bahasa Arab, kalimah ijarah adalah merujuk kepada bayaran yang diberikan
kepada orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada apa yang
dilakukannya. Ia juga disebutkan sebagai ajr atau ujrah.
`Ajjarahu` atau `aajarahu` bermaksud member upah kerana kerja yang dilakukan. Perkataan
ini hanya digunakan bagi merujuk kepada sesuatu yang memberikan keuntungan dan tidak
digunakan untuk sesuatu yang merugikan.
Ajr biasanya digunakan bagi merujuk ganjaran akhirat. Sementara ujrah pula merujuk
kepada ganjaran dunia.
Menurut istilah fuqaha, seperti yang dinyatakan oleh pengarang Mughni al Muhtaj: Ijarah
ialah kontrak untuk mendapatkan khidmat ( sewa manfaat ) tertentu yang boleh dibayar dan
dihalalkan dengan barangan tertentu.
Maksud kontrak untuk mendapatkan khidmat ( sewa manfaat ) ialah memindahkan hakmilik
khidmat ( manfaat ) tersebut. Ini dinyatakan oleh sesetengah takrif sebagai pemindahan hak
milik suatu khidmat ( manfaat ) dan dibayar dengan suatu barangan.

Syarat Sewa Manfaat
1. Perkhidmatan mestilah mempunyai nilai: Maksudnya, perkhidmatan tersebut diterima
dan diperlukan menurut syarak dan amalan kebiasaan orang ramai ( uruf ), supaya ia
boleh dibayar dengan bayaran yang setimpal. Contohnya sewa rumah untuk didiami,
atau kenderaan untuk dinaiki. Jika khidmat tersebut tidak bernilai menurut syarak,
bayaran tersebut dianggap sia sia dan membazir. Dengan itu;
a) Tidak sah penyewaan peralatan yang melalaikan kerana penggunaannya diharamkan.
Demikian juga, tidak sah mengupah pengukir untuk mengukir benda yang bernyawa
atau mengupah penyanyi wanita untuk menyanyi kepada bukan mahram, kerana
semua ini hukumnya adalah haram.
b) Tidak sah menyewa anjing untuk memburu atau mengawal kerana binatang tersebut
tidak bernilai menurut syarak dan begitulah juga dengan khidmatnya.
c) Tidak sah mengupah seseorang untuk bercakap tanpahenti walaupun perbuatan
tersebut boleh melariskan barangan atau memberikan keuntungan. Begitu juga
dengan penyewaan dirham atau dinar untuk tujuan hiasan.
2. Pemilik perkhidmatan mestilah mampu menyerahkan perkhidmatannya supaya penyewa
boleh menggunakannya.
Jika pemilik tidak mampu menyerahkan khidmat tersebut secara fizikal atau syarak,
penyewaan tidak sah. Oleh itu;
a) Tidak sah menyewakan barangan yang telah dirampas kepada orang yang tidak
memegang barangan tersebut. Sedangkan dia tidak mampu mengambil semula
barangan tersebut daripada orang yang memegangnya pada ketika kontrak.
b) Tidak sah menyewakan tanah untuk tujuan pertanian tetapi tiada sumber air yang
tetap, sementara hujan atau seumpamanya seperti salji dan embun tidak dapat
memenuhi pengairannya.
c) Tidak sah mengupah wanita dalam haid atau nifas untuk berkhidmat di dalam masjid.
Ini kerana perkhidmatan ini memerlukan wanita ini berlegar di dalam masjid,
sedangkan perbuatan tersebut tidak dibenarkan walaupun dia boleh menjamin
kebersihannya. Sebabnya, syarak hanya membenarkan wanita ini melintas sahaja
tetapi tidak dibenarkan sama sekali berada atau berlegar didalamnya. Dengan ini
bermakna khidmat wanita ini tidak boleh diserahkan dari segi syarak.
