You are on page 1of 3

Refleksi Permainan Matematik

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. Kerja kursus ini walaupun agak rumit dan menyukarkan namun ia menyeronokan. Kepenatan dan keletihan terpancar diwajah saya namun ia tidak mematahkan semangat juang yang dilakukan. Itulah nekad dan nawaitu saya ke sini untuk belajar bersungguh-sungguh. Begitulah halnya juga pada rakan-rakan yang lain. Di dalam refleksi ini beberapa catatan yang dapat dirakamkan untuk dapat dikongsikan bersama sebagai suatu pengalaman. Refleksi ini saya dapat bahagikan kepada 3 bahagian iatu sebelum , semasa dan selepas. Sebelum saya mencipta hasil permainan ini, saya telah berjumpa dengan seorang guru pemulihan bernama CIkgu Azman dari SK. Hamzah 1, Machang, Kelantan. Beliau merupakan seorang guru yang rajin dan berdedikasi. Pengalaman beliau sebagai seorang guru selama lebih dari 25 tahun sememangnya tidak dapat dinafikan khususnya dalam bidang pemulihan. Untuk makluman, beliau merupakan Pemenang Johan Anugerah Guru Inovasi Kebangsaan. Pertemuan dengan beliau itu telah dirancang dan diatur oleh saya .Beliau telah memberikan idea-idea yang baik untuk saya sambil menunjukkan hasilan kerja beliau lakukan. Ada 3 jenis permainan yang telah menarik hati saya. Ketiga tiga permainan ini telah ditimbang dan diperhalusi untuk memilih hanya satu permainan sahaja. Akhirnya saya memilih permainan Hokyball ( gabungan perkatan permainan Hockey dan Football) sebagai produk yang saya ingin hasilkan. Bermula dari itulah saya telah mula merancang dengan membeli peralatan peralatan yang akan akan dijadikan bahan untuk mencipta permainan ini. Ketika melakukan hasilan kerja ini, terlebih dahulu saya merangka dalam membuat lakaran agar hasilan yang disiapkan memenuhi matlamat yang diinginkan. Setelah mengenal pasti bentuk yang ingin dibina, seterusnya bermulalah kerja memotong kad, mengunting, menampal dan sebagainya. Terasa keletihan badan yang tak terkira apatah lagi kerja kursus yang lain juga perlu disiapkan pada masa yang sama. Begitu juga kerja menguruskan rumah tangga terpaksa dipikul jua yang merupakan

tanggungjawab saya sebagai seorang ketua keluarga. Saya perlu membahagikan masa dengan baik antara urusan keluarga dan belajar. Masa berlalu dengan pantas, kerja ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana jadual interaksi kuliah bermula dengan lebih awal . Oleh itu, persiapan untuk datang ke sini diutamakan perlu dilakukan terlebih dahulu. Jadi kerja-kerja yang tertangguh setelah dilakukan di sini. Walaupun permainan telah disiapkan, tetapi saya tidak dapat menyiapkan sepenuhnya manual prosedur permainan. Ketika demonstrasi permainan dilakukan. Perasaan saya begitu seronok kerana menunjuk cara permainan dilakukan kepada rakan-rakan dan pensyarah. Bagi saya permainan ini amat mudah dan bersesuaian dengan murid pendidikan khas. Walaupun nampak simple, ia telah menarik minat dikalangan mereka. Ini kerana bagi mereka permainan ini telah memberikan idea yang baru dan amat baik untuk dijalankan kepada para pelajar. Namun begitu , ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan dikemaskan. Ini termasuklah padang permainan yang terlalu kecil perlu

diperbesarkan. Mengikut Puan Suzita, murid pendidikan khas memerlukan ruang yang besar bagi membolehkan mereka dapat bermain dengan baik. Lagipun kadar pengamatan penglihatan mereka agak lemah. Teguran itu saya terima dengan lapang dada dan menganggap itu sebagai penambaikan . Selepas permainan itu dilakukan , perasaan saya cukup lega. Apa yang saya simpulkan hasil dari demonstrasi permainan dilakukan, rupa-rupanya dikalangan kami merupakan guru yang kreatif. Saya yakin jika diberi peluang lagi, kami semua dapat mencipta kaedah permainan dengan baik lagi. Terima kasih kepada pensyarah kami Puan Suzita dan syabas diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan. . Disediakan oleh Ariff Bin Ab. Ghani (2009172360004) PGSR Penddidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Ambilan NOV 2009 IPGM KIK

You might also like