You are on page 1of 4

abckidz

Kisah 2
Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

Kisah Ammar Bin Yasir


Perjumpaan Di Rumah Sahabat

Junjungan Rasulullah (saw) bertemu dengan pengikutnya secara rahsia di rumah sahabatnya yang bernama alArqam. Baginda (saw) mahu menyembunyikan agamanya pada peringkat awal agar penentangnya seperti Abu Jahal, Abu Sufyan dan semua penyembah-penyembah berhala tidak menyakiti dan menzalimi mereka.

Perjumpaan Di Rumah Sahabat

abckidz

Suatu hari Ammar bin Yasir hadir ke rumah itu, beliau melihat seorang lelaki berdiri di pintu. Lelaki itu adalah Suhaib. Ammar berkata kepadanya: Wahai Suhaib, apa yang engkau lakukan di sini? Suhaib menjawab: Aku datang untuk mendengar kata-kata Muhammad. Kamu pula, atas urusan apa datang ke sini. Aku juga mempunyai tujuan yang sama.

abckidz

Perjumpaan Di Rumah Sahabat

Kedua-dua pemuda itu berjabat tangan lalu masuk ke rumah al-Arqam. Dengan khusyuk mereka mendengar kata-kata Allah (swt) melalui bacaan al-Quran yang disampaikan oleh Rasulullah (saw). Hati Ammar bertambah yakin dengan Allah (swt). Dia merasakan jiwanya penuh dengan keimanannya, bagai air hujan yang turun mencurah dan memenuhi segenap saliran-saliran air. Apabila Ammar dan Suhaib mahu meninggalkan rumah alArqam, lalu Junjungan Nabi Muhammad (saw) berkata kepada mereka: Tetaplah kamu berdua di sini sehingga malam.

Perjumpaan Di Rumah Sahabat

abckidz

Rasulullah (saw) berasa bimbang jika puak Quraish akan mencederakan mereka. Ammar menunggu sehingga malam gelap. Apabila malam semakin gelap, beliau bergegas pulang ke rumahnya. Ibu dan bapanya menunggunya dengan perasaan yang penuh dengan kebimbangan. Apabila Ammar masuk ke dalam rumahnya, kedua orang tuanya itu kembali ceria. Ammar menceritakan semula apa yang beliau pelajari daripada Rasulullah (saw). Ammar mula bercerita berkenaan Islam, agama Allah (swt) kepada kedua orang tuanya.

You might also like