3. Khidmat diperolehi oleh pengupah bukan oleh orang yang diupah;
Tidak sah mengupah seseorang melakukan ibadat yang memerlukan kepada niat dan
tidak boleh diwakilkan kepada orang lain seperti sembahyang dan puasa. Ini kerana
dalam keadaan ini, khidmat ( manfaat ) disinii aitu pahala menjadi hak orang yang
diupah bukan orang yang mengupah. Sebabnya, tujuan ibadat ialah menguji ketaatan dan
ketundukan jiwa manusia. Ini tidak dapat dilakukan oleh orang lain selain pelakunya
sendiri.
Namun demikian mengupah seseorang melakukan ibadat yang boleh diwakilkan adalah
sah walaupun ibadat tersebut memerlukan niat. Dengan ini, mengupah seseorang
melakukan haji bagi pihak orang yang tidak berupaya atau telah meninggal dunia adalah
sah. Begitu juga dengan puasa bagi pihak orang yang telah meninggal dunia.
Termasuklah ibadat korban, sembelihan haji dan mengagihkan zakat. Ini kerana semua
ibadat ini dibenarkan oleh syarak untuk dilakukan oleh wakil bagi pihak yang
dipertanggungjawabkan. Begitu juga dengan mengajar seluruh atau sebahagian al quran.
Ini kerana pada dasarnya pembelajaran wajib ditanggung oleh pelajar atau oleh orang
yang menanggung perbelanjaannya . menurut riwyat yang sahih, Rasulallah s.a.w.
bersabda, maksudnya: sesunguhnya upah yang paling berhak kamu ambil ialah kitab
Allah.
4. Khidmat ( manfaat ) disewa bukan bertujuan mendapatkan barangan:
Dengan ini tidak sah menyewa kebun untuk mendapatkan buah- buahannya. Tidak sah
menyewa kambing untuk mendapatkan bulu, susu dan hasilnya. Ini kerana, pada
dasarnya, kontrak sewa ialah pemilikan khidmat. Oleh itu kontrak sewa tidak boleh
dilakukan dengan tujuan mendapatkan barangan. Selain itu, perbuatan seperti ini
sebenarnya merujuk kepada penggunaan barangan secara langsung, bukan penggunaan
khidmat barangan tersebut. Konteks sewa ialah penggunaan khidmat, bukan penggunaan
barangan.
Jika kontrak sewa membabitkan penggunaan barangan seara sampingan dan bukan
menjadi tujuan kontrak, ia dibenarkan. Contohnya apabila seseorang mengupah seorang
wanita sebagai pengasuh dan penyusu atau sebagai penyusu sahaja, kontrak ini dengan
sendirinya membabitkan penggunaan susu penyusu yang merupakan suatu barangan.
Perbuatan ini sah kerana darurat atau hajat yang perlu. Firman Allah s.w.t :
_ up) =}u=O 7
O}-O>4* O}-4OON_q W
Maksudnya: jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka
upahnya ( Al Talad: 6 ).

5. Khidmat mestilah dimaklumi oleh kedua- dua pihak dari segi barangan, sifat dan
kadarnya:
Syarat sah sesuatu kontrak sewa ialah:
a) Maklumat mengenai barangan perkhidmatan. Maklumat ini membabitkan
pengetahuan mengenai kedudukan barangan tersebut. Oleh itu tidak sah penyewaan
salah satu daripada dua buah rumah tanpa ditentukan yang mana satu. Ini kerana
barangan yang disewa tidak diketahui disebabkan kedudukannya tidka diketahui.
