You are on page 1of 6

Rubah Yang Baik Hati Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para hakim yang bijaksana, guruguru dan

rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Rubah yang baik hati. Pada suatu hari, seorang pemburu tertembak mati seekor ibu robin. Tembakan itu telah mengakibatkan tiga ekor anak robin menjadi anak yatim. Mereka adalah anak0anak robin yang baru sahaja menetas. Mereka langsung tidak tahu apa-apa pun, apatah lagi mencari makan. Anak-anak robin itu amat merindui ibu mereka yang selalu menyuapkan mereka makanan. Anak-anak robin itu menggeletar kesejukkan sambil mencicit dengan sedih. Mereka tersangat ingin ibu mereka kembali. Siapakah yang tidak sedih akan keadaan anak-anak burung ini? kata seekor rubah yang berada betul-betul di bawah sarang robin itu. Rubah berkata kepada burung-burung yang lain, Oh, sahabat-sahabat yang baik hati, jangan awak semua biarkan anak-anak burung yang memerlukan bantuan ini begitu sahaja! Marilah kita tolong anak-anak burung ini! Mari kita berikhtiar menambahkan lagi jerami ke dalam sarang itu. Dengan apa-apa cara pun kita mesti selamatkan anak-anak burung robin ini. Bukankah ini lebih penting daripada perkara-perkara lain? marilah tekukur, cabutlah bulu pelepah awak itu dan buat satu lapisan cadar lembut untuk mereka. Awak pula, Lark! Cukuplah awak ternamg berlegar-legar di udara. Carilah makanan dan beri sebahagiannya kepada anak-anak burung robin ini. Awak, Merpati, bolehkah awak tinggalkan sarang lama awak dan menjadi ibu angkat kepada anak-anak burung robin ini? Awak, Burung

Layang0layang, pergi tangkap beberapa ekor lalat untuk dijadikan makanan ketiga-tiga ekor anak burung robin ini. Awak pula, Burung Tukang yang baik hati, nyanyikanlah beberapa buah lagu yang merdu supaya anak-anak burung ini boleh tidur dengan lena. setelah kita jaga anak-anak burung ini dengan penuh kasih saying, saya percaya kita boleh tolong mereka melupakan kesedihan kerana kehilangan ibu mereka. Mari kita Belum lagi rubah menghabiskan kata-katanya, ketiga=tiga ekor anak burung itu terjatuh dari dalam sarang kerana tidak tahan kelaparan. Anak-anak burung itu kebetulan terjatuh di sisi rubah. Air muka rubah yang baik hati it uterus hilang entah ke mana. Ia duduk sambil mengunyah anak-anak burung itu. Cerita ini telah menyampaikan nilai moral kepada kita, orang yang baik hati tidak akan berkata sahaja tetapi melakukannya. Sekian,Terima kasih.

Dua Ekor Keldai Dengan Perompak Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para hakim yang bijaksana, guruguru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Dua Ekor Keldai Dengan Perompak. Terdapat dua ekor keldai sedang berjalan mengekori tuan mereka dan pembantunya. Kedua-dua ekor keldai memikul barang yang dimuatkan di dalam beg. Salah seekor keldai memikul beg yang berisikan penuh dengan duit syiling emas. Seekor keldai lagi memikul beg yang berisikan penuh dengan biji-bijian. Keldai yang memikul duit syiling emas itu berjalan dengan penuh gaya, seolah-olah mengetahui barang yang dibawanya itu amat berharga. Keldai itu asyik menggoyang-goyanglan loceng yang tergantung pada lehernya. Loceng itu mengeluarkan bunyi yang nyaring. Keldai yang seekor lagi pula berjalan dengan langkah yang mantap. Ia mengikut tuannya tanpa sepatah kata. Tiba-tiba, tiga orang perompak yang bersembunyi di sebalik semak di tepi jalan meluru keluar. Perompak-perompak itu menerpa kea rah keldai-keldai untuk merompak barang yang dibawa mereka. Tuan punya keldai dan pembantunya bertarung hebat dengan perompak=perompak itu. Salah seorang perompak mengeluarkan sebilah pisau pendek lalu mencederakan keldai yang membawa duit syiling emas itu. Akhirnya perompak-perompak itu merampas semua duit syiling emas. Walau bagaimanapun, mereka langsung tidak member perhatian kepada keldai yang membawa biji-bijian itu. Setelah perompak-perompak itu pergi dari situ, keldai yang telah dirompak dan dicederakan itu pun terbaling di

