Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
20Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SINOPSIS RINGKAS

SINOPSIS RINGKAS

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 3,260 |Likes:
Published by wani aka waneq

More info:

Published by: wani aka waneq on Dec 30, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

01/08/2013

 
SINOPSIS RINGKAS
Novel Putera Gunung Tahan mengisahkan kisah dua orang iaitu Tuan Robertdan Tuan William yang dihantar ke Tanah Melayu untuk mencari tempatperanginan yang sesuai bagi tempat beristirahat. Mereka diberi upah lima ribupaun sekiranya usaha mereka Berjaya.Destinasi utama mereka ialah puncak Gunung Tahan. Tuan Robert danTuan William menuju ke pucak gunung itu dengan ditemani oleh Ali danAwang. Nasib tidak menyebelahi mereka di mana Ali dan Awang telah matidalam perjalanan. Walau bagaimanapun, Tuan Robert dan Tuan William tetapmeneruskan perjalanan. Oleh sebab musim hujan, mereka telah berlindungdalam sebuah gua.Setelah hujan reda, Tuan Robert keluar dari gua untuk meninjau-ninjaukeadaan sekitar tempat tersebut. Tiba-tiba, dia telah ditawan oleh sekumpulanorang sakai. Tuan Robert telah dibawa ke perkampungan mereka. Di situ,Tuan Robert telah diberi layanan yang baik dan dilantik oleh orang-orangsakai sebagai Batin Putih. Di perkampungan orang-orang sakai itu, TuanRobert telah bertemu dengan seorang perempuan Melayu. Perempuan tuaMelayu itu telah menceritakan segala kisahnya kepada Tuan Robert danmenyatakan tentang ilmu pengasih serta ubat-ubatan orang sakai di tempatitu. Perkara tersebut tidak dipercayai oleh Tuan Robert.Oleh sebab benci akan sikap Tuan Robert yang sedemikian itu, makaperempuan tua itu pun mengenakan cenuai terhadap Tuan Robert. Akhirnya,Tuan Robert telah tergila-gila akan seorang gadis Sakai. Dengan pertolonganperempuan tua itu, Tuan Robert telah direstui berkahwin dengan gadisberkenaan. Tetapi, dengan muslihat perempuan tua itu juga, iaitu dia telahmengarahkan gadis berkenaan supaya berlari dengan pantas semasaupacara perkahwinan mereka supaya Tuan Robert tidak dapat menangkapgadis tersebut. Dalam upacara perkahwinan berikutnya, Tuan Robertdikehendaki memanjat pokok yang dipanjat oleh gadis itu untuk menangkapgadis tersebut. Tetapi, Tuan Robert telah terbunuh kerana terjatuh dari pokok.Tuan William telah mencari Tuan Robert. Semasa mencari TuanRobert, dia telah berjumpa dengan Kusina, iaitu pengiring Ratu Bongsu yangmenetap di puncak Gunung Tahan. Dengan pertolongan Kusina, Tuan Williamdi bawa berjumpa dengan Ratu Bongsu. Melihatkan tempat itu sungguhmenarik, maka timbullah di hati Tuan William untuk menakluki kawasantersebut. Dia telah mengutuskan surat kepada kerajaan negerinya agamenghantar kapal terbang untuk mengebom kawasan itu.Dengan kebijaksaan Ratu Bongsu, dia dapat mengesan niat jahat TuanWilliam itu. Akhirnya, ketika Tuan William diarahkan untuk mengambilteropong, dia dikurung oleh Kusina di dalam bilik itu dan mati terperangkapapabila bom digugurkan. Isteri Tuan William yang dating bersama-sama kapalterbang itu telah tercedera. Ratu Bongsu telah terpikat dengan isteri TuanWilliam dan akhirnya mereka bersetuju untuk hidup bersama.
 
TEKNIK PLOT
Teknik PlotHuraianTeknik Dialog:
Pertuturan ataupunperbualan yangmelibatkan dua atau lebihwatak.Dialog antara Ratu Bongsu dengan Tuan William:
…”Tetapi bagaimana tuanku tahu akan rahsiayang begitu sulit, pada hal tuanku belum beristeri lagi?” tanya Tuan William.“Hendaklah tuan mengetahui bahawa saya ini seorang raja yang memerintah dan tak dapat tiada sebagai seorang raja saya mengetahui darihal perempuan dan rahsiayang sulit-sulit berkenaan dengan perempuan,” jawab Ratu Bongsu. (halaman 70-71)
Teknik Monolog:
Satu teknik yangmemperlihatkan watak-watak berbicarasendirian. Segalaperasaan dan fikirandilahirkan sendiri melaluikata-kata yangdiucapkan.Contoh monolog dalaman Tuan Robert yangmenjelaskan tentang watak perempuan tuaMelayu yang bersopan-santun:
“Tidakkah sesia rupanya beberapa orang yang telah memuji akan perangai dan budi bahasa orang Melayu kerana walaupun di tengahhutan rimba ini tertib dan adabnya tidak sedikit  pun berubah. Sesungguhnya saya tidak akanberjumpa dengan manusia seumpama ini lagi.” (halaman 24)
Teknik Pemerian:
pengarang menceritakansecara langsungmengenal mengenaiaspek-aspek tertentudalam novel.Pengarang mengisahkan secara langsungtentang kedatangan dua orang kulit putih kenegeri Pahang dan tujuan kedatangan mereka kenegeri tersebut. Katanya:
…Terdahulu sedikit daripada bah besar tahun1926 M atau bah merah kata orang-orang Kelantan dan Terengganu, dua orang kulit putihtelah sampai di Kuala Tembeling dari KualaLumpur. Adapun mereka itu ialah penyiasat isi-isi hutan dan seorang daripadanya sangat mahir di dalam ilmu tumbuh-tumbuhan dan jadi-jadian.Maka tujuan mereka itu ialah hendak mendaki Gunung Tahan naik ke kemuncaknya keranamenyiasat tumbuh-tumbuhan, gali-galian danbarang yang ajaib-ajain di sana. (halaman 6)

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Trias Prasetyo liked this
alwi_tii liked this
Wan Nurulhidayu liked this
Feon Gow liked this
Faiz Zainuddin added this note
i like it..
Hasnah Harun liked this
Akmal Rafie liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->