Begitu juga jika pemilik berkata: Saya sewakan kepada anda sebuah rumah. ,
tanpa dinyatakan sifat atau dirujuk kepada rumah tertentu. Ini kerana perkhidmatan
adalah perkara pokok dalam kontrak sewa. Oleh itu ia perlu dinyatakan dengan jelas
bagi mengesahkan kontrak tersebut. Oleh kerana perkhidmatan adalah sesuatu yang
bukan berbentuk benda yang boleh dijelmakan atau ditentukan, maklumat
mengenainya boleh digantikan dengan maklumat mengenai kedudukan barangan
tersebut. Dengan ini, maklumat mengenai kedudukan barangan mengambil alih
maklumat mengenai khidmat tersebut.
b) Maklumat mengenai jenis dan sifat perkhidmatan ( manfaat ) . Perkara ini perlu bagi
barangan yang mempunyai kegunaan berbeza mengikut pengguna dan pengunaannya
tidak boleh ditolak ansur.
c) Maklumat mengenai kadar khidmat. Kadar perkhidmatan berbeza mengikut jenis
perkhidmatan. Ada yang dinilai berdasarkan masa pengunaan. Ada yang dinilai
berdasarkan kerja yang dilakukan. Ada yang dinilai berdasarkan kedua dua perkara
tadi.
Syarat Upah Kerja :
Bayaran upah perlu mengikut syarat yang sama sebagaimana syarat pembayaran dalam
kontrak jual beli. Ini kerana bayaran ini sebenarnya ialah bayaran kepada perkhidmatan yang
ingin dimiliki melalui kontrak sewa. Syarat yang ditetapkan ialah:
1. Bayaran sewa mestilah bayaran yang suci:
Kontrak sewa tidak sah jika bayaran sewa atau upah berupa anjing atau khinzir atau kulit
yang belum disamak atau arak kerana semua barangan ini najis.
Menurut Sahih al Bukhari dan sahih Muslim: Rasulallah s.a.w melarang bayaran berupa
anjing. Menurut riwayat al Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:
allah dan rasulnya mengharamkan jual beli arak, bangkai,khinzir dan berhala.
Begitu juga dengan barangan yang terkena najis dan tidak boleh dibersihkan seperti
cuka, susu, minyak, cecair, minyak masak dan minyak sapi. Ini kerana Nabi s.a.w pernah
memerintahkan agar minyak yang cair dibuang jika terkena najis. Inbu Hibban
meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah r.a, maksudnya: Rasulallah s.a.w pernah
ditanya tentang tikus yang terjatuh ke dalam minyak, lalu mati? Baginda menjawab:Jika
ia beku, buang sekelilingnya dan makanlah. Jika ia cair, jangan dekatinya.
Dalam riwayat lain disebut: Hendaklah kamu buang.
Oleh kerana barangan ini tidak sah dijual kerana najis, iajuga tidak sah dijadikan sebagai
bayaran upah dan sewa. Hukum ini diqiaskan kepada semua barangan yang terkena
najis.
2. Bayaran sewa boleh dimanfaatkan:
Tidak sah memberikan bayaran sewa atau upah berbentuk sesuatu yang tidak boleh
dimanfaatkan kerana tidak bernilai seperti seranggan atau dua biji gandum, atau kerana
bahayanya seperti haiwan buas, atau kerana diharamkan oleh syarak seperti alat yang
melalaikan, berhal, dan ukiran.
Ini kerana barangan ini dan yang seumpamanya tidak bermanfaat dan tidak boleh dinilai
dengan harta. Oleh itu, ia tidak sah digunakan sebagai tukaran untuk menerima sesuatu
yang lain. Perkhidmatan yang menjadi isi kontrak sewa adalah suatu harta yang bernilai.
Oleh itu, ia tidak boleh dibayar dengan sesuatu yang tidak diiktiraf sebagai harta.
3. Mampu diserah
Tidak sah bayaran sewa atau upah berupa burung yang masih di udara atau ikan yang
masih dalam sungai. Tidak sah juga jika ia berupa barangan rampasan kecuali jika
iberikan kepada orang yang memegang barangan tersebut atau orang yang mampu
mengambilnya semula.
4. Pihak yang berkintrak mempunyai kuasa ( wilayah ) untuk menyerahkannya:
Maksud kuasa ( wilayah ) di sini sama ada sebagai pemilik atau sebagai wakil.Jika
bayaransewa atau upah tersebut di luar kuasa pihak yang mengikat kontrak, kontrak
tersebut tidak sah.
