You are on page 1of 17

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

Ciri-Ciri Dan Potensi Diri


Guru Berkesan Dalam Merealisasikan Pendidikan Cemerlang
"If they aren't learning...then you aren't teaching."~ Anon

Pendahuluan
Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi (mission), visi (vision), komitmen (committment) atau contoh ikutan (role model), sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul dan tepat. Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti. Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap). Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.

www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar. Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkaraperkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkahlaku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya. Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.

Guru Berkesan
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut: Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang 2

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang? Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa; Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat . Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi. Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarapperkara kembali kepada keadaan asalnya.

Mengubah Diri Mengubah Sikap


Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya." Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey (1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah:

Jadilah Proaktif (Be Proactive) Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind) Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First)

Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan adalah: Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win) Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be understood) Sinergi (Synergize) Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)
www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang 3

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

Memenangi Peribadi
Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan. Peribadi yang positif dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh serta dapat menjalin hubungan interpersonal yang baik dan harmonis. Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (selfawareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will) setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas, setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan, dan di ruangan 'kebebasan memilih' inilah pula manusia sebenarnya memiliki 'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedardiri ini manusia juga dianugerahkan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu, terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri -- satu kebolehan bertindak berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh. Ciri kedua memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita mahukan 'husnul khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'. Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) yang maksudnya kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik, mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yang boleh menjadi role model kepada orang-orang lain.

www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

Pendidikan Cemerlang
Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit. Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar). Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah" berkata; "Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya, seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak, segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai." Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan; a. Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar; b. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian; c. Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia ada melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif; dan d. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamatmatlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua. Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika (PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan:

Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota; Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang; Sikap tidak cakna; Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa'; Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau; Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan; Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan; Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan;

www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.

Menempa Kejayaan
Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis baca dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya. Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras di samping membuat perubahan pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif. Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan. Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different next time." Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakni Plan - Do - Check - Act). Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu. Do (Buat) : Semua yang telah dirancang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan.

www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah. Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal.

Penutup
Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.

www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut; " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul."

Rujukan Covey, Stephen R. (1989) The Seven Habits of Highly Effective People. Simon and Schuster, New York. Fox, John (1998) Back to the Future - Management of Change. Anne Fox & Associates, Australia. Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ____________ (1999) Program Peningkatan Kurikulum Dan Kemajuan Pendidikan (Edisi Kedua), Satu Penilaian Dan Cadangan pembaharuan. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Van Hooser, Phillip (1998) Triangle of Success. Van Hooser Associates, Ocala, Florida, USA.

www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

Ciri-ciri Guru Cemerlang


Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut: - Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada Kemajuan Pendidikan Negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi
www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang 9

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

Ciri-ciri Seorang Guru: Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berkesan.

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana yang disenaraikan berikut:
Kaya ilmu. Bermoral teguh. Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Admin CikguBlog dotcom berharap supaya kesemua 17 ciri-ciri pada seorang guru berkesan dapat dipupuk sepenuhnya pada setiap guru di Malaysia. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang 10

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

Ciri-Ciri Guru Cemerlang


Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu: 1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas. 2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan. Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): 1. Kecemerlangan Peribadi Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut: Nilai kendiri yang positif Bertimbang rasa Kreatif Sikap sedia berkongsi Berakhlak mulia Amanah Inovatif Bersikap terbuka Adil Bertanggung jawab Kemas Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran: *Mengamalkan budaya ilmu *Berkebolehan menyelesaikan masalah * Membuat keputusan yang rasional serta objektif *Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing
www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang 11

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi: *Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. *Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. *Berkeupayaan memelihara hubungan mesra. *Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi * Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. *Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel. *Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut: Adil Kondep kendiri positif Prihatin Bertanggungjawab Sabar Kesungguhan Kerjasama Berakhlak mulia Tegas Mesra Menepati masa Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang

12

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

SIFAT DAN CIRI-CIRI SEORANG GURU YANG PERKASA

1. Terhadap Murid: Guru ini menunjukkan

- punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif - hubungkan mata plajaran dengan kehidupan murid-murid kenal, hormati dan percayai muridmurid - mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis - menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya - menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran - hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan muzikal dn kebudayaan.

2. Terhadap Mengajar: Guru Yang Perkasa

- melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru - berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman - adil dalam menilai dan menggred - fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran - bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran - seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya - sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid - merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran - secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa baru dan segar serta relevan - menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.
www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang 13

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

3. Terhadap Disiplin: Guru Yang Perkasa - seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar - seorang yang dahagakan ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan - juga seorang yang suka belajar perkara-perkara di luar bidangnya - aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya - menjadi ahli kepada komuniti yang belajar - bina dan mengekalkan perhubungan profesional - bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

Siapakah Guru Yang Berkesan:


Guru-guru yang berkesan adalah mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Penerangan yang diberikan kepada pelajar-pelajar adalah jelas dan terang. 2. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran mereka akan membuat persediaan yang rapi. 3. Pengajaran yang diberikan kepada pelajar adalah sangat mudah difahami dan sangat mudah diikuti. 4. Apabila disoal oleh pelajar, jawapan yang diberikan adalah jelas dan tepat. 5. Di akhir pengajaran mereka akan merumus isi-isi penting secara terperinci. 6. Objektif pengajaran mereka adalah jelas dan dinyatakan kepada pelajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. 7. Mereka memberi penekanan kepada perkara-perkara penting dalam pengajaran dan pembelajaran. 8. Perbincangan di dalam kelas merupakan suatu yang amat digalakkan. 9. Pelajar-pelajar digalakkan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama rakanrakan sedarjah.
www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang 14

