You are on page 1of 5

abckidz

Kisah 15
Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

Kisah Ammar Bin Yasir


Perbicaraan

Fikiran umat Islam telah bercelaru. Mereka tidak dapat membezakan antara betul dan salah. Yang mana hak dan yang mana batil. Tetapi mereka berpandukan kepada sabda Rasulullah (saw) yang berbunyi: Pemberontak akan membunuhmu, Ammar.

Perbicaraan

abckidz

Tetapi Amru bin Al-Ass tetap dengan pendiriannya, berdiri di sisi Muawiyah, dia memujuk mereka dengan helahnya: Sabar! Ammar akan hadir dihadapan kamu nanti..! Hari demi hari peperangan berlalu, tetapi Ammar tetap berjuang dengan hak. Beliau tetap berdiri dengan Khalifah Ali (as). Suatu hari, Ammar bin Yasir dan pengikut-pengikut Khalifah telah melancarkan satu serangan. Beliau berjuang dengan beraninya. Beliau teringat hari-hari semasa berjihad bersama Rasulullah (saw). Beliau teringatkan peperangan yang telah dilalui mereka bersama. Perang Badar, Perang Uhud, dan peperanganperangan di dalam sejarah Islam yang lain.

abckidz

Perbicaraan

Walaupun Ammar berpuasa, beliau tetap berjuang. Apabila matahari terbenam, Ammar meminta sedikit air agar beliau dapat berbuka dan menghilangkan kehausan. Salah seorang pejuang Islam pun membawanya sebuah cawan yogurt. Ammar tersenyum. Dengan hati yang gembira beliau berkata: Malam ini, aku mungkin akan mati syahid. Sahabat lain bertanya, apakah rahsianya. Lalu Ammar berkata: Kekasihku Rasulullah (saw) pernah memberitahuku: Para pemberontak akan membunuhmu. Dan makanan terakhirmu di dalam dunia ini adalah secawan yogurt.

Perbicaraan

abckidz

Ammar (semoga Allah meredhainya) meminum yogurt yang diberikan kepadanya. Setelah itu beliau sambung bertempur sehingga beliau rebah ke bumi dan mati syahid. Amat bergembira Muawiyah mendengar berita kematian Ammar. Manakala Khalifah Ali (as) amat berdukacita akan kehilangan pejuang ulung Islam dan sahabat Rasulullah (saw) yang dicintainya. Sehingga ke saat itu, barulah umat Islam keseluruhannya mengetahui siapakah para pemberontak yang dimaksudkan oleh Rasulullah (saw) melalui hadisnya kepada Ammar bin Yasir.

abckidz

Perbicaraan

Ada sebahagian askar yang berpihak kepada Muawiyah yang menunggu kedatang Ammar bin Yasir dibarisannya. Tetapi mereka melihat Ammar berjuang dengan beraninya disamping Khalifah Ali (as) sehingga mati syahid. Jadi mereka melepaskan diri mereka ke atas kata-kata Amru bin al-Ass, sahabat Muawiyah. Di dalam waktu-waktu tersebut, mereka mengambil kesempatan sewaktu malam yang gelap dan mereka secara diam-diam pergi menyertai pasukan Khalifah Ali (as). Mereka tahu mereka telah berdiri di jalan yang benar.

You might also like