5. Bayaran sewa atau upah diketahui oleh kedua dua pihak:
Tidak sah sewa rumah jika dibayar dengan keperluan baik pulih rumah tersebut. Tidak
sah sewa kereta jika dibayar dengan minyaknya.Tidak sah menyewa seekor haiwan jika
dibayar dengan memberi makannya. Sebabnya kadar bayaran sewa tidak dapat
dipastikan.
Termasuk dalam ertikata kadar bayaran sewa atau upah yang tidak pasti ialah sebahagian
daripada upah diperolehi daripada hasil kerja orang yang diupah. Contohnya, upah
menyembelih kambing dan melapahnya dibayar dengan kulit atau sebahagian anggota
kambing tersebut. Ini kerana ketebalan kulit dan kadar anggota kambing tersebut tidak
diketahui.
Kepentingan Transaksi atau Manfaat:
Manfaat ialah faedah yang dipe rol ehi dar i penggunaan sesuatu benda atau
perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang. Berdasarkan kepada kewujudannya,
manfaat boleh dikategorikan kepada tiga iaitu manfaat benda yang wujud (manfaah al-
ayn), manfaat benda yang dinyatakan sifatnya (manfaah al - ayn al - mawsuf fi al
- dhimmah) dan manfaat ke r ja (manf a ah a l - ama l) . Syarat - syarat manfaat
yang di sepakati oleh kebanyakan fuqaha ialah manfaat mestilah diharuskan oleh
Syarak, bernilai, diketahui, mampu diserahkan atau disempurnakan, untuk
kepentingan penerima ijarah dan menjadi sasaran ijarah.
Sungguhpun para fuqaha bersepakat dalam menetapkan syarat-syarat manfaat tersebut,
namun mereka berselisih pendapat tentang aplikasinya. Manfaat yang sering
menjadi pertikaian para fuqaha ialah manfaat berbekam,
melakukan ibadat fardu (ain dan kifayah), membaca dan mengajar al-Quran, mengajar
agama, baka haiwan, rumah atau bangunan untuk dijadikan tempat upacara
keagamaan masyarakat bukan Islam dan wang emas atau perak untuk dijadikan hiasan.

AKAD TRANSAKSI SEWA AKAN TERBATAL ATAU BERAKHIR DENGAN
BEBERAPA SEBAB. HURAIKAN SEBAB SEBAB INI SECAR TERPERINCI
BERDASARKAN PENDAPAT MAZHAB SYAFIE. SILA SOKONG JAWAPAN
ANDA DENGAN MEMBERI CONTOHBAGI SETIAP SEBAB

PENAMATAN TRANSAKSI
Transaksi atau kontrak sewa dan segala hukum berkenaan dengannya dianggap tamat
oleh factor factor berikut:
1. Pembatalan kontrak
2. Kontrak sewa adalah kontrak yang perlu dipatuhi oleh kedua dua pihak.
Maksudnya, selepas kontrak tersebut disahkan, pemilik dan penyewa, atau pengupah
dan orang upahan tidak oleh membatalkan kontrak tersebut begitu sahaja pada bila
bila masa yang mereka kehendaki. Kontrak ini hanya boleh dibatalkan kerana
sesuatu sebab. Apabila ia dibatalkan, kontrak tersebut dianggap tamat.

Sebab Yang Membatalkan Kontrak
Di antara sebab yang boleh menyebabkan sesuatu kontrak diatalkan ialah:
1. Barangan yang disewa rosak.
Jika penyewa menyewa sebuah rumah atau kereta dan kemudian rumah tersebut
musnah atau kereta tersebut rosak sebelum ia digunakan, kontrak tersebut
terbatal. Ini kerana khidmat barangan tersebut yang menjadi subjek sewaan tidak
lagi boleh digunakan.
