You are on page 1of 6

abckidz

Kisah 5
Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

Kisah Ammar bin Yasir


Jihad (Peperangan suci)

Hari demi hari berlalu. Allah (swt) mahu menghukum mereka yang telah berbuat kejam kepada orang Islam di Mekah dan merampas harta mereka. Dengan izin Allah (swt), peperangan Badar telah berlangsung. Ammar merupakan salah seorang pejuang dalam menghalang pedagang Quraish yang pulang dari Syam.

Peperangan Suci

abckidz

Orang-orang Islam mengetahui pedagang kafir Quraish telah membentuk sebuah pasukan askar. Abu Jahal mengetuai pasukan itu. Dia membawa pasukannya untuk melalui Madinah al-Munawwarah. Rasulullah (saw) telah bertanyakan pendapat para sahabatnya. Setelah perbincangan itu, Baginda (saw) membuat keputusan untuk berhadapan dengan penyembah-penyembah berhala itu. Baginda (saw) mengarahkan Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Masoud untuk mengintip pasukan kufar itu.

abckidz

Peperangan Suci

Ammar seorang yang berani. Beliau berjaya menyusup masuk ke dalam kumpulan itu untuk mengintip. Setelah itu Ammar dan Abdullah bergegas pulang ke Madinah bagi menghantar maklumat intipannya. Ammar berkata: Sebenarnya askar-askar kufar itu berada dalam gusar dan takut. Semua kuda-kuda mereka di dalam keadaan yang tidak tenteram. Ditambah pula dengan hujan yang lebat. Oleh kerana itu, secara keseluruhannya askaraskar Quraish mempunyai semangat yang cukup rendah.

Peperangan Suci

abckidz

Pada keesokkan pagi, askaraskar kufar itu mendapati kesan tapak kaki di sekitar kemah mereka. Salah seorang daripada mereka, Munbih bin al-Hajjaj pakar dalam mengenal jejak-jejak itu berkata: Demi al-Latta dan al-Uzza, ini merupakan kesan tapak kaki Ammar dan Abdullah..!

abckidz

Peperangan Suci

Ammar Pejuang Islam di Peperangan Badar Pada pagi yang hening, 17 Ramadhan 2 Hijrah, peperangan besar bermula di Badar. Kawasan 80 batu arah barat daya dari Madinah alMunawarah. Ini merupakan peperangan pertama dalam sejarah perkembangan Islam. Orang kufar datang menyerang kawasan orang Muslim. Di dalam peperangan itu, Allah (swt) telah menjaminkan kemenangan orang Islam ke atas orang-orang kufar Quraish itu.

Peperangan Suci

abckidz

Ammar berjuang dengan penuh semangat. Apabila askaraskar kufar Quraish hampir kepada kekalahan dan mula melarikan diri, Ammar telah ternampak Abu Jahal lari menyelamatkan diri. Beliau teringatkan hari-hari bilamana Abu Jahal menyiksa orang Muslim dan kedua orang tuanya. Sekarang, pedang-pedang orang Muslim telah menebus akan kezaliman orang-orang zalim kufar itu. Ammar mendongak ke langit dan mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah (swt) atas kejayaan yang dianugerahkan kepada orang Muslim.

You might also like