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

10. Pelajar-pelajar digalak memberi pandangan dan pendapat semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. 11. Mereka tahu sama ada pelajar-pelejar mereka memahami apa yang telah diajar. 12. Mereka sentiasa peka dan mengambil berat tentang kualiti pengajaran mereka. 13. Pelajar-pelajar dapat mengamalkan konsep-konsep yang telah diajar. 14. Mereka mengambil berat ke atas pelajar-pelajar tanpa pilih kasih. 15. Pelajar-pelajar adalah sebagai sahabat mereka. 16. Mereka akan berhubung dengan pelajar-pelajar secara individu. 17. Mereka mengenali pelajar-pelajar mereka dan akan menegur sapa apabila bertemu di luar sekolah. 18. Mereka mudah dihubungi oleh pelajar-pelajar pada bila-bila masa. 19. Pelajar-pelajar dihormati sebagai seorang individu. 20. Mereka adalah orang-orang yang dinamik dan bertenaga. 21. Cara pengajaran mereka adalah amat menarik dan tidak membosankan. 22. Mereka amat berminat dan seronok menjadi guru. 23. Mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. 24. Kepantasan dan intonasi percakapan mereka dipelbagaikan. 25. Mereka mempunyai sifat berjenaka ( sense or humour ). 26. Mereka mahir dalam mata pelajaran yang diajar. 27. Pengajaran mereka dikaitkan dengan alam semesta dan kehidupan harian. 28. Mereka mengambil berat tentang kemajuan dan peningkatan pembelajaran pelajar-pelajar. 29. Alat Pandang Dengan dan Alat Bantu Mengajar digunakan secara meluas di dalam setiap pengajaran mereka. 30. Masa yang diperuntukkan untuk sesuatu mata pelajaran itu digunakan secara optimum dan berkesan. 31. Mereka mampu mengawal kelas dengan baik.
www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang 15

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

32. Pujian kerap diberikan kepada pelajar-pelajar yang dapat menjawab dengan tepat. 33. Mereka memberi penjelasan mengapa jawapan yang diberi pelajar adalah tidak tepat. 34. Semua pelajar diberi peluang sama rata dalam pengajaran dan pembelajaran. 35. Mereka memberi tindakbalas serta merta kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar-pelajar.

Adakah ANDA mempunyai ciri-ciri yang tersebut di atas? Jika jawapannya YA, Syabas saya ucapkan. Teruskan perkhidmatan anda dengan lebih berjaya dan berkesan. Jika jawapannya, YA sebahagian sahaja, maka anda masih boleh menambahkan usaha ke arah menjadi guru yang berkesan. Jika jawapan anda TIDAK, AWAS! anda akan merosakkan insan-insan kerdil yang anda didik. Berusahalah ke arah keberkesanan pengajaran anda sebelum lebih ramai insan-insan kerdil menjadi mangsa kedaifan anda. INGAT! anak anda mungkin akan diajar oleh guru seperti anda. Selamat berusaha.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Sekian, terima kaSih.

Rujukan blog tambahan: http://kakramgc.blogspot.com/2008/12/ciri-ciri-guru-cemerlang.html http://deriakacamata.blogspot.com/2008/11/ciri-ciri-guru-cemerlang.html http://inspirasimozac.pbworks.com/w/page/19988959/Siapakah-guru-yang-berkesan http://ashabuljqaf.blogspot.com/2009/02/ciri-ciri-guru-berkesan.html http://cgnarzuki.com/?page_id=278 http://www.cikgublog.com/ciri-ciri-seorang-guru/

www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang

16

CikguBlog 2011

[CIRI-CIRI SEORANG GURU BERKESAN]

Perhatian: Nota-nota di dalam dokumen ini adalah sebagai bahan rujukan sahaja. Jikalau sesiapa ingin menggunakan artikel-artikel dalam dokumen ini dimana-mana tempat terutamanya dalam assignment atau tesis (Open Uneversity atau Universiti Tempatan) adalah diminta menulis surat kebenaran kepada tuanpunya artikel untuk mendapatkan keizinan menggunakannya di blog, di buku, di sekolah (Taklimat LADAP Guru) atau dalam Projek Tesis anda. Kerjasama anda saya ucapakan dahulu dengan ribuan terima kasih. Jangan lupa beri kredit kepada penulis artikel di link yang telah saya sediakan diatas , kerana tanpa mereka kita tidak akan dapat membaca dan meningkatkan ilmu kita sebagai seorang guru dan harap-harap selepas membaca ebook ini kita boleh menjadi seorang guru yang berkesan dan seterusnya menjadi seorang guru yang cemerlang di sekolah kita. Sekian daripada Admin Cikgublog. Dan kalau anda rasa ebook ini memang sesuai untuk dibaca oleh rakan sekerja anda, atau kawan guru, atau anak cikgu, bolehlah hantar link ini: cikgublog.com/ciri-ciri-seorang-guru kepada mereka melalui emel anda. Membantu mereka menjadi guru cemerlang adalah amanah kita sebagai cikgu juga. Cikgu di Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda. Thank you teacher. You are the best and always Number 1 in my heart!

www.CikguBlog.com | Ciri-ciri Seorang Guru Yang Berkesan & Cemerlang

17

You might also like