Selain kerosakan, termasuk dalam erikata ini ialah jika barangan tersebut cacat
sehingga tidak boleh digunakan untuk tujuan yang dikehendaki. Jika kerosakan
atau kecacatan tersebut berlaku selepas sebahagian khidmatnya digunakan,
kontrak tersebut terbatal bermula daripada keroakan tersebut berlaku dan
seterusnya. Pemilik berhak memperolehi bayaran sewa bagi khidmat yang telah
digunakan iaitu sebahagian daripada jumlah bayarn sewa yang telah dipersetujui
bersama.
Jika kontrak sewa ialah kontrak sewa jaminan. Contohnya, penyewa menyewa
sebuah kereta yang dinyatakan sifat sifatnya secara jaminan pemilik supaya dia
dihantar ke sesuatu tempat, dan kereta tersebut dibawa kepada penyewa tetapi
kemudiannya rosak atau cacat, kontrak ini tidak terbatal. Sebaliknya pemilik
perlu menggantikannya dengan kereta lain,sama ada kerosakan berlaku sbelum
atau selepas khidmat tersebut digunakan. Ini kerana khidmat yang dijanjikan
tidak luput hanya kerana kereta yang disediakan itu rosak, disebabkan kontrak
tersebut tidak merujuk kepada kereta tertentu, sebaliknya meujuk kepada kereta
yang dinyatakan dengan cirri cirri tertentu dan ini boleh diganti.
Sepertimana barangan sewaan yang dinyatakan tadi, begitu juga dengan orang
upahan. Apabila pengupah mengupah orang tertentu untuk melakukan sesuatu
kerja, kemudian orang upahan ini mati atau sakit yang menyebabkan dia tidak
boleh melakukan kerja tersebut, kontrak sewa tersebut terbatal. Jika kontrak sewa
tersebut dalam bentuk jaminan, lalu orang upahan ini datang membawa seseorang
untuk bekerja, kemudian orang ini mati atau sakit, kontrak tersebut tidak terbatal
kerana khidmat tersebut boleh diperolehi melalui orang lain.
2. Barangan sewaan tidak diserahkan pada masa yang ditetapkan.
Bagi kontrak sewa yang membabitkan barangan sewaan dan khidmatnya
ditetapkan hanya untuk tempoh tertentu, apabila tempoh ini tamat dan pemilik
masih tidak menyerahkan barangan sewaan yang ditetapkan, kontrak tersebut
terbatal. Ini kerna barangan tidak dapat diserahkan pada masa yang ditetapkan.
Hukum yang sama berlaku kepada kontrak sewa jaminan, sekiranya pemilik tidak
menyerahkan khidmat yang dipersetujui pada masa yang ditetapkan. Namun jika
tiada masa yang ditetapkan untuk pemilik menyerahkan khidmat tersebut dan
tindakan tidak menetapkan waktu penyerahan tidak member kesan kepada tujuan
asal penyewa, manakala pemilik pula hanya menyerahkan khidmat tersebut
setelah masa perkhidmatan tersebut boleh digunakan telah berlalu, kontrak ini
tidak terbatal kerana kontrak ini ibarat hutang yang lewat ditunaikan.
Jika pemilik menyerahkan atau membawa barangan yang disewa setelah tmat
sebahagian daripada tempoh sewa. Kontrak bagi tempoh sebelum penyerahan
tersebut dianggap terbatal. Sementara tempoh selebihnya terserah kepada
penyewa untuk membuat pilihan.
Jika khidmat yang ditawarkan ditetapkan berdasarkan kerja dan barangan yang
perlu digunakan lewat diserahkan bagi membolehkan kerja tersebut
diselelsaikan., Kontrak tersebut tidak terbatal kerana kontrak tersebut hanya
melibatkan khidmat bukan masa. Oleh itu tiada sebab untuk ia tidak selesaikan
sehingga kontrak tersebut perlu dibatalkan.

You might also like