You are on page 1of 5

abckidz

Kisah 12
Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

Kisah Ammar Bin Yasir


Kebangkitan

Kemarahan umat Islam memuncak kerana Khalifah Uthman dan ahli keluarganya yang memerintah secara menindas, sama seperti sebelum ke datang Islam di Mekah. Sahabat-sahabat rapat Rasulullah (saw) di Madinah menulis dan mengutuskan surat keseluruh jazirah Islam: Jika kamu mahukan Jihad, maka marilah ke sini. Kerana Khalifah kamu telah merosakkan agama Muhammad.

Kebangkitan

abckidz

Kerana itu, deligasi daripada Kufah, Mesir, Basrah dan umat Islam yang menyokong, datang ke Madinah dan mengadap Khalifah bagi tujuan menyuruh pemerentahannya menukar dasar yang tidak amanah itu. Tetapi Khalifah Uthman telah mengarahkan agar mereka bersurai dan menghalau mereka. Mereka akur, lalu mereka pergi menuju ke rumah Imam Ali (as), sepupu dan pemegang wasiat Rasulullah (saw).

abckidz

Kebangkitan

Imam Ali (as) kesal dengan tindak-tanduk Khalifah dan berharap agar Khalifah akan menyesal dan menegakkan undangundang Islam semula. Jadi beliau (as) pergi bertemu Uthman dan menasihatinya: Janganlah kamu menjadi alat kepada tangan Marwan. Janganlah biarkan dirimu diarah olehnya kepada perkara yang dia sukai. Jangan lupa kedudukanmu yang membayangi kedudukan Rasulullah (saw) dalam memimpin umat Islam. Khalifah Uthman tersedar dan bersetuju untuk bertemu orang ramai untuk menyatakan penyesalan dan taubatnya.

Kebangkitan

abckidz

Jadi Khalifah keluar dan meminta maaf akan perbuatan buruk dalam pemerintahannya dan berjanji akan mengikuti semula hukum-hukum Allah (swt) dan Rasulullah (saw). Tetapi Marwan pemerintah di Madinah yang licik telah menghasut dan berkata: Jangan kamu lemah kepada mereka ini. Kerjakan mereka! Nayylah, isteri kepada Khalifah Uthman bin Affan, tahu bahawa Marwan merupakan seorang lelaki yang masih menaruh dendam selepas kejatuhan Mekah kepada umat Islam. Beliau berkata kepada Khalifah Uthman:

abckidz

Kebangkitan

Dengarlah kepada Ali kerana orang ramai menyayangi dan mendengar kata-katanya, janganlah dengar kata-kata Marwan kerana orang ramai membencinya. Akhirnya Uthman tidak mengendahkan mana-mana nasihat yang baik untuk dilakukan. Jadi, orang ramai telah memberontak dan membunuhnya di dalam istananya.

You might also like