atas tanah. Keldai itu mengeluh kesakitan dan mengadu akan nasibnya yang malang, Inikah ganjaran yang saya peroleh daripada manusia? Sahabat saya yang baik tidak dianggap penting itu sebaliknya tidak mengalami apaapa kecelakaan. Saya pula yang menerima nasib malang ini! Setelah mendengar kata-kata tersebut, barulah keldai yang seekor lagi itu bersuara, Wahai sahabatku, kita tidak semestinya dilayan dengan baik walaupun kita dipandang tinggi. Saya pula amat gembira jika orang lain memandang rendah terhadap saya. Oleh itu saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Janganlah kita terlalu bermegah dengan harta kekayaan kita kerana perbuatan sedemikian hanya akan membawa bencana. Sekian, terima kasih.

Wanita Tua Dengan Doktor Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para hakim yang bijaksana, guruguru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Wanita Tua Dengan Doktor. Pada masa dahulu, terdapat seorang wanita tua yang amat kaya. Dia memiliki sebuah rumah yang besar. Di samping itu, terdapat pelbagai barang yang bernilai tinggi di dalam rumahnya. Malangnya wanita tua itu telah menghidapi penyakit mata dengan tiba-tiba. Dia Cuma dapat melihat secara samar-samar sahaja. Pada suatu hari, wanita tua itu menjemput seorang doktor merawat penyakit matanya. Dia bersetuju membayar ganjaran yang amat besar sebaik sahaja doktor itu Berjaya menyembuhkan penyakitnya. Doktor tersebut mengubati mata wanita tua setiap hari. Setiap hari pula dia melihat barang-barang yang amat cantik di dalam rumah wanita tua itu. Doktor bertanya kepada wanita tua, Adakah barang-barang di rumah ini amat berniali? wanita tua menjawab, Memanglah setiap barang ini amat bernilai! setelah mendengar kata-kata wanita tua itu, niat jahat mula timbil dalam lubuk hati doctor. Dia mahu mencuru satu barang wanita tua itu ketika wanita tua menutup matanya untuk dibubuh ubat. Dengan cara itu, setiap kali selepas mengubati mata wanita tua, doktor pasti mencuri satu barang dari rumah wanita tua itu. Apabila wanita tua sembuh daripada penyakit mata, barang-barang di dalam rumahnya itu juga hamper habis dicuri. Bagaimanapun doktor masih tidak mengenal erti malu atas perbuatannya. Dia tetap mahu meminta ganjaran daripada wanita tua tetapi wanita tua tidak mahu membayarnya.

Doktor pun membawa wanita tua ke hadapan Tuan Hakim untuk diadili. Doktor menuduh atas kesalahan wanita tua itu bahawa dia enggan membayar ganjaran yang telah dijanjikan. Wanita tua tersebut terus membelakan diri dengan menceritakan atas kecurian yang dilakukan oleh doktor itu. Tuan Hakim sungguh hairan. Beliau pergi menyiasat dan cuba memahami keadaan yang sebenarnya. Setelah penyiasatan dijalankan, Tuan Hakim pun menjatuhkan hukuman. Doktor diwajibkan memulangkan kesemua barang yang dicurunya dari rumah wanita tua, kata Tuan Hakim. Di samping itu, wanita tua tidak perlu member sebarang ganjaran. Akibatnya, doktor tidak memperoleh apa-apa. Dia pergi dari situ dengan penuh kecewa. Jangan cuba mengambil kesempatan terhadap kesusahan seseorang. Sekian, terima kasih